webnovel

CHAPTER 18

Di awal pagi yang indah dimana suasanan pagi yang begitu indah dan udara yang begitu menyegarkan. di kawasan laluan yang selalu digunakan kelihatan ada yang sedang berlari dan ya itu adalah Jeremy dan Jenily yang sedang berlari dibelakang mereka ialah Shene yang ikut berlari bersama.

Jeremy dan Jenily kelihatan masih mampu berlari seperti biasa tanpa sebarang kepenatan atau rasa-rasa ingin pengsan lagi walau mereka belum sarapan lagi hanya meminum susu.

" kita lari sampai ke gerbang kampung lalu kita pusing balik ya... kita ulang sebanyak 5 kali pusingan jangan risau kita akan rehat lepas habis semua pusingan.. kalau tak larat boleh berehat tapi kena tambah 1 pusingan lagi" jerit Shene kepada Jeremy dan Jenily sepertinya mengugut mereka tetapi menggunkkan nada yang tenang.

"ughh!!! " Jeremy dan Jenily terkejut tapi kena terima hakikat kehidupan mereka lahir dalam keadaan yang dalam bahaya.

pusingan pertama dilalui dengan lancar. pusingan kedua dilalui dengan lancar juga. pusingan ketiga mereka nampaknya berasa kepenatan. pusingan keempat seperti berasa pusing-pusing. pusingan kelima mereka berjaya laluinya walau mereka hampir mahu pengsan kerana kepenatan dan stamina mereka berkurang.

" berehat sekejap lepas ni kita akan menaiki bukit pula" kata Shene sambil memberikan air kepada Jeremy dan Jenily.

Jeremy dan Jenily seketika tersedak meminum air mereka apabila mendengar perkataan auntie mereka.

di bawah bukit berdekatan dengan perkampungan.

" baiklah kali ini kita akan mendaki bukit sebagai 4 pusingan dan kamu akan membawa bebanan" jelas Shene sambil memberikan beg kepada Jeremy dan Jenily.

mereka berdua mengambil beg itu tetapi tangan mereka tertarik kebawa oleh keberatan beg tersebut.

" berapa kilo juga berat bebanan ni?" soal Jeremy sambil mengangkat beg itu.

" ni mesti 5 kilo lebih ni?" kata Jenily yang berusaha untuk mengangkat beg tersebut.

" hanya 2 kilogram sahaja tu atau persamaan 4 ekor kucing" balas Shene sambil mengangkat begnya.

" baiklah mari mulakan pendakian kita! semangat!" kata Shene sambil memberikan motivasi.

Jeremy dan Jenily memulakan sesi kedua latihan mereka dengan wajah yang begitu kepenatan tetapi harus dilakukan demi kepentingan bersama.

mereka mendaki bukit seperti biasa dimana Shene berada di belakang mereka.

" jangan kalau penat boleh berehat dulu tapi kena tambah 1 pusingan okey" kata Shene seperti biasa

sudah pasti Jeremy dan Jenily tak mahu berehat kerana mereka akan menambah beban kepada diri mereka sendiri.

pusingan pertama berjaya dilakukan dengan tenang walau penat. pusingan kedua mereka sepertinya menghargai keindahan alam. pusingan ketiga sepertinya mereka mencintai alam sekitar. pusingan keempat mereka berjaya lalu berbaring di atas bukit sambil melihat ke langit sambil tersenyum epertinya tidak waras.

" hahahaha..... akhirnya berjaya juga.... " kata Jenily secara tiba-tiba.

" dik.... jangan dulu hilang waras mu ya masih kau muda" balas Jeremy yang berusaha untuk bernafas.

Shene memberikan air kepada mereka untuk diminum bersama sandwich kepada mereka.

" kamu melakukan latihan dengan begitu baik.. mulai hari ini kita akan melakukan latihan ini sehingga kamu mampu melakukannya tanpa sebarang masalah" kata Shene dengan penuh semangat

Jeremy dan Jenily yang menikmati sandwich mereka seketika terhenti mendengar apa yang auntie mereka katakan.

" b-baiklah auntie!" balas mereka dengan penuh semangat selepas berfikir 3 saat sebelum menjawab.

" bagus! semangat itu yang kita mahukan, tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha" kata Shene.

mereka berehat untuk beberapa minit...

" baiklah kita pulang ke rumah dan kamu berdua kena bersiap untuk pembelajaran kamu dengan uncle okey?" kata Shene

" baiklah auntie!" kata mereka berdua

" ya jangan lupa angkat tu beg bebanan kamu sampai kerumah ya" shene sambil tersenyum.

Jeremy dan Jenily berasa sepertinya latihan mereka belum berakhir....

" baiklah..." mereka pun angkat beg mereka sampai kerumah.

setelah mereka sampai kerumah dan menuju ke meja makan.

" balik pun sudah kamu, nah makan dulu sarapan dulu lepas tu mandi bersihkan badan. dalam jam 10 kita akan mulakan belajar kita di bilik belajar kamu" kata Larry yang menyediakan sarapan di atas meja dan menyapa Jeremy dan Jenily.

" arghh... penatnya... baru pertama kali rasa begini.." kata Jenily yang duduk di bangku lalu meletakkan mukanya di atas meja makan.

" selalunya kalau berlari tu okey tapi kalau sampai 5 kali pusingan dengan naik bukit bawa bebanan memang rasanya kaki ni nak putus" tambah Jeremy yang kelihatan mengeluh.

" ala baru begitu, banyak lagi benda kamu kena lalui, bertapa di bawah air terjun, memanjat pokok, angkat bebanan sampai 50 kilo, lari bawa bebanan 20 kilo, dan banyak lagi tapi kamu masih jauh untuk berlatih tentang ilmu pedang dan memanah serta ilmu seni pertahanan diri" kata Shene yang secara tiba-tiba masuk ke dalam perbualan mereka berdua lalu duduk.

" ugh.... tanpa apa kena kuatkan semangat! kami mampu.... kalau masih.. mampu..." kata Jenily dengan semangat tetapi secara mendadak menurun.

Shene dan Larry hanya ketawa mendengar apa yang Jenily katakan.

" dahlah tu, makan dulu kumpul tenaga baru ada semangat dan motivasi untuk belajar" Kata Larry yang telah selesai menyediakan sarapan lalu duduk di bangku.

mereka memakan sarapan seperti biasa.

*note: Larry sebenanrnya pandai masak dan mahir dalam membuat manisan tetapi ia jarang melakukannya kerana ia selalu di kata seperti perempuan terutamanya semasa ia berada di akademik, tetapi Larry akan masak dan membuat manisan jika ia berada di kediaman Prime Minister Harry dan berada di rumah mereka sekarang.

Chương tiếp theo