webnovel

bab4

"tumpang? Balik je lah sendiri,selama ni boleh je kan?" soal Haniff sinis.

"selama ni,kaki ni tak seliuh,saya duduk  dekat je lah,quaters guru je." ucapku,

Kedekut betul lah beku ni,nak tumpang je pun!

"cari orang lain," ujar Haniff lalu masuk ke dalam perut kereta dan berlalu pergi.

Macam tu je kau buat aku?! Lebih dah dia ni! Sabar Alisya,kau kena sabar.

Aku melabuhkan punggung di salah sebuah bangku yang terdapat disitu,tanganku pantas mencapai telefon lalu mencari kenalan yang boleh aku minta tolong,kerana semua guru telah pun pulang,sunyi dah sekolah.

Tiba-tiba terdengar deruman kereta menghampiriku,

Aik! Tak sempat aku call dah ada yang  tolong,yeke orang ni? Entah-entah jin!!

Aku mengangkat perlahan wajahku,melihat kereta yang sudah pun berada di hadapanku. Kerut dahiku melihat kereta yang terparkir.

Huh? Haniff? Bukan dan balik ke air batu ni tadi apahal timbul lak?

Dia menurunkan cermin kereta ,tanpa memandang aku,

"masuk." ucapnya tanpa perasaan.

Dia yang memakai kaca mata hita ketika itu,terlihat sungguh bergaya,

Haih lah beku,bukan kau yang cair,aku yang cair.

"why? Tadi awak tinggal je saya? Lepastu patah balik pula" ujar aku kehairanan.

"nak ke tak nak? Kalau rasa nk terseliuh lagi sebelah kaki tu,takyah naik." perli Haniff.

Aku tersenyum kelat lalu baru sahaja tangan kananku ingin membuka pintu kereta,pintu itu telah dibuka dari dalam,

Comel juga kan air batu ni,detak hati kecilku.

Dah-dah Alisya, naik gedik lebih pula kau eh.

Dia hanya diam membisu,aku pula tak ada idea hendak memulakan bicara,

Sampai sahaja dikawasan rumah guru, Haniff memakir kereta di dalam garaj,

Dia tinggal sini juga ke? Soal aku di dalam hati.

Aku keluar perlahan dari perut kereta putih milik beku.

Aduh! Macam mana aku nak naik atas ni?

"kenapa tengok je bangunan ni? Tak tahu nak naik ke? Don't ask me to carry you" ucap Haniff sinis.

"ada saya cakap ke nak suruh awak angkat saya? Jauh sangat awak fikir ni."  jawabku ceria,feeling je mamat ni,

Aku dengan perlahan menapak ke arah anak tangga sambil mengaduh kesakitan.

"wait." ujar Haniff dari belakang.

"hurm?" soalku hairan.

"tunggu situ kejap,say nak bagi barang" ucapnya lalu berlalu pergi.

***

Hampir 5 minit aku menunggu Haniff,dari berdiri,kini aku telah pun duduk di atas anak tangga.

"ambik ni" ujar Haniff yang berjalan menghampiriku bersama sepasang tongkat.

"nak buat apa?" soalku hairan.

"awak kan sekarang cacat sementara,nanti bergolek jatuh tangga saya gelak je" ucapnya lalu meletakkan tongkat itu di tepi tangga.

Belum pun sempat aku nak bertanya,dia telah pun berlalu pergi.

Hurm,kiranya,si beku ni,duduk sini lah?  Aku ingat dia ni anak orang kaya  dari gayanya,ke jenis biar papa asal bergaya?

***

Aku termenung sendiri mengingati satu persatu peristiwa yang berlaku hari ini,manis,tapi annoying,

"Lisya! Meh sini kaki kau" ucap Hana yang juga merupakan seorang guru merangkap kawan baik aku,namun Hana tidak bertugas sama sekolah dengan aku.

"alah,aku ok lah,tahu lah nenek kau bidan,nak tunjuk bakat mengurutlah tu" sakatku.

Hana tidak mengendahkan kata-kataku,laju saja dia mencapai dan mengurut.

"aku tertanya-tanya Cikgu Haniff tu macam mana,sampai terseliuh lah kawan aku dibuatnya." ucapnya sambil tersenyum.

"kau nak tahu? Pergi buka peti bahagian freezer, tenung lah ais tu,macam tu lah dia" ujarku malas.

"serius? Kira kau nak jadi mataharilah ni?" soal Hana sambil ketawa.

"dah aku mengantuk! Goodnight!" ucapku lalu menarik selimut menutupi separuh badanku.

"eh jap! Makan ubat ni,aku beli tadi dekat farmasi." pesan Hana lalu meletakkan segelas air dan ubat-ubat yang dibelinya.

"thank you Hana sayang! " ucapku manja.

***

Seminggu berlalu,tiada apa pun yang berubah, aku tak bertemu Haniff sejak hari dia berikan aku tongkat, kerana dia terlibat dengan program matematik.

Tapi aku dengar cerita,hari ini,ada seorang lagi guru baharu yang akan melapor diri di sekolahku.

"Agak-agak beku macam Cikgu Haniff tak eh?" pertanyaan Fatin masih lagi terngiang di fikiranku,satu kelas 5 Aura sudah tahu yang aku gelarkan Cikgu Haniff beku. Laju je budak-budak ni,

Aku melangkah masuk ke pejabat ,terlihat seorang guru lelaki berkaca mata sedang duduk di atas sofa ruang menunggu.

Itu ke cikgu baru? Detak hatiku.

Dia memberis segaris senyuman kepadaku,

Aku membalasnya teragak-agak.

Nampak macam ramah,tak adalah macam mamat beku tu. Tak yang kau ni Alisya nak banding dengan Haniff kenapa?

"hai!" sapa lelaki tersebut mesra.

"saya Cikgu Hamzah, awak Cikgu Alisya kan?" soal dia ramah.

"aah,macam mana tahu?" soalku hairan.

"tu name tag tu," ucapnya sambil tersenyum.

Haih lah pemurah betul dia ni dengan senyuman,sekali pandang macam ustaz-ustaz pun ada, manis!

" dulu,bertugas dekat sekolah mana?" soalku.

"dulu,dekat Perak,lepas tu minta tukar Pahang,," ujarnya mesra.

"minta tukar? Kenapa?" soalku ingin tahu.

Biarlah nampak macam akak-akak bawang,tapi dia ni nampak macam memang nak cerita,aku korek je lah.

"mak suruh,sebab dekat sikit dengan dia." ucapnya bersama segaris senyuman.

" Ooo,kiranya memang asal Pahang lah?" soalku lagi.

"Aah, Cikgu Alisya lama dah bertugas dekat sini?" Soal Hamzah mesra.

"ehem" belum pun sempat aku ingin menjawab ada pula suara yang mencelah.

Aku dan Hamzah sama-sama memandang arah punca suara itu,

Kelihatan Haniff sedang berdiri di belakang kami.

Dia menjongketkan sebelah keningnya,sambil membetulkan tali leher hitam yang dipadankan bersama kemeja ungu.

"Abang Hamzah tengah mengorat ke?" soal Haniff sambil tersenyum sumbing.

Dia kenal ke Hamzah? Pernah kerja sama-sama ke? Ke family dia?

BERSAMBUNG...

P/s: hai semua! Enjoy reading semua! Jgn lupa vote,komen dan share! Sis sayg semua love you!!

Chương tiếp theo