webnovel

Kehidupan Normal (2)

Seika menghela nafas panjang .

Seika duduk di atas kerusi dan mukanya terletak di atas meja.

mejanya terletak dibahagian belakang kelas di sebelah tingkap.

Setelah habis diceramahi oleh cikgu disiplin tentang 'apa itu Sahabat sejati' mereka dibenarkan untuk masuk ke kelas.

tetapi, tentu saja selepas waktu balik sekolah ada hukuman yang menanti seika dan akmal pulak.

Bisikan-

Bunyi bisikan orang dalam ruangan kelas terdengar oleh seika. Sekarang ada topik yang panas dibincangkan oleh murid-murid kelas, iaitu anak teladan iaitu luisa hampir lewat ke sekolah di kerana kan abangnya yang pemalas.

Walaupun begitu seika tidak terlalu memperdulikannya kerana ia sudah terbiasa mendengar orang yang mengatakannya.

Perkara yang seika pedulikan sekarang adalah, ia bersyukur kerana cikgu masih tidak masuk ke kelas jadi ia dapat bermalasan sebentar.

Semasa seika melelapkan matanya untuk tidur sebentar di atas meja ia mendengar suara yang paling tidak ingin ia dengar, memanggilnya.

"Hei seika"

Pemilik suara itu mestilah orang bodoh dan seika kenal siapa orang bodoh yang tidak peduli kata-kata murid yang mungkin akan mengejeknya bersama seika dan pemilik suara itu adalah orang paling menjengkelkan dan orang yang tidak pernah meninggalkan sahabatnya juga orang paling seika percayai selain luisa.

Seika menghela nafas pendek dan mengangkat wajahnya untuk melihat rupa orang yang memanggilnya.

Ia adalah akmal, akmal dan seika berada pada kelas yang sama dan boleh dikatakan Akmal bukan orang yang bijak kerana satu kelas dengan seika.

Seika melihat wajah akmal sambil berekspresi acuh tak acuh dan meludah kan.

"Nak apa lagi, cepat katakan aku nak tidur ni."

Seika menguap sambil meletakkan tangannya di mulut.

Akmal menghela nafas pendek apabila melihat seika dan menaikkan tangannya ke telinga dan memainkan anting-anting yang berada di telinganya serta berbicara.

"Kau ini memang selalu malas ya~ seika, ayuhlah kita sembang sebentar."

"Aku tidak berminat untuk bersembang dengan orang membuat aku mendapat hukuman. Masih ada waktu sebelum cikgu masuk kelas jadi pergi saja aku nak sambung tidur."

Seika sekali lagi meletakkan wajahnya di meja dan melelapkan mata.

Akmal tersenyum jengkel apabila melihat seika dan akmal mengangkat tangannya ke anting-anting serta memainkannya dan berfikir sejenak dan mula berbicara dengan senyum yang lebar.

"Ouhh ... Ya, seika.anime 'kawan adalah musuh aku' sudah baru terbit episode baru dan siapa sangka heroin dari cerita itu mati"

Seika yang mendengar dari atas meja segera mengangkat wajah dan berkata kepada akmal.

"Kau!! Berani kau spoilers!! Padahal aku aku merancang untuk nonton selepas sekolah ini!!"

"Pfft... Maaf,maaf. Aku kira aku sudah menahan suara aku untuk bercakap dengan diri sendiri."

Seika melihat wajah akmal dengan Kesal, akmal sengaja memprovokasi nya.

Dalam beberapa saat Seika menghela nafas pendek serta berkata sambil acuh tak acuh.

"Dahlah."

Seika meletakkan wajahnya ke meja sekali lagi dan melelapkan matanya.

Akmal sedikit kecewa dengan reaksi seika kali ini dan berkata di benaknya.

Seika kenapa hari ini? Dia tidak terlihat terlalu marah apabila aku spoilers cerita yang paling ia tunggu.

Setelah berfikir untuk beberapa saat, akmal meninggalkan seika dan merangsumsi bahawa sahabatnya ada masalah.

Setelah mendengar langkah kaki akmal yang sedang menjauh untuk pergi ke mejanya.

seika mengangkat tangannya dan meletakkan ke mata kanannya dan mula berfikir di benaknya sambil melelapkan matanya.

