webnovel

Bah. 9: Too Much U (TMU)

Haris masih terkenang-kenang akan rungutan Aisyah pada malam itu.

Hari itu, dia meluangkan masa cutinya di rumah. Dia sibuk membaca journal dan artikel saintifik di mejanya. Aisyah tiba di rumah Haris lalu segera ke dapur untuk menyediakan sarapan dan sebaik selesai dia menjemput Haris untuk bersarapan namun tidak diendahkan.

"Doktor? Doktor masih tidur, ke?" sapa Aisyah di pintu bilik Haris.

Aisyah gemas kerana dia tidak diendahkan. Dia ingin membuka pintu bilik itu namun dia was-was dan dia takut akan mengganggu privasi Dr. Haris. Namun kerisauan membuatkan dia memberanikan diri untuk mengingkarinya.

"Doktor~~~," panggil Aisyah sambil menguak perlahan-lahan pintu bilik Haris itu. Dia menjengukkan kepalanya dan melihat Haris yang sedang sibuk membaca di mejanya.

"Doktor, tak nak breakfast, ke?" soal Aisyah di pintu.

Haris mengalihkan pandangan dari kertas yang sedang dibacakan itu kepada Aisyah yang menjengah di pintu biliknya. Dia hanya merenung Aisyah dengan suatu pandangan tajam tanpa membalas persoalan Aisyah itu. Dia dapat melihat wajah Aisyah yang dipenuhi rasa bersalah itu.

"Don't need. Just bring me some coffee," arah Haris yang kemudiannya kembali fokus kepada kertas artikel yang dipegangnya.

"O~~," balas Aisyah akur.

"Handsome but cold like iceberg," sungut Aisyah dalam fikirannya.

"Okey," ujar Aisyah lagi yang kedengaran sedikit hampa sambil berjalan lemah ke dapur untuk mendapatkan secawan kopi kosong.

Aisyah kembali ke bilik Haris sambil membawa secawan kopi kosong itu. Sedang Aisyah berlalu keluar selepas menghidangkan kopi itu, Haris memberhenti dia dengan memberikan suatu arahan, "Hari ni, kau pergi bersihkan semua bilik air. Berus setiap inci bilik air tu."

Aisyah terhenti sebaik Haris mula berkata dan dia berpaling lalu mendengar arahan itu. Dia terkejut mendengar perintah itu, "Huh?"

"Okey!" jawab Aisyah akur kerana dia tiada semangat untuk mempertikaikan arahan majikannya itu.

Aisyah mula membersihkan bilik air seperti diarahkan dan dimulakan dengan bilik air di bilik Haris. Dia memberus setiap penjuru dan ruang di bilik air itu. Air sabun dan buih di seluruh kawasan bilik air itu. Selesai menyental, dia menggunakan paip pancuran air hujan untuk membilas sabun dan kesan daki pada dinding jubin bilik air itu.

Sedang dia memancurkan air, dia tergelincir akibat air sabun yang masih berbaki di lantai. Secara tidak sengaja, dia tertarik akan tali paip pancuran air hujan itu dan menyebabkan pancutan air yang besar pada sambungan paip utama.

Aisyah menjerit akibat terkejut dengan pancutan air itu dan membasahi dirinya, "A~~~~~~!"

Jeritan Aisyah itu memeranjatkan Haris yang sedang fokus membaca.

"AISYAH? Kau okey, ke?" laung Haris dari mejanya. Tiada balasan menyebabkan dia khawatir lalu bergesa-gesa ke hadapan bilik air di biliknya itu.

"Aisyah?" panggil Haris lagi cuba mendapatkan reaksi Aisyah.

"A~~~!" jerit Aisyah yang terkial-kial mencari kepala paip namun air memanjut keluar semakin ganas dan menyebabkan dia tidak dapat melihat dengan jelas dan hanya mampu meraba-raba di dinding. Dia lencun kebasahan.

"Kenapa?" soal Haris sambil menjenguh ke dalam bilik air itu dari celah pintu namun tidak dapat melihat sepenuh situasi Aisyah itu.

"Paip shower head ni tercabut," balas Aisyah yang masih terkial-kial mencari kepala paip.

Sebaik mendengar jawapan Aisyah itu, Haris segera masuk ke dalam bilik air itu lalu mencapai kepala paip dan memulasnya untuk menghentikan aliran air. Akhirnya, pancutan air terhenti.

Haris melihat Aisyah terpinga-pinga di hadapannya. Tanpa Aisyah sedari, baju yang dipakainya menampakkan susuk badannya dan pakaian dalam akibat kebasahan. Haris kemaluan dan segera menolehkan pandangan ke arah lain ketika melihatnya.

Aisyah akhirnya menyedarinya dan cuba menutupi dengan menyilangkan kedua-dua lengannya pada dadanya, Haris membuka kabinet dan mencapai tuala lalu segera menutupi tubuh Aisyah yang terdedah itu.

Haris keluar dari bilik. Dia menelan air liur yang tertahan dari tadi. Dia mencapai pakaiannya yang mungkin sesuai untuk Aisyah dari almari pakaian. Dia menghulurkan tshirt dan seluar sukannya yang mungkin sesuai kepada Aisyah, "Nah! Cepat ganti baju kau yang basah tu. Kalau kau sakit, aku juga susah."

"Ah~," jawab Aisyah akur.

Aisyah keluar dari bilik air selepas selesai mengganti pakaiannya.

"Thanks, doktor." Aisyah mengucapkan penghargaannya.

"It's okay. Nanti aku repair shower head tu." Haris berkata dengan bersahaja.

"O~~," balas Aisyah lemah.

Dia keluar dari bilik Haris itu dan melanjutkan tugasnya.

Sementara, Haris duduk di sisi katilnya dan teringat akan kejadian sebentar tadi. Dia tersenyum sendiri saat mengenangkan kecantikan Aisyah itu yang pasti mengugat mana-mana lelaki yang melihatnya termasuknya dirinya.

"Behave!" gerutu Haris sendiri sambil menggeleng kepala kerana tidak menyangka dirinya mempunyai pemikiran yang melalut seperti itu.

Chương tiếp theo