webnovel

bab34

  "Uhuiii Puan Qalisya tengok apa tu?" Tegur Haniff yang berjalan sambill membuka butang kemejanya.

Aku memandang Haniff sambil tersenyum. Lalu menghulurkan gambar yang aku temui itu kepada Haniff.

" gambar awak dengan budak perempuan mana ni? " soalku sambil tersenyum.

setakat gambar sewaktu kanak-kanak tidaklah aku cemburu, kerana wajah yang comot itu sangat comel. Aku dapat mengecam muka Haniff kerana pernah melihat beberapa keping gambarnya di resort dahulu.

Haniff tersenyum separa ketawa tatkala melihat gambar yang aku hulurkan itu.

"awak yakin ke budak dalam gambar ni girl?" soal Haniff kembali.

" bukan girl ke?" soalku hairan.

Iyalah, dengan wajah putih dan bulat yang kelihatan sangat gebu, matanya yang bulat dan rambutt panjang sangatlah menepati ciri-ciri budak perempuan.

"Itu Hamzah, dulu masa budak, dia ni rambut panjang. "

"Serious lah? Hahaha comel sangat la nak jadi boy."

"Betul-betul. Tak macho macam saya kan" usik Haniff sambil

"Yeke macho? Bukan kejung macam air batu?" Soalku sambil tersenyum lalu meninggalkan ruang itu.

Baru sahaja dua langkah kaki aku menapak. Tangan kekar milik Haniff pantas merangkul pinggangku.

Aku sedikit terpaku dengan tindakannya. Benar kami suami isteri. Tetapi ada ketika tindakannya buat aku tergamam dan kaku.

" A...wak. awak buat apa ni?" Soalku sedikit teragak agak.

" How could you, dah pakai seksi macam ni, pastu nak tinggal saya sorang pula." Bisik Haniff ditelingaku.

Seksi? Omg!! Aku baru perasan,. Hanya sehelai tuala separas lutut yang membaluti badan aku saat ini. Aduh Alisya dari tadi kau borak dengan dia. Kau tak sedar yang kau tak pakai baju lagi?!!.

Haniff memusingkan badanku menghadapnya bersama senyuman nakal.

Aku dengan pantas menutupi badanku dengan kedua tangan. Benar ini bukanlah kali pertama Haniff melihat aku begini malah lebih dari ini. Tapi.. tetap aku masih malu.

" I think, you need to take shower again, but this time...with me." Bisiknya lalu mengenyitkan matanya.

"Hah? Maksud awak?' soalku sedikit terkejut dan keliru.

" Nanti awak tahu juga." Ucapnya lalu merangkul kemas aku dan mendukung aku menuju ke kamar mandi.

"Bukan salah saya tau. Awak yang cari pasal" ucapnya bersama senyuman nakal.

"Haniff!! " Jeritku menahan malu.

***

" Amira!!" Aku yang sedang lena diulit mimpi terkejut dengan jeritan Haniff. Pantas aku bangun dan membuka lampu tidur.

Terlihat Haniff masih lagi lena dalam tidurnya. Namun deras air matanya mengalit dari kelopak mata yang masih tertutup itu.

Amira? Nama itu. Masih lagi disebut oleh bibir ranum ini. Tidur atau tidak dia tetap menyebut nama itu. Entahlah aku sendiri pun tak tahu patu terasa atau tidak dengan manusia yang sudah tiada itu.

Aku cuba untuk memaksa mata untuk kembali lena. Namun tetap tidak berjaya. Sampailah terdengar azan subuh berkumandang.

Waktu subuh yang begitu sunyi buat aku. Melihat Haniff yang bangun mandi dan menganbil wuduk membuat perasaan sangsi dalam diriku membuak ingin tahu mengapa nama itu acap kali meniti di bibirnya.

Usai solat subuh, Haniff menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aku mencium tangan. Namun perasaan dingil di dalam diri masih tebal.

"Awak ok tak ni? Dari tadi diam je. Saya bangun tadi pun awak dah siap mandi dah. Awak tak boleh tidur ke?" Soal Haniff lembut. Namun di dalam diri ini bagaikan api yang sedang marak yang tidak sedikit pun reda dengan suara lembut itu.

"Awak mimpi apa malam tadi? " Soalku sedikit keras namun masih dikawal. Iyela dalam wuduk lagi kan. Control Alisya control.

"Mimpi? Saya ada mimpi ke? Saya tak ingat la." Ucapnya bersahaja.

"Kenapa?" Soal Haniff lagi.

"Awak sebut nama kekasih abadi awak. Teringat memori lama ke?" Soalku sedikit sinis. Tapi masih dalam nada yang dikawal.

Haniff menarik nafas dalam. Bagaikan sedang menenangkan diri. Eh dia marah aku ke? Dia yang sebut nama Mira , dia pula nak tenangkan diri.

Dia perlahan mecapai kedua tangan ku dan merenung kedua anak mataku.

" Sayang, meh saya nak terangkan, pertama, apa yang awak dengar saya sebut tu, dalam tidurkan, mana saya boleh pilih nak sebut apa. Kedua, mungkin awak salah dengar. Dan ketiga, saya akui kadang-kadang dia hadir dalam mimpi saya. Mungkin sebab saya trauma. Awak tahu kan macam mana fia pergi?" Ucap Haniff lembut sambil menggenggam tanganku.

" Hrmm. Tapi.. saya tak suka awak sebuat nama tu. Tak kisah la tidur ke tak. Iyee saya tahu siapa dia dulu tapi sekarang awak ni suami saya." Luahlu sedikit geram. Geram sebab tak tahu nak berdebat macam mana nak menang.

"Iye, saya pun kalau boleh tak nak sebut. Tak nak monyok-monyok. Tu haa dah ada garis-garis penuan dah tu." Sakatnya sambil tersenyum.

Aku menjeling manjang kepadanya. Amboi seronok cakap aku tua.

"Dah jom siap-siap. Hari ni hari pertama tau kita pergi kerja sebagai suami isteri. Saya excited ni." Ucap Haniff sambil tersenyum.

***

Baru sahaja hendak masuk ke dalam kereta untuk menuju ke sekolah. Terdengar seseorang menegur kami.

"Assalamualaikum Haniff." Ucap seseorang.

"Waalaikumusalam. " Jawab Haniff lalu menoleh ke arah suara tersebut.

"Zarul?" Soal Haniff sedikit terkejut.

" Uish kau kenal aku lagi. Aku ingat kau tak ingat dah" jawab pemilik suara itu. Yang kelihatan sebaya dengan Haniff. Dengan kulit sawo matang dan berambut lurus. Dia terlihat kemas. Aku percaya dia mempunyai kerjaya yang bagus.

" Kenal ah . Jap kau duduk sini ke?" Soal Haniff

" Haah. Aku beli rumah depan ni. Aku nampak banyak kali dah kau tapi tak yakin nak tegur. Takut salah orang " ujar lelaki yang bernama Zarul itu.

"Ni sape? Wife ko ke?" Soal Zarul

" Haah wife aku. Alisya" Ujar Haniff lalu menarik aku kedalam dakapannya.

" Oh hi. Saya Zarul kawan sekolah Haniff dulu." Sapanya bersama senyuman.

"Hai." Jawabku.

" Saya macam pernah jumpa.awak la ohh! Patut la awak ni macam"

Belum sempat Zarul menghabiskan kata-katanya, pantas Haniff memotong.

" Ok la bro. Lain kali kita borak. Kita orang lambat dah ni nak pergi kerja." Ucap Haniff tergesa gesa.

BERSAMBUNG..

Chương tiếp theo