webnovel

BAB 9:

"Wahai Ireka! Bangun! Dah subuh ni! Jom turun surau." Ajak Ecah.

"Em,um... Dah subuh ker? Aku ngantuk lagi la." Ujarku dan aku menggeliat.

"Bangun cepat sebelum warden asrama datang kejut kau." Sakat Ash.

"Yerla yerla" Aku mengalah dan terus ke bilik air.

"Korang, sejuk la pagi ni. Menggigil-gigil aku nak mandi." Ujarku.

"Ade nampak macam muka saya ni kesah?" Soal Yaa.

"Ek eleh, aku serius ni." Ujar ku.

"Dah dah! Pergi mandi cepat, kau sorang je yang tak siap lagi." Ujar Yahh.

"Yerla, yerla." Jawabku dengan malas dan aku pun menutup pintu bilik air dengan kuat.

"Opocot mak engkau meletop!" Latah Ecah.

"Hahahahahah" Ketawa ku didalam bilik air.

Usai kami solat, kami terus ke tempat makan.

Macam biasa lauk pagi ni, nasi goreng. Hum, makan jerla Eka! Kang lapar nanti susah pulak.

Aku menguis menguis nasi didalam pinggan aku.

"Kau dah kenapa?" Soal Ash dengan hairan.

"Tak lapar." Jawab ku ringkas.

"Alhamdulillah." Ucap Ecah dan dia terus mengambil makanan aku dan makan.

"Aku lapar ni. Dah orang tu cakap tak lapar, aku bedal jer la." Ujar Ecah meleret senyum.

"Hum. Makan la kau." Ujarku dengan nada sedih.

"Eh, Sorry Eka!" Ucap Ecah kerana melihat perubahan wajah aku.

"Takpe. Aku takde mood Harini." Balasku.

"Dah kenapa pulak? Kau ade problem ker? Kalau ade, cerita la, mana tahu kitorang boleh tolong." Cadang Yahh.

"Hum. Nanti masa yang sesuai aku cerita kat korang." Ujarku dengan sedih.

"Hey! Chill la! Selalunya ireka tak pernah macam ni. Selalunya asyik gelak aje 24 jam. Tapi kan, when kau balik asrama semalam, kau macam lain." Ujar Ash dengan curiga.

"Hum." Jawab ku dengan malas.

Aku memandang whiteboard seperti mata aku menembus white board di hadapan. Ape yang cikgu ajar, satu pun tak masuk otak aku. Nak buat macamana? Otak aku tengah fikir macamana hidup aku lepas ni? Kahwin dengan lelaki annoying ni? Kejap Annoying, kejap Sweet! Memang aku tak nafikan yang dia Annoying tapi sweet. Ahhh!!! Serabut!!!

"Ireka! Jawab soalan kat depan." Arah Cikgu.

'Alamak! Nak jawab macamana ni? Hadoii!! Dah lah matematik ni! Mati la aku!' Bisik Ku didalam hati.

"Ni jawapan dia." Bisik Tengku Adrian dan memberikan cebisan kertas kepada ku.

" Jap cikgu. Saya nak kira." Ujarku dan aku pun berpura-pura mengira. Padahal last last aku bawak kertas Tengku Adrian bagi jugak! Hahaha! Dah terdesak wei! So, for korang diluar sana, please! Jangan tiru perangai ireka ni! Hahaha!

Aku pun menulis di atas white board di hadapan.

"Good IREKA! Awak boleh jawab dengan betul." Cikgu memuji aku. Aku menggaru kepala kerana malu. Kalau la dia tahu hal sebenar, takdenya cikgu ni nak puji bagai! Tak gitu?! Haha.

Aku pun kembali duduk di tempat dudukku.

"Ingat! Kau hutang aku!" Bisik Tengku Adrian dan memandang aku dengan dingin. Dah start dah angin annoying dia ni. Kenapa tak macam kat kampung? Dia always senyum aje. But now, buat perangai macam ni.

"Hutang ape?" Soalku.

"Nanti kau kena bayar." Ujarnya.

"Berapa?" Bisikku.

"Aku taknak duit." Jawabnya.

"Dah tu?" Soalku.

"Hujung minggu ni ikut aku balik rumah mummy and daddy aku." Jawabnya.

"Kau biar betul! Taknak la aku." Balasku.

"Pilihan kat tangan kau! Sama ada nak ikut aku atau nak aku bagitau cikgu yang kau boleh jawapan daripada aku?" Soalnya dengan mendatar.

"Okey, fine." Balasku dengan menyampah.

"Good girl." Bisiknya perlahan.

"Hah? Ape?" Soalku.

