webnovel

Move F atau U

Rabu, Atas tilam sambil peluk bantal. 11.32 Malam.

Ah!! hey, kau orang!! 😉

Harini, aku tak banyak nak merepek. Maybe, kau orang akan krik..krik..bila baca sampai tertidur-tidur.😴😴😴 Kalau macam itu, siap-siapkanlah membawa bantal di sebelah. Jangan harapkan orang tolong sorongkan bantal. Tak ada kerja dia nak menyorongkan bantal untuk kau orang.

So...the topik yang membosankan ialah.....😪😪😔

Dum..dum..dumm..drangggggg!!! CRUSH!😱

Bukan singer dari Negara Korea. Tapi, someone yang kau orang minat dalam diam-diam. Even, sanggup stalker dia di alam maya dan...frust menonggeng di bucu katil sambil hisap botol susu bila kau lihat dia happier ever after with someone else...Huahahaha...Botol adik kau punya, kau sapu!😒😒😒

"It's a beautiful life,

Beautiful day,

Neoui gieogeseo naega saltende,

I live in your memories,

Beautiful life,

Beautiful day,

Nae gyeoteseo meomulleojwo"

Siapa yang hantu langsuir KPOP Drama. Conferm 100% hafal lagu ni. Hehe..nyanyi sikit..hehe..sengau baby!

Uhu....Mesti ramai yang ada crush vs crunchie. Kalau aku. Tak mainlah nak crush-crush bagai. Tak stylo and macholah aku..huhu..weh..hahah...hah..haha...

😭😭😭😭

Tak boleh beb. Dunia realiti ini, wujudnya aku sebagai manusia yang banyak crush. Sila jangan kecam aku berjemaah.

Memang tak boleh lari beb!! Aku dah try, banyak skop untuk melunturkan perasaan minat dekat someone. Just ada satu benda je yang berkesan, buat setakat ini. Itu kita cerita bawah.

Okay, first crush aku adalah...masa umur aku enam tahun. Wahaha...hambik kau. Basuh beras pon tak reti. Ada hati nak cintan maggi kari. Kelaut sungguh.🙄🙄

Tapi, macam mana aku boleh tersuka dekat mamat ni. Sebab, masa aku prasekolah. Dia darjah satu. So, disebabkan sekolah kami sebelah-sebelah. Aku, dengan cousin lelaki and 'sidia' Eheh😍 pergi sekolah sama-sama. Waktu nak pergi, dia mesti take care aku macam adik dia. So, permulaan inilah. Berputik taman larangan yang aku ciptakan...Huhuhu...😝😝

Walaupun aku ditugaskan 'jaga' oleh cousin aku ni. Dia memang tak boleh diharapkan. 🤔🤔 Tak macam sidia yang merangkap bestfriend cousin aku ini. Cumanya...yang boleh diharapkan apabila, dia jadi postmen karat untuk aku stalk dia.🙊🙊 Dulu mana ada mukabuku atau facebook. Instagram...lagilah tak wujud.

Jadi, cousin aku yang tolong aku hal-hal macam ini. Sampai aku terpaksa transfer ke kampung. Sedih tau...tau-tau dia dah ada someone dekat sekolah dia.☹️Aku suka dia sampai darjah dua. Sebab, cousin aku pon pindah ke kampung. Maka...terputuslah signal postmen karat...hahaha😆😆😆

Nampak sangatkan...crush dari jauh ni, payah. Ohh... sempat tak, luah dekat dia??!!😯😯

Jawapannya.....jeng..jeng....jengggg...

SEMPAT!!! 😝🤣🤣🤣

Cayalah..aku sempat luah perasaan aku dekat dia. Haaa...berani betul aku. "Why ya..." Sebab, time tu aku ada dekat rumah dia. So, convenient sangat bagi aku nak luah. Bebudak kan...Rasa nak gelak kuat-kuat pon ada. Kelakar betul rasa. Mana tidaknya, lepas luah. Aku terus berlari dekat mak dia bila mak dia panggil aku makan. Bersuap doh...hahhaa...😅😅😅

Second....erk!!!😳😄😄🤫🤫🤫

Aku rasa...aku perlu rahsiakan second's crush.🤐🤐🤐 Hehe...risau, nanti adik dia baca. Naya doh....hehehe...Skip to crush tiga.😣😣

Yang ini...hehe...aku tak fully suka dia. Aku CUBA untuk suka dia, sebab nak lupakan second's crush. Aduh....teringat second's crush buat aku sedihlah pulak.🙁🙁🙁😢

Dia ni, for the first step to move on...someone yang tak special sangat bagi aku. Yelah, nak replacelah katakan. So, perasaan aku dekat dia 30/50 macam itu. Buat, yang aku rasa ada sedikit perasaan bila dia try buat lawak and aku gelak.

