webnovel
avataravatar

kawan sebilik

" hai.. belum tidur lagi?" Tanya Tira pada Malia yang masih bertenggek di bibir katil dua tingkat itu sambil menjuntaikan kakinya. Malia, kawan sebiliknya itu mengeleng. Tira baru balik dari lepak dengan Nani di kantin.

" Aku tak boleh tidur.. panas!" kata Malia kemudian.

" Abis ko buat apa gelap-gelap ni.. kalau ya pun buka la lampu.. bertenggek kat atas tu macam langsuir jer.. malam minggu macam ni kau tak boring ke asyik lepak di bilik…" sebenarnya Tira sudah ajak Malia lepak di kantin dengan Nani dan kawan-kawan yang lain. Tapi Malia menolak.

" Aku sebenarnya nak tidur.. sebab tu aku tak buka lampu.. tapi malangnya tak boleh tidur.. aku asyik teringat cerita kakak angkat aku.. tentang bilik kita ni." Kata Malia. Tira yang duduk di katil bawah bingkas bangun.

" Bila masa kau ada kakak angkat ni? Ha.. apa cerita pula dengan bilik kita ni?" Tanya Tira tertarik.

" Ya.. aku baru je dengar kisah ni dari kakak angkat aku yang dulu pernah tinggal di sini. Katanya bilik kita ni 'keras'.." Malia mula bercerita. Tira melihat Malia mengusap-usap rambutnya yang panjang mengurai. Sekali pandang memang macam langsuir. Dengan baju tidur kelawar warna putih, salah pandang Tira boleh tersalah anggap Malia adalah Pontianak. Malam-malam begini buka pula cerita seram. Apa pun Tira tertarik dengan cerita Malia.

" Keras?"

" Ya.. keras"

" Maksud kau?"

" Alah.. tak kan kau tak tahu. Keras la.. ada 'benda-benda keras ' "

" selama ni kita tinggal sini okey je.." Tira kurang percaya.

" Kita kan baru seminggu je duduk bilik ni.. tapi betul la. Aku rasa bilik ni keras.. kadang-kadang tu aku rasa ada orang lain dengan kita di bilik ni. Masa aku tengah nyenyak tidur.. ada masa aku rasa ada orang lalu-lalang buat-buat sibuk dalam bilik ni. Tapi bila aku buka mata.. senyap. Satu apa pun tak ada benda" cerita Malia lagi. Bulu Roma Tira mula menegak mendengarnya. Dia tak pernah rasa pun kewujudan 'benda' lain tu ketika berada di bilik itu waktu bersama Malia mahupun ketika berseorangan.

" Kau biar betul.. perasaan kau aja kot. Aku tak rasa apa-apa pun.."

" ala.. kau dengar dulu cerita aku. Kakak angkat aku kata.. di bilik ni dulu ada pernah seorang pelajar perempuan mati dalam tidur. Tak tahu la apa punca dia mati. Tapi dia tak sedar yang dia sudah mati.. jadi rohnya merayau-rayau tak tentu hala. Kakak angkat aku cerita.. menjelang tengah malam roh budak tu selalu berlegar-legar dalam bilik ni.. buat rutin yang selalu di jalaninya semasa hayatnya. Budak tu.. dia suka mandi malam. Pernah satu malam mereka nampak kelibat budak tu buka pintu menuju ke bilik air dengan bekas sabun dan towel… kau tahu. Kawan kakak angkat aku tu pernah jumpa sekali.."

" Jumpa roh budak tu?" celah Tira. Malia mengangguk.

" ye.. Dia sangka kakak angkat aku yang bangun ke tandas. Dia ikut la dari belakang.. dia tu penakut sikit. Bila sampai tandas budak perempuan tu lenyap tiba-tiba. Bila dia balik ke bilik, dia nampak kakak angkat aku sedang tidur nyenyak pun.. jadi yang dia nampak tu…" Malia tidak menyambung ayatnya

" Roh budak tu..?" Sambung Tira sambil mengusap lengannya yang meremang bulu roma. Malia mengangguk.

" Budak tu juga suka tidur waktu siang dan berjaga sampai lewat malam.. kononnya semasa hayatnya. Dia suka berbual-bual dengan kawannya sambil juntai kaki macam ni.. jadi ada ketikanya mereka Nampak lembaga duduk atas katil dan juntai kaki sambil belai-belai rambut.. " Kata Malia sambil menghayun-hayunkan kakinya yang terjuntai di sisi katil.

" Hei.. seram aku dengar cerita kau ni Malia.. Jangan cerita lagilah. Nanti aku tak boleh tidur pula.. lagipun kau cerita malam-malam buta ni.. malah bilik yang di maksudkan adalah bilik kita… kalau betul benda tu ada.. nayalah!" Kata Tira mahu menutup cerita.

" Ala.. apa kau nak takut.. kau kan tak pernah rasa 'benda' tu wujud kat bilik ni.. " Kata Malia seperti mempersendakannya.

" Yelah.. tu sebelum kau cerita.. sekarang kau dah cerita. Benda tak ada pun aku akan rasa ada.." Kata Tira lagi. Tak sedap hati.

" Kalau kau ternampak 'benda' tu lah kan.. apa kau akan buat? Kau lari lintang pukang tak?" Tanya Malia.

" Agaknya la lari tak hingat dunia.. tak kan nak duduk borak dengan dia pula kan.. eh.. sudah la.. kau ni asyik cerita pasal dia… nanti dia betul-betul muncul kang kita juga yang naya.. dengar cerita kau ni.. Malia.. aku rasa nak pindah bilik aja..!" Marah Tira. Malia tergelak.

