webnovel

2.8

Litany memandang ke arah lembaga di hadapannya.

Meskipun di dalam keadaan gelap, namun dia pasti lelaki itu juga sedang memandangnya.

Nafas lelaki itu menderu kencang di wajahnya, sama seperti dadanya yang bergetar hebat menghadapi orang tidak dikenali yang menceroboh rumahnya.

Mulutnya masih ditekup lelaki itu, manakala kedua-dua belah tangannya terkunci dalam genggaman tangan lelaki itu. Kecil sekali kedua-dua tangannya sampai lelaki itu dengan senangnya menguncinya hanya dengan sebelah tangan sahaja.

Walaupun terasa sakit, namun dia tidak boleh bergerak langsung. Posisi tubuhnya berada tepat dalam pelukan erat lelaki itu. Dia mula sesak nafas. Kepalanya pusing. Tubuhnya hampir jatuh.

Menyedari keadaan Litany yang mulai melemah, lembaga itu tiba-tiba melepaskan tangan yang ditekupkan di mulut Litany. Litany menyedut nafas sekuat hati. Matanya sedikit terbeliak mencari udara untuk bernafas.

"Siapa kau? Kau nak apa?" Bisik Litany dengan nafas masih tercungap-cungap kepenatan.

Lembaga itu tidak bersuara.

Litany mendongakkan wajahnya sedikit. Dia tahu di atas kepalanya sekarang ini, ada lampu mentol kecil yang dipasang oleh Hadi beberapa bulan yang lalu. Jika dia menarik tali suis di atas kepalanya, dia akan tahu siapa orangnya yang berada di hadapannya saat ini. Tapi apakah kau berani Tany? Suara hatinya menyangsikan ketekadannya.

"Sarah nak pergi buang kaca ni kat dalam dulu bang. Abang cuba lap sikit lantai tu, manalah tahu ada saki baki kaca halus yang tak kita nampak" suara bibik Sarah singgah lagi.

Litany memejamkan matanya sesaat dua. Dia menarik nafas panjang. Inilah masanya! Sepantas kilat, dia menarik hujung tali suis yang terjuntai di atas kepalanya. Bilik stor yang tadinya gelap kini terang sedikit meskipun cahayanya masih lagi malap.

Litany meluruskan pandangan. Melihat lelaki di hadapannya, wajahnya serta-merta berubah. Dia terdiam tidak mampu berkata apa-apa.

"Kk...kau.."

Berdiri di hadapannya saat ini ialah Alwiz yang berpakaian serba hitam. Mata lelaki itu merenungnya tajam. Renungan itu tidak menampakkan kemarahan namun Litany masih lagi bimbang.

Dia juga gementar apabila menyedari jarak dia berdiri di hadapan Alwiz terlalu rapat. Begitu juga wajahnya begitu hampir dengan wajah Alwiz yang kelihatan tenang. Nafas lelaki itu perlahan kedengaran tetapi cukup untuk menyeksa emosinya.

Mata Alwiz terus merenung setiap pelosok wajah gadis di hadapannya. Dia menaikkan jari telunjuknya ke bibir lalu mengisyaratkan agar Litany tidak berbuat bising. Litany mengetap bibirnya lalu mencebik. Alwiz melemparkan segaris senyuman. Memaksa mata Litany terpaku pada dua lekuk di pipi lelaki itu.

Sebaik sahaja pasangan suami-isteri tadi iaitu Hadi dan Sarah beredar dari kawasan ruang tamu itu menuju ke bilik, barulah Litany berani bersuara. Itupun sekadar berbisik.

"Kau buat apa ni!?"

Alwiz tertawa kecil.

"Kau tak nampak ke aku tengah buat apa dengan kau ni? Or do you expect more action from me?"

"Kau..! Ishh aku tengah serious tau tak!"

"Aku pun tengah serious juga" balas Alwiz pantas.

"Kau ni dah gila ke apa"

"Aku tak gila sayang. Aku cuma rindu sangat dekat awak" terlakar sebuah senyuman manis di wajah kacak itu.

Stop lah senyum macam tu! Kau tak tahu ke aku boleh gak cair kalau awak senyum terus. Monolog hati kecil Litany yang cuba mempertahankan tembok yang dia bina dalam hatinya.

"Aku maksudkan kau buat apa kat ruang tamu gelap-gelap macam ni? Kau tengah cari apa sebenarnya?" gumam Litany. Geram dan sekaligus malu dengan kata-kata Alwiz sebentar tadi.

"Aku tengah cari cinta aku yang hilang," jawab lelaki itu selamba.

