webnovel

bab6

   Bibirku mengukir senyuman tatkala papan tanda Rumah Kasih Anggerik. Rumah anak yatim yang akan aku kunjung setiap bulan. Sudah menjadi aktiviti wajib aku,walau sesibuk manapun, aku akan cuba mencari waktu untuk adik-adik aku.

"ada majlis ke?" soal Haniff disebelah sambil bercekak pinggang bersama kerutan di dahi.

"aah, sambutan hari jadi Wani," jawabku lalu melangkah masuk ke pekarangan Rumah Kasih Anggerik.

"Lisya! Dari sekolah ke? Sihat? " soal Kak Yusra yang merupakan salah seorang guru dan petugas di sini.

"aah kak,dari sekolah,tak sempat dah nak tukar baju,jangan tanya lah eh kalau masyam." ujarku bersama ketawa.

"eh wangi je lah,tu haa budak-budak tak perasan lagi tu,kalau tahu Kak Alisya datang,haih kena serbulah kakak Alisya." ujar Kak Yusra sambil menggelengkan kepala.

" haha, alah ok lah baru dapat feeling jadi artis popular,haha, eh ummi mana?" gurauku,lalu bertanyakan soal ummi yang merupakan pengasas rumah ini.

" ada haa, dekat dapur,dia masak sendiri tau hari ni," jawab Kak Yusra.

" tu siapa tu? Bakal menantu rumah ni ke?" soal Kak Yusra sambil memandang ke arah Haniff yang  berdiri di sebelahku sambil tersenyum.

Haniff membalas senyuman Kak Yusra sehingga terlihat leaung pipit di pipi kirinya

Dia ada lesung pipit rupanya,detak hatiku

Pandai pulak air batu ni senyum aku ingat otot muka dan keras,rupanya boleh je gerak lagi.

Belum pun sempat aku menjawab usikan Kak Yusra,Umar terlebih dahulu menjerit namaku.

"Kak Alisya dah sampai!!" jerit Umar dari muka pintu.

Macam apa yang dikatakan Kak Yusra,aku akan di serbu oleh anak- anak soleh solehah ini.

"cop-cop! Salam dulu,baru nak peluk ke apa ke" ucapku sambil tersenyum

"hehe,sorry kak,rindu sangat," ucap salah seorang dari mereka,

"mengada eh,ni semua sihat? Akak pun rindu kau orang,akak ada bawa hadiah tau,nanti sebelum akak balik,datang ambil dekat kereta eh," ucapku lembut.

"wahh,bestnya!" ucap mereka.

"eh, mana Wani? Takkan birthday girl tak turun lagi?" soalku kepada Sakinah.

"erm,Wani,dekat atas lagi,dia tak sihat sangat hari ni." jawab Sakinah.

Aku mengangguk perlahan,Wani merupakan pesakit kanser otak tahap empat,kasihan dia,masih muda dan diuji begini,oleh sebab itu lah,ummi sedaya upaya memberi Wani gembira.

"akak..abang tu datang dengan akak ke?" soal Umar.

Aku tahu abang yang dimaksudkan Umar itu Haniff,peninglah aku hari ni,nak menjawab siapa Haniff, belum lagi jumpa Ummi, haih sarat kepala.

"aah,kawan tempat kerja, akak masuk jumpa ummi dulu eh." ucapku lalu masuk ke dalam rumah buggalow tiga tingkat ini yang menempat kan 40 orang anak yatim. Rumah Kasih Anggerik ini sebenarnya ada beberapa buah cawangan di sekitar Pahang ini.

"Assalamualaikum ummi!" sapaku lalu memeluk wanita separuh abad itu dari belakang.

"ya Allah! Lisya! Bila sampai? Terkejut ummi." ucap ummi sambil mengukir senyum.

"hehe, baru je, tapi biasalah,Lisya kan ramai peminat,kenalah layan fans dulu," gurauku.

"hahaha macam-macam.meh duduk dulu." ajak ummi.

"ummi sihat? Semua ok?" soalku kepada ummi.

