webnovel

Chapter 16

Ryunosuke menghempas tubuh ke atas katil. Niatnya untuk memejamkan mata untuk beberapa saat. Sungguh dia penat dengan segala urusan pekerjaannya. Niatnya tidur agar dapat menghilangkan sedikit kelelahan yang dia alami.

Selang 1 jam matanya kembali celik bila terbau sesuatu yang menyelerakan. Perutnya yang tidak terisa dari pagi tadi kini mula berbunyi.

Lantas dia bangkit dari katil dan berjalan kearah dapur mini yang terdapat dalam bilik asramanya yang seakan apartment kecil.

Di sana, dia dapat melihat satu tubuh wanita yang cukup dikenali bersama haiwan peliharaannya yang duduk manis di atas meja makan.

"Masak apa tu Aiko?" Soal Ryunosuke yang kini telah tiba didepan peti sejuk. Dia mencapai satu tin air Coca-Cola lalu meneguknya seklai teguk. Dia mencampak tin kosong ke dalam tong sampah yang berada di samping singki.

"Cantik perangai! Minum air berkarbonat masa perut kosong. Awak memang suka cari penyakit!" Kata Aiko yang geram akan sikap tunangnya yang suka minum air berkarbonat tanpa mengira waktu dan situasi.

"Bukan lagi baik saya minat air berkarbonat daripada air mabuk!" Balas Ryunosuke sambil memeluk manja tubuh Aiko dari belakang.

"Dua-dua tu bukan baik untuk kesihatan! Baik minum air putih." Balas Aiko yang masih tidak mengaku kalah.

"Baiklah! you win honey I apologize and I promise I will change." Janji Ryunosuke kepada Aiko tapi malangnya gadis itu tidak tersentuh sama sekali.

"Hmm hari ni janji tak selang beberapa jam awak dah cari balik air tu! 

No need to promise me if you can't stop drinking carbonated water!

Ohh tapi saya akan sedikit percaya pada awak kalau depan mata saya awak buang kesemua stock air berkarbonat awak dalam peti sejuk tu." Kata Aiko dengan senyuman paling termanis yang dia pernah ada.

Tapi bagi Ryunosuke yang telah lama menjalinkan hubungan dengan gadis itu, dia sedar senyuman manis itu bukan lah sesuatu yang baik tapi sebaiknya. 

Senyuman itu mengambarkan perasaan kesal yang terlalu dalam bagi seorang yang bernama Aiko Hayashi kepada seseorang.

"Hehe err Shiro dah makan?" Kata Ryunosuke yang cuba mengubah topik. Janji untuk berubah boleh tapi untuk mengikuti kehendak kekasihnya itu cukup sulit sekali. Apatahlagi  dia hanya menjanjikan palsu untuk berhenti minum. Tabiatnya sudah tertanam lama dan sukar untuk dibuang.

"Hmm tulah awak suka tukar topik! Shiro dah makan." Aiko menjeling sekilas kearah Ryunosuke lalu meletakkan nasi goreng yang telah siap kedalam mangkuk.

Aiko tersenyum melihat masakannya yang kini telah siap untuk di hidangkan. Tidak lupa dia mengambil pinggan dan cawan untuk mereka berdua.

Sebelum duduk dia akan melayan Ryunosuke terlebih dahulu, selayaknya tugas isteri pada suami. Miskipun mereka masih dlama hubungan pertunangan. 

"Makan lah lepas tu awak boleh kembali buat kerja. Oh ya! Saya ada belikan awak beberapa jenis roti dan susu putih. Jangan biarkan perut kosong walaupun awak tengah sebok." Pesan Aiko kepada Ryunosuke sebelum dia mula menyatap makanannya.

Dia perlu mengingatkan kekasihnya tentang pola makan kerana tabiat gila kerjanya tudak lah seteruk kekasihnya yang sering terkupa dengan waktu makan dan waktu rehat.

Pemuda itu akan terus bekerja sehingga kerja itu selesai tanpa kira waktu makan dan rehat yang diperlukan. Selagi tidak ada orang mengingatkan dia, maka sampai kesudah dia akan berdepan dengan kerja. 

