webnovel

Just Kidding

[TAK ADA CERITA]

-

...

-

...

Just kidding, guys. Aku sebenarnya nak cerita sikit, harini pasal adik perempuan aku yang kini berlajar cost medical. Walaupun perjalanan kehidupannya seperti menunggu siput speed. Dia juga antara student yang top 10 dalam kelas. First, aku macam tak percaya. Tapi, bila bandingkan result SPM. Aku cerdik lagi..heh.heh...siapa nak mengaku bodohkan..Hakhakhak!!😆😆😆

So...aku sejenis kakak yang suka sakat adik aku yang sememangnya sentiasa terkena. Paragraf dekat atas, tak kena mengena dekat bawah..😑😑

Sebelum, cerita dipanjangkan. Aku ada tiga ekor kucing, dua betina dan seekor jantan. Kucing jantan ini, aku gelarkan 'adik'. Kalau ikutkan semangat membara aku. Nak sahaja aku letak nama 'babi', mengikut pada colour bulu kucing aku ini. Dari jauh...nampak macam anak babi je..hahah.🤭🤭

Tapi mak aku tak sarankan. So, dengan keredaan dan ada tersimpan sedikit dendam pada adik perempuan aku ini. Aku namakan kucing aku adik.🙄🙄

Nak tahu, apa dendam aku pada adik aku. Dulu-dulu punya cerita, mak aku suka panggil aku dengan minta tolong dari adik aku. Itupun, bila aku duduk di dalam bilik atau di luar rumah. Tolong panggil je pun😒😒😒

"Kak, umie panggil!!" itulah ayatnya.

Aku pun sahutlah. Sebab, mak panggilkan. Aku datang dekat dengan mak aku. But, yang paling bengangnya. Mak aku tak panggil pon.😤😤 Haa...bukan aku je yang kena. Adik lelaki pun kena sakat dengan adik aku.

Disebabkan, dendam kesumat akulah. Aku gelarkan kucing aku, adik...hahahaha...[Gelak Syaitan]😈😈😈

Malam semalam, punya cerita.🤭🤭

Kucing 'ADIK' keluar rumah. Muka mak risau. Sambil berjalan, melintasi anak bongsunya ke beranda rumah. Nama adik di laung-laung.

Mak🧕; Adik!! Adik! Mana adik..

Aku yang berada di dapur, melingas pandangan mencari bayangan si kucing. Walaupun kelihatan macam tidak ambil tahu, tetapi kerana melihat mak mencari dengan riak wajah yang risau. Aku melaung sesekali.

Adik aku sedang bahagia, berbaring sambil menonton drama korea di dalam gajet pintarnya. Aku bersuara.

"Adik..kamu nak tahu tak something. Sahut kena tipu, Tak sahut jatuh derhaka." Balasku, dengan sengih yang lebar. Isyarat aku jelas, menunjukkan pada ibuku yang memanggil nama 'adik' berulang kali.😌😌😌

Dia yang sedang berbaring, menjerit.."Umie!!! dengar tuuu..."😖😖😖 dia bangun dari pembaringannya mengikut aku yang sudah melangkah laju ke arah mak. Nak kejar akulah tu.. Mak aku ketawa sama. Wajah adik aku cemberut. Bengang!😡😡

Heh..heh...

Chương tiếp theo