'rasa sakit di mata kanan aku tidak menghilang, tetapi rasa sakit di seluruh tubuhku sudah reda.'

Seika tidak memahami kenapa ia merasakan sakit apabila bangun dari mimpi itu.

Walaupun seika hampir tidak mengingat mimpi apa yang ia lalui tapi ia ingat kata-kata dari sosok itu yang masih melekat di otaknya.

Waktunya sudah hampir tiba ...seika...

Walaupun seika tidak memahami makna dari kata-kata sosok itu,tapi entah kenapa seika dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

Aku harap itu hanya firasat aku belaka.

***

Matahari yang terik menyinari permukaan bumi.

Peluh yang keluar dari tubuh akibat panas terik matahari.

Tongkat berbersih di pegang oleh seika dan akmal.

Kolam renang yang besar.

Seika dan akmal melihat pemandangan kolam renang di hadapan mereka.

Setelah waktu balik sekolah, seika dan akmal pergi ke bilik guru dan mendapat hukuman 'membersihkan kolam renang.'

Tetapi kenapa ada kolam renang di sekolah Malaysia? Kebanyakan sekolah menengah di Malaysia tidak memiliki kolam renang.

Sudah tentu sekolah ini bukan sekolah biasa, ini adalah sekolah swasta atau lebih tepatnya sekolah untuk para orang-orang jenius di negara ini.

Jadi boleh dikatakan seika dan akmal bukanlah orang yang terlalu bodoh Walaupun mereka berada di kelas paling bawah.

Sudah tentu untuk masuk ke sekolah ini bukanlah mudah, tetapi hal itu berbeda untuk adiknya Luisa.semasa sekolah rendah adiknya Luisa mendapat jemputan untuk masuk ke sekolah swasta ini,di kerana kan luisa jenius di sekolah rendah. ia selalu mendapat markah tertinggi walaupun luisa tidak terlalu menghadiri kelas semasa sekolah rendah.

Semasa seika melihat adiknya luisa, bersemangat untuk masuk ke sekolah swasta tetapi terpaksa menurunkan niatnya di kerana kan ingin bersama abangnya, seika mula belajar dengan serius untuk masuk ke sekolah elit itu bersama adiknya, sudah tentu akmal pun tidak ketinggalan jadi mereka bersama-sama berjuang untuk masuk ke sekolah itu.

Justeru, ini berita baik bagi pakcik mereka yang sangat membenci luisa dan seika jadi pakcik mereka menyewa apartment dan membiarkan mereka duduk di sana tanpa

merisaukan gosip-gosip buruk tentangnya.

Seika dan akmal berekspresi kesal apabila melihat kolam renang yang besar ini.

Mereka hanya berdua tetapi harus membersih kolam renang yang besar ini.

Akmal yang tidak tahan, mula mengeluh dan berkata dengan kasar.

"Uwaaa!!! Kenapa aku harus membersih kolam ini!!!"

Mungkin di antara kalian berfikir, adakah wajar mendapatkan hukuman seperti ini yang hanya di kerana kan lewat ke sekolah? Sudah tentu ya, ini adalah sekolah swasta jadi sudah pasti pihak sekolah tidak memberi toleransi kepada orang yang melanggar peraturan sekolah walau sekecil apapun salah itu.

Seika menghela nafas dan berkata.

"Jangan mengeluh mal, aku juga tidak ingin melakukan ini lagi pula anime 'kawan adalah musuh aku' episode barunya masih tidak aku nonton."

"Ugh-"

Dengan begitu mereka mula mencuci kolam renang.

Semasa seika mencuci kolam dibahagian dalam dan akmal di bahagian tepi kolam.

Akmal melihat seika yang sedang mencuci kolam di bahagian dalam dan berkata di benaknya.

'ada yang tidak kena dengan seika hari ini...'

Akmal sudah mengenal seika dalam waktu yang lama, sudah tentu akmal sangat kenal dengan sifat sahabatnya itu.

Seika selalu memendamkan masalahnya untuk diri sendiri dan selalu muram apabila ada masalah.