" kau gelak kenapa..? ingat lucu ke apa cerita pasal 'hantu' malam-malam buta.." Marah Tira lagi bila Malia mentertawakannya.

" Penakut juga rupanya kau ni Tira.." Malia turun dari katil. Dia mencapai towelnya dan menuju ke pintu.

" Kau ke mana?" Tanya Tira

" ke bilik air.. kenapa? Kau takut ke sorang-sorang di bilik. Kalau takut.. moh la teman kan aku ke bilik air.." Kata Malia lantas membuka pintu bilik. Membayangkan seorang gadis menjuntaikan kaki di bibir katil sebelah atas ketika dia berseorangan di bilik, Tira segera bingkas bangun. Lebih baik ikut Malia ke bilik air daripada berseorangan. Macam-macam bayangan menyeramkan muncul dalam fikiran Tira.

" ikut..ikut.. aku tak berani la tinggal sorang dalam bilik. Ni semua ko punya pasal, cerita ntah apa-apa tengah-tengah malam buta.." Omel Tira sambil mengekori Malia.

" Cepat la.. kalau lambat aku tinggal.." Kata Malia lantas berlari-lari anak menuju ke bilik air di blok paling hujung. Malia memang suka mengusik. Tira mempercepatkan langkahnya mengejar Malia.

"Kau tahu.. budak tu suka ke bilik air malam-malam buta" Kata Malia lagi. Dia masuk ke dalam salah satu bilik air manakala Tira hanya membasuh tangan di sinki. Tidak berniat untuk melepas hajat. Tak kira hajat kecil atau hajat besar. Dia cuma tidak mahu berseorangan di bilik setelah mendengar cerita Malia. Membayangkan seorang gadis bertenggek menjuntai kaki katil sebelah atas amat menyeramkan.

" Kau ni kan Malia.. kau lupa ke yang kita ni berada di bilik air.." keras sedikit nada Tira. Kedengaran Malia ketawa kecil.

" Ala.. apa nak takut sangat. Kalau kau jumpa dia.. kau ajak ajalah dia borak.. kot-kot kau boleh tanya dia.. kenapa dia masih lagi merayau-rayau.. kot-kot korang boleh jadi bestfren.." ujar Malia.

" Kaulah tanya dia kalau kau jumpa.. eh! Dah la tu cakap pasal tu.. tak habis-habis la kau ni.. malas aku nak layan!" Kata Tira sedikit marah. Hatinya gusar. Kalau Malia mengusiknya di siang hari tak apalah juga. Tapi tengah malam macam ni? Memang rasa nak memanas jugalah dada di buatnya. Mendengar nada suara Tira yang marah, Malia diam.

" Kau dah siap belum?" Tanya Tira. Malia tidak menyahut.

" Aku bukan nak marah Malia.. Tapi ni kan malam buta.. kau faham-faham ajalah.." Kata Tira lagi. Mengagak yang Malia terasa dengan ungkapannya tadi. Tapi Malia masih mendiamkan diri. Bila Malia tidak menyahut Tira turut mendiamkan diri. Kesal juga Tira di buatnya.

" Kau sudah ke belum..?" Tanya Tira lagi. Diam.

" Ala.. kalau kau bergurau boleh.. aku baru cakap sikit kau dah ambil hati.." luah Tira mula merasa geram dengan kebisuan Malia. Malia tetap diam. Tira terdiam lagi. Nampaknya Malia benar-benar terasa hati dengan kata-katanya tadi. Kedengaran langkah kaki dari luar. Pintu bilik air terkuak dan Nabila, pelajar bilik sebelah mereka dengan muka mengantuk memandang Tira. Tanpa sepatah kata Nabila masuk ke bilik air yang satu lagi.

" Kau buat apa lepak dalam bilik air?" Tanya Nabila hairan.

" Aku tunggu Malia kat dalam tu.. Malia! Kau dah siap belum?" seru Tira. Malia tidak menyahut.

" Tunggu Malia..?"Tanya Nabila sambil memandang Tira dengan dahi berkerut. Tira mengangguk.

" Dia kat dalam?" Tanya Nabila sambil tunjuk ke bilik air yang tertutup itu.

" Hmm.." Sahut Tira ringkas.

" Jap.. meh sini jap.." Kata Nabila sambil tarik tangan Tira. Tira hairan dengan gelagat Nabila yang tiba-tiba menariknya keluar dari situ.

" Kau gila.." Kata Nabila bila mereka sampai di pintu bilik Nabila. Nabila tertoleh-toleh ke arah bilik air tadi. Muka Nabila seperti cemas.

" Gila apanya.." Tanya Tira merasa pelik.

" Malia tidur di bilik kami la.. kau pasti ke Malia yang dalam tandas tu?" Tanya Nabila sambil menarik Tira masuk ke biliknya.

" Eh.. mustahil la.. Malia kan dengan aku di bilik air tadi.." Nafi Tira. Nabila tidak memperdulikan kata-kata Tira tetapi menariknya kea rah katil Julia. Tira terlompong melihat Malia yang sedang nyenyak di tidur setilam dengan Julia. Dia mengosok matanya berkali-kali. Sah Malia sedang tidur nyenyak.

" Jadi yang di bilik air tadi tu?" Tanya Tira. Nabila mengeleng sambil menatapnya tajam tapi enggan menyebut. Tira pantas teringat 'Malia' yang menjuntaikan kakinya sambil membelai rambut di katil sebelah atas, di biliknya tadi.. bayangan itu membuat Tira serasa mahu pengsan.

Chương tiếp theo