webnovel

bab26

Aku menggosok perlahan mataku pabila terdengar jeritan penggera dari telefon pintarku yang menunjukkan jam lima empat puluh minit pagi. Terasa ruang disebelahku kosong, bagaikan tiada siapa disebelahku.

Haniff tidur luar ke? Dia tak masuk-masuk dari semalam ke? Pelbagai persoalan yang bermain dalam ruang mindaku. Tak aku nafikan selepas kejadian malam semalam aku terasa sedikit janggal untuk berhadapan dengan Haniff. Lebih-lebih lagi apabila aku bagaikan ditolak oleh dia, sedikit sebanyak tercalit rasa sedih dan sangsi pada hatiku.

Aku bangun perlahan dari katil, melihat keadaan bilik yang gelap gelita, membuatkan aku yakin bahawa Haniff ada memasuki kamar ini, kerana seingat aku, aku terlelap tanpa sempat mematikan suis lampu. tapi dimana Haniff tidur semalam? pantas aku berpaling ke arah bilik mandi. Sunyi, menandakan dia tiada disitu. Perlahan aku melangkah keluar dari bilik, mencari dimana berada satu susuk yang bergelar encik suami.

Telingaku terkangkap pada bunyi suara yang hadir dari kaca televisyen yang berada di ruang tamu vila yang merupakan bahagian tengah vila ini. Dari jauh mataku tertangkap pada susuk tubuh yang berbaring di atas sofa panjang yang benar-benar berada di hadapan kaca televisyen yang menyiarkan siaran sukan luar negara.

Aku berjalan ke arah Haniff yang sedang lena dibuai mimpi. Wajah kacaknya yang terkadang beku dan manis itu terlihat sungguh polos. Kisah silamnya yang duka itu bagaikan bermain dalam layar mindaku, bagaimana dia mengharungi segala perit itu sendiri? Tanpa sedar aku mengusap perlahan pipi putih milik lelaki yang bergelar suami.

Rasa kasih bagaikan mengalir sepantas aliran darah dalam diriku. Hangat dan pantas. Adakah ini yang dinamakan cinta? atau hanyalah sekadar buaian fantasi? Jujur aku sendiri tidak punya jawapan yang pasti.

Perbuatanku terhenti apabila kelihatanan Haniff sedikit terganggu dan mula terjaga.

"erm, Alisya?" soalnya sambil menggeliatkan badannya.

"Pukul berapa dah?" soalnya lalu membetulkan kedudukannya untuk duduk di sofa.

"Dekat pukul enam dah, erm kenapa tidur dekat sini?" soalku sedikit ragu.

"Ahh, sa..ya ter..lelap haah saya terlelap, ingat nak tengok bola sekejap je, tak sangka pula sampai subuh" Ujar Haniff sedikit gagap. Entahlah hati kecilku bagaikan berkata bahawa Haniff bagaikan mengelek atau menyembunyikan sesuatu.

"Dah la, jom sayang, siap untuk subuh," ujarnya bersama senyuman sambil meraup rambutnya kebelakang.

sayang? ahh aku buntu dengan Haniff Mikail ni, kejap sayang, kejap lari, haih tak apa lah Alisya, baru hari kedua, panjang lagi perjalanan kau dengan dia ni,

"Sayang.. termenung apa lagi tu," tegur Haniff lembut mengusap kepalaku perlahan. Aki memalingkan wajah ke arahnya yang sudah pun berdiri menuju ke bilik.

" awak ikhlas ke nikah dengan saya?" soalku. Entah dari mana muncul soalan itu, aku tak dapat menafikan bahawa tingkah laku Haniff agak menyangsikan aku. 

"Hurm? kenapa awak tanya saya macam tu? awak tak percayakan saya ke? Qalisya, perkahwinan kita bukan satu permainan bagi saya.  Saya yang lamar awak untuk jadi isteri saya, takkan lah saya tak ikhlas, dah, saya tak nak awak tanya soalan macam ni lagi,ok, dah, jom nanti lambat pula nak subuh, jom.. Puan Qalisya, ke nak saya dukung?' sakatnya sambil tersenyum nakal.

Aku memandang Haniff tajam, aku cuba mencari titik kejujuran pada wajah putih bersih miliknya. Entahlah, sukar.

" Awak nak angkat saya? Larat ke?" ujarku bersama segaris senyuman.

"Otot-otot saya ni, walaupun subuh-subuh, power tau, jangan cabar suami awak ni." ujarnya sambil menunjuk otot lengan sambil tersenyum bangga.

Aku mencebik bibr tanda kurang percaya, bukan tak percaya dia kuat, tapi tak percaya yang dia berani untuk angkat aku,

Tanpa sepat untuk aku menyakat Haniff, dia pantas merangkul pinggang dan pehaku.

"ready?" soalnya sambil tersenyum nakal, lalu mengenyitkan matanya.

Bulat mataku memandang Haniff, ritma jantungku sudak mula berdetak dentum bagaikan mahu meletup keluar.

Haniff memangku aku pantas lalu berjalan menuju ke bilik.

"HANIFF!!!! lepaskan saya! " jeritku sambil memukul dada bidang miliknya.

Haniff ketawa besar, tanpa sedikit pun tidak terlihat untuk menurukan aku.