Akmal berhenti mencuci dan berfikir sejenak apa yang harus ia katakan.

Dan mula meludah kan.

"Hei seika."seika tidak menoleh ke akmal tapi melihat kehadapan sambil mencuci lantai kolam dan berkata."ya mal."

"Kau ada masalah,'kan?"

Seika tersedak dan berhenti mencuci sebentar dan mula sambung mencuci selepas beberapa saat.reaksi seika jelas-jelas menunjukkan ia memiliki masalah. Walaupun begitu seika tetap meludah kan.

"Mana ada, aku hanya budak pemalas mana mungkin aku mendapat masalah kecuali hukuman ini."

"Jangan bohong."

"..."

Seika mula berhenti mencuci dan menoleh ke akmal dan melihat Akmal menatapnya dengan serius.

"Aku sudah mengenal mu cukup lama seika ,walaupun begitu kau masih saja memendam perasaan untuk diri sendiri."

Seika terdiam.

Seika berfikir sejenak sambil mula mencuci lantai lagi dan meludah kan.

"Aku mengalami mimpi yang aneh."

Firasat akmal benar. Hari ini seika tidak seperti dirinya, dia hanya seperti dirinya semasa akmal mengejutkannya di dekat gerbang, itu pun akmal merasa ada yang sedikit tidak kena dengan seika, seolah-olah perbincangan mereka di dekat gerbang itu hanya di paksakan.

Akmal mula berfikir sebentar dan bertanya.

"Mimpi apa itu?"

"Entah, aku tidak mengingat mimpi apa itu,tapi yang pasti.aku ingat kata-kata dari sosok dalam mimpi itu."

"Sosok? Apa yang ia katakan?"

"'waktunya sudah hampir tiba seika.' itu yang ia katakan, tapi entah kenapa apabila aku bangun dari mimpi itu aku merasakan rasa sakit di seluruh tubuh terutama mata kanan ku."

Akmal mengangkat tangan kanannya dan memainkan anting-anting sebentar dan mula berfikir dan berkata dengan suara melawak sambil tersenyum.

"Mungkin itu Precognitive Dream¹. huhuhu~ kalau ya, itu sangat menarik kalau mimpi itu jadi kenyataan." (Precognitive Dream adalah mimpi yang terjadi dalam kehidupan nyata, beberapa saat setelah mimpi yang kita alami. Kata lain untuk mereka mungkin mimpi psikis atau bahkan mimpi masa depan.)

Seika yang mendengar itu langsung berhenti mencuci dan langsung meludah kan dengan kasar.

"Tidak mungkin mimpi itu jadi kenyataan!!"

Akmal terkejut melihat seika marah dan terdiam. Apabila seika melihat akmal yang terdiam ia berkata dengan suara lesu.

"Maaf ... maksud aku, aku tidak ingin mimpi itu jadi nyata entah kenapa aku merasakan sakit kalau berbicara atau berfikir tentang mimpi itu." Akmal yang tersedar apabila mendengar permintaan maaf dari seika, ia mula berkata."begitu ... Ya, aku minta maaf juga kalau aku menganggap remeh tentang mimpi itu."

"Itu bukan salah mu. Hanya saja- tidak, bukan apa-apa. Ayuh cepat selesaikan membersih kolam ini aku ingin cepat-cepat balik."

Akmal berjawab dengan suara sedih.

"Ya..."

Mereka pun mula membersihkan kolam renang sampai pukul tiga setengah.

***

Seika dan akmal berjalan untuk keluar dari sekolah.

Apabila seika dan akmal hampir tiba di gerbang sekolah, Seika mendengar bunyi ting- di poket seluarnya dan mula mengambil telefon pintar di seluarnya.

Seika melihat ke layar telefon dan melihat pesan masuk dari adiknya.

Sudah tentu adiknya sudah balik ke rumah kerana waktu balik sekolah sudah berlalu.

Seika membaca apa yang adiknya ingin katakan.

Kakak, kalau kamu sudah ingin balik tolong belikan daftar makanan yang aku tulis.

Seika melihat daftar makanan yang ditulis luisa dan mendapati itu semua makanan ringan dan semua di beli dengan jumlah besar.

