webnovel

74.

Dua minggu kemudian...

Kecoh ruang sidang utama syarikat Vidzimir itu dengan suara orang marah-marah sejak berita keluar dari setiap media sosial dan siaran langsung buletin.

Para pelabur serta ahli lembaga pengarah terpaksa buat mesyuarat darurat bila mereka diberitahu saham syarikat mereka di seluruh negara telah terjejas teruk.

Lapan orang pelabur utama mereka sudah pun mati.

CEO syarikat pula terlibat dengan scandal,  kes pembunuhan serta penyalahgunaan dadah.

Presiden syarikat pula meninggal dunia subuh tadi kerana gantung diri ekoran tekanan yang dihadapi.

Riuh rendah la mereka berdebat tentang cara hendak selamatkan syarikat itu.

Ada yang menyalahkan antara satu sama lain.

Ada jugak yang cuba cadang untuk lantik presiden dan Ceo baru di kalangan mereka.

Ada yang pertikaikan hendak tarik diri dari syarikat itu.

Sehingga la pintu utama bilik sidang itu terbuka. Dan seorang lelaki berjalan masuk ke dalam ruangan yamg kecoh itu lalu berdiri di belakang pentas ucapan kecil di depan kepala meja mesyuarat tersebut.

Tanpa ekspresi di wajah, general syarikat Mateo hidupkan mikrofon dan testing mikrofon itu sambil ketuk jari pada permukaan tersebut.

DOK!DOK!DOK!

"Testing 1..2..3..testing.."sebut lelaki tu depan mikrofon.

Terus tersentak 35 orang ahli lembaga pengarah dan pemegang saham di situ lepas dengar suara itu berkumandang.

Masing-masing pandang terkejut ke lelaki bersut biru bertali leher polka dot putih dan biru itu.

General Manager syarikat Mateo pandang ke depan dengan muka ais batu.

"Selamat pagi saya ucapkan pada tuan-tuan dan puan-puan di sini. Terima kasih kerana beri kerjasama anda kepada saya."

Seorang dari mereka bersuara.

"Siapa pulak kau ni?"

Mata General Manager syarikat Mateo kerling ke lelaki tua sekitar lima puluh tahun itu dengan renungan maut dia. Berani betul bersuara.

"Di sini saya selaku wakil syarikat Haider Enterprise akan menjadi juruacara majlis kita pada hari ini."

Terus menarik nafas terkejut mereka semua di situ lepas dengar nama tu. Dengan cemas mereka saling berbisik sesama mereka.

"Dia ada dekat sini?"

"Aku ingatkan dia dah mati.."

"Dia ada company sendiri?"

Masa itu la beberapa orang lelaki bersut berjalan masuk ke dalam ruangan tersebut dan dekati setiap kepala yang ada di situ dan letakkan sebuah fail berkulit tebal warna biru di atas meja depan mereka semua.

Setiap lelaki dan wanita yang ada di situ pandang terkejut ke fail tersebut lalu dibuka.

"Di dalam fail yang anda semua miliki mengandungi maklumat kewangan terkini syarikat Vidzimir. Di situ tuan dan puan boleh lihat peratus saham yamg dipegang setiap seorang."General Manager dyarikat Mateo tunduk menyelak helaian kertas ke muka surat seterusnya.

"Dah tu...untuk apa kau berikan kami semua ni?Sekarang ni kita bukan nak buat urus niaga tahu tak..."

"Entah..ada krisis lagi besar dekat sini. Kenapa CEO syarikat lakukan semua ni..dia bunuh semua orang dan seleweng duit syarikat sampaikan presiden bunuh diri sendiri sebab tertipu dengan kenyataan yang anak dia bukan lelaki sebenar...apa semua ni?"

"Masa depan ribuan pekerja bergantung pada syarikat ni...kita perlukan presiden dan CEO untuk pimpin tempat ni supaya tidak runtuh.."

Marah mereka di situ dengan lantang.

General Manager Mateo hanya berdiri di situ mendengar lontaran marah mereka sehingga mereka semua selesai. Setelah itu baru la dia bersuara.

"Untuk itu la tujuan mesyuarat ini diadakan." sambung general manager itu dengan nada mendatar. "Menurut akta pembubaran dan pengkongsian syarikat-syarikat sendirian...sekiranya wakil dan presiden telah turun dari jawatan, mereka yang memegang saham terbesar akan menyandang jawatan yang oernah disandang oleh presiden sebelum-sebelum tu tanpa persetujuan ahli pemegang syer yang lain, melainkan terdapatnya pemegamg saham yang sama banyak peratus sahamnya."

Mereka dekat situ kembali memandang fail yamg ada di beri tadi laku diperiksa nama setiap orang dalam senarai tersebut.

Tuan punya nama sendiri pastikan jumlah saham mereka tepat. Dan berkobar-kobar hendak tahu siapa yang mempunyai saham terbanyak.

Sekali tu bila mereka lihat, ada satu nama asing yang tertera pada senarai itu.

"Siapa Damon Blaze?"soal mereka setelah lihat jumlah peratus saham yang dimiliki oleh lelaki ni mengatasi mana-mana mereka di situ.

Seorang dari pelabur disitu membutang mata terkejut seakan menyedari sesuatu. "Tak mungkin...!"seru dia semasa pandang general manager Mateo. "Kau kan yang datang hari tu ikat perjanjian pelaburan baru dengan Blaze."

Mereka yang ada dekat situ pandang general.manager Mateo dengan wajah bungkam.

"Sekejap kau kata tadi kau wakil dari syarikat Haider..itu bermakna kau adalah anak lelaki dia yang orang sibuk katakan tu?"

"What?!Apa semua ni!"

Ketika semua orang di situ mula resah,

General Manager Mateo hanya berdiri memerhati mereka semua di situ dengan renungan dingin. Lantas dia palingkan kepala ke arah pintu.

Dua orang pengawal keselamatan berdiri di situ. Mereka pandang General Manager Mateo lalu beri anggukan kecil sebagai isyarat 'sudah tiba masanya' pada lelaki tu.

Chương tiếp theo