webnovel

Chapter 9 : Tamparan Padu.

Flashback....

10 tahun yang lalu.

Terjengket-jengket kakinya semasa cuba mencapai buku di dalam rak atas kepalanya ketika itu. Hanya hujung jari saja dapat cecah rak, bukan buku. Hendak panjat tidak di sediakan kerusi. Nak patah balik malas pula. Takut nanti ada orang lain yang ambil dulu buku ni dari dia. Nanti melepas tak pasal-pasal.

"Ugh!"ngerangnya semasa menjengket habis hingga sakit hujung jari kakinya. Tengkuk dia jangan cakapla. Dah naik lenguh sejak tadi mendongak ke atas gara-gara melihat buku rujukan yang dia perlukan sekarang ini. Sumpah seranah dia dibuat librian sekolah ni!Asal la mereka letak buku dekat tempat tinggi macam ni?Dia orang ingat Budak-Budak sekolah ni tinggi macam tiang agaknya!

Tiba-tiba dia boleh merasai kehadiran seseorang dari belakangnya sebelum satu tangan muncul dari atas kepala lantas mencapai buku yang dia inginkan dari rak tersebut. Terkejut melihat tangan itu, tanpa berlengah, badannya di pusing menghadap ke belakang. Tetapi tindakan lekasnya itu hanya buatkan mukanya terkena dada orang yang berdiri di situ tanpa sengaja.

"Oh my gosh.."lafaznya dengan terkejut sebelum bersandar pada rak di belakang secara tiba-tiba hingga terhantuk kepala dibuatnya. "Auw!"tunduknya sambil membawa tangan ke kesan hantukan pula.

"Ahaha..."ketawa kecil lelaki di depannya. "Awak okay?"

Sambil berkerut kening, dia mengangkat kepala lantas bertentang mata dengan lelaki paling kacak yang pernah dia Nampak dalam sekolah ni. Bibirnya terus terukir senyuman angaunya. "Hai Senior Seth..."sapanya.

"Sorry...saya tak ada niat nak buat awak terkejut. Saya cuma nak tolong lepas nampak awak struggle nak ambik buku ni..."ujar Seth sewaktu menyua buku ke depan mukanya. Dan jarak mereka berdua kekal rapat seperti tadi.

Matanya turun memandang buku di depannya lalu di capai. Niatnya mahu jarakkan diri supaya tidak buatkan crushnya ini rimas atau terganggu. "Te-terima kasih"ucap dia tergagap sendiri. Malu la nak rapat dengan orang yang dia suka ni. Oh my god!Rasa seronok tu bagai mahu melompat dekat sini je rasanya.

"Next time...kalau perlukan bantuan, panggil saja sesiapa di sini. Dari awak susahkan diri sendiri macam tadi.."pesan Seth sambil usap atas kepalanya. "Good luck untuk exam nanti..."senyuman yang terukir di bibir itu di pandangnya dengan renungan dreamy.

Macam mana la manusia sekacak Seth ini boleh tersenyum dengan indah sebegini sekali?Kalau dia ini elemen cecair, sudah lama dia mencair gara-gara senyuman ini.

End of flashback...

BAM!

Melompat terkejut Naera bila pukulan hinggap pada permukaan meja itu taktala Seth yang berang melampias tantrum kepadanya dengan tapak tangan. Macam tak percaya je lelaki depannya ini adalah crush yang dia pernah tergila-gilakan dulu!

"Kisah untuk jelaskan kepada saya apa maksud semua ni Cik Naera Aleena?"soal Seth menjuih dagu ke kertas surat peletakan jawatan Naera di mejanya.

Naera mengetap bibir dengan erat. Dia takut-takut pandang lelaki di hadapannya. Surat resignnya di kerling sekejap. Di tanya lagi. Buta sangat ke sampai tak boleh nak baca apa isi kertas tu. "Surat resign saya."jawabnya teragak-agak.

"Yeah...I can see that Sherlock!But why?Did I ask you to?"balas Seth dengan sinis,

"Memang la kau tak mintak!Masalahnya dah memang aku dah nekad!Kau nak buat apa lagi!terima saja la!"getus Naera di dalam hati kejengkelan. "Sebab saya nak berhenti la...sebab apa lagi.."balas dia terang-terang.

Seth berdengus tidak percaya. Woah!perempuan di depannya ini semakin lama semakin menipiskan dinding kesabaran dia betul la! Dia jalan mendekati Naera sehingga la dia berdiri di depan Naera dengan rapat sekali.

Mata Naera membulat bila wajah Seth begitu hampir dengan mukanya sampai buatkan dia terpaksa undurkan kepala ke belakang sedikit hendak mengekalkan jarak antara mereka berdua.

"Apa yang awak fikir sampai awak boleh berhenti dari syarikat saya?"soal Seth Bersama renungan mautnya tepat ke Naera. Akan dia push Naera sampai gadis ini mengaku kesalahannya kepada dia. Selagi Naera mendiamkan diri, selagi tu dia tidak akan berhenti!

Aik?Suka hati la. Hidup dia. Kerja dia. Yang nak izinkan bagai ni buat apa?Memangnya dia ni apa?Pandangan Naera mencerlung tajam. Hampir hendak mencarut.

"Excuse me Mr. Seth, kali terakhir saya check, saya seorang manusia yang bebas. Sejak bila pulak saya perlukan izin orang lain untuk berhenti kerja dari sini. Saya seorang manusia yang bebas untuk membuat sebarang keputusan. Hidup saya. Keputusan saya. Tiada siapa boleh arahkan saya itu dan ini beritahu apa yang perlu dilakukan!"bidasnya yang tiba-tiba menjadi berani apabila adrenalin dalam badan mula buat hal!

Dasar lelaki tak guna menjengkelkan!

Berani betul!

Chương tiếp theo