Seika melihat itu berfikir di benaknya, apa kau ingin membuat pesta?

Seika mula membalas chat itu.

Kau nak buat apa dengan banyak makanan ringan itu luisa?

Dalam beberapa saat adiknya membalas.

Adalah, jangan mengeluh, dan cepat pergi membelinya.

Seika tidak dapat melawan adiknya dan menghela nafas berat.

Akmal yang melihat seika, mula tersenyum seolah-olah ia memahami apa yang terjadi

Seika meletakkan telefonnya kembali ke seluar dan mencuba meminta bantuan ke akmal.

"Mal, aku nak pergi ke kedai runcit. Boleh aku tumpang kereta kau?"

Akmal yang mendengar permintaan seika terus menjawab dengan cepat sambil membuat isyarat tangan yang bermaksud 'maaf'.

"Maaf Seika, hari ini aku kena balik terus ada hal yang harus aku lakukan."

Seika memahaminya dan berkata dengan suara yang agak kecewa.

"Baiklah..."

Akmal melihat seika memahaminya segera melambaikan tangan sambil berlari ke kereta Limousine.

Di kereta ada pelayan lelaki tua di depan pintu kereta, yang segera membuka pintu untuk tuannya.

Seika tidak memahami kenapa akmal tergesa-gesa meninggalkannya.

Seika pun ditanggalkan dalam keadaan bingung.

***

seika menaiki tangga apartment nya sambil membawa bag plastik yang penuh dengan makanan ringan.

Sampai di hadapan pintu.

seika mula membuka pintunya.

Seika masuk ke dalam rumahnya dan mendapati ruangan sangat gelap.

Seika yang bingung kenapa ruangan rumahnya gelap bertanya di benaknya.

'bukannya luisa sudah balik?'

Seika mula berjalan di dalam kegelapan untuk mencari plug lampu sambil berkata.

"Luisa! Kau ada tak?!"

Seika jumpa plug lampu dan membukanya, tiba-tiba apabila cahaya menerangi ruangan itu ada suara penuh dengan kejutan.

"Uwaa!!"

"Uwaa!!"

Seika yang terkejut segera melihat suara yang membuatnya terkejut.

Seika melihat akmal dan luisa memegang kek di tangan mereka dan mereka berkata.

"Tadaaa~"

"Tadaaa~"

Seika yang tidak memahaminya,berkata.

"Aku rasa hari ini bukan hari jadi aku,'bukan?"

Ya, hari ini bukanlah hari jadinya, tapi kenapa mereka membuat kejutan ini?

Luisa membalas.

"Sudah tentu bukan, tapi dari pagi tadi kakak terlihat muram jadi saya merancangkan kejutan ini..." Dan disambung oleh kata-kata akmal. "Ya,ya. Kau hari ini jadi aneh, jadi berterima kasihlah kepada aku yang hebat ini kerana merancangkan kejutan ini."

Luisa dan akmal tiba-tiba mencengkeram pinggan dengan kuat dan mula saling bertatapan dengan tatapan tajam dan berkata dengan suara yang mengejek.

"Hei, akmal bukannya aku yang merancangkan kejutan ini?!?"

"Tidak,tidak aku yang merancangkan nya,bukankah sudah aku chat mu untuk mempersiapkan pesta ini?!?! Wahai anak teladan?!?!"

"Hahaha~, kamu kadang-kadang dapat melawak juga akmal, bukankah aku yang pergi ke kelas mu waktu rehat untuk merancangkan kejutan ini!?!?"

Mereka saling bergaduh pada menda yang tidak perlu.

Seika yang melihat gelagat mereka mula tersenyum dan...

"Pfft~ hahahahahahaha..."

Seika ketawa terbahak-bahak dan berkata sambil melap air mata.

"Hahahaha~ kalian berdua berhentilah gaduh ... kerana hal simple, kalian bergaduh seperti orang bodoh saja,hahaha~"

Apabila melihat seika ketawa, luisa dan akmal berhenti bergaduh dan saling bertatapan serta menghela nafas lega.

Mereka senang kerana melihat Seika mula ketawa.

