webnovel

bab8

Aku berjalan sambil bibir mengukir senyuman,entahlah, rasa bahagia bila teringat pesanan Haniff semalam, caring! Lelaki yang beku dan kejung macam dia tu, bila bagi pesanan macam tu, haih boleh gugur iman aku yang nipis ni, haha, tanpa sedar aku ketawa sendiri.

"amboi, happy semacam je ni? Ada apa-apa ke?" tegur Cikgu Sarah.

"hehe, tak ada lah, semalam Lisya dapat pesanan manis dari seseorang," jawabku sambil mengukir senyuman nakal lalu memandang ke arah Haniff yang sedang membelek buku teks di meja hadapan ku.

Dia memandang aku dengan renungan tajam, eh rasa diri sendiri ke tu? Hihi.

"eh, kekasih hati lah tu," sakat Cikgu Maryam pula.

"bakal kot," pancingku, sengaja aku berkata begitu,hendak melihat reaksi Haniff,

Huk huk! Haniff tersedak saat aku berkata begitu.

"eh Cikgu Haniff ok? Nak saya ambilkan air?" soalku lembut kepada dia.

"tak apa, saya nak pergi kantin," balasnya ringkas.

"nak join boleh?" soalku sambil tersenyum.

Macam biasa kata-kata aku ibarat angin yang berlalu, tak diendahnya.

Namun aku tetap juga mengejar dia.

Baru sahaja aku menutup pintu bilik guru, Haniff memusingkam badannya ke belakang sambil bercekak pinggang.

"kenapa awak ikut saya huh?" soal sambil merenung tajam.

Eh dia ni, kejap lembut kejap beku balik, ada masalah mental ke? Omel ku di dalam hati.

"kan saya cakap, saya nak join tadi" ujar sambil membuat riak selamba.

"untuk?" soalnya dingin.

"makan lah Cikgu Haniff, ingat awak seorang je ke ada perut?" balasku sinis.

"whatever." jawabnya lalu meninggalkan aku.

****

Sengaja aku ambil tempat di sebelahnya, alang-alang memang tiada guru lain sekarang,bolehlah alu lunaskan misi yang terpendam.hikhik

"ehem,awak ni, ada masalah identiti ke?" soalku perlahan.

"uhuk!" Haniff yang sedang menyedut air milo aisnya tersedak saat mendengar kata-kata ku.

Tersedak lagi, ke ada masalah penyakit lain pula pakcik ni,pagi-pagi dah tibai ais, patut lah maintain bekunya.

"apa maksud awak?" soalnya dengan muka yang merah.

Orang putih ni, tersedak pun muka terus merah,haish, kulit si Haniff memang putih, tapi macam terbakar sikit, kuat bersukan kot, kalau banding dengan aku, aku rasa dia putih lagi kalau kulit dia tu tak kena matahari.

" tak lah, awak tu,semalam lembut, hari ni, kejung balik, pelik" ucapku jujur sambil menjuihkan bibir.

"sama je," jawabnya ringkas.

"ceh! Ha, jangan lupa, sabtu ni, kelas dengan adik-adik saya," ucapku laly menyuap kueteau goreng ke dalam mulut.

"herm?" soalnya sambil mengerutkan dahi.

"aik tak tahu ke? Ummi dah hantar jadual lah dekat email." ucapku.

Pakcik ni, kalau blurr cute jugak lah,aku ni, nak pikat dia suka-suka ke aku ni dah memang terpikat dekat dia? Haih lah Alisya,

" yeke? Haa ok,nanti ingatkan saya,ingat, awak pun kena ikut," ujarnya sambil menganggukkan kepala.

"okey, tapi kan,kenapa awak nak saya ikut sekali eh?" soalku sambil menjongket sebelah keningku dan mengukir segaris senyuman.

"jadi bibik." jawabnya selamba.

"erk! Yeke..ke awak nak pikat saya?" soalku sambil tersengeh.

"perasan.awak rasa awak cantik sangat ke?" ucapnya lalu bangun dari kerusi.

eyy! Aku pun turut bangun dan mengejarnya ke singki.

"eh! Saya cantik lah! Awak tu je taknak mengaku!" ucapku sambil memberi jelingan maut.

Haniff tersenyum nipis sambil menggelengkan kepalanya.

"kenapa awak senyum" soalku sambil meneliti seluruh wajahya.

"mana ada." jawabnya ringkas lalu berlalu pergi.

