webnovel

*-Ancaman Pengkhianat-*

Pada lewat senja, Safiy berjalan keluar dari bilik. Dia melalui bilik Saga dengan pintu terbuka. Patrol sedang tidur manakala Saga tiada. Katil dia pula seperti sudah tidak didiami. Safiy bersama bergerak ke tandas. Dia terdengar ada orang mandi.

Dia ternampak sut Zyon dan mantel hitam berlipat kemas di kawasan singki. Seperti Zyon tanpa sut sedang mandi.

Safiy hendak menggunakan G.Blaster untuk menembak pintu tetapi entah bagaimana dia terjatuh. Bunyi jatuhan itu dapat beri tanda amaran pada Zyon. Safiy cepat-cepat beredar.

Safiy kembali ke bilik dan berbual dengan G-gong.

"Wei, Zyon mandi tak pakai sut.."

"Yeke? Jom kita tengok..hehe.."

Mereka ke bilik air dan Zyon masih mandi. Terdengar bunyi besi jatuh tempat Zyon mandi. G-gong cuba mengintai namun lampu bilik air terpadam. Di hujung tandas, muncul sosok tubuh hantu. Matanya merah!!

"Ahhh!!", G-gong melompat ke atas Safiy.

"Hoi! Turun."

"Larilah.."

Apabila Safiy bergerak, mereka berdua jatuh(G-gong berat). Hantu berada di sebelah G-gong. Mereka berdua pecut keluar namun G-gong mendahului Safiy. Selepas itu, lampu bilik air kembali berfungsi.

Selang beberapa minit, Syakirin pergi ke bilik Safiy dengan berjalan secara berhati-hati kerana kecederaan kaki dia masih tidak pulih. Dia masuk.

"Hai Fawwaz, mana kau??"

Tiada sesiapa di dalam bilik itu. Syakirin ternampak satu selimut menutupi sesuatu. Selepas Syakirin alihkan selimut itu, G-gong dan Safiy pukul Syakirin dengan tulang.

"Aduh! Aduh! Sakitlah!!", jerit Syakirin.

"G-gong, ni Syakir lah.."

Mereka berhenti memukul.

"Apa kau buat dekat sini?", tanya G-gong.

"Fawwaz mana? Aku tak puas hati lagi, aku nak cabar dia!"

G-gong dan Safiy terkejut. Muka Safiy jadi gelap.

"Kenapa dengan korang ni?"

"Sebenarnya...Fawwaz dah lama mati beberapa bulan lepas semasa latihan persendirian dia, waktu kau tengah koma jugak...", kata G-gong.

"Apa?!! Kau...kau bergurau-senda dengan aku kan?"

"Ya, kami serius dan tak tipu. Dia tulah yang ganti tempat dia sekarang...", Safiy menunjuk jari ke belakang Syakirin.

Zyon sedang buka loker. Sut dia menutup seluruh badan dia. Kesan tikaman sebelumnya telah hilang.

"Aku nak tahu...siapa dia ni?"

"Nama dia Zyon, cepatlah keluar..kami nak bersiap pergi tempat lain.."

Apabila Syakirin berpaling ke belakang semula, Zyon telah pun hilang.

"Siapalah dia ni sebenarnya..."

Keesokan harinya, di kelas Birunians... seperti biasa semua pelajar berbual-bual. Zyon hanya duduk berdiam diri sambil melihat ke luar tingkap.

"Pelajar baru tu juara PAAM ke?", tanya Athi.

"Haah..", sambung Shazmir.

"Waaa.."

Semua pelajar perempuan mula mendekati Zyon. Zyon petik jari.

FWUUUUH!!, ribut yang kuat berlaku. Semua perempuan terpelanting.

"Jangan dekati dia sangat...dia tak suka..."

Athirah cuba membaca fikiran Zyon namun tiada apa-apa.

"Apakah?! Macam mana aku tak boleh baca fikiran dia..."

"Siapa tahu..", kata Zarif.

"Jadi Zarif, apa rancangan perkelahan kelas kita?"

"Ha...Tu kami batalkan sebab Zyon senyap tentang hal tu."

"Alaaa..."

Zyon berjalan ke tingkap dan melihat pemandangan luar.

"Tengoklah dia tu..."

"PERHATIAN KEPADA BIRUNIANS! KELUAR SEKARANG!!", seseorang memakai pembesar suara di luar memanggil mereka. Ada tiga orang di situ. Semua Birunians keluar kecuali Zyon.

"Hahaha..ini ke tuan Saga suruh cari? Bukan sepatutnya ada empat orang saja ke?", kata seorang perempuan.

"Aduh, tu bukanlah, kita bereskan saja mereka ni.."

Mereka bertiga buka topeng serentak, dua orang perempuan dan Aleesa.

"Maaf sahabatku, aku terpaksa. Lagipun kami salah panggil orang, jadi korang perlu mati di sini... Selly, mulakan .."

Perempuan bernama Selly berjalan ke hadapan. Dia mula menggerakkan tangan. Semua Birunians yang belum bersedia tidak menggerakkan anggota badan mereka.

"Arkh! Kenapa darah aku macam nak pecah?!", jerit Adam.

"Hahaha... rasakan lah kuasa darah..", kata Selly, seorang perempuan berambut perang.

Semua ahli Birunians seperti dipaksa dikepak badan. Zyon keluar dari kelas berjalan ke mereka.

"Kuasa darah? Hehe menarik..."

"Siapa tu?", tanya seorang lagi.

"Itulah lelaki bersut yang tuan Saga katakan..", kata Selly.

"Selly, gunakan kuasa kau..."

Tiba-tiba, Zyon terjatuh. Badan dia seperti dikawal Selly.

"Hahaha..juara PAAM tiada tandingan dengan aku..."

"Selly, cuba kawal dia supaya dia bunuh mereka ni..."

Zyon mengangkat tangan dan keluar satu bola angin besar. Dia baling ke arah Birunians.

"Tidak!!", jerit semua. Tiba-tiba, bola angin itu hilang dan lepaskan angin kuat. Kuasa Selly dibatalkan kerana dia cuba lindungi diri dia. Zyon mencairkan diri.

"Mana dia hilang?", kata Aleesa.

SRUK!!, Selly ditikam tepat pada jantungnya. Dia jatuh berlumuran darah. Aleesa terkejut, seorang menjerit. Aleesa bawa dia lari.

"Jangan cuba mengawal daku manusia, terimalah akibatnya...", suara Zyon jadi lain sikit.

"Yeah...Zyon selamatkan kita..."

"Mari! Aku belanja makan...", jerit Shazmir.

Chương tiếp theo