Kecuali kalau lelaki itu telah mencapai limit batas. Baru lah dia akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkan lelahnya dengan cara tidur. Selepas bangun dia akan kembali menyelesaikan kerjanya sehingga selesai.

"Baiklah. Thank you for worrying about me.Thank you for preparing food and drink and thank you for helping me take care of Shiro." Kata Ryunosuke dengan tulus. Kerana ini lah hatinya terpaut dengan Aiko. 

Sikap perhatian,tegas,sompan, pengertian dan lembut yang sering ditunjukkan membuatkan nama milik si gadis terus mekar di hatinya dari dulu hingga lah sekarang. Dan nama itu akan terus wujud di hatinya sehingga nyawanya hilang dari jasad.

"Sama-Sama" ucap Aiko dengan manis lalu mereka menghabiskan makanan mereka tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Ryu lama lagi ke? Dah lewat malam ni. Awak tak ngatuk ke!" Tanya Aiko yang kini berdiri di belakang Ryunosuke yang masih tidak bergerak dari meja belajar.

"Lagi sikit je lagi! Kalau awak mengatuk. Awak boleh tdur dulu. Nanti saya menyusur. Saya nak siapkan malam ni." Balas Ryunosuke. Fokusnya masih sama pada beberapa helaian dokumen yang berselerak di atas meja belajarnya.

"Erm tak apalah saya teman awak." Putus Aiko lalu mengambil kerusi dan duduk disebelah Ryunosuke. Kedua matanya fokus memandangkan ke wajah lelah milik kekasihnya.

"Siap pun!" Akhirnya setelah seminggu dia menghadap kerja yang sama, tepat pukul 2 pagi kerjanya selesai. Nasib sekarang academy sedang cuti musin sejuk, jadi tak adalah dia risau andai terlambat bangun pagi.

Ryunosuke menoleh kearah Aiko yang kini telah pun terlena sambil duduk. Dia tersenyum melihat Aiko yang tadi semangat untuk menemaninya yang pada akhirnya gadis itu terlena jua.

Dia mendukung tubuh ramping milik Aiko lalu diletakkan di atas tilam secata berhati-hati agar tidak mengejutkan lena Aiko. Dia membersihkan diri terlebih dahulu sebelum terlena di samping Aiko.

Keesokan paginya, Ryunosuke bangun bila merasakan sesuatu yang menjilatnya. Celik je mata dia dapat melihat si pelaku yang tidak berhenti menjilat seluruh mukanya. Sape lagi kalau bukan si kecik Shiro.

Miauuu miauuuu

Sgiri bersuara sambil tidak henti menjilat wajah Ryunosuke dengan tujuan mengejutkan lwlaki itu dari lenanya.

Ryunosuke tersenyum lalu mengagakat tubuh kecil tersebut dari terus menjilat wajahnya dan di letakkan dia atat perutnya. Kali ini dia pula yang mencium kedua pipi Shiro dengan gemas.

Dia cukup suka bila kulit nya berlaga dengan bulu-bulu halus kepunyaan Shiro yang hanya mendiamkan diri dengan penuh kegembiraan. Si kecil itu sangat menikmati dengan pelakuan tuannya padanya 

Tapi dia terpaksa kecewa bila mendengar satu suara comel yang tiba-tiba jadir didalam bilik milik tuannya. Tapi bila melihat siapa yang hadir, seketika rasa kecewanya berubah kepada kegembiraan.

Hatinya riang bila melihat adik kepada tuannya yang sednag tersenyum lebar. Si gadis manis yang suka membawa makan manis untuknya walaupun sering dihalang oleh tuannya.

"Selamat pagi abang Ryu dan selamat pagi Shiro-chan!" Kata Raina dengan semangat.

"Selamat oagi Ina-Chan!"

Miauu..miauuu..miauu..

Serentak Ryunosuke bersama Shiro menyahut salam dari Raina dan tidak lupa untuk turut membalas senyuman manis Raina.

"Hello Shiro! Awak sihat? Saya sangat rindukan awak." Kata Raina sambil memeluk tubuh kecil Shiro. 

