webnovel

BAB 8

BAB 8

"Haa dah sampai dah pun" kata Puan Sri Alia yang sedang membelokkan kereta nya ke kanan. Dia mencari parking kereta yang sesuai untuk meletakkan keretanya.

" Wow... boleh tahan cantik halaman rumahnya..."puji Amyrah.

" Mama sapa nama kawan mama tu...? Tanya Amyrah. Dia kehairanan kerana dia tidak pernah pergi ke rumah kawan mamanya di sini.

"Nama dia Puan Sri Laila. Amyrah memang tak pernah pergi sini. Auntie ni kawan lama mama. Hari tu mama terserempak dengan dia with her son dekat restoran yang kita sekeluarga selalu pergi...." Terang Puan Sri Alia.

"Ooo.. begitu dong.. cerita nya bagus sangat..." Kata Amyrah sambil mengikut dialek Indonesia.

"Dah jom.."

Mereka keluar daripada kereta lalu masuk ke halaman rumah Puan Sri Laila.

"Assalamualaikum.." ucap Puan Sri Alia.

"Waalaikumussalam.. masuklah jangan segan-segan" kata Puan Sri Laila. Amyrah yang berada di situ bersalaman dengan Puan Sri Laila.

"Ni anak ke....?"tanya Puan Sri Alia.

"Haah.."

"Ooo.. cantik betul orang... what is your name..?" Tanya Puan Sri Laila.

"Nama saya Amyrah Husna boleh panggil Amyrah.."kata Amyrah sambil tersipu malu apabila dipuji sedemikian.

"Sedapnya nama... secantik orangnya.."puji Puan Sri Laila lagi. Amyrah hanya mampu tersengih sambil menunjukkan gigi yang putih.

"Tengok lah sapa mama nya dah lah jom masuk nanti sampai esok pulak tak habis"" kata Puan Sri Alia.

"Patutnya tuan rumah yang ajak masuk...ni tetamu pulak yang ajak masuk...hihi.."kata puan Sri Laila sambil tergelak.

"Yelah nak tunggu awak berdua habis cakap sampai esoklah kita tak masuk...dok tercongok kat sini" balas Puan Sri Alia. Amyra yang berada di situ hanya mampu ketawa.

Makanan yang diseu di sini sungguh enak belaka. Sudah kecur mulut Amyrah yang melihat pelbagai veriasi makanan. Dia juga sudah lama tidak menghadiri majlis sebegini. Tetapi dia masih mampu menjaga nafsu makanannya. Setelah selesai makan dia melihat mamanya masih berborak sakan dengan Puan Sri Laila bersama tetamu yang hadir. Amyrah memikirkan apa yang harus dilakukan nya kerana dia tidak mengenali tetamu disini. Amyrah menuju ke arah mamanya.

"Mama..orang jalan-jalan kat area ni tau boring nanti mama call bila nak balik nanti.."kata Amyrah yang meminta izin.

" Ok tapi area ni je tau jangan kamu keluar pergi tempat lain lak..." Kata Puan Sri Alia yang memberikan keizinan kepada anaknya.

"Yes madam"

Amyrah menuju ke kawasan swimming pool. Reka bentuk yang di buat sangat menarik minatnya. Dia melihat sekeliling jikalau ada orang dikenalinya boleh jugak di ajak borak tapi dia bukan reti berborak pun.

Amyrah memasuki ke dalam rumah. Apabila sahaja dia masuk dia dapat melihat dekorasi dan susunan barang yang cantik dan kagum. Amyrah melihat seorang mak cik lingkungan 50-an.

"Assalamualaikum makcik... boleh saya tanya tandas kat rumah ni kat mana ye..."tanya Amyrah apabila perutnya terasa sakit. Ini mungkin disebabkan tadi dia makan terlalu banyak.

"Cik ikut sini lepas tu nanti cik nampak tandas tu sebelah kanan ye..."kata Mak Jah menunjukkan arah jalan kepada Amyrah.

"Oook...terima kasih ye makcik.."ucap Amyrah sambil menundukkan badannya tanda hormat. Amyrah menuju ke tandas yang dikatakan tadi. ' ooh..sini rupanye tandas..' bisik nya di dalam hati.

Tiba-tiba keluar seorang lelaki lebih kurang sebayanye. Cepat-cepat dia menoleh ke tempat lain. Amyrah tidak mengerti kenapa dia menoleh ke tempat lain tapi hatinya menyuruh memandang ke tempat lain.

Ammar melihat gadis itu yang menoleh ke belakang.

'Dah kenapa orang tiba-tiba pandang belakang. Buruk sangat ke muka aku ni. Setahu aku...aku ni handsome bagai nak meletup..'kata Ammar di dalam hati. Sempat pula dia memuji dirinya sendiri.

"Erk..cik..cik ok ke tak ni " tegur Ammar dari belakang. Amyrah menoleh ke belakang. Terkejut beruk dia rupanya itu Ammar. Dia cepat-cepat menutup mukanya menggunakan rambut.

"Eehhmmm...sa..sa..saya ..ok " balas Amyrah dan cepat-cepat dia masuk ke tandas.

'Apalah nasib aku ni asyik terserempak dengan dia je' bisik nye didalam hati. Ammar yang berada di situ hanya menggaru kepalanya. 'dah kenapa perempuan tu... tapikan muka dia kan macam familiar je mac muka pernah tengok ...'

Danial menuju ke arah Ammar." Kau dah kenapa Ammar macam nampak hantu je.."tanya Danial yang pelik melihat muka Ammar yang berkerut.

"Tak de pape ....dah lah jom " kata Ammar . Di dalam kotak fikirannya pelbagai andaian di fikiran.

Chương tiếp theo