webnovel

Chapter 12

Quan mengekori dari belakang kereta Villiam dari jauh untuk memastikan apa yang mereka berdua buat,melihat Ruth turun dari kereta di bawah apartmennya dan Villiam beredar,lega hati Quan.Quan pun terus memandu balik ke rumahnya sendirian.

Quan berfikir apa langkah selanjutnya selepas ini,melihat Ruth dan Villiam semakin mesra,hatinya merasa sakit seperti ditusuk beribu jarum,sakit hatinya bukan di dada lagi,terasa hingga di tapak tangan.Quan tidak mahu Ruth menjadi milik orang lain,Ruth adalah kekasih pertama dan terakhir baginya,hanya dia silap percaturan dalam perancangan,kerana terlalu yakin Ruth akan mencintainya sampai bila² dia berani meninggalkannya tampa pesan.

Quan menarik nafas dan melepas panjang hingga bibir yang merah kebasahan dek air liur,terbayang di mindanya senyuman manis Ruth,sedikit demi sedikit kenangan mereka berdua muncul mewarni fikirannya,setiap kali berpegangan tangan dan ciuman kali pertama,saat mereka di mabuk asmara.Quan menluahkan isi hatinya kepada Ruth kerana rasa tergugat.Ruth juga menyukai Quan sejak dari kecil lagi,hanya saja mereka tidak pasti kerana bermula dari bersahabat,sehingga ada yang datang menghampiri di antara mereka.Quan dan Ruth sangat popular di sekolah,bukan saja cantik dan kacak,mereka juga cerdik,jadi banyaklah peminat rahasia.Quan mula menyedari perasaannya bila ada di kalangan pelajar lelaki yang bercerita tentang istimewanya Ruth,Ruth pula menyedari saat Diana sahabat muka dua menaruh perasaan kepada Quan.Tersedar dari lamunan,Quan bertekad akan kembali bersama Ruth,hubungan mereka masih boleh di pertahankan selagi Ruth dan Villiam masih belum berkawin.

VILLIAM DALAM MASALAH

Villiam dihubungi oleh puan Anita di pagi hari,puan Anita memanggil Villiam menemuinya di rumah,Villiam tidak tahu apa yang bakal terjadi,kebetulan dia juga ingin memberitahu kepada puan Anita tentang rancangannya untuk berkawin dengan Ruth,jadi dia segera kembali ke rumah puan Anita.Tetapi puan Anita sangat serius saat Villiam sampai,tapi Villiam tidak memahami apa yang terjadi.Puan Anita hanya ingin bercakap dengan Villiam bersemuka.Villiam dapat merasai sedikit tekanan dan mula meneka apa yang terjadi saat tiba,apa kemungkinan Lili telah menberitahu kepada puan Anita perbuatannya yang lepas.Villiam menarik nafas panjang,belum sempat Villiam bersuara puan Anita telah membuka mulut dahulu...

"Villiam,kamu harus berkawin dengan Lili!"

Terkedu Villiam tak bersuara,seolah di panah petir,fikirannya menbeku seketika.

"Villiam,apa yang kamu lakukan?mama sangat percaya kepada kamu dan sangat menyayangi kamu berdua,tapi apa yang kamu lakukan kepada Lili sangat sukar untuk dipercayai...berderai air mata puan Anita terasa kecewa terhadap Villiam anak kesayangan yang di kasihi dan dipercayai.

"mama,maafkan Villiam,tapi...

"ini permintaan terakhir mama,kawin dengan Lili dan jaga dia dengan baik,mama tak mahu dengar apa pun alasan lagi."

Villiam tidak sempat untuk menberitahu niatnya,sekarang dia dalam delima simalakama.

Villiam kembali ke rumahnya dan meminta cuti sehari,dengan alasan tidak sihat.Villiam berkurung di biliknya,kawan²nya seperti biasa sibuk kerja,awek dan game.Jadi mereka tidak mengetahui apa yang melanda Villiam sekarang,hati dan mindanya bercelaru,serabut bila di fikir,kosong bila nak menyelesaikannya,kepada siapa dia harus mengadu sekarang, dia tiada sesiapa yang boleh mendengar keluhan atau meminta pendapat.