Tadi sewaktu abangnya mengucapkan selamat pagi, seperti biasa sikecil Shiro akan melompat kearahnya dan dia dengan gembira menyambut tubuh sikecil kedalam dakapannya sambil mengusap-usap tubuh Shiro dengan penuh sayang.

"Dia sihat sahaja. Kakak Aiko kamu sentiasa jaga dia untuk abang kalau abang ada urusan Ina." Kata Ryunosuke yang mewakili Shiro. Dia bahagia melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah adiknya itu.

Apatahlagi lagi bila kehadiran Aiko dan Shiro yang menambah kebahagiaan milik adiknya. Hidupnya yang dulu kelam kini mula bewarna kembali. Dia bersyukur, dia masih memperoleh sesuatu yang sangat berharga dan akan dia pastikan. Kali ini dia akan menjaga mereka sebaik mungkin.

"Bangunlah abang! Kakak Aiko dan mama dah tunggu abang di meja makan. Diaorang dah siapkan sarapan." Kata Raina yang kini telah pun menjadi pelajar tahun 4 di sekolah asas sihir.

Dulu tubuhnya pendek dan comel tapi kini dia dapat melihat adiknya telah pun tinggi tapi masih dilihat pendek olehnya.

"Baiklah! Tapi sebelum tu. Bagi abang cium kamu dulu. Morning kiss tak ada lagi. Sini cepat?" Kata Ryunosuke yang kini telah menghampiri adiknya.

Mendengar permintaan dari abangnya seketika dia berlari keluar tapi dia tetap membalas kata-kata dari abang dengan suara lantang. "No! Tak boleh! Abang bau busuk! Mama kata Morning kiss hanya kakak Aiko yang boleh bagi!!"

Ryunosuke ternganga bila mendengar balasan dari adiknya yang sedikit luar dari kotak fikirannya. Ini pasti kerja ibu angkatnya yang suka mendewasakan adik bongsunya sebelum umur matang yang sepatutnya.

"Ni mesti kerja mama lah ni! Padahal Ina masih kecil lagi walaupun dia dah tahun empat." Gerutunya sambil melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Di bahagian dapur, Raina berlari kecil sambil mendukung tubuh Shiro dengan erat. Langkah kakinya berhenti bila dia tiba di meja makan. Di sana ada dua orang wanita yang berbeza umur sedang menanti kedatangan abangnya dan dirinya.

"Mana abang kamu nak?" Tanya Sarah Kepada Raina. Dia hairan bila melihat anak gadisnya hanya datang secara berseorangan. Padahal tadi, dia yang meminta kepada anak gadisnya untuk mengejutkan abangnya yang masih lena.

"Abang mandi mama. Mungkin kejap lagi abang datang! Kakak Aiko nak segelas susu strawberi seperti kakak!" Balas Raina dengan senyuman manisnya. Dia menghampiri kearah kakak iparnya itu. Tidak lupa dia menghulurkan gelas nya kepada Aiko dengan riak wajah comel.

Aiko tertawa kecil, dia begitu geram dengan telatah manja dari adik Ryunosuke. Hatinya selalu hangat bila melihat senyuman manis dari adik iparnya itu hehe. Ini semua bantuan dari ibu angkat Ryunosuke. Dalam beberapa saat dia telah memiliki hati adiknya dengan segala perlakuan manis.

Tidak dia sangka bahawa adik lelaki itu mempunyai sikap yang waspada dan dingin pada seseorang tapi sikap negatif itu tidak muncul bila berhadapan dengannya dan di depan Mieko.

Tapi sebaliknya, hadis manis itu cukup menyayangi dirinya bersama Meiko. Malah kini mereka berdua telah rasmi menjadi kakak angkat paling disukai oleh Raina.

Dan disebabkan itu jugak, Raina menjadi salah satu kunci untuk dia menjatuhkan ego Ryunosuke andai lelaki itu kembali membuat perangai.

"Wahh meriahnya!" Kata Ryunosuke yang kini telah muncul dengan wajah segar.

Hari ini dia berpakaian santai. T-shirt tak berkolar berlengan pendek dan seluar pendek. Hari ini dia tidak merancang untuk keluar bersiar. Dia mahu merehatkan dirinya setelah beberapa minggu menyelesaikan misi-misi gruid yang tidak diketahui oleh Aiko dan tidak lupa kerja dari academy dan jugak menara sihir.

