Nabila, gadis biasa yang tidak punya apa-apa, hanya mempunyai perwatakan yang lembut dan kesabaran yang tinggi. Dia tidak pernah merasakan kasih sayang yang secukupnya daripada keluarganya sendiri, hanya pernah merasakan kasih sayang daripada rakan baiknya sahaja. Ingin mencuba nasib, dirinya mencuba untuk bermain dan berkenalan dengan orang baru di alam maya. Bermulalah satu babak baharu dalam hidup Nabila apabila mengenali seorang lelaki bernama Irman. Perkenalan tersebut merubah hidup dan pengetahuannya tentang hubungan percintaan. Namun, seorang manusia.....sehebat mana merancang, tapi tetap tiada kekuatan untuk mengubah apa yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa. Percintaan Nabila hanya sampai di tengah jalan, tanpa kesudahannya. Perkenalan demi perkenalan, namun tiada yang mampu memberi Nabila secebis kebahagiaan. Pencarian demi pencarian, namun tiada jawapan sehingga Nabila keliru erti sebenar kebahagiaan dan cinta. Apakah erti cinta jika perit yang dirasakan di hati? Apakah erti kebahagiaan jika derita melanda? Kembalikanlah sinaran cahya di hati , Jika benar daku yang dikau cintai.
"Nabila!"
Panggil Zalikha kepada anak sulungnya Nabila. Apabila Nabila tidak menjawab panggilannya, Zalikha sekali lagi memanggil anaknya.
"Nabila! Mana budak ni? Nabila!"
Akhirnya Nabila menjawab panggilan mak nya sambil berlari ke arah maknya.
"Ye, mak."
Zalikha merenung muka anaknya dan bertanya.
"Kau buat apa sampai aku panggil kau tak dengar?"
Nabila pun menjawab dengan nada bersalah.
"Maaf, mak. Nabila bersihkan tempat kucing dan bagi makan dia sekali. Itu yang Nabila tak dengar mak panggil."
Zalikha pelik dengan jawapan anaknya dan bertanya dengan rasa pelik.
"Dia? Dia tu siapa?"
Nabila pun menjawab dengan nada gembira sambil menunjuk kucing yang sedang nyenyak tidur di dalam kandang.
"Dia tu….hehe Comel. Kucing Nabila."
Zalikha sekali lagi berasa pelik dan bertanya.
"Bila masa pulak kau ada kucing? Mana kau dapat?"
"Dekat pokok pisang belakang rumah. Dia cedera, jadi Nabila ingatkan nak rawat dia pastu lepaskan dia. Tapi bila Nabila tengok dia comel sangat, tak sanggup pulak Nabila nak lepaskan dia."
"Aku tak kira! Lepaskan kucing tu."
"Kenapa mak?"
"Kau tau kan nak bela kucing ni kena jaga kebajikan dia? Aku taknak tanggung kucing tu."
"Nabila tau kalau nak bela kucing kena jaga kebajikan dia. Tapi Nabila nak jugak bela dia sebab Nabila taknak dia cedera lagi. Kalau pasal duit kebajikan kucing tu mak tak payah bagi. Biar Nabila guna duit Nabila sendiri. Boleh kan mak?"
"Suka hati kau lah tapi ingat duit kebajikan dia bukan dari aku. Aku takkan bagi satu sen pun untuk kucing kau tu. Ingat?"
"Ye, mak. Mak nak apa tadi panggil Nabila?"
"Ah aku nak kau buat air kopi dan biskut untuk tetamu aku nanti. Dia orang berdua jadi kopi tu nanti untuk tiga orang. Dia orang datang pukul 12.30 nanti. Jangan tak buat pulak nanti. Dengar tak?"
"Ye, mak. Nabila dengar."
"Bagus. Kerja rumah yang lain jangan lupa buat."
"Ye, mak."