Kerana sulit di selesaikan,dia mengajak teman serumah pergi minum di kelab kegemaran mereka,di sana dia akan menlepaskan tekanan dengan minuman,muzik yang kuat dan rakan yang gila².Ruth mendapat tahu Villiam sedikit liar di kelab,biasalah cctv geng perempuan ada di mana saja.Ruth bergegas lepas habis kerja pergi mencari Villiam.

Villiam dan teman serumahnya seronok menari dengan pelayan istimewa,biasalah lelaki kacak,bukan setakat hemsem.Tapi peramah,perempuan mana tak cair,bila menari siap peluk² lagi,meradanglah hati kekasih bila melihat cinta hatinya seakan buaya.Ruth pergi mendekati Villiam dan di berinya satu tamparan manis di pipi hingga terasa sedapnya,kaku semua yang melihat.Ruth berlari keluar,tapi Villiam mengejarnya dari belakang.Villiam mengejar Ruth hingga di tempat letak kereta,lalu menarik lengan Ruth.

"lepas!!"jerit Ruth.

"Ruth,kenapa dengan u?"

Villiam tahu kesilapannya, tapi masih nak bertanya lagi,dengan muka yang merah dan mulut yang berbau arak.

"kenapa?!..u sebenarnya nak apa?bila i call u cakap sibuk, tapi u pergi kelab tak sibuk ya?sekarang u tanya i kenapa!"

Ruth menlenting untuk kali pertama,Villiam tergaman,Ruth bersuara kasar, biasa lemah lembut dan manis saja,mereka berdua saling bertatapan menanti penjelasan.

"sorry... i,i'am sorry Ruth."Villiam bersandar di kereta Ruth.

"sebenarnya...u kenapa?ada masalah ke?"Ruth bersuara lembut.

lalu Villiam memeluk tubuh Ruth,Ruth pun menbalas pelukan Villiam,fikir Ruth mungkin Villiam tertekan,ialah apa lagi mereka dah rancang nak kawin.

"Villiam,kita tak perlu kawin lagi,kalau u masih belum bersedia."

"kenapa u cakap bergini?"

"i tak nak u tertekan,i ada baca info,lelaki akan berasa tertekan bila sebut pasal kawin."

"Ruth,bukan seperti itu,betul i tidak tertekan soal kita,i nakal sikit bila mabuk... kata Villiam.

"jadi u guna alasan mabuk nak berseronok dengan perempuan lain?"lalu Ruth memulas telinga kiri Villiam,Villiam menjerit kesakitan.

"ouh...ouh... sakitlah sayang."

"sakit tak?...tanya Ruth.

"sakit apa?...

"pipi u,sorry...tadi i marah sangat."

"tak sakit pun,tengok...ini pipi tebal sangat,setakat tamparan perempuan,apalah sakitnya."

"nak lagi sekali ke?...

"okay... okay... sakitlah juga, i tak sangka u garang juga."

"haa...baru tahu ke?belum jadi isteri lagi ni."

"kalau dan jadi isteri,tahulah i nak balas macam mana... he.. he... he...

Senyum semacam Villiam,habislah fikirnya apa akan jadi selepas ini,dia buntu sekali lagi.Ruth mengajak Villiam kembali ke rumahnya,papa dan Ate sudah balik ke Johor,jadi adalah peluang mereka berduaan.

Sampai di rumah Ruth,Ruth menberi tuala ke Villiam untuk mandi dan Ruth pula mandi di biliknya,setelah selesai Ruth keluar tapi Villiam masih belum keluar lagi, Ruth mengambil pakaian Ate untuk di pinjamkan kepada Villiam.Ruth duduk dikerusi menunggu sambil tengok tv,selepas itu Villiam keluar dari bilik mandi dengan tuala berbalut dipinggang.Villiam mendekati Ruth yang leka menonton tv,Villiam meniup pipi Ruth.Ruth tersedar Villiam sudah siap...

"dah siap,nah ini pakaian Ate,pergi ke bilik tu pakai."kata Ruth.

"tak nak tolong i pakaikan?"tanya Villiam.

"jangan buat perangai,cepat pakai di sana."

Villiam masuk ke bilik yang pernah di gunakan Quan sebelum ini,Villiam teringat tentang Quan,dia melihat-lihat keadaan bilik tidur Ate.Ruth pula sedang menbacuh milo panas di dapur,Villiam menghampiri dari belakang lalu memeluk pinggang ramping Ruth.

"kenapa,masih mabuk lagi ke?"