Selepas beberapa saat seika ketawa terbahak-bahak ia pun mula berkata sambil tersenyum.

"Ayuhlah kita berpesta malam ini!!!"

Luisa dan akmal pun berkata secara serentak.

"Ya!!"

"Ya!!"

Dan seika mula teringat sesuatu dan bertanya kepada akmal.

"Hei mal, kau akan bermalam di rumah ini kah?" Akmal mengangkat tangannya dan memainkan anting-anting sebentar dan berkata. "Ya... Aku akan menginap di rumah ini, sudah tentu aku sudah mendapatkan izin dari ayah jadi ayuh kita bermain-main sepanjang malam ini!!"

Dalam beberapa minit.

Seika melihat akmal dan luisa pergi ke meja yang penuh dengan makanan yang di masak oleh luisa dan semua makanan itu adalah kegemaran seika.

Seika mula tersenyum manis dan berkata di benaknya.

Tidak ada yang perlu aku risaukan tentang mimpi itu.

Dengan itu, seika pun ikut pergi ke meja yang penuh dengan makanan kegemarannya.

***

Waktunya sudah hampir tiba ... seika

Sehari-hari pun berlalu dengan pantas.

Dan seika mengalami mimpi yang sama setiap malam, juga setiap ia bangun pagi seika sama sekali tidak mengingati mimpinya, di samping itu, seika hanya mengingat kata-kata dari sosok yang sama daripada mimpinya.

Selain itu, rasa sakit yang sama juga terasa di tubuh terutama mata kanan seika setiap bangun dari mimpi.

Seika menjalani kehidupan normalnya dalam keadaan takut akan mimpi itu serta mencuba menyembunyikannya dari akmal dan adiknya,'luisa. Sudah tentu seika yang mula terbiasa akan rasa sakit dan takut dari mimpi itu, supaya upaya mencuba menyembunyikan perasaannya.

Dalam menjalani kehidupan normalnya, seika selalu bertanya bersoalan kepada diri sendiri.

Apa sebenarnya mimpi itu? Kenapa mimpi itu selalu berulang? Kenapa aku tidak mengingat mimpi itu? kenapa rasa sakit yang sama terasa apabila aku bangun dari mimpi itu? Dan kenapa kata-kata dari sosok sama daripada mimpi itu sangat menganggu aku?

Seika sama sekali tidak dapat mencari jawapan untuk bertanya nya, walaupun sebanyak manapun dia bertanya kepada dirinya sendiri.

"Hei seika."

Ada suara yang memanggilnya.

"Hei seikaaaa!"

Seika tersedar dan tersentak me suara itu.

"Seika kau ini dah kenapa?"

Aku yang kembali sedar, melihat orang yang memanggil ku.

dia lelaki berkaca mata dan berambut hitam serta terlihat rapi.

Seika yang kembali sedar menyedari situasi, ia melamun dari tadi lagi dan tidak mendengar suara yang memanggilnya.

Seika berada di dalam ruangan kelas dan duduk di atas kerusi sambil melihat orang berkaca mata itu dan seika serta merta mencuba menjawab soalan dari lelaki bermata empat itu.

"Tidak ada apa-apa, aku hanya sedikit melamun, Amir."

"Belakangan ini, kau terlihat aneh seika, apa kau ada masalah?"

"Tidak ada, kau yang terlalu risau saja,amir."

Amir mengangkat tangannya dan membetulkan kaca matanya.

Selain akmal, amir juga kawan dekat seika, amir selalu bermain dengan seika dan akmal,sudah tentu amir juga seorang otaku walaupun dia terlihat seperti orang bijak.

Seika mengenal amir apabila ia memasuki kelas ini dan mendapati ada orang yang menyukai anime sepertinya juga.

Amir menghela nafas kecil dan mengubah topik.

"Jadi, kau jadi tak pergi ke panggung wayang minggu depan untuk menonton movie anime baru itu?"

Seika menghela nafas kecil dan berkikih-kikih sambil tersenyum lebar dan meludah kan.

"Kikiki~ sudah tentu aku akan pergi, aku tak akan melepaskan menonton movie anime baru itu di panggung wayang!! Itu adalah adalah salah satu karya terbaik sepanjang zaman!!"