Setelah puas Zalikha bagi arahan kepada anak sulungnya, Zalikha terus ke bilik anak perempuan bongsunya Nadia. Perginya Zalikha, Nabila dengan pantas menyediakan bahan untuk membuat biskut yang diminta oleh maknya tadi tanpa mengeluh.
Zalikha dengan gembiranya berjalan ke bilik anaknya dan terus masuk ke bilik anaknya itu.
"Nadia…anak mak buat apa?"
"Kerja sekolah mak."
"Bagus. Belajar rajin-rajin. Sayang anak mak."
Zalikha pun keluar dari bilik anaknya dan terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
Perjanjian antara dirinya dan ayahnya, Dato' Ahmad Azril Shah masih lagi bermain di minda. Walaupun dirinya sedar akan minatnya terhadap bidang lakonan dan modeling itu boleh dicapai jika dirinya mengikut arahan ayahnya. Tapi Irman masih lagi ragu kerana dirinya suka bersosial walaupun tidaklah seteruk pergi ke kelab malam, minum arak, ambil benda haram dan sebagainya. Hanya lepak dengan rakan-rakannya dan teman wanitanya. Sambil merenung ke luar jendela kafe kegemaran dirinya dengan fikirannya melayang memikirkan perjanjian tersebut, Irman disapa oleh rakan baiknya Zamir dan Alif.
"Hoi. Renung jauh nampak. Kau fikir apa?"
"Kau ni Mir. Boleh tak kau tak payah nak kejutkan aku macam tu?"
"Ye lah. Dah dari tadi kita orang panggil kau masih lagi merenung tak jawab kita orang. So aku sergah je lah."
Irman pun bagi jelingan yang tajam kepada Zamir.
"Kau tak jawab lagi soalan si Zamir ni. Kau fikir apa sampai mengelamun macam tu?"
"Aku tengah serabut fikir pasal perjanjian antara aku dengan papa aku."
"Perjanjian? Perjanjian apa pulak?"
"Papa aku nak aku masuk kelas modeling dan lakonan. Tapi aku taknak."
"Dah kenapa pulak kau taknak? Bukan ke kau memang minat dua benda tu?"
"Memanglah aku minat tapi aku kalau boleh nak habiskan zaman sekolah ni dengan tenang santai. Kalau aku ikut permintaan papa aku masuk kelas-kelas tu, nanti tak dapat lah aku nak luangkan masa aku lepak dengan awek aku."
"Ohh..jap. Itu kan permintaan bukan perjanjian."
"Ye itu permintaan bukan perjanjian. Tapi yang menjadikan permintaan tu kepada perjanjian, bila aku bagitau yang aku taknak dengan sebab yang aku bagitau tadi, papa aku bagitau kalau aku nak nama aku terkenal sekarang, aku kena masuk kelas-kelas tu dan lupakan niat aku untuk lepak dengan awek aku. Tapi kalau aku taknak terkenal sekarang, aku boleh lupakan niat aku untuk jadi model dan pelakon."
"Ohh….berat tu bro."
"So kau dah ada jawapan belum untuk perjanjian tu?"
"Tak lagi..hmmm"
Irman mengeluh. Zamir dan Alif terkejut melihat seorang perempuan yang mereka teramat kenal memeluk lengan seorang lelaki yang mereka tak pernah nampak berjalan dengan rapat masuk ke kafe yang sama. Pasangan tersebut tidak nampak keberadaan mereka bertiga di situ. Zamir dan Alif masing-masing saling memandang antara satu sama lain dan bagi isyarat untuk bagitahu Irman. Irman pelik melihat aksi mereka berdua.
"Korang dah kenapa? Macam tak betul je aku tengok. Ada sesuatu yang aku kena tahu ke?"
"Yes. Aku dengan Zamir boleh bagitau kau tapi kau jangan marah sebab kita dekat tempat awam sekarang."
"Okay. So what is it?"