Litany mengerutkan dahinya. Apa dah tak betul mamat ni sampai lain yang ditanya, lain pula yang dijawabnya? Dia cuba menolak tubuh Alwiz, tapi secepat kilat kedua-kedua tangan lelaki itu memegang kedua-dua belah sisi kepalanya. Litany terpempan.

Kali ini Alwiz memandangnya dengan satu pandangan aneh. Litany sendiri tidak tahu kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup lebih kencang dari tadi. Tubuhnya juga membahang tanpa disedari. Ada sesuatu dalam pandangan lelaki itu. Ada sesuatu yang telah dilakukan oleh lelaki itu padanya.

Dia tidak tahu apa yang lelaki itu telah lakukan, tapi dia yakin lelaki itu sedang cuba memanipulasinya lagi. Jika tidak, masa kan debaran di dadanya tidak mahu kunjung padam.

"Bella..." Panggil Alwiz. Lembut dan perlahan.

Degg

Litany terpaku tanpa sedar. Panggilan lelaki itu terasa aneh. Bella? Entah kenapa saat nama itu meluncur laju di bibir Alwiz terasa seakan dirinya berada di dunia lain. Nama itu seperti menariknya ke suatu medan masa lampau yang tak terjangkau oleh dirinya. Dalam masa yang sama ada perasaan benci yang lahir di dasar hati yang terdalam.

Bella. Dia seperti pernah mendengar nama itu. Apakah itu nama seseorang? Tapi kenapa Alwiz menyebut nama itu di hadapannya? Kenapa lelaki itu tidak memanggilnya Litany seperti yang selalu disebut lelaki itu padanya sejak beberapa hari yang lalu?

Seakan ada sesuatu yang terus menyuruh nya menentang renungan mata Alwiz yang memukau itu. Ada sesuatu pada pandangan lelaki itu yang menikam wajahnya.

Sesuatu yang sepi. Sesuatu yang mendambakan sesuatu. Renungan lelaki itu nampak sayu di matanya kini.

"I need you," bisik Alwiz perlahan lalu tiba-tiba memeluknya.

Litany terpegun. Dakapan lelaki itu membuatkan separuh dari tubuhnya mengeras. Owh God! What wrong with this man.

Litany cuba menolak tubuh Alwiz buat kali keduanya. Namun lelaki itu malah mendakapnya lebih kemas. Lebih erat sehinggakan dia mula kelemasan. Rasa ketakutan yang sama yang pernah dia rasakan sebelum ini kembali menerpa. Tubuhnya mula bergetar.

Dengan sisa tenaga dia menolak kuat tubuh lelaki itu. Sekuat yang dia mampu. Tubuh Alwiz terperosok ke belakang. Tidak cukup dengan itu, tangannya dihalakan ke arah pipi lelaki itu.

Pang!

Alwiz tersentak. Pipinya berbekas merah. Dia memandang gadis di hadapannya dengan dahi berkerut.

"Please behave yourself in my house, Mr. Alwiz," tukas Litany dengan wajah merah padam.

Tajam pandangan Alwiz ke arah Litany namun seketika padam begitu sahaja ketika anak matanya menangkap genangan di tubir mata gadis itu. Hati nya berdegup sakit. Matanya terpejam rapat menahan rasa yang telah lama cuba dia redam. Perasaan ini sangat menyiksa. Tiap kali melihat mata itu digenangi dengan butiran jernih itu dengan wajah takut itu buat sejarah hitam itu kembali menerjah memorinya.

"Bukan. Bukan Bela" suara itu bergetar lemah. Air mata tidak kunjung kering. Air matanya sudah bercampur dengan darah yang juga terus mengalir di sisi kepalanya.

Jari-jemari kecil itu terketar-ketar cuba menyentuh hujung seluar seorang remaja lelaki. Namun remaja lelaki itu tanpa perasaan dengan kasar menjambak helaian rambut panjang itu.

Bergema jeritan Bella saat merasakan sakit yang tak terkata pada kulit kepalanya.

"KAU PEMBUNUH" jerkahan itu berjaya membuatkan suara yang tadi kedu.

Degg

Tanpa sedar kata-kata itu telah menoreh luka dalam di hati seorang anak perempuan berusia 7 tahun. Luka yang hingga kini masih berdarah.

Wajah anak kecil itu berubah kosong serta merta. Dia sudah lelah terus-menerus menerima kata-kata yang kenyataannya tidak pernah dia lakukan. Tumbuh rasa benci dan haus darah dalam diri kecilnya tika itu juga.

"Jika itu yang kau ingin kan dari ku maka tunggu aku. Suatu saat nanti aku akan kembali kepadamu merealisasikan ucapan yang kau ucapkan" datar suara itu sebelum berlari pergi.

.

.

.

.

Chương tiếp theo