Sampai sahaja di bilik, pantas Haniff melangkah menuju ke kamar mandi.

"awak nak buat apa?" soal aku sedikit cemas.

"nak mandi lah, sayang" ujarnya bersahaja.

"eh, nak mandi tak payah bawa saya sekali, mandi lah sendiri!" ucapku kalut.

Haniff meletakkan aku ke dalam tab mandi, sambil bibirnya mengukir senyuman nakal

Dia menatap lembut wajahku, anak matanya menikam kedalam mataku.

"ada tahi mata pun cantik isteri saya ni," bisik Haniff lalu menyentuh hujung mataku.

Bulat mataku, dia buang tahi mata aku?!! Ahhh malu!

"ok lah., mandi tau sayang, nanti subuh sama-sama," kata Haniff lalu menjarakkan tubuh kami, dan mula melangkah menuju ke pintu.

Dia menoleh ke arahku, bibirnya tersenyum manis.

"jumpa nanti, sweety," ucapnya lalu mengenyitkan mata kirinya.

Sweety? Sayang? Aww boleh pengsan aku kalau hari-hari macam ni, ucapku lalu menekup wajahku dengan kedua belah tapak tangan.

 

***

Sedang aku sibuk membetulkan tudung bawal berona merah hati di kepala, mataku menjeling ke arah Haniff yang sedang merenung aku sejak dari tadi.

Aku memalingkan badanku menghadap Haniff yang sedang duduk di atas sebuah sofa yang terdapat dalam kamar ini.

"awak tengok apa haa, dari tadi lagi asyik pandang sini je," soalku sambil mencekak pinggang.

Haniff mengukir senyum kepadaku.

Haih  lah pakcik ni, orang tanya senyum pula.

"awak... Saya tanya ni, senyum pula," omelku.

"salah ke saya nak tenung isteri saya lama-lama? Anugerah terindah ni," ucapnya bersama senyuman lebar.

" gedik! Dah berapa oranf perempuan dah dapat ayat anugerah terindah ni,?" soalku sambil menjongketkan sebelah kening.

"tengok tu, belum apa-apa dah curiga dekat suami awak ni, awal sangat Puan Qalisya cemburu, haha, ," ujarnya diiring tawa.

Aku memandang dia tajam, terus menikam anak matanya.

"ok-ok, woo garang, haha, honey, dah siap ke?" soalnya lembut bersama senyuman nipis.

"honey? Double meaning eh?" soalku curiga lalu mencapai tas tangan yang berada di atas tilam.

Aku melangkah keluar dari kamar itu. Aku cemburu ke? Ehh tak mungkin, aku hanya nak bergurau sahaja, bergurau? Kau ni Alisya, lain macam, kejap suka, kejap cakap tak pula, pelik-pelik!

Pantas Haniff mengejar langkahku dan mencapai tangan kiriku ke dalam gengamannya.

"nak lari mana , tunggu lah saya, nanti rindu," sakat Haniff sambil ketawa.

***

Kami bersarapan bersama ibu,umi, Haniff dan beberapa kakitangan rumah Kasih Anggerik.

"Berseri-seri ibu tengok mengantin baru ni, tengok lah Haniff tu, tak lepas pandang dekat Alisya, ibu pula yanf berbunga," ujar ibu sambil tersenyum.

Wajahku terasa sedikit panas dengan kata-kata Acik Nor itu,

"ibu ni, tengok Qalisya dan malu, merah dah muka tu," ujar Haniff bersama senyuman nakal,

Ada lah tu nak kenakan aku, dia ni, banyak cakap sungguh dua tiga hari ni,.

"haha macam-macam lah kamu ni Niff, haa kamu bertolak bila, dah bagitahu Alisya belum?" soal ibu lagi.

Bagitahu apa? Bertolak pergi mana? Pelbagai tanda tanya menerpa dalam ruang mindaku.

Haniff memandang aku sambil bibirnya mengukir senyum, lalu dia mengeluarkan sehelai sampul surat berwarna putih dan menghulurnya kepada ku.

"apa ni?" soal aku, dia nak bagi aku duit ke? Ke..kontrak kahwin? Dia nak kahwin kontrak ke?!!

"muka tu jangan lah cuak sangat, ambil ni, tengok sendiri." ucap Haniff sambil ketawa kecil.

Aku membuka sampul surat itu perlahan, mana lah tahu ada racun ke, apa ke, tengok kecik je sampul ni,.

Terdapat dua helai kertas yang terasa sedikit keras, macam tiket je, tiket bola? Yelah semalam dia tinggal aku sebab bola, mesti fanatik ni,.

Bulat mataku apabila melihat kertas yang aku keluarkan dari sampul surat putih ini.

"flight ticket?!!" soalku terkejut.

Haniff megangguk, sambil tersenyum manis.

"Istanbul,Turki?! Betul ke ni? Flight malam ni?" ujarku teruja dan terkejut.

"iya sayang.." ujar Haniff lembut.

BERSAMBUNG...

P/s: enjoy reading! korg, komen tau, sbb sis nk thu korg enjoy ke tak,ok ke sis pny pnulisn, sbbtu sis perlukan komen korg, so, komen byk2 tauuu

Chương tiếp theo