webnovel

bab28

   "Dear Saira,how's your room? Do you like it? Saya harap awak suka bilik ni,rumah ni rumah kita,jangan pernah rasa awak menumpang,sebab awak isteri saya.hehe

                                               Yang Ikhlas,

                                     Suami kacak awak

Aku menutup perlahan surat tersebut,hatiku terusik bahagia,sebab awak isteri saya? Zafrel anggap aku sebagai isteri?Andai benar,mungkin aku harus membuka ruang hati untuk mengenali lelaki itu yang sudah pun bergelar suami.

***

Setelah siap mengenakan terlekung untuk menunaikan solat,terdengar pintu bilikku diketuk.

Terlihat Zafrel berdiri di hadapan pintu yang sudah pun siap berkain pelikat sambil tersenyum manis.

"dah siap? Jom solat sama." kata sambil kepalanya disengetkan sedikit dan tersenyum.

"solat bilik saya lah" jawabku mendatar,

"aip,rumah ni ada surau,jom.." kata Zafrel lembut.

Aku hanya menuruti Zafrel turun ke bawah,dia memasuki sebuah bilik yang berhampiran dengan dapur,

Bilik itu,memang benar seperti sebuah surau,ukurannya juga agak besar,malah siap boleh dibahagikan kepada dua bahagian,sama seperti surau  dirumah papa,namun surau itu lebih berkonsep moden.

"amboi,lama tengok," kata Zafrel yang sudah menoleh ke arah ku.

"cantik, pandai juga ye Encik Zaf menghias"pujiku jujur.

"bukan saya yang hias," balas Zafrel.

"siapa? Ex wife Encik Zaf? Ke masih wife?"tingkah ku.

"hahaha,mula lah tu,dah jom solat," ucap Zafrel mematikan soalanku.

***

Usai menunaikan solat isyak,aku pun melangkah naik menuju ke bilk. baru sahaja kaki aku hendak melangkah anak tangga,terasa telekungku ditarik dari belakang.aku hilang keseimbangan dan....pap!

Aku membuka mata perlahan,seperti yang aku sangka ini angkara Mr B ,

"hehe sorry sayang" ujar Zafrel mengeyit mata kanannya.

"who's your sayang ha?!" kataku tegas sambil memberi jelingan maut kepada Zafrel lalu membetulkan kedudukanku.

"Esok kerja,pergi dengan saya ye," ucap Zafrel lembut,

"eh,saya boleh drive sendiri," tolakku.

"haa,cuba awak tunjuk dekat saya,mana kereta awak?" soal Zafrel sambil sebelah keningnya diangkat.

Aduh Saira,aah lah kereta kau dekat rumah papa,celah mananya kau nak drive,haih,mahu tak mahu,naik sajalah kereta dia Saira oi.. Detak hatiku.

"ok." jawabku ringkas.

"awak nak tidur dah ke?" soal Zafrel.

"aah,"jawabku mendatar,memang benar mataku sudah meminta untuk ditutup,

"okey,mimpikan saya tau,"kata Zafrel sambil mengenyitkan mata kanannya lalu naik ke atas dan meninggalkan aku keseorangan.

Mimpikan dia? Mimpilah kau aku nak mimpikan kau Zafrel oi..

***

Pagi-pagi lagi aku sudah pun duduk di ruang tamu menanti Zafrel,lepas subuh tadi,aku tidak sambung tidur,dek kerana risau lambat,maklumlah,hari ni aku tumpang orang,bos pula tu,dan suami,aku anggap dia suami ke,?.

"uii jauh termenung,ingat saya ke?" sapa Zafrel yang sudah pun siap berkemeja hitam dan berseluar hitam,menandakan,dia tidak masuk mahkamah hari ini,

"aik,lamanya tengok,saya tahu saya handsome,tapi kita kena pergi kerja," ucapnya sambil mengukir senyuman nakal.

Aku tidak melayan ayat yang di ucapkan Zafrel,aku bangun dan menuju ke pintu.

"haish sombong lah isteri saya ni.." omel Zafrel dari belakang.

****

"awak,nanti kita singgah makan dulu ye," kata Zafrel sebaik sahaja aku meloloskan diri ke dalam perut keretanya.

"okey," setujuku.

Zafrel memberhentikan kereta di hadapan sebuah cafe,.hurm,tidak silap ku ini cafe yang aku dan Zafrel terserempak dengan papa,.

"ingat? Tempat first date kita." ujar Zafrel tersenyum.

First date? Bila masa aku dating dengan dia? Berangan!

***

"nak duduk mana?" soal Zafrel

"erm ikut Encik Zaf lah .." jawabku.

"hey Zaf!! Wow pengantin baru," sapa seorang wanita berambut panjang.

Siapa pula wanita ni? Cantik,tak silapku,wanita ini lah yang aku lihat berbual dengan Zafrel tempoh hari.

"hai Vina!" jawab Zafrel sambil tersenyum.

"hai Saira,you ni memang cantik lah,no wonder lah Zafrel ni cair dekat you," kata wanita itu,

"ni, kawan saya,sama macam Sufian,kami selalu lepak bertiga dulu,tapi Vina bukan satu universiti dengan saya," ucap Zafrel kepada aku.

Aku mengangguk perlahan,kiranya Vina ini merupakan kawan karib Zafrel.atau sebenarnya bekas kekasihnya

"come,I belanja pengantin baru makan,pilih je,nanti tak payah bayar,ok,I got to go, jumpa nanti ye,"Pamit Vina.

"dia bukan ex saya," ujar Zafrel lalu mengambil tempat di sebuah kerusi.

"saya tak tanya pun." kataku sinis.