Simple je..tapi, mungkin hari-hari dia buat aku ketawa. Aku rasa senang bergaul dengan dia. Sampailah sekarang, kalau aku ingat. Aku rasa, aku memang boleh terima dia sebagai kawan. Haha...kau orang mesti nak tau, second's crush. Eheh...macamlah aku tak tau. Perangai!!

Haaaaaa....mengeluh aku dibuatnya. First's crush aku, muka ala-ala actor Shah Rukh Khan masa muda.😍😍😍 Memang hensem sampai batal puasa kau orang. Mana tidaknya, sampai meleleh ayor liur🤤🤤..lepastu, sedut balik. Erghhh...🤢🤢

Yang second's ni. HENSEM GILA!!!😭😭😭

Sampai sekarang hensemnya...haduiiiiii...sakit jiwa dan raga. Okay. Kau nak aku try bayangkan untuk kau orang. Dia ni tinggi, kalau duduk sebelah aku yang tinggi 154cm, dia diparas telingga.

Kau orang...aku dah jerit sesorang dah ni!!! Tak bolehlah, nak cerita pasal dia. Aku dah separuh move on ni. Dulu, nak pandang mata dia. Gabra, macam nak akad nikah je. Tapi, right now. Aku try usya mata dia..hampir nak mencair weh...Nasib, aku still cool.🤧🤧🤧

Kulit dia, putih cerah dan bila dia cakap je. Kau boleh dengar suara husky dia. Perghhhhh....sesedap suara DJ radio. Aku dah gila weh...sengal🥴🥴🥴

Itu baru dia bercakap. Belum dengar dia ketawa.🤭🤭

Yang ketiga and the other crush..biasa-biasa je. Sebab dah maturekan, tak pandang rupa. 😝😝Eceh...yang hensem dekat atas tu. Bukan setakat rupa je yang buat hati cair. Even hati mereka pun boleh buat kau tercair sendiri.😵😵

Oh...tiba-tiba ter'recall' pulak. Pasal crush yang ketiga. Aku sempat luah juga dekat dia, semacam mana aku luah dekat crush yang pertama. And dia reject aku dengan the serta merta. Disebabkan aku dah luah, aku senang nak move on. 😏😏😏

Ini, tip yang kau orang kena beranikan diri. Jangan pendam je. Kalau tak boleh juga, atau tak setuju dengan tip power aku. Silalah menderita macam aku juga.

Mana tidaknya. Second's crush ni. Aku tak pernah luahkan perasaan aku pada dia.😭😭😭 Huahahaha...that's whylah. Aku susah nak move on yang ini.

So...apa yang dia buat, sampai aku tersuka. Haha...itu, kena tanya hati. Aku sendiri tak ada jawapan. Tapikan, kalau masih tak tahu nak buat apa sampai level kau orang dah gigit kuku, dan dah ke tahap gigit kaki.😲😲 Kau masih buntu nak move on. Balik pada fitrah.

Pada aku, apa yang aku buat nak move on, adalah doa🤲🤲🤲 banyak-banyak sampai betul-betul kau reda yang dia bukan untuk kau. After itu, try pujuk hati kau setiap kali kau nampak dia. Kau cakap dekat hati kau, Allah dah siapkan seseorang yang terbaik untuk kau.

Kalau tak mampu jugak, kau sayang diri kau. Kau jaga diri kau..and tak mahu juga.

Nangislah..ini yang aku buat sehabis baik, waktu nak lupakan second's crush.🥺🥺 Kau tahu, aku siap doakan dia untuk jumpa someone yang baik untuk dia, dan aku minta. Dia dijauhkan dari aku. Even...sampai sekarang.

Guys...jangan risau.😎😎 Aku tak nangis, kali ini. Maybe, aku tersangat reda untuk takdir aku dengan dia. Hope kau orang enjoy. Kalau kau orang ada cerita yang menyayat hati, sila komen dekat aku. Aku akan try bagi tip yang torbaek, dari sudut perspektif aku.🤗🤗

Apa-apa...pilihan di tangan kau orang. Nak forward or undo??

Ohh, before aku chau..one thing yang aku buat sekarang untuk lari dari crush dekat someone ialah.....ialah.....kerja sendiri. 🙃🙃🙃Kerja sorang-sorang, means dia. Kau seorang sahaja pekerja dekat situ. Kalau tak hadap dinding, kau akan hadap tingkap. Kalau kau bercakap pon, kau sendiri yang jawab. Ehe..h...

okaylah. Bye...wasalammm..🤗

Chương tiếp theo