Alif bagi isyarat mata dekat Irman untuk tengok siapa dekat meja belakang selang dua meja dari mereka. Irman pun menoleh ke arah meja yang di isyarat oleh Alif. Alangkah terkejutnya Irman orang yang disangkanya setia dan betul-betul mencintainya curang di belakangnya. Tanpa mengira orang sekeliling, Irman terus bangkit dan menuju ke arah teman wanitanya dengan marah.
"Apa maksud semua ni?"
Zarina terkejut melihat Irman berdiri di depan matanya dengan muka yang garang. Tanpa menghirau teman lelaki barunya, Zarina terus melepaskan tangan teman lelaki barunya itu dan mencapai tangan Irman. Irman terus mengelak tangannya dari dicapai oleh Zarina.
"Jangan pegang aku. Kau tak jawab lagi soalan aku. Apa semua ni?"
"Baby, please. I can explain. Ni cuma lakonan je. I dengan dia takde apa-apa hubungan pun."
"Ye lah tu. Aku dengan Alif nampak kau masuk kafe ni sambil peluk lengan laki tu. Bukan main rapat lagi kau dengan dia."
"Whoa. You mean you sebenarnya dah ada boyfriend? Then I ni siapa untuk you? Spare part you? Kalau macam tu kita putus Zarina."
"No you!"
Zarina cuba mencapai tangan Hafiz malangnya tidak dapat kerana Hafiz sudah laju ke arah pintu kafe. Zarina sedar Irman dan rakan-rakannya masih lagi di situ dan terus melihat muka Irman. Irman dengan rasa marah meninggalkan kafe tersebut selepas mengeluarkan kata-kata kiamat buat Zarina.
"We're done. Kita putus and I don't want to see your face anymore."
Zarina dengan malunya terus keluar dari kafe dan mencari kelibat Hafiz dan Irman. Malangnya mereka sudah berlalu dari kafe. Zarina terus pulang ke rumahnya dengan menaiki taksi.
Ketika makan malam….
"Nabila, lepas kemas semua ni nanti jangan lupa tutup semua lampu dan pastikan semua pintu dan tingkap tutup dan berkunci."
Selesai makan, Zalikha terus ke biliknya setelah membasuh tangannya. Manakala Nadia mengusik kakaknya, Nabila.
"Ni semua nanti kau kemas. Aku taknak kemas sebab bukan tugas aku tapi tugas kau. Beruntung kan aku sebab mak sayangkan aku lagi lebih daripada kau. Kau kat sini dah macam orang gaji buat itu buat ini tapi beza kau dengan orang gaji, kau buat semua kerja ni takde gaji, orang gaji buat semua kerja tu ada gaji. Okay lah aku nak masuk bilik main game tapi kau jangan bagitau mak aku main game. Bye."
Nabila hanya pendam rasa dan apa yang dikatakan oleh Nadia terhadapnya. Setelah selesai kemas dapur dan tutup semua lampu, pintu dan tingkap, Nabila terus ke biliknya untuk siapkan kerja sekolah. Ketika sedang menyiapkan kerja sekolahnya, Nabila tiba-tiba teringatkan kata-kata Nadia. Tanpa menunggu sesaat, air mata Nabila jatuh dan terus jatuh tanpa berhenti. Setelah puas air matanya mengalir, Nabila memejam matanya dan cuba mengumpul segala tenaga dan fokus untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
"So, Irman, what's your decision?"
"Can we talk after dinner?"
"No, my son. I want to hear it now supaya nanti lepas makan I can set everything that if your decision is about taking the classes. If it's not, then I just need to tell the Huda to cancel your registration."
Setelah apa terjadi terhadap hubungannya dengan Zarina pagi tadi, Irman pun dengan yakin menjawab soalan ayahnya.
"Okay, pa. I'll do it. You get your wish. I'll follow your request."
"Thank you, my son."
Dua bulan kemudian...