"ummi macam ni lah,sihat orang tua,nak cakap sihat sangat tu tidaklah,tak dapat elak dah darah tinggi tu. Rumah ni ok je Lisya,tapi tu lah sejak Cikgu Nurul tu berhenti,tak ada lagi cikgu ganti untuk ajar budak-budak ni matematik untuk kelas tambahan.kalau kamu ada kawan-kawan yang nak buat part time mengajar dekat sini,bagitahu ummi ye," cerita ummi.

Hurm aku faham benar masalah ummi, dia memang sangat pentingkan pelajaran,tak cukup belajar di sekolah, disediakan pula kelas tambahan,tak pelik lah dia dikurniakn rezeki yang melimpah ruah.

"Hermm, Cikgu matematik sekolah menengah?" soalku.

"yelah,kalau sekolah rendah tu,ummi suruh kamu je ajar,ke kamu boleh ajar budak-budak tu matematik? Kamu kan cikgu akaun?" ujar ummi.

"eh, tak reti lah ummi,dia orang banyak tajuk,format nak jawab lagi, " terangku.

"saya boleh." ujar satu suara.

"kamu siapa?" soal ummi hairan.

Eh! Lupa nak bagitahu ummi, Lisya bawa kawan hari ni, ni Cikgu Haniff" kenalku.

"kawan Alisya?" soal ummi sambil memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk aku gambarkan.

"cikgu dekat sekolah Lisya mi," jawabku sambil tersengih.

Eh kau ni Alisya hari tu,bukan main lagi kau nak pikat lah apa lah bila ramai orang tanya,cuak pula kau,

Gila tak cuak ummi kot.haishh

"siapa nama?" soal ummi mesra.

"Haniff" jawab Haniff sambil tersenyum

" tadi Haniff cakap boleh tolong?" soal ummi.

"aah,boleh je,setakat nak ajar budak-budak ni,"jelasnya lembut.

"berapa Haniff  caj?" soal ummi lagi.

"eh,tak payah lah,bagi air pun dah ok,nak juga tambah pahala dengan tolong anak-anak yatim ni," ujar Haniff.

Lembut pula mamat ni cakap,senyum,nampak macam orang lain.handsome pun bertambah.

"baiknya kawan Lisya ni,sesuai buat menantu," sakat ummi sambil mengerling ke arah ku.

***

Selasai sesi potong kek dan bergambar,aku mengambil makanan dan meletakkannya di hadapan Haniff

"nah,saya belanja" ucapku sambil ketawa.

Haniff memandangku bersama kerutan di dahi sambil tersenyum.

"so,awak memang selalulah datang sini?" soalnya sambil memandang wajahku.

"mestilah selalu, Saya salah seorang yang membesar dekat sini. Jelasku.

Iya,aku anak yatim piatu,aku antara batch yang terawal tinggal di sini,ummi dan ibu lah yang menjaga aku,ibu merupakan madu ummi,tapi kedua-dua mereka mempunyai hati yang murni.

"awak anak yatim ke?" soal Haniff lembut,

Aku bagaikan tidak percaya nada lembut itu keluar dari bibir merah jambu Haniff.

"aah,kenapa?" soalku,

"nothing," ujarnya perlahan.

"Haniff,terima kasih tau sebab sudi tolong ummi, siap tak nak upah lagi," ucapku bersama segaris senyuman.

"eh, siapa cakap free? Saya ada syarat lah" kata Haniff sambil tersenyum sinis.

"buka awak cakap yang .." belum pun sempat aku menghabiskan kata-kataku, laju saja dia memotong.

"saya taknak duit,tapi, saya nak setiap kali kelas,awak teman saya,boleh?" soal Haniff sambil merapatkan wajahnya ke wajahku,

Tertusuk bau minyak wangi yang digunanya ke rongga hidungku,

"Haniff ?" sapa seseorang.

Haniff memalingkan wajahnya dan dia kelihatan terkejut.

"erk..ibu? Macam mana i..bu boleh ada de...kat si..ni" ucap Haniff gagap.

BERSAMBUNG..

P/s: hai semua!! Sowyy eh sis lambat update,korang komen lah byk2 tau, sis suka baca komen korg! Ok lah jgn lupa,vote,komen dan share ye! Enjoy reading! Syg korg!

Chương tiếp theo