Kedua-dua kepala makhluk itu menghadapkan mukanya antara satu sama lain dan mengeluarkan suara yang bingit, seperti sedang bercakap sesama sendiri.
"Binatang apa tu?, menjijikkan."Hermin Jr masih mengangkat tangannya.
Makhluk itu berhenti mengeluarkan suara dan memandang ke arah Hermin Jr.
"Heeaak, haaaak heeeee" makhluk itu berbicara kepada Hermin Jr.
"Ha?, ha he ha he."Hermin Jr membalas kata-kata Makhluk itu.
Selepas itu, kedua tangan makhluk itu tiba-tiba berubah menjadi seperti pedang dan berlari dengan ke arah Hermin Jr. Sampai sahaja makhluk itu di depannya, Hermin Jr menampar satu kepala makhluk itu menggunakan tangan kanannya, tamparan itu membuatkan leher kepala kiri mahkluk itu patah, badan makhluk itu juga terpelanting dan terhempas ke dinding istana itu yang berada lebih kurang sepuluh meter di sebelah kiri Hermin Jr. Makhluk itu jatuh terduduk.
"Kuat sangat ke aku tampar, tapi, siapa suruh serang aku, kan dah kena, hahaha."Hermin Jr berjalan ke arah makhluk itu.
Satu kepala makhluk itu terlihat seperti tergantung pada badannya, satu lagi kepalanya mengeluarkan suara.
"Heeeek haaaaak."
Separuh badan makhluk itu, kaki kanan dan tangan kanan meronta-ronta bergerak untuk bangun manakala kaki dan tangan kiri tidak bergerak. Hermin Jr mendekati makhluk itu, dia kemudian menyentuh kulit makhluk itu di bahagian leher menggunakan tangan kanan.
"Hee, gelinya, kenapa kulit kau macam ni,. . . . . . .apa, apa kau cakap, aku tak faham"Makhluk yang meronta-ronta itu tenang selepas Hermin Jr menyantuh lehernya.
'Gruuuuuh' guruh berdentum dengan kuat, kilat memancarkan cahaya terang.
"!!." Hermin Jr terkejut, seluruh badannya bereaksi, tangan kanannya terbenam ke dalam leher kanan makhluk yang masih sedar itu.
"H..ee...e..k ee..."makhluk itu memegang tangan Hermin Jr seolah-olah mahu menyabut dari lehernya.
Hermin Jr yang terkejut tidak menyedari hal itu, dia melihat sekeliling di lorong kaki lima.
"Huuh, terkejut aku, kuat betul gur. . . . . ."Hermin Jr menyedari bahawa separuh tapak tangannya sudah terbenam ke dalam leher makhluk itu.
Hermin Jr melihat makhluk itu cuba mencabut tangannya, selepas mamahami tindakan makhluk itu, dia pun menyentap tangannya keluar, semasa menyentap, daging makhluk itu terikut sekali dengan tangan Hermin Jr. Seluruh badan makhluk itu terus terkujur.
"Errk!,. . . . aku. . . . . . . . .geliiiiiiiiiinya, haaaaaa, hooooooo"Hermin Jr mengibas tangannya.
"Aku dapat rasa kelembutan daging yang aku tertarik,. . . . . . .kenapa darahnya warna hijau?"
"Hmmmmm"Hermin Jr tiba-tiba membuat reaksi mendatar.
"Ringannya"Hermin Jr memegang dadanya menggunakan tangan kiri.
Tiba-tiba terdengar jeritan di lantai atas, suara tersebut serupa dengan suara makhluk yang sudah tidak bernyawa di depannya itu. Hermin Berjalan lagi meninggalkan makhluk itu, dia berjalan sambil mengesatkan tangannya di dinding menuju ke lantai ke tiga. Hermin Jr sempat menoleh makhluk itu sebelum menaiki anak tangga pertama, dia melihat terdapat tiga cahaya kecil berwarna biru terapung di atas badan makhluk itu.