Nabila mencipta akaun facebook dan chatting dengan rakan-rakannya. Nabila membalas komen rakannya di kotak komen milik rakannya. Sedang mereka berbalas komen, muncul seorang lelaki mengikut perbualan mereka dan lelaki tersebut akhirnya hanya berbual dengan Nabila di ruang komen tersebut. Setelah berbual di ruang komen rakannya, Nabila memohon untuk menjadi rakan facebook lelaki tersebut dan terus diterima permohonan tersebut. Nabila terus hantar pesanan di ruang chat dirinya dengan lelaki tersebut.
"Hai"
"Hai. Terima kasih sebab request friend tadi. Ingatkan kita hanya berbual di ruang komen. Haha"
"Sama-sama. Taklah, saya lebih suka ramai kawan jadi saya request friend kat awak. Terima kasih jugak sebab terima."
"Sama-sama. Saya pun suka tapi saya tak boleh selalu on facebook ni. Kalau on facebook ni pun kena sekejap je. Sebab tu nanti saya bagitau kalau ada masa nanti. Pendek kata saya kena off facebook ni sekarang. Jadi sebelum saya tutup, salam perkenalan daripada Irman. Assalamualaikum."
"Baiklah, saya tunggu. Salam perkenalan daripada Nabila. Waalaikumussalam."
Setelah menutup akaun facebook dan computer, Nabila keluar dari bilik dan terus menyiapkan sarapan pagi sambil humming perlahan dengan rasa hati yang gembira.
Tiga bulan berlalu, Nabila dan Irman semakin akrab dan mereka mula menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Irman mengajar Nabila erti cinta, erti bahagia dan membuatkan Nabila merasakan kemanisan bercinta, dicinta, dihargai dan difahami. Nabila dan Irman hanya berkomunikasi melalui facebook tanpa mesej, panggilan telefon dan dating. Walaupun begitu, Irman hanya buka akaun facebooknya sebulan sekali. Pada mulanya agak payah Nabila untuk fahami kenapa hanya sebulan sekali tapi setelah beberapa bulan berlalu, Nabila mula memahami dan tidak bertanya kepada Irman lagi berkenaan itu.
Pada suatu pagi…..
Nabila dan rakan baiknya, Izzati berjalan kaki ke pasar untuk membeli barangan dapur dan keperluan harian. Sambil berjalan, mereka disapa oleh Raihan, salah seorang rakan kampung mereka.
"Wei, pendek. Pergi mana pagi ni?"
Nabila terus menjeling Raihan apabila disapa dengan panggilan pendek dan berkata, "Ke jinjang pelamin."
Raihan terkejut dan berkata, "Ye ke? Dengan siapa? Aku ke? Kalau aku, jom. Hehe"
Izzati tergelak dan berkata, "Dah kenapa dia nak ke jinjang pelamin dengan kau? Kau bukannya pakwe dia. Takyah nak berangan lah kau. Kau ni pun satu, pergi tanya nak ke mana pagi ni, tu dah kenapa? Memang sah - sah lah kiteorang ni nak ke pasar. Poyo lah kau ni."
Raihan mencebik apabila dikata dirinya berangan dan menjawab kata-kata Izzati, "Laa aku saja je lah tanya begitu. Biar mood pagi ni bahagia."
Nabila dan Izzati mencebik dengan kata-kata Raihan dan Nabila pun berkata, "Ye lah tu nak bagi mood pagi ni bahagia. Aku meluat lagi ada lah."
Raihan tergelak dan terus bertanya Nabila apabila dirinya perasan akan perubahan pada muka Nabila.
"Kenapa muka kau nampak berseri dan lebih ceria berbanding hari lain?"
"Takdalah. Biasa je."
Izzati tidak berpuas hati dengan jawapan Nabila dan terus bertanya.
"Ye lah tu takda. Mesti ada apa-apa ni sebabkan dari tadi lagi aku perhati, kau siap humming senyum-senyum masa kita baru jalan dari rumah kau. Mesti ada apa-apa ni?"
Nabila terus rasa segan dan tersipu malu menjawab soalan Izzati.
