webnovel

Chapter 6

BAJU t-shirt berlengan tiga suku dengan seluar jeans A-cut serta cap berwarna hitam bergaris merah di bahagian hadapan, menyerlahkan pesona Zulaikha. Walau wataknya kasar dan pengayaan yang sederhana dalam memilih pakaian, masih menampakkan dia seorang wanita muda. Zulaikha melihat jam di paparan skrin led di telefon pintarnya. Waktu yang makin lewat ke pukul sepuluh, membuatkan dia menunggu lama. Risau juga, jika dia yang terlewat.

Sebaik dia duduk di atas benteng, di hadapan pagar rumah. Sebiji kereta persona merah berhenti di hadapannya. Zulaikha bangun, dengan rungutan kecil yangbtak kedengaran. Elok sahaja dia duduk, mereka dah sampai.

Cermin hadapan, turun. "Sorry, jalan sesak pulak tadi. Ingat sempat." sengih Bunyamin, tatkala wajahnya terpamer di hadapan Zulaikha.

Zulaikha hanya tersenyum sopan, dengan angukkan. Disebelah Bunyamin, kelihatan Yusof mengangkat tangan. Mujur, sahabatnya itu cerdik. Tak biarkan dia terjojol, seorang diri di antara pasangan sejoli.

"Along ada sekali." tanya Zulaikha, memboloskan diri ke dalam perut kereta. Dia hanya tersenyum, pada Ra'il yang berada di sebelah seat kereta belakang.

"Haah, along ikut sekali. Mana umi bagi pergi berdua." jawab Yusof.

Zulaikha mengangguk. "Along cuti ke?"

"Haah, cuti sebab nak teman aku." jawab Yusof. Bunyamin angguk, pada jawapan adiknya.

Zulaikha mengerutkan dahi, dengan angukkan perlahan.

"Along, dah makan pagi?" soal Zulaikha, masih menyoal Bunyamin. Kalini, soalan pancingan.

"Yaa..," Yusof memintas. "Haah, dengan kita orang tadi."

Zulaikha merengus. "Along...., Ika tak makan lagi." Bunyamin, menjeling matanya melihat cermin pandang belakang. Yusof menoleh.

"Kau tak sarapan lagi?! kau tu gastrik, tak elok..."

"Yusof!" oktaf suara Zulaikha tegas. Terdiam Yusof. "Along, maaf ya. Ika, nak minta singgah sekejap dekat kedai runcit nanti." utaranya, sebelum dia pun turut diam.

"Tak apa. Along pun rasa lapar, sebab pagi tadi along makan sikit. Nanti, kita singgah kedai makan." Bunyamin mencelah dalam diam yang panjang.

Zulaikha mengangguk. Marah dia, kerana Yusof tak menjaga hati Ra'il. Walaupun mereka sahabat, bukan bermakna dia nak pentingkan dirinya sendiri. Ra'il yang akan hidup bersama dengan Yusof.

"Sebelum singgah, along hantar sejoli ni kedai barangan pengantin dulu sebelum kita pergi makan." tambah Bunyamin. Zulaikha senyap, membisu.

"Okaylah..along jujur. Along cuti sebab Ika. Along, nak ngorat Ika. Manalah tahu, ada dua pelamin nanti."

Membulat mata Zulaikha. Merah membahang pipinya. Ra'il yang sedari tadi, berada di sebelahnya masih senyap membisu.

"Along, ni!" roman Zulaikha yang malu, cuba meredakan suasana bahang di dalam kereta. "Jangan usik Ika. Nanti, Ika jatuh hati pada along, macam mana."

Bunyamin tertawa. "Lagilah along suka. Harini, juga along pergi meminang Ika."

Zulaikha memaling muka."Along, Ika tak naklah gurau macam ini. Asyik usik Ika je. Ika balik nanti." ugut Zulaikha. Merah padam mukanya.

Bunyamin ketawa. "Along aku serius. Elok juga, kau kawin dengan along. Kau pun, masih solokan." sampuk Yusof. Matanya, dibiar melihat ke luar tingkap.

"Aku okay je, kalau along serius." berubah nada suara Zulaikha. Kata-kata Yusof, seperti menyindirnya.

"Baguslah. Jimat belanja." balas Yusof.

....