"sikit...

Villaim memalingkan tubuh Ruth ke arahnya dan mereka bertentangan mata,Villiam senyum dan menbelai rambut Ruth,Ruth memeluk Villiam pula dengan kuat.Villiam mula berani mencium bibir Ruth,mereka berbalas ciuman seketika dalam dua tiga minit,malam masih panjang,air milo di ketepikan Ruth di angkat di meja,mereka masih menlanjutkan hot game.Villiam menbuka baju yang di pakainya tadi,baju Ruth juga sudah tiada,hanya bra yang tinggal.

"Ruth,kita akan berkawinkan?u sedia nak terima i...

"hmmm...Ruth tak mampu nak bersuara kerana keasyikan.

Pada saat Ruth dibaringkan di atas meja,telefon berbunyi...

tut... tut... tut...

Telefon Villiam berbunyi,mereka terberhenti seketika,melihat nama Lili,Villiam sesak nafas seketika,apa yang tengah dia lakukan sekarang,setelah apa dia lakukan terhadap Lili,Villiam menjawap panggilan.

"hello...

"Vil,mama jatuh!sekarang ada di hospital."

"apa?!baiklah,saya akan datang sekarang."Villiam mencapai baju yang baru dicampaknya tadi.

"ada apa Villiam?"

"Ruth,mama jatuh, sekarang ada di hospital,i pergi melihat dia sekarang."bergegas ke muka pintu.

"Villiam,berhati²."

Rasa terkapai-kapai Ruth sendirian,wajahnya kepanasan menahan rasa yang memalukan,terasa gila dia menutup wajah dengan kedua tanganya,pintu di kunci.Ruth kembali ke biliknya terbaring kesal,tidak tahu gembira atau sedih.Ruth teringat soal puan Anita,pernah jumpa sekali,walaupun tak mesra,esok dia kena melawat.

DI HOSPITAL

Villiam menglangkah laju mencari wad puan Anita di tempatkan,puan Anita terjatuh di bilik air kerana licin,sehingga kepalanya terkena mangkuk tandas dan berdarah,luka sedikit teruk kerana terhantuk kuat.

"mama,mama okay?"Villiam cemas.

"mama baik saja,jangan risaulah,Villiam kerja ke tadi?"

"Villiam di rumah kawan."jawab Villiam perlahan.

"kawan?Vil,mama dah putuskan,bulan ini juga Vil harus berkawin dengan Lili."

"mama,mengapa perlu bergini,antara Vil dan Lili seperti adik beradik saja,malam itu tak terjadi apa² pun."

"jadi kamu fikir Lili tidak bermaruah, boleh di cab*l sesuka hati."

"mama,kita cakap lagi selepas mama keluar hospital."Villiam mengelak dari bertengkar.

"pergi cari Lili,tadi katanya nak menbeli makanan,sekarang dah lewat malam,bahaya sesorang kat luar."kata puan Anita.

"Vil,pergi cari dia."

Sampai di lobi hospital,Villiam melihat Lili dengan bungkusan makanan di tanganya,Villiam menberanikan diri untuk berbual.

"Lili,kita bercakap sekejap."

mereka duduk di ruang menunggu pesakit,Lili mempelawa air oren dan mee goreng,Villiam ambil tapi dia tak berselera nak makan kerana puan Anita mendesaknya.

"kenapa Lili bagi tahu mama malam kejadian tu?"

"maaf,Lili mabuk malam tu,tidak sengaja menceritakan semua kepada mama,Lili cemburu melihat Vil dan Ruth bermesra."Lili mula menitiskan air matanya,dia kelihatan sangat kasihan,lemah tak berdaya.

"jadi malam tu, Lili balik ke rumah mama?"

"hmmm...betul Vil,Lili tak sengaja.Lili minta maaf,Lili dah cakap kepada mama jangan besarkan soal ini,tapi mama...

"saya faham mama bagaimana,dia sayangkan kita semua dan harap kita bersama,tapi kita tidak akan bahagia,kalau hidup dalam terpaksa,harap Lili tahu... Ruth orang yang Vil suka."

"Lili faham, maaf Vil...Lili salah."

"Lili tak salah,Vil pun sayang Lili, kita menbesar dari kecil sampai dewasa,Lili seperti adik Vil sendiri."

"mmm...Lili menitis air mata sebab emosi terkilan.