"Takde pape." Jawabnya dengan bersahaja.

'Dasar annoying!' Marahku didalam hati.

Sebaik sahaja kelas Cikgu matematik habis, aku pun melentokkan kepala di atas meja. Otak aku bercelaru.

"Grrrrokkkk!!" Perut ku berbunyi dengan kuat.

"Perut kau ke bergendang tadi tu?" Soalnya.

"Ha ah, aku lapar. Pagi tadi aku tak makan." Jawabku.

"Pastu sape suruh tak makan?" Soal Tengku Adrian dengan geram.

"Janganlah marah aku. Aku kan your future wife." Ujarku dan tersenyum paksa.

"Takde maknanya. Hal ni takde kena-mengena dengan husband and wife okey?!" Marah Tengku Adrian.

"Kau ni kan! Nak sweet sikit pun tak boleh. Annoying 24 jam. Menyampah aku dibuatnya." Ujarku dengan bengang.

"Pastu kau nak aku buat ape? Kau nak suruh aku tanye kau macam ni? ' Sayang kenapa tak makan tadi?" Soal Tengku Adrian dengan nada manja. Wo! Wo! Wo! Sweet nyer!

Aku memandang dia dengan terkejut apabila perkataan 'sayang' itu diungkapkan.

"Macam tu ker? Memang tak la aku nak tanya macam tu!" Ujarnya dengan selamba.

"Huh! Dah start dah annoying tu. Menyampah!" Marahku.

"Kau pun dah start perangai sewel kau nak mencabar kesabaran aku!" Ujarnya dengan bengang.

Aku menjeling tajam ke arahnya.

Bam!

Meja aku ditepuk dengan kuat.

"Excuse me. i nak bercakap dengan Tengku Adrian kejap. You boleh tak pergi duduk tepi Isya kejap?" Soal Faizah dengan suara gedik. Terbengkok bengkok. Ingat cantik sangat la tu! Budak-budak lelaki pandang dia macam nak tembus, mana taknya, pakai seksi nak mampos!

"Kenapa pulak?" Soalku.

"Tak payah tanya banyak boleh tak?'' Soalnya kembali. Aku dah lapar sekarang ni, jangan sampai aku makan orang sudah lah! Aku pun bangun hendak beredar. Tiba-tiba, tangan seseorang memegang tangan ku tidak ingin aku pergi.

"Jangan pergi." Arah orang itu.

DUP! DAP! DUP! DAP!

'Start dah jantung aku ni tak tentu arah.

Semua pelajar memandang kitorang dengan terkejut. Orang lain sah kan nak pegang tangan Tengku Adrian, nak bercakap pun susah. Balik-balik perempuan yang bernama ireka ni pulak dapat rasa pegangan Tengku Adrian.

"Kenapa? Kenapa tak bagi dia pergi?" Soal Faizah dengan bengang.

Tengku Adrian pun melepaskan tangan aku. Dia sambung menyelesaikan teka silang kata.

"Dah! Pergi!" Arah Faizah. Aku masih memandang Tengku Adrian.

"KAU PANDANG DIA DAH KENAPA?" Jerit Faizah dan terus menolak aku sehinggakan aku terjatuh ke lantai. Dengan lantas, Faizah duduk di tempat aku. Tersentak Tengku Adrian dengan keadaan itu. Tengku Adrian pun bangun dengan marah.

PANG!!!

Tamparan yang kuat hinggap di pipi Faizah.

"KAU JANGAN SESEKALI SAKITI DIA!!! ATAU KAU AKAN DITENDANG KELUAR DARI SEKOLAH NI!" Jerit Tengku Adrian.

Terkejut semua orang. Tengku Adrian yang sekarang bukanlah Tengku Adrian yang dulu. Tengku Adrian yang dulu takkan sesekali pertahankan seseorang perempuan. Tetapi hari ni jelas membuktikan bahawa Tengku Adrian telah berubah.

"AKU PESAN KAT SEMUA ORANG! SAPE SAPE YANG KACAU IREKA! AKU AKAN PASTIKAN HIDUP KORANG TAKKAN TENANG!" Pesan Tengku Adrian dengan suara yang lantang.

'Dia pertahankan aku depan orang ramai? What? Tapi kenapa? Adakah sebab aku adalah bakal isteri dia? Unreasonable!' Bisikku didalam hati.

"Kau okey tak ni babe?" Soal Yaa dengan gelisah.

"Aku okey." Jawabku.

Tiba-tiba tangan kanan seseorang menghulur ke arah ku. Aku mendongak.

"Come." Ajak Tengku Adrian.

Aku pun menyambut tangannya dan kami keluar dari kelas.

Chương tiếp theo