"Santai pakaian kamu nak! Tak akan kamu mahu keluar dengan pakaian santai macam ni. Apatahlagi di luar sudah mula musin sejuk. Kamu akan Deman kalau tak pakai pakaian yang tepat!" Tegur Sarah kepada Ryunosuke . Dia hairan bila melihat pakaian anak terunanya itu.

Ryunosuke hairan dengan kata-kata yang dilontarkan dari ibu angkatnya itu. Setahunya, Sarah tidak memberi tahu apa-apapun pasal hari ni. Ke dia lupa!

Ryunosuke teguk liur bila dapat menangkap air muka Raina yang mula murung. Nampaknya dia terlalu sebok sampai lupa sesuatu. Lagi parahnya benda tu ada kaitan dengan adiknya.

"Jangan sedih sayang!

Abang kamu sejak tinggal di asrama memang kerap berpakaian macam pada waktu pagi.

Walaupun masa hari tu kami dah berjanji nak keluar bersama.

Selalunya selepas sarapan abang kamu akan bertukar pakaian. Jadi kamu jangan fikir yang negatif ya Ina-Chan!" Ryunosuke tersenyum lega bila kekasih sudi membantunya walaupun itu akan menjerat nya balik.

"Baiklah. Ina faham.

Tapi macam mana kakak Aiko boleh tahu kebiasaan baru abang?

Adakah kalian tinggal bersama?" Soal Raina yang mampun membuat kan kedua pasangan itu mati kutu dan gelisah.

Niat Aiko ingin membantu Ryunosuke yang dalam kesusahan, akhirnya dia turut tertarik dengan soalan Raina yang cukup bahaya. Salah langka maka lain yang difahamkan oleh adik manisnya itu. Aiko hanya mampu tersenyum sambil tertawa canggung. Dia buntu mahu menjelaskan kepada Raina yang masih di bawah umur.

Sarah tersenyum penuh erti pada dua pasangan sejoli itu. Pada mulanya dia cukup terkejut melihat Aiko yang berada di dalam bilik anak angkatnya. Apatahlagi pada masa itu, keadaan mereka yang tengah bercium mesra di atas katil tanpa sedar dengan kehadiran sarah di sana. Jangan lupa dengan pakaian tidur Aiko yang cukup sexy. Jadi tidak salah dia berfikir yang tidak-tidak.

Nasib baik masa itu dia tidak membawa Raina, kalau tak rosak sudah pandangan suci anaknya bila melihat sikap tidak senonoh milik si abang.

Lagi dia buat terkejut bila mengetahui bahawa gadis yang di dalam dakapan anak angkatnya itu adalah seorang puteri mahkota yang dikhabarkan masih bertunang dengan orang lain.

Hari itu merupakan dalam sejarah dia menampar anak angkatnya itu kerana berfikir bahawa pemuda itu telah pun menjadi orang ketiga. Baginya anak-anaknya boleh mencintai dan bercinta dengan sesiapa sahaja yang mereka inginkan tapi bukan milik orang lain.

Menjadi perosak hubungan orang lain sangatlah tidak baik dan tidak bermoral!

Tapi kebenarannya akhirnya terkuat dan kebenaran itu yang sukar dia terima. Bukan kerna sikap anak angkatnya yang tidak jujur! Bukan itu, tapi kepercayaan!

Anak angkatnya masih ragu pada keikhlasan dirinya, padahal mereka telah pun menjadi satu keluarga tetapi anak muda itu masih bersikap waspada padanya.

Hati tuanya terhiris tapi dia tetap memaafkan bila mengetahui punca anak muda itu tidak mempercayai seseorang dengan mudah.

Puncanya seseorang yang sangat rapat dengan anggota keluarganya yang sanggup tikam belakang. Kalau dia di tempat yang sama. Dia turut melakukan hal yang sama. Jadi tidak salah kalau anak muda itu berubah semakin dingin.

Tapi itu tidak lagi terjadi, anak muda itu memilih untuk jujur tentang latar belakangnya yang cukup mengejutkan untuknya. Tidak dia sangka keluarga bangsawan yang sangat dipuja olehnya dan semua orang kini telah berada di hadapannya, malah telah pun diangkat menjadi anak-anaknya!