"dahlah jangan nangis lagi,Vil tak salahkan Lili,Vil akan berkawin dengan Ruth tak lama lagi."

Saat ini Lili terkejut sangat,tapi dia hanya mampu menahan hatinya yang hampir meletup itu,melihat wajah Villiam ceria terasa terbakar dalam hati Lili.Rasa ketakutan yang ditakuti selama ini akhirnya muncul juga,apa yang harus dia lakukan agar Ruth dan Villiam berpisah.

DI WAD

Puan Anita tertidur setelah makan sedikit,kepalanya benjol sebesar bola ping pong selepas di jahit.Villiam pula balik ke rumahnya kerana Lili menemani puan Anita,berlinang lagi air mata Lili,hingga menbuat puan Anita tersedar lalu bertanya...

"Lili menangis?...

"mama dah sedar...

"kepala sakit berdenjut²."

"mama nak makan ubat tak?"

"tak perlulah,Lili sedih kenapa?...

"Villiam cakap dia akan berkawin dengan Ruth...

"apa,bila dia cakap?"

"tadi kat bawah...

"nampaknya Villiam memang tak nak kawin dengan Lili,kita kena main kasar sikit."

"mama nak buat apa?Lili takut Villiam marah nanti."

"kamu sabar Lili,biar mama uruskan masalah ini."

Puan Anita berasa geram memikirkan Villiam akan berkawin dengan Ruth,dia tak mahu Ruth menjadi menantunya,Ruth tidak sesuai buat Villiam.

TENGAH HARI

Villiam dan Ruth menjemput puan Anita pulang ke rumah anak yatim,semua anak menyambut gembira melihat puan Anita selamat sampai,semalam semua orang cemas sebab melihat puan Anita berlumuran darah,kebetulan Rajan datang melawat rumah cahaya.Rajan sebaya dengan Villiam yang pernah mendiami rumah cahaya sebelum ini,tapi dia tidak terlalu rapat dengan puan Anita sebab dia keras kepala,jadi bukan anak kesayangan puan Anita.Tapi Rajan masih ada muncul dalam setahun sekali dan menderma ke rumah cahaya.

Selepas menghantar puan Anita ke hospital,

Rajan dah balik ke negeri Pahang kerana menetap di sana,dia kebetulan ada perjumpaan di Kuala Lumpur,sebab itu dia datang melawat,kalau tak susah dia nak muncul, apalagi setelah beristeri,tak lama bakal menjadi ayah,Rajan hanya fokus pada kerja dan keluarganya saja.

Pada masa yang sama semua sibuk menlayan puan Anita,Ruth pula tersenyum basi,tak tahu apa yang harus dia buat,semua orang sibuk ada perkara yang mereka lakukan, dia seperti tunggul kayu,berdiri salah nak duduk pun salah,melihat Villiam sangat risau tentang puan Anita,Villiam mengambil cuti dua hari untuk menolong rumah anak yatim,Lili juga cuti,mereka berdua kelihatan sangat serasi dan saling menbantu,sedangkan Ruth siapa?tempat ini bukan sesuai untuknya,kehidupan mereka jauh berbeza.Ruth masih ada papa dan dua abang,cuma tiada ibu.Tapi masih keluarga sebenar,tidak terlalu rumit untuk di fikirkan.Melihat tempat ini walaupun ada kekurangan,tapi mereka masih gembira,terasa seperti keluarga yang sebenar juga.Ruth cuba bertahan ingin melihat sejauh mana hubungan dia dan Villiam,apakah Villiam yang terbaik buatnya.Villiam menghantar Ruth balik ke rumah, dalam sepanjang perjalanan mereka tak banyak cakap, sebab memasing masih berfikir tentang masalah yang mereka cuba sembunyikan.Sampai di bawah apartment Ruth bersuara...

"Villiam,u tak nak cerita apa² ke?"tanya Ruth.

"cerita apa?...jawab Villiam.

"kalau bergitu i balik dulu, bye...

"bye²,i love u Ruth."

Sampai di rumahnya,Ruth terduduk di sofa,tetiba air matanya mengalir,dia menangis teresak² dengan tubuh yang gementaran,terasa sakit hatinya memikirkan wajah palsu Villiam yang tulus terhadapnya,mengapa boleh jadi bergini.Ruth rasa kecewa sangat kepada Villiam.

Chương tiếp theo