Isnin-9 haribulan 8, sehari sebelum awal muharam.
Di Malaysia, hingga ke negara jiran telah dikejutkan dengan pemergian seorang anak seni yang bernama Siti Sarah ke dunia fana. Moga kita sama-sama mendoakan kebahagiannya di alam sana dan bahagia taman-taman syurga. Kita juga, moga di anugerahkan nikmat yang sama.
Wanita muda yang baru berumur 30-an, telah meninggalkan suami dan anak yang baru lahir. Dan keajaiban Allah itu, membuka mata-mata setiap manusia.
Siti Sarah dijangkiti wabak COVID19 sewaktu mengandung, sehingga beliau terpaksa di bawakan ke bilik ICU. Beliau meninggal selepas melahirkan bayi lelakinya walaupun pada waktu melahirkan, beliau mempunyai harapan untuk kembali sedar. Namun, milik Allah. Allah jua yang berhak untuk mengambilnya sesuai dengan waktu dan tempatnya. Kekasih yang disayangi olehNya, selalu sahaja akan diambil awal.
Wanita yang terkenal itu, seorang yang dermawan. Setiap satu dari sifatnya yang suka menderma telah dibongkar. Hebatnya, sehingga setiap peminatnya malah rakyat Malaysia dan Luar negara terasa terkesan dengan pemergiannya.
Allah memuliakannya.
Beliau juga taat dengan suaminya, dan dicemburui oleh para suami di luar sana. Para isteri juga, mencemburui sifat telus hati Siti Sarah. Keluarga harmoni ini, datangnya dari tunggak ketua keluarga, dan hasilnya. Keluarga yang bahagia.
So...respon disini. Aku buat chapter kali ini, tak ada emogi, kerana menghormati arwah Siti Sarah.
Hakikatnya, kita selalu cemburu dengan manusia lain tanpa kita sedar kita leka nak betulkan diri sendiri. Ada juga hasad dengki yang sanggup hianat orang lain akibat dari busuk hati.
Biar busuk badan dari busuk hati, sekurang-kurangnya busuk badan boleh mandi dan bersihkan diri. Aku ada satu kisah.
Cerita kawan sekolah aku, tentang ibu dia yang kini sudahpun meninggal dunia. Moga, beliau juga berada di taman-taman syurga.
Ibunya, merupakan seorang peniaga nasi lemak. Kerana sifat ibunya yang ramah dan tidak berkira, membuatkan pelanggan suka ke gerainya. Nasi lemak yang dibuatnya juga, sedap.
Oleh kerana setiap hari, nasi lemak yang dijual habis dan laris. Ada orang lain yang cemburu dan menyihir beliau hingga sakit teruk. Macam-macam cara dihantar ubat, namun kesihatan ibunya makin menyusut. Rumah terasa panas. Setiap kali, kawan aku balik. Dia rasa seram sejuk. Banyak kali juga, di baca surah-surah lazim. Barulah keadaan sedikit baik. Namun, kerana sakit yang tidak berhenti. Akhirnya, ibunya meninggal dunia.
Bayangkanlah, pertama dia sanggup syirik apabila bergelumang dengan sihir, iaitu secara langsung meminta bantuan makhluk selain Allah. Kedua, dia adalah seorang pembunuh yang membunuh manusia lain, iaitu mengambil hak kehidupan orang lain disebabkan cemburu dan hasad dengki.
Apakah...balasan yang Allah bagi. Fikir-fikirkanlah...
Andai kata dia, cuba berkongsi perniagaan dengan perempuan ini, pasti perniagaan mereka maju. Kenapa tidak mengambil jalan yang positif. Otak letak di kaki, nampak gayanya.
Siti Sarah, dia seorang wanita hebat. Apabila ada sahabat atau kenalan yang ingin mempromosi barang. Dia bantu dengan rela hati. Sifat ini yang perlu diikuti.
Selain itu..kita mengharap kita mempunyai isteri yang sebaik Siti Sarah. Cuba lihat pernampilan dan kepimpinan Syuib. Perlu dicontohi sifatnya juga. Wanita ini, perlu dipimpin, perlu di dengar, perlu dibantu, perlu dibelai dan perlu dipenuhi kehendaknya. Hasilnya, suami itu akan dapat apa yang diberinya. Life is, give and take. Takkan nak ambil tanpa memberi.
Apabila ada keluarga yang baik, anak-anak juga insyaAllah yang baik-baik. So...nanti kita sambung, lecture kemudian. Bye, Assalamualaikum...chow!!😘