Sampai di lantai ketiga, Hermin Jr tiba-tiba diserang seperti dihiris di bahagian belakang badannya.
"Hm!,"Hermin Jr menoleh ke belakang, tetapi tiada sesiapa.
Ketika kepala Hermin Jr masih menoleh belakang, kini perutnya pula diserang, dia memandang ke depan tetapi tetap sama, tiada sesiapa.
"Apa beda yang serang aku?"Hermin Jr berpusing-pusing setempat dengan laju.
Semasa sedang berpusing, Hermin Jr melihat atas dan bawah, tiba-tiba keluar sebilah pedang di udara lalu menyerang dadanya, Hermin Jr berhenti berpusing dan berjaya menakap pedang itu, dia memegangnya dengan berhati-hati, bentuk pedang itu serupa dengan makhluk sebelumnya, kulitnya juga sama. Makhluk itu cuba melepaskan diri dengan menarik pedang yang merupakan tangannya, Hermin Jr yang memegangnya dengan berhati-hati itu melepaskan dakapannya selepas melihat makhluk itu sedaya-upaya melepaskan diri. Pedang itu kemudian hilang memasuki ruang kehampaan.
Tiba-tiba terdengar suara yang bingit di arah belakang, Hermin Jr berpusing dan menghadap bunyi itu, dia melihat makhluk yang serupa bentuknya seperti makhluk yang sudah dia tewaskan sebentar tadi, muncul keluar entah dari mana, tanpa basa-basi lagi, Hermin Jr terus menggunakan 'Skill' nya kepada makhluk itu.
"Deadly glance. . .(dum)"ujar Hermin Jr sambil memandang mata makhluk itu.
Badan makhluk itu yang berwarna hitam itu serta merta bertukar warna menjadi kelabu dan berhenti mengeluarkan suara.
"Huh, pening kepala aku pusing-pusing tadi."Hermin Jr memegang kepalanya.
"Kenapa dia tiba-tiba senyap?, dah jadi patung ke?"Hermin Jr mendekati makhluk itu dengan perlahan.
"Oii. . . . !!! . . " Hermin Jr cuba menyentuh makhluk itu tetapi sebaik sahaja tangannya menyentuh, badan makhluk itu terus terjatuh ke lantai.
"Heh!, dah mat . . . . tapi kenapa?, aku tak buat apa-apa, skill aku ke?, tapi masa aku guna dekat DK dia tak ada apa-apa pun,. . . .oh, DK naga, mungkin dia kuat,. . .tapi bahaya betul skill ni, sekali pandang je boleh mati, macam mana nak buang . . . !! ." Hermin Jr melihat ada satu cahaya biru yang kecil keluar dari badan makhluk itu, cahaya itu juga sama dengan cahaya yang dia lihat pada badan makhluk pertama yang dia tewaskan.
Hermin Jr melihat cahaya yang keluar dari badan makhluk itu terawang-awang naik ke udara semakin tinggi, semakin tinggi, sehingga melepasi istana itu.
"Hmm"Hermin menghela nafas. Dia berjalan meninggalkan makhluk itu, menaiki tangga menuju lantai teratas istana itu.
Terdapat singgahsana di lantai teratas istana itu, terdapat juga sebuah keranda yang sudah terbuka, berada di tengah-tengah ruangan, Hermin Jr berjalan ke keranda itu dan melihat ke dalamnya, terdapat titisan cecair berwarna hijau di dalam keranda itu, cecair itu sama seperti darah makhluk yang berkepala dua itu, dia kemudian melihat pada singgahsana di depannya, di belakang singgahsana itu terdapat sebuah cermin yang besar, cermin itu di rantai dari atas ke bawah berbentuk 'X', Hermin Jr pun mendekatkan diri pada cermin itu. Dia meniup perlahan cermin itu menghalau habuk yang melekat pada cermin itu.
"Hee, geli pula aku tengok badan aku,. . . . ."Hermin membelek anggota tubuh badannya dari celah cermin yang tidak terhalang oleh rantai besar yang memakai cermin itu.