Sungguh mengejutkan bukan! Itulah yang dia rasakan pada masa itu. Apatahlagi sosok Aiko yang sangat disukainya itu akan menjadi menantunya kelak. Sungguh mengembirakan!

"Ehem! Lepas makan kita tunggu abang kamu bersiap. Kamu pun mahu siapkan Shiro kan sayang. Nanti mama dan kakak Aiko akan tolong kamu hiaskan Shiro." Kata Sarah untuk menutup topik si kecil Raina yang masih terlalu polos untuk di dedahkan dengan perkara dewasa.

Sarah kene ingatkan pasangan ini untuk berhati-hati kalau mahu bermesra. Takut nanti kantoi terlihat oleh Raina.

"Baiklah Mama!" Kata Raina dengan patuh lalu menghabiskan makanannya dengan semangat. Dia tidak sabar mahu ke taman permainan bersama anggota keluarganya. Apatahlagi kakak Aiko turut ikut bersama.

"Makan perlahan-lahan Ina! Tak akan tutup taman permainan tu." Tegur Ryunosuke bila melihat adiknya yang cukup rakus menghabiskan mee goreng di pinggang nya.

Ryunosuke menggelengkan kepalanya melihat karenah adik kecilnya yang sering terlihat bersemangat kalau ingin keluar bersama. Tapi hari ini, adiknya terlihat lebih bersemangat tidak seperti selalunya. Mungkin kerana kehadiran Aiko sekali, apatahlagi si kecil Shiro turut dibawanya.

"Ryu dah habis makan. Ryu gi bersiap kejap." Kata Ryunosuke yang telah berdiri dari kerusinya.

"Baiklah! Mama bagi kamu tempoh masa 15 minit! Kalau lambat tinggal!" Kata Sarah dengan sengaja merungut anak terutamanya itu tapi tidak menjadi sehingga lah dia bangkit dari kerusi untuk membisikkan sesuatu pada telinga Ryunosuke agar anak keduanya tidak mendengar percakapannya.

"Kalau kamu lambat bersiap dalam masa yang mama bagi!

Jadi bersiap lah untuk Aiko pakainkan pakaian pada badan kamu!

Jangan risau mama akan ajak Ina untuk duduk luar. Dia terlaku kecil untuk lihat agenda dewasa yang dilangsungkan secara percuma dari abangnya!" Bisik Sarah dengan senyuman iblis nya.

Sedaya upaya Sarah menahan ketawanya bila melihat riak wajah Ryunosuke yang telah bertukar cuak. Akhirnya dia tahu kelemahan anak terunanya itu. Anak angkatnya itu takut dengan perangai gila Aiko yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki dirinya seutuhnya.

"Ta...tak sampai 10 minit Ryu dah bersiap! Mama tunggu disini bersama diaorang. Ja..jangan duduk luar. Dingin tidak elok untuk kesihatan. Ryu gi siap sekarang!" Kata Ryunosuke dengan kalut lalu meninggalkan meja makan dengan tergesa-gesa.

"Mama dah siapkan pakaian kamu! Pakai yang atas meja belajar. Kalau tak! Tahu lah nasib kamu RYUNOSUKE!" jerit Sarah yang memberi tanda peringatan kepada anak terutamanya itu.Seketika dia memandang kearah Aiko dan Reina sambil tersenyum manis.

"Baiklah main bergilir-gilir ke bilik air untuk tukar pakaian. Kita pun kene bersikap sekarang. Hari ini kita wajib pakai pakaian yang telah mama tempah untuk kita satu keluarga. TIDAK ADA SEORANG PENGECUALIAN!"

Aiko dan Raina memandang diantara satu sama lain, lalu mereka mengambil keputusan untuk pasrah dengan nasib mereka di tangan Sarah termasuklah Shiro yang kini menatap horror kearah Sarah yang terlibat seperti ratu iblis.

Funpark games merupakan taman permainan yang cukup dikenali oleh orang awam yang terletak di hujung kota.

