webnovel

Bah. 8 : Hari demi Hari

Hari berganti hari. Aisyah dan keluarganya menguruskan ayahnya terlantang di hospital. Hakim sering melawatnya di hospital dan membantunya menguruskan ayahnya. Malah dia banyak meluangkan masa bersama-sama Aisyah seperti mendengar keluhannya, berkongsi cerita sehari-hari, memperingat Aisyah untuk makan saat dia terlalu leka dan terkadang dia akan membawakan makanan untuk Aisyah.

Hakim cuba sedaya upaya untuk meringankan bebanan yang dipikul oleh Aisyah walau usaha tidak sebarang membantu tapi dia ingin sentiasa ada di waktu susah senangnya.

"Thanks sebab datang and tolong hari ni," ucap Aisyah saat berjalan di sisi Hakim menuju ke suatu ruang santai di taman hospital.

"Kau tak busy, ke? Hampir setiap hari kau datang melawat," ujar Aisyah lagi ketika mereka mendapatkan duduk di suatu kerusi taman.

"Taklah. Jangan risau," dalih Hakim sambil meletakkan beg-beg plastik yang berisikan beberapa bungkusan makanan.

Dia terkenang akan beberapa malam dia berjaga menyelesaikan kerja-kerja agar mempunyai waktu untuk melawat dan membantu Aisyah setiap hari. Walau ia memenatkan, namun dia senang dapat meluangkan masa bersama-sama Aisyah setiap hari.

"O~ ya! Aku bawakan sate dengan nasi himpit kuah kacang," ujarnya sambil mengeluarkan satu per satu bekas makanan itu.

"Thanks. Mana kau tahu ni favorite aku?" soal Aisyah yang teruja kerana Hakim membelikannya makanan kegemarannya.

"Ya, ke? Favorite aku juga ni," ujar Hakim yang juga tidak menyangka mereka mempunyai kegemaran yang sama.

"Serius? Okey. Lain kali, aku masakkan untuk kau." Aisyah berasa senang untuk memasak hidangan itu untuk Hakim jika berkesempatan.

"Kau pandai masak tu, ke?" soal Hakim yang seolah tidak percaya Aisyah berkemampuan untuk memasak hidangan itu.

"Of course. Kalau raya, sate dan nasi himpit ni lah yang paling laku. Especially nasi himpit dengan kuah lontong," jelas Aisyah dengan

"Ya, ke? Tak sabar nak rasa yang kau buat," ujar Hakim yang mula berkenan ingin merasai air tangan Aisyah itu.

"Wei, sibuk borak pasal apa?" sampuk Dr. Faridz yang menyapa mereka yang sedang rancak berborak itu.

"Ini siapa Aisyah?" soal Hakim yang panasaran.

"O~!Dia ni lah doktor in-charge ayah aku. Dr. Faridz," balas Aisyah memperkenalkan Dr. Faridz kepada Hakim.

"Dr. Faridz, inilah kawan yang aku selalu ceritakan tu." Aisyah turut memperkenalkan Hakim kepada Faridz.

"O~~, hai! Akhirnya bersua juga dengan orangnya," ujar Faridz yang teruja, akhirnya dapat bertemu dengan teman yang sering disebut-sebut oleh Aisyah selama ini.

"Hai, aku Hakim. Kawan Aisyah," ujar Hakim memperkenalkan dirinya.

"Boleh aku join?" tanya Faridz bersahaja sambil memerhatikan mereka dan makanan yang terhidang di atas meja taman itu.

"Duduklah," pelawa Aisyah.

"So, kalian borak apa je?" soal Faridz yang mendapatkan duduknya pada kerusi batu di sisi Aisyah.

"Pasal Aisyah pandai buat nasi himpit dengan kuah kacang dan kuah lontong. Laku habis waktu raya." Hakim memberikan penjelasan dengan selamba ketika mengambil secucuk sate dan mencoleknya ke kuah kacang. Kemudian, dia mencarik isi sate dengan giginya dan dengan enaknya mengunyah-ngunyahnya.

"O, ya?" soal Faridz yang separa percaya.

"Banyak lagi masakan yang aku boleh. Nanti aku ajak kalian makan kat umah aku. Aku masakkan makanan yang sedap-sedap untuk kalian," ujar Aisyah dengan senang hati.

"Serius? Tak sabar nak rasa," ujar Faridz yang turut teruja dengan pelawaan Aisyah itu.

"Weekend ni? Kalau kalian free, aku boleh ajak kalian datang makan kat rumah aku." Aisyah mengajak mereka berkunjung ke rumahnya.

"Aku free," jawab Hakim pantas tanpa berfikir panjang.

"Sabtu ni aku shift malam. So, siang aku free." Faridz memberikan jawaban setelah berfikir sejenak mengenai jadual kerjanya minggu itu.

"Kalau macam tu, kita lunch kat umah aku Sabtu ni. Aku masak, okey?" pelawa Aisyah.

"Okey." Faridz segera memberikan reaksinya.

"Okey. Nak aku beritahu Amir juga?" Hakim turut memberikan reaksinya dan mempersoalkan tentang Amir.

"Kalau dia free, ajaklah dia sekali." Aisyah membalas persoalan Hakim itu.

Mereka berjanji untuk bertemu dan meluangkan masa bersama-sama hujung minggu itu.

Chương tiếp theo