Sejak menerima kejutan dari adiknya Luisa dan akmal,seika mencuba untuk tidak terlalu merisaukan mimpinya itu dan mencuba bersikap seperti biasa.

Seika sambil tersenyum mengambil tiket di seluarnya dan menunjukkan kepada amir sambil berekspresi bangga.

"Lihat!! Aku sudah membeli tiket premiumnya sejak belum diterbitkan di negara Malaysia lagi!!" Amir yang melihat itu dengan semangat membetulkan kaca mata dan berkata dengan semangat. "Ooouuuu~ kau memang menakjubkan seika!! Padahal aku masih tidak membeli tiket premiumnya!!"

Seika memang seorang pemalas, tapi kalau menyangkut bab karya fiksi seika adalah orang no 1 yang akan bersuara dengan penuh semangat, yeah ... Lagi pula seika adalah seorang otaku.

Akmal yang melihat dari kejauhan perbincangan para otaku yang bersemangat.

Mencuba menghampiri mereka.

Akmal berkata di samping amir.

"Kalian berdua bersemangat sekali ya~"

Seika dan amir saling berpandangan dan berkata dekat akmal dengan serentak.

"Sudah tentulah!!"

"Sudah tentulah!!"

"Ini adalah sebuah maha karya yang patut kau nonton sekali seumur hidup mal!!"

"Betul kata seika itu!!"

Akmal yang melihat mereka berdua bersemangat, berkata sambil tersenyum.

"Aku akui cerita itu memang menakjubkan."

Mata seika dan amir melebarkan kerana terkejut dan seika mula mengajukan soalan.

"Jangan kata kau sudah menonton movie itu mal?!?"

Akmal melihat mereka berdua terkejut menjawab soalan itu dengan sedikit ragu-ragu sambil mengangkat tangannya serta mula memainkan anting-anting.

"Ye... Aku sudah menontonnya."

"Apa!"

"Apa!"

Seika segera bangun dari tempat duduknya dan mula memegang tali leher akmal, amir juga tidak ketinggalan mereka berdua berkongsi tali leher untuk dipegang.

"Kenapa kau tidak mengajak kami sekali mal!?"

"Betul tu, apa kau mula berkhianati kami akmal?!?!"

Akmal mengangkat tangannya ke atas dan berkata dengan gelisah.

"Sudah tentulah tidak,!! aku pergi itu hanya untuk orang-orang VIP sahaja. Kau ingatkan ayah aku seorang billionair jadi dia adalah salah orang yang sponsor movie itu jadi ayah aku mendapat tiket VIP dan sudah tentulah aku juga dapat menontonnya kerana aku anaknya!!, lagi pula movie itu baru akan terbit di panggung wayang di Malaysia dalam beberapa hari lagi,'kan???"

Seika dan amir melepaskan tali leher akmal sambil mendesah 'tch'.

Akmal yang sedang mencuba membetulkan tali lehernya, berkata.

"Ayuhlah, nanti aku pergi nonton sekali lagi dengan kalian berdua,sudah tentu aku akan belanja korang popcorn dan minuman sekali, jadi maaf ya..."

Seika dan amir mula semangat sekali lagi dan amir berkata kepada akmal dengan suara pujian sambil menumbuk bahu akmal.

"Kau memang terbaik akmal!! Kau akan aku maafkan kali ini."

Akmal tersenyum canggung dan menjawab.

"Ya..."

Seika yang melihat adegan itu, tersenyum dengan penuh perasaan manis.

Akmal yang melihat senyuman seika pun berkata.

"Kau dah kenapa seika tersenyum-senyum."

Seika yang baru menyedari ia tersenyum, terkejut dan berkata.

"Aku tersenyum pun salah,Oh ya, nanti aku ajak adik aku sekali untuk nonton movie itu."

Akmal dan amir saling memandang dengan hairan dan mereka berdua berkata.

"Ya."

"Aku juga tidak kisah menambah seorang gadis cantik bersama kita."

Seika yang tersenyum manis sekali lagi,berkata di benaknya.

aku harap sehari-harian indah seperti ini terus berkekalan.

Chương tiếp theo