Menjadi tempat terbaik kerana lokasi ini berdekatan dengan pantai yang terdapat di kerajaan WhiteFairy. Ada diantara pengujung yang akan meluangkan masa bersama keluarga di taman permainan tersebut sambil menikmati angin laut yang cukup menyenangkan.

Tapi malangnya keseronokan tersebut tidak dapat dirasakan oleh Ryunosuke sedari dia jejak di taman tersebut. Tidak! Bukan di sini.

Tapi masa dia berada di apartment asramanya. Dia cukup ternganga melihat pilihan baju dari ibu angkatnya Sarah.

Sebuah t-shirt berlengan pendek yang mempunyai tulisan WE ARE A HAPPY ONE WHO IS ALWAYS SMILING lagi dia tidak berkata apa bila pakaian itu berwarna merah jambu. Dan tidak lupa dengan character anime yang menjadi favourite adiknya. Melody dan jugak koromi.

Dia tidak ingin memakai pakaian tersebut tapi bila teringat ancaman yang dikatakan oleh Sarah. Nak tak nak dia terpaksa merelakan tubuhnya di sarung dengan pakaian yang cukup menjatuhkan imejnya yang seorang lelaki dingin dan cool.

"Ryu awak okey!" Tegur Aiko yang sedari tadi memeluk lengan kanannya. Gadis itu turut menjadi mangsa ibu angkatnya untuk mengenakan pakaian memalukan itu.

Tapi gadisnya itu tidak bermasalah, malah Aiko terlihat menyukainya pakaian mereka yang katanya nampak serasa dan comel.

"Saya okey je" kata Ryunosuke yang cuba menyembunyikan riak tidak puas hatinya pada Sarah. Tapi gadisnya cukup mengetahuinya dan itu cukup sukar untuk dia tutup.

"Hehehe! Saya tahu yang awak tak rela pakai pakaian ni. Tapi bagi saya okey je. Cantik, comel, selesa dan yang pasti! Awak nampak cute dengan baju tu. Kita pun nampak sweet je hehe." Kata Aiko yang mula membetulkan kedudukan rambut palsunya.

Ya, Aiko terpaksa menyamar untuk keluar bersamanya. Gadis manis itu menggunakan contact lens warna purple untuk menutup mata biru keemasan miliknya serta rambutnya yang berwarna hitam kebiruan ditutupi dengan rambut palsu berwarna coklat cair. Tertutup lah sudah ciri-ciri keluarga bangsawan Hayashi.

Tidak seperti Raina, adiknya itu telah pun di kenakan dengan sihir samaran sejak gadis itu masih bayi. Sihir itu dilakukan secara langsung dari ibu kandung mereka. Ariana Nishimura.

"Baiklah. Tapi hanya untuk hari ini sahaja. Hari lain tak akan terulang kembali!" Kata Ryunosuke dengan penuh keyakinan tapi malangnya keyakinan itu sinar bila mendengar kata-kata Aiko yang penuh ceria.

"Awak yakin ke! Mama awak tu mempunyai perbagai cara nak buat awak SETUJU!"

Ryunosuke tersenyum sumbing tetapi dia mula tersedar bila kekasihnya itu nampak menyukai dengan semua yang di rancang oleh mama angkatnya itu.

"Why do I feel like you're happy with whatever my mom does to us?" Soal Ryunosuke kepada Aiko yang kini telah pun melepaskan pelukan pada lengannya.

"Kalau itu yang boleh buat hubungan kita makin dekat! So it's not wrong if I support everything your mother does for us dear."kata Aiko lalu menarik pergelangan tangan kanan Ryunosuke untuk berkari bersamanya.

Mereka berdua berlari bersama-sama menuju ke pintu masuk taman permainan tanpa menghiraukan pandangan sekeliling. Hari ini akan menjadi momen yang paling indah dan tidak akan sesekali dia lupakan dan akan dia tanam pada mindanya.

Untuk satu hari itu, mereka tertawa riang bersama tanpa memikirkan segala masalah yang telah mereka hadapi. Ajaibnya, seperti yang ditulis di baju mereka begitulah yang terjadi. Mereka tertawa serta tersenyum bahagia tanpa segala beban yang mereka pikul.

Chương tiếp theo