"eleh..awak tanya dalam kepala tu," kata Zafrel lalu mencuit hujung hidungku.

Dia ni,ada ilmu apa-apa ke? Selalu benar dapat meneka apa yang aku fikirkan,

"Encik Zaf memang suka makan dekat sini ke?" soalku kepada Zafrel yang sedang menbelek-belek helaian buku menu.

"erm,boleh lah,ingat lepas kahwin boleh makan dekat rumah,tapi isteri saya tak pandai masak pula..." ujar Zafrel sambil tersenyum ke arah ku,

Murag dengan senyuman betul mamat ni,nak suruh aku masak? Hurm kenapa kahwin dengan aku,? Bekas isterinya pandai masak ke?

"kenapa kahwin dengan saya? Saya bukan bibik." perliku.

"hahaha,hati saya nak awak," ujar Zafrel perlahan.

Hampir sahaja aku tidak dapat memdengar bait-bait yang keluar dari bibirnya,namun adakah benar apa yang aku dengar? Hati dia mahukan aku? Mustahil!

***

Sampai sahaja di parking pejabat,aku menarik nafas dalam,sedar bahawa semua pekerja mengetahui status aku yang merupakan isteri kepada CEO disini,dengan kata lain,aku harus menunjukkan wajah bahagia,seperti pengantin baru.

"aik, kenapa ni?,muram je," soal Zafrel.

"sibuklah," jawabku.

"jom!" kata Zafrel sambil menghulurkan sebelah tangannya.

"kenapa?" soalku hairan.

Tanpa menjawab soalanku,Zafrel meraih tanganku,lalu berjalan menuju lift,

"kitakan pengantin baru,kena lah sweet sikit," ujar Zafrel sambil mengenyitkan sebelah matanya,

Aku menghadiahkan jelingan maut kepada Zafrel,semakin berani dia sekarang,.aku cuba menarik kembali tangan ku namun gagal,Zafrel menggenggamnya dengan erat.

Rata-rata pekerja yang bertembung dengan kami mengucapkan selamat pengantin baru,namun hakikat sebenar,kami bukan lah pengantin yang dibayangkan mereka.

Masuk sahaja kedalam pejabat,aku memcari kelibat Kak Nita,tidak pula kelihatan di mejanya,

Aku mencarinya di pantry dan terlihat Kak Nita sedang menikmati sarapan sambil berbual dengan Encik Sufian.

"akak! Rindu!" laungku lalu memeluk belakang Kak Nita,

Sungguh aku sangat rindu akan Kak Nita,mungkin sifatnya yang lemah lembut itu membuatkan orang mudah mesra dengannya walaupun baru mengenalinya.

"ehh pengantin baru bila sampai?" soal Kak Nita.

"aish,dari tadi orang asyik tegur pengantin baru,tak baru manalah."kata sambil memuncungkan mulut.

"hahaha inai tu tak hilang pun lagi,baru lagi lah maksudnya," balas Kak Nita.

"Saira dah makan?" soal Kak Nita,

"Dah tadi dengan Encik Zaf." jawabku.

"orang dah ada suami,makan dengan suami lah,Saira masak ke?" sakat Kak Nita,

"Haish akak ni,Saira mana lah pandai masak,makan kat cafe kawan dia" jelasku.

"cafe Vina ke?" celah Encik Sufian.

Belum sempat aku hendak menjawab pertanyaan Encik Sufian,ada pula suara yang mencelah,

"aah,dapat lah merasa makanan percuma." jawab Zafrel yang sedang berdiri di muka pintu..

"Zaf! Apa khabar bro?!" sapa Encik Sufian mesra,

Mereka bersalaman,namun terlihat Zafrel kekok dek kerana jarinya yang masih bengkak

"kenapa jari kau?" soal Encik Sufian,

"kau tanya la Saira, dia buat apa dekat aku semalam." kata Zafrel sambil memandang ke arah ku ,

"kau orang buat apa ni,"kata Encik Sufian sambil ketawa.

"Saira buat apa eh dekat bos?.." sakata Kak Nita,

"ada mamat tu,main pintu,tu lah padahnya,"ujarku lalu keluar dari pantry dan masuk ke dalam bilikku.

Sedang asyik aku meneliti dokumen yang diberikan oleh Kak Nita,terdengar pintu bilikku diketuk dari luar.

"ada apa Kak Nita?" soalku sebaik sahaja Kak Nita masuk ke dalam bilik

"Cik suami awak panggil," ujar Kak Nita bersama sengihan.

"Encik Zaf panggil,kenapa?" soalku serius.

"alah Saira ni,professional sangat lah,sebersalah akak,entahlah,Aina bagitahu akak suruh Saira masuk bilik Encik Zaf,tapi ada klien" ujar Kak Nita.

hurm? Ada klien? Mungkin berkaitan kerja,aku pun bangun dan keluar dari biliik,

"haa Saira jangan dating pula!" seloroh Kak Nita.

Aku tersenyum nipis mendengar usikan Kak Nita,.Andailah dia tahu situasi sebenar,pasti ayat itu tidak akan keluar dari bibirnya.

Aku melangkah menuju ke bilik Zafrel sambil ada sedikit debaran,apa pula kali ni? Adakah ada kes yang perlu aku kendalikan? Atau perkara lain?

BERSAMBUNG....

P/s: hai semua,enjoy reading,sis busy kalini,semlm plk sis mndi mnyak panas,jd sukarlah sikit nak menaip,doakn sis cpt smbh dan boleh update chap yg lbih mnri,jgn lupa vote,komen,dan share,moga Ramadan kalian, Ramadan yang penuh berkat!

Chương tiếp theo