"akak, berapa eh?" soalku, kepada salah seorang kakitangan kantin.

" Cikgu Haniff dan bayarkan Cikgu Alisya punya sekali," jawabnya.

"oh yeke.. Ok, terima kasih." ucapku.

Pemurah juga air batu ni, dah dua kali belanja aku,tapi tu lah, ingat dah cair semalam, rupanya beku balik, masuk freezer ke apa malam semalam. Haish.

***

Dah lebih 10 minit aku menunggu di luar kelas 5Aura ni, tapi si air batu ni, tak reti-reti keluar lagi, sakit pula hati aku ni,.

Tok-tok! Aku mengetuk pintu kelas itu sambil menceka sebelah pinggang.

"yes, Cikgu Alisya, ada apa-apa?" soalnya lembut, bagaikan dia tak tahu apa-apa, walhal macam aku tak tahu dah banyak kali dia nampak aku dekat luar kelas ni,

"ada, sekarang ni kelas saya air batu, eh , I mean Cikgu Haniff." ucapku sinis.

"aaa I got it,tapi, boleh tak bagi saya dalam 20 minit lagi?" soalnya sambil tersenyum manis.

20 minit? Gila dah ke jantan ni, sabar Qalisya, sabar..

Aku menarik nafas dalam lalu menghadiahkan segaris senyuman.

"20 minit? Ok, jap eh, saya call bigboss ,bagi tahu ada cikgu gila masa dekat sini!" ucapku sambil menjeling tajam.

Haniff tersenyum sambil datang mendekati aku,

"garangnya, pagi tadi bukan main lagi bahagia sebab saya,saya keluar sekarang eh." ucapnya lalu mengenyit mata kirinya.

"a..aa. ok" ucapku gagap.

Eh kau ni Lisya dia baru cuit sikit terus dari singa jadi kucing. Teruk betul kau ni.

"ehem, tepilah." tegur Haniff.

Aku melangkah masuk sambil terfikir apa yang Haniff lakukan sebentar tadi, dia kenyit mata dekat aku? Ke aku yang berangan?

"wuu Cikgu Lisya blushing guys!" ujar Amir di belakang kelas.

"ehem, jangan fitnah saya eh" ucapku sambil mengecilkan mata.

***

" Hai Cikgu manis! Dah habis kelas ke?" sapa Hamzah yang kebetulan berselisih dengan aku di koridor tingkat 3.

"aah, habis akhirnya," ucapku sambil tersenyum.

"lepas ni, terus balik ke? Atau ada plan lain?" soalnya yang memakai kemeja berwarna kelabu.

"balik rasanya,penat dah hari ni, kelas penuh, kenapa? Ucapku.

"erm, ingat nak ajak awak minum petang sama-sama kalau awak nak lah"ucap Hamzah lembut.

" Ooo, dekat mana? Kalau area sini-sini je boleh lah," jawabku

" okey, area sini je, erm naik satu kereta?" soal Hamzah.

"ok, saya memang tak bawa kereta pun hari ni," ucapku sambil tersengih.

" alright, jom pergi pejabat sekali, nak puch card kan?" ajak Hamzah.

" aah, okey" jawabku mesra.

Sesampai sahaja di pejabat terlihat Haniff sedang berbincang dengan salah seorang kerani,

"Alisya, awak tahu tak gerai-gerai best, saya ni, tak tahu sangat area sini." ujar Hamzah disebelahku.

"aaa boleh je, nanti saya tunjuk, awak minum abc? " soalku kepada Hamzah.

"saya minum je semua, lagi-lagi gadis cantik macam awak yang offer." ujarnya bersama ketawa kecil.

" amboi, mulut manis eh," balasku bersama senyuman.

***

Aku dan Hamzah memilih meja dibawah pokok yang rendang,

Kami mengambil tempat menghadap antara satu sama lain.

"nak order apa?" soal seorang pelayan wanita.

"erm, Hamzah nak abc? Ke cendol?" tanyaku kepada Hamzah.

"apa-apa je yang awak pilih" ucapnya.

"aaa ok, bagi abc dua eh dik," ucapku.

"tiga."

"eh, Haniff?"

BERSAMBUNG....

P/s: hai! Laju pula eh sis update, tapi next bab lambab sikit rasanya,harap korang suka dan enjoy, jgn lupa vote komen dan share, lagi stu, komen byk-byk tau, enjoy reading! Syg korg, stay safe!

Chương tiếp theo