webnovel

Bab 7

Dah seminggu Afif layan Wanie dengan baik, tak ada lagi pukulan ke atas Wanie. Afif meletakkan ubat di wajah Wanie. Lebam di bawah bibir dan mata Wanie yang sedikit lagi hendak pulih. Afif duduk pula di belakang Wanie, Wanie hanya biarkan suaminya.

"Abang ikat rambut sayang eh?" Afif memandang isterinya dari belakang. Tiada jawapan dari isterinya. Dia mengambil nafas dalam sambil melihat Wanie yang tidak mahu cakap dengannya selama seminggu ni. Afif mencapai getah rambut warna merah milik isterinya di atas meja sebelah katil. Afif turun dari katil dan menuju ke meja solek, di ambil sikat dan kembali kepada isterinya yang langsung tidak peduli dengannya.

Afif sikat rambut Wanie perlahan, Afif bahagikan tiga rambut Wanie dan buat 'dendan' pada rambut panjang isterinya. Dia belajar berdendan selama seminggu ni dengan ummi dia. Dia nak bahagiakan isterinya dengan perkara yang dia tidak pernah dia lakukan. Tapi di sebabkan dia nak tengok senyuman manis isterinya. Dia sanggup buat apa sahaja.

"Abang masih belajar buat dendan ni sayang. Nanti abang dah mahir, abang buat kejap-kejap tau." Afif senyum sendiri. Sampai di hujung rambut, Wanie berhentikan tangan Afif dari menyikat rambutnya. Afif memandang belakang isterinya. Wanie menunjukkan sesuatu di meja solek. Afif melihat apa yang isterinya hendak sampaikan.

"Ada getah parang dalam plastik dalam laci." Kata Wanie tanpa memandang arah yang dia tunjuk. Afif memandang getah di tangannya. Dia malu sendiri.

'Getah ni besar, macam mana kau nak matikan dendan ni Fif oi.' Kata Afif sendirian dalam hatinya. Afif turun semula dari katil. Wanie capai rambutnya yang di dandan oleh suaminya. Dia membetulkan dendanan yang terburai sedikit. Afif datang semula kepada Wanie setelah ambil satu getah kecil dalam plastik. Dia pandang isterinya menunduk melihat rambutnya sambil di dendan rambutnya sendiri.

Afif duduk di belakang Wanie, di pandang lama kepala Wanie. Wanie bagi semula rambutnya kepada Afif. Di pegang hujung rambutnya semoga tidak terburai seperti tadi. Afif capai hujung rambut isterinya dan di ikat. Afif meletakkan rambut isterinya di bahu kiri isterinya. Dia peluk secara perlahan pinggang isterinya dan meletak dagunya di bahu kanan Wanie. Wanie membelek rambut yang di buat oleh suaminya, terukir juga senyumannya apabila ada lubang di sebalik dendan.

"Abang buat hanya untuk sayang. Abang buat untuk kembalikan senyuman sayang." Afif peluk erat pinggang isterinya di pandang wajah isterinya yang mula hilang senyumannya. Afif mengetap bibirnya perlahan. Baru sekejap dia nampak Wanie senyum. Apabila dia berkata terus senyuman di bibir Wanie hilang. Jahat sangatkah dia?

"Tak apa sayang tak nak senyum dekat abang. Tapi sekurang-kurangnya sayang senyum dengan perkara yang abang buat." Afif rapatkan bibirnya dengan pipi Wanie. Di cium lama pipi kanan isterinya. Wanie hanya diam, dia tak boleh percaya sangat dengan Afif. Dia kena ingat, lelaki ini selalu pukulnya. Dia kena ingat yang itu! Afif melepaskan pipinya. Di pandang wajah sisi Wanie.

"Abang rindu nak dengar suara sayang.. Cakaplah dengan abang sayang." Afif memeluk erat tubuh isterinya. Sungguh dia rindu nak dengar gelak ketawa isterinya. Wanie menjauhkan wajahnya dengan Afif. Afif tertunduk dengan kelakuan isterinya. Dia memandang semula wajah Wanie. Tangan kanan Afif mula di naik dan di peluk bahu kiri isterinya.

"Abang akan usaha buat sayang senyum dekat abang." Afif memeluk tubuh isterinya dari belakang. Dia akan usaha ambil hati isterinya semula. Dia akan berusaha! Wanie masih lagi diam. Tidak di balas dengan kata-kata suaminya.

↪↩↪↩↪↩↪↩

"Sayang.." Panggil Afif sambil di dongak dagu Wanie. Wanie pandang wajah Afif.

"Abang rindu dengar suara sayang.." Kata Afif perlahan. Di pandang wajah lebam wanie.

"Maafkan abang sebab pukul sayang sampai macam ni." Afif mengusap lembut mata lebam Wanie. Wanie hanya pandang wajah Afif.

"Kalau sayang dengar cakap abang. Sayang tak akan jadi macam ni." Kata Afif lagi. Anak mata Afif menikam anak mata Wanie. Dia cuba sampai rasa bersalahnya kepada isterinya.

"Tapi.. Sayang degil. Sayang buat juga! Abang cakap jangan layan sepupu abang. Sayang degil! Sayang borak juga dengan sepupu abang. Abang tahu sepupu abang tu hensem, kaya, anak Dato'. Abang sedar siapa diri abang sahaja sayang." Afif memandang mata Wanie yang sudah berubah warna.

"Abang.. Wanie tak cakap pun dengan sepupu abang. Abang tak nampak benda yang sebenar. Abang dengar cakap orang lain. Abang tak tanya pun sayang benda yang sebenar. Abang hanya dengar tuduhan kak Illa terhadap sayang. Abang sebagai suami sayang.. Abang patut tanya sayang dulu bukannya main pukul sayang tanpa sebab. Sayang tahu sayang siapa dengan abang. Sayang tahu abang bukan cinta sayang pun. Abang terpaksa kahwin dengan sayang, kalau teruk sangat sayang depan mata abang. Abang lepaskan sayang." Satu titisan jatuh di sebelah mata kirinya dan di ikuti dengan sebelah kanan. Afif terdiam, di pandang isterinya dengan air mata.

"Baguslah sayang dah tahu. Tak lah abang nak beritahu sayang perasaan abang dekat sayang."

Chương tiếp theo