webnovel

Spaghetti

Aku mengigil kesejukan. Seluruh tubuhku terasa membeku. Sepertinya aku terbaring di atas hamparan salji. Seram sejuk. Lebih dari itu, tulang dan daging dalam tubuhku terasa ngilu-ngilu sepertinya aku telah kerja keras membanting tulang seharian di tapak pembinaan.

" Semalam kau sihat je. Siap masak spagheti lagi malam-malam buta. Tetiba demam pula.." tegur Ojai. Kawan serumahku. Baru balik dari membeli sarapan pagi di gerai bawah.

" Aku pun pelik juga.. tiba-tiba aku demam. Ah ya.. semalam masa aku masak spagheti tu memang ada perkara pelik berlaku.."

" perkara pelik? Apa?"

" erm.. masa aku ambil daging cincang untuk campur dengan sos Prego .. daging tu jatuh pula ke lantai. Nasib baik masih dalam bekas. Pastu aku ambil sausage.. nak masak spagheti bubuh sekali sausage cincang halus.. ko juga yang bagi resepi tu.. yang peliknya sausage tu pun terlepas juga dari tangan aku. Di tempat yang sama daging cincang tu jatuh. Okey! Maybe aku letih sangat.. tapi kali ke tiga, masa sos spagheti tu dah siap.. dah ready nak makan.. kat tempat tu juga. Depan fridge tu.. sos aku tertumpah. Mujur tak tumpah semua.. kalau tak maunya aku kempunan.. kau rasa demam aku ni ada kena mengena dengan perkara pelik tu ke?" Aku tenung muka Ojai minta kepastian.

" entah la. Tapi atok aku pernah kata.. kalau malam-malam makanan kita asik jatuh.. tu maksudnya ada yang 'minta'. Mudah saja. Cubit sikit makanan tu buang ke tingkap. Lepas tu okeylah.. kira kita dah bagi 'dia' rasa…" Aku angguk-angguk. Cuba menangkis rasa seram akibat dari hal pelik semalam.

" Ah ya.. pak guard tadi tanya aku. Siapa pempuan-pempuan yang kau bawa tu.. Katanya malam tadi dia nampak kau bawa 2-3 orang pempuan balik.. aku cakap kau balik sensorang je semalam.. tapi pak guard tu siap bersumpah yang dia nampak ada 2-3 orang pempuan dalam kereta kau masa kau drive masuk.."

" Eh.. mana ada.. aku balik sensorang sajalah semalam.." Kataku, tambah mengigil. Bukan kerana demam tapi kerana terkejut.

" Oh? Kalau gitu.. aku tahu siapa yang minta daging cincang kau semalam.." Ojai pandang aku tajam.

Gulp!

Chương tiếp theo