webnovel

Selepas itu...

Tác giả: harrislee_mj
Thành phố
Đang thực hiện · 23.3K Lượt xem
  • 20 ch
    Nội dung
  • số lượng người đọc
  • NO.200+
    HỖ TRỢ
Tóm tắt

selepas itu; ungkapan yang klise...jadi harus bagaimana?

Chapter 1BAB 1: Jalan-Jalan..

Kebodohan yang tak mungkin akan dapat ditebus kembali. Tujuh tahun kebodohan; yah, itulah yang aku dah buat dan bazirkan hidup aku yang tak banyak mana kerana ikutkan kebodohan aku. Haaa…tapi semua tu dah past tense bak kata orang.

Jadi aku tetap kena harungi perjalanan hidup yang masih jauh lagi dengan separuh lagi hati yang ada.

" Cepat le, ko ni berjalan ke berangan? Pe ko ingat ni cite drama pe.." jerkah Min sambil mengheret aku supaya berjalan lebih laju. Fiji juga mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju. Aku mempercepatkan langkah untuk mengejar mereka. Betapa aku terlupa kenapa aku keluar hari ini; aku nak taburkan duit! Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan cerita 7 tahun lepas sedangkan aku dah nekad untuk erasekan semua bende tak best dalam ingatan aku.

Selepas masing-masing melebarkan sayap dalam kerjaya, masa diluangkan bersama pun semakin kurang; bertuah kalau dapat meet-up sekali seminggu. Susah bila jadi orang dewasa sebenarnya-terlalu banyak tanggungjawab nak dipikul. Kadangkala Min selalu mengeluh betapa rindunya zaman sekolah; tak rimas nak fikir pasal tanggungjawab.

" Serious besar ek tempat ni! Macam takde penghujung..tapi tu yang best!" Fiji buat statement.

Aku angguk setuju. Memang luas Primula Mall ni ,ke.. atau kami yang dah jauh ketinggalan sebab terlalu sibuk dengan kerja. Entahlah..

Bila kami bertiga berjumpa, masing-masing berkongsi cerita dari relationship sampai la benda-benda mengarut; tapi kami enjoy sebab dapat berkumpul.

Sementara menunggu hidangan tiba, Fiji sempat menyuruh pelayan mengambil foto kami bertiga, katanya nak buat story dalam IG.

" Korang okay tak?" Aku memulakan perbualan. Yelah kalau tak berbual, alamatnya bunyi konsert dalam perut kami memang rancak la kedengaran.

" …aku ok, aku dah mula terima kenyataan yang aku memang tak akan jadi penulis terbaik web. Asal aku upkan siri baru, ada jak kecaman dari pembaca." balas Fiji.

" Kau kena ikut cakap aku Fiji tanpa soal, barulah ko akan jadi Top 10." sahut Min dengan nada serius.

Hubungan penulis dan editor memang susah nak ramal, tapi Min memang terbaik dalam bidangnya- itu,Fiji pun tak menafikannya. Sepanjang karier Fiji sebagai penulis novel web, banyak karyanya berjaya duduk di tempat kesepuluh terbaik, tak kiralah apa genre yang Fiji cuba, semuanya pasti berjaya.

" Kau, Mika? Apa semuanya berjalan dengan lancar?"

Terasa seperti pandangan mereka tepat menusuk jantung sambil melilit ketat degupannya dengan kawat berduri. Hampir tak bernafas aku dibuatnya. Belum sempat aku menjawab, makanan yang dipesan tiba-save!

Terselamat buat seketika. Makanan telah menyelamatkan aku buat masa ini. Lepas ni kena cari pelbagai alasan untuk mereka, paling penting bagaimana cara untuk aku beritahu mereka tentang keputusan aku. Tegang!

Bạn cũng có thể thích

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Thành phố
Không đủ số lượng người đọc
57 Chs