Badannya kurus kering, kulitnya berwarna pic, jelas terlihat urat dan saraf yang bercabang, rambutnya panjang hingga ke paras pinggang berwarna perang keemasan, matanya heterokromia, sebelah kiri berwarna coklat terang, sebelah kanan pula berwarna coklat gelap seakan berwarna hitam, mukanya bersih tiada misai atau janggut, pipinya cekung seperti tersedut.
"Aku nak tukar umur aku la,. . .hmm, nak tukar berapa, satu tahun?, tapi satu tahun dah boleh berjalan ke?. . ."
"Sepuluh atau lima. . . .enam la, lagi pun aku tak tahu apa-apa tentang dunia ni, kalau budak enam tahun tanya apa-apa dekat orang tak lah pelik sangat, haaa, kalau ada sekolah, aku nak pergi la, ok, misi seterusnya, sekolah. . . ."
"Itupun kalau ada la, dunia ni pun macam masih kuno lagi. ."
'Character
Age - 30 < 6 years
. . ."
Badan Hermin Jr yang dewasa itu perlahan menjadi badan budak kecil, tetapi, semasa badannya masih belum sempurna bertukar, dia yang menghadap cermin itu melihat pergerakan di belakangnya melalui pantulan cermin, Hermin Jr pun memusingkan badannya ke belakang, apa yang dilihatnya adalah makhluk yang sama seperti dua makhluk sebelum ini berdiri pintu masuk ruangan singgahsana, keluar sedikit cecair berwarna hijau dari mulut makhluk itu.
"Ha!,. . .masih hidup lagi rupanya,. . ."
"Tapi macam lain je, kenapa warna badannya lagi pekat. ."badan Hermin Jr sudah sempurna bertukar menjadi budak berusia enam tahun, rambutnya menjadi pendek dan kulit badannya sudah tidak melekat pada tulang.
Hermin Jr melihat makhluk itu berjalan perlahan ke arahnya, kerana kurang pencahayaan di dalam istana itu disebabkan oleh keadaan di luar yang sudah turun hujan, dia mengelipkan matanya beberapa kali kerana mahu melihat dengan jelas.
Dikelipan yang ketiga, Hermin Jr membuka matanya dan melihat makhluk itu sudah berada betul-betul di depannya.
"Wuoh!!. . ."Hermin Jr terkejut, dia meloncat sedikit ke belakang, tangan kirinya tersenggol rantai pada cermin di belakangnya membuatkan rantai itu terputus.
Makhluk itu terus memegang pipi kiri Hermin Jr dan mulutnya terkumat-kamit, tidak tahu samada sedang bercakap atau sedang membaca sesuatu, Hermin Jr hanya tersenyum melihat makhluk itu.
Hermin Jr cuba menyentuhnya, tetapi makhluk itu menolak kepalanya ke arah kanan dengan deras, pandang Hermin Jr tiba-tiba bercampur aduk bagai warna air yang berlainan warna dicampur ke dalam satu balang kemudian digodak dengan ganas, kepalanya terus pening.
"ek. . .a. .a. . . .o. ."Hermin Jr cuba menepis tangan makhluk itu dari pipinya tetapi dia tidak sedar bahawa tangan makhluk itu sudah tidak menyentuh mukanya dan hanya menepis angin.
Beberapa saat kemudian pandangnya yang bercampur aduk itu bersatu semula pada tempatnya, penglihatannya masih kabur, dengan badannya yang kecil itu, Hermin Jr berdiri terhuyung-hayang, suasana yang malap berubah menjadi terang, warna yang suram di dalam ruang istana itu tiba-tiba berubah menjadi terang kehijauan dan kebiruan, dia jatuh terhempap, dalam posisi tengkurap, sebelum hilang kesedarannya, Hermin Jr tahu yang dia sudah tidak berada di dalam istana itu lagi.
Terbiarlah badan seorang kanak-kanak manusia di kawasan luas yang ditumbuhi rumput dan berbukit.