"ALONG. Ika minta maaf." Zulaikha memulakan bicara apabila sedari awal Bunyamin hanya senyap membisu di gerai makan. Seperti, dia sengaja mainkan perasaan Bunyamin.

Bunyamin mengangkat wajah. "Okay." jawabnya sepatah. Dia tak tahu perasaan Zulaikha pada Yusof, tapi dia pasti dengan perasaan adiknya. Adiknya takkan berbalah perkara yang remeh, jika dia tak ada perasaan pada Zulaikha.

"Along.."

"Ika.."

Masing-masing terdiam, sebelum ketawa sama. "Biar along cakap dulu." balas Bunyamin, dengan katawa yang masih tersisa.

Wajahnya, mula berubah tegang. Intonasi suaranya, kedengaran jelas. "Along memang serius dengan Ika. Along bukan usik atau sengaja nak bergurau dengan Ika. Tetapi, kalau Ika ada seseorang atau tak bersedia. Ika beritahu pada Along."

Luahan Bunyamin, membuatkan Zulaikha disambar rasa malu. Terkedu juga dibuatnya, apabila Bunyamin berterus terang tanpa selindung. Lelaki matang, berbeza sengan lelaki-lelaki yang pernah mengoratnya.

Zulaikha mengangguk. "Along beri masa pada Ika untuk berbincang dengan mak saudara dulu."

"Along beri masa. Tapi, jangan lama sangat ya. Nanti, along kempunan nak kawin tahun ni" usiknya, dihujung kata.

Zulaikha buat tak tahu, dengan menghirup habis minumannya.

...

YUSOF, hanya senyap membisu di seat penumpang. Sementara Bunyamin sedang memandu pacuan beroda ke luar dari taman perumahan Zulaikha. Sesekali, anak matanya mengerling ke arah adik lelakinya.

Andai kata tepat tekaannya, bahawa Yusof ada menyimpan perasaan pada Zulaikha. Dia tetap tak akan lepaskan Zulaikha. Dah lama dia tunggu Zulaikha, sejak adiknya itu memperkenalkan dia sewaktu umur Zulaikha tamat SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia). Sampaikan Zulaikha masuk kolej. Dia masih menunggu.

Pada mulanya, dia merasa kesian pada Zulaikha yang tak punya ayah, mak dan adik beradik. Jadi, tangapan awalnya, hanya sekadar adik.

Namun, apabila dia mengenali sifat dan watak Zulaikha yang lebih banyak berdikari sendiri. Hormat orang tua, dan tak macam gadis-gadis yang ditemuinya yang lebih mengejar lelaki. Zulaikha lain, dari yang lain.

Lagipula, adiknya itu sudahpun bertunang. Jangan kerana baru sedar perasaannya, pada Zulaikha. Ra'il jadi mangsa keadaan.

Walau dia sedar. Ikatan antara Yusof dan Ra'il adalah atas perminangan orang tua Ra'il sendiri.

"Along, kau singgah seven eleven sekejap. Umi pesan beli barang." unjuknya, pada kedai serbaneka di hujung jalan. Matanya tak lepas dari skrin telefon.

Bunyamin mengangguk. Diperlahankan kenderaan, saat merapati kawasan selekoh untuk membelok ke arah kedai yang dimaksudkan adiknya. Isyarat lampu kanan dinyalakan, sebelum dia melintas ke arah kanan jalan.

"Beli lolipop." pintanya, apabila Yusof merangkak keluar kereta, sebelum.memasuki kedai. Isyarat okay dari tangannya.

Buat masa ini, Bunyamin akan memilih untuk berdiam sahaja sementara tunggu jawapan dari Zulaikha. Andai kata, jodoh mereka tiada. Dia tak boleh memaksa tuan badan. Wanita, itu berhak memilih kerana hidup mereka dalam memilih alam rumah tangga adalah satu perperiksaan. Salah memilih jawapan, akan menentukan nilai markah akhir.

Lelaki tidak terikat selepas kawin, kerena mereka masih berhak untuk memilih terus atau henti. Bermaksud, meneruskan ikatan atau melepaskan ikatan. Namun, mereka juga ada hak untuk menambah jika kemampuan.

Jadi, bagi Bunyamin. Pilihan wanita, adalah titik noktah kehidupan yang ingin dipilihnya.

Bersambung...

Chương tiếp theo