"Aku sebenarnya dah ada pakwe."
Raihan terkejut dan tergamam dengan kata-kata Nabila tetapi terus mengawal reaksi mukanya dan dengan nada bahagia berkata.
"Tahniah, wei. Siapa laki tu?"
"Wah tahniah. Akhirnya kau ke alam sosial jugak tapi siapa laki tu?"
"Korang tak kenal dia tu siapa sebab dia bukan orang kampung kita. Aku kenal dia pun dari Facebook, bukan kenal depan-depan."
Sekali lagi Izzati dan Raihan terkejut. Izzati pun bertanya.
"Kau kenal dia dari Facebook? Pernah juma depan-depan tak?"
Nabila menjawab,"Tak pernah pun jumpa depan-depan. Kenapa?"
Raihan terus berkata, "Kenapa kau tanya? Kau ni memang nak kena ketuk kepala lah. Bahaya lah kau kenal orang dari alam maya pastu tak pernah jumpa depan-depan."
Nabila pelik dan bertanya, "Apa yang bahayanya?"
Izzati menjawab, "Ye lah kau taktau betul ke orang tu betul orangnya atau tak. Entah-entah orang sebenarnya lain tapi pakai gambar orang lain. Latar belakang laki tu kau tau tak? Asal mana? Keluarga dia macam mana?"
Nabila pun terfikir akan kata-kata Izzati tapi tetap fikir positif dan berkata, "Ala doakan je lah yang baik-baik. Doa yang laki tu memang bukan macam yang korang fikir. Kiteorang pun baru je jadi kekasih jadi taklah tau banyak pasal masing-masing. Tapi nanti aku akan update korang dan mintak pendapat korang kalau ada apa-apa jadi. Boleh?"
Kata Nabila sambil tersenyum. Manakala Raihan dan Izzati, mereka hanya mengeluh dan berkata, "Ye lah."
Pada tahun Nabila menghadapi ujian besar iaitu PMR, Irman menghantar pesanan di ruang chat mereka.
"Assalamualaikum, Nabila. Saya minta maaf terlebih dulu sebab apa yang saya nak sampaikan ni agak berat untuk kita. Saya tau awak betul-betul ikhlas dan setia terhadap saya dan saya pun betul-betul cintakan awak, tapi keadaan saya sekarang ni agak tersepit. Saya minta maaf, kita kena putuskan hubungan kita sebab saya taknak awak terbeban dengan masalah saya. Kalau ada jodoh antara kita, saya akan jelaskan semuanya kat awak. Saya tak boleh nak bagitahu awak sekarang demi keselamatan awak. Saya minta maaf sekali lagi. Saya harap awak faham keadaan saya sekarang. Assalamualaikum, my love Nabila."
Nabila yang sedang leka menyiapkan tugasan untuk dihantar pada minggu seterusnya terkejut apabila mendengar bunyi notifikasi facebook di komputernya. Nabila tahu Irman menghantar pesanan kepada dirinya. Lalu dengan pantas Nabila membuka pesanan tersebut dan tanpa sedar, air matanya mengalir dengan laju dan terus mengalir.
Setelah lima bulan berlalu, tiada khabar dari Irman. Nabila berasa kecewa dan berharap suatu hari nanti dirinya dan Irman akan bertemu. Pada saat hubungannya dengan Irman berakhir, Nabila sedar Irman bukan hanya mengajar dirinya erti cinta, erti bahagia dan merasakan kemanisan bercinta, dicinta, dihargai dan difahami, malah Irman juga mengajar dirinya erti kecewa, erti perit, dan merasakan kepahitan bercinta. Irman dan Nabila, masing-masing terus bergerak ke hadapan meskipun di hati mereka hanya memikirkan kekasih hati yang memang sudah terpahat kukuh di hati. Nabila seperti robot membuat kerja rumah dan kerja sekolah. Hanya apabila dirinya bermain dengan Comel, barulah senyuman terukir di bibirnya.