webnovel

bab24

   

        "eyy! Lepaslah! Batal dah wuduk saya!" kataku lalu menarik tanganku dari gengamannya.

"awak tak solat lagi ke?" soal Zafrel sambil matanya memandang kepada ku.

Tanpa pedulikan soalan Zafrel aku melangkah kembali masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.

Haish,mamat tu nak apa lah,sorry? Sorry naik lori lah! Eyy tak suka!.

Buka sahaja pintu bilik air,aku lihat Zafrel masih berdiri di situ.

Aku berjalan masuk ke dalam rumah,malas nak bercakap dengan dia,nak tunggu sampai malam pun tunggulah!

"lepas awak solat,..awak bersiap ye,saya tunggu kita keluar." ucap Zafrel dengan tenang dan lembut.

Tipulah,kalau aku kata,yang hati aku ini tidak tercalit rasa besalah.aku sedar keluar dengan lelaki lain tanpa izin suami tu satu kesalahan,dan sekarang aku berkelakuan kasar dengan Zafrel.Namun hati ini masih sukar untuk memohon dan menerima maaf.

"nak pergi mana?" soal ku keras.

"awak solat lah dulu,saya tunggu" katanya tanpa menjawab kata-kataku.

Usai menunaikan solat,aku masih berfikir mahu keluar bersama Zafrel atau tidak,kalau aku tak ikut dia,sudah pasti aku harus bertemu dengan Moklong dan mungkin akan ada kata-kata kesat dari dia mahupun dari mulutku sendiri.

Setelah berfikir-fikir,aku pun mencapai sehelai tudung bawal warna merah hati berkain kapas.

Dengan mengenakan seluar slack hitan dan tshirt labuh yang satu tona dengan seluar,malas nak bersiap berlebihan,ala kadar sudah memadai.

Aku capai sling bag bulat jenama Gucci yang dihadiahkan oleh Salina sempena ulang tahun kami tahun lalu.

Melangkah keluar dari bilik,aku melihat Zafrel sedang duduk di atas kerusi di ruang tamu,sambil berbual mesra dengan Moklong,

"haih,mesra pula Moklong dengan Zafrel ni," detak hati kecil ku.

Alah Saira,nama pun anak sedara,bekas bakal menantu pula tu,kau jealous ke?

Haishhh sedaya upaya aku cuba menghalang segala prasangka di dalam hati.

"Sayang dah siap? Jom." kata Zafrel lalu mencapai tanganku lembut.

"eh mu keluar dengan bini mu ke Zaf?" soal Moklong dengan nada kurang senang.

"hor lah,dengan sapo lagi,dengan isteri tersayang lah moklong weh." ujar Zafrel sambil mengerling sekilas ke arahku.

Herm muak aku dengar perkataan isteri tersayang,berhentilah berdusta Zafrel,sayang? Lakonan semata.

"hermm,bini supo gitu blana Zafrel weh,masok pon dok pandai make(makan) comey je lah mu Zafrel." ujar moklong sambil menjeling tajam ke arah lalu berlalu pergi.

"jom,"kata Zafrel lalu menarik tangan ku menuju ke pintu.

Keluar sahaja dari rumah,aku memandang sekeliling,tak ada sesiapa di sini.

"eyy lepas lah! Tak payah sayang sangat,rimas lah." ujarku lalu menarik tangan yang digenggam Zafrel.

"hurm,awak kenapa? Salah ke saya panggil isteri saya sayang?" tanya Zafrel lembut.

"hurm isteri? Bak kata moklong awak tu,awak boleh dapat banyak lagi isteri macam saya,pergi lah cari yang lain,bukan saya." jawabku dengan suara yang ditahan.

"kenapa saya nak cari yang lain kalau saya dah ada awak,"

"ha? Apa?" soalku bagi memastikan apa yang aku dengar.

"nothing masuklah,"ujar Zafrel lalu masuk ke dalam perut kereta,.

Benarkah apa yang aku dengar tadi,dia memang tak menyesal ke nikahi aku?hurm mustahil dia cintakan aku.

Sepanjang perjalanan kami hanya ditemani oleh suara dj radio dan lagu-lagu yang dimainkan.Zafrel tidak bercakap walaupun hanya satu patah.

***

Zafrel memberhentikan kereta di sebuah kawasan pantai,yang kelihatan  tidak ramai pengunjung yang hadir kerana cuaca masih lagi panas kerana jam baru menunjukkan pukul empat petang.

"pantai?" soalku.

"yup,tapi panas lagi,so kita borak dalam kereta dulu." ujar Zafrel lalu memusingkan badanya menghadapku .

"borak? Siapa cakap saya nak borak dengan awak," jawabku tanpa memandang wajah Zafrel.

"haha,you know what,saya suka lah awak marah,cause you not call me Encik Zaf tapi awak,nampak lagi comel,haha" kata Zafrel sambil tersenyum lalu mencuit hujung hidungku.

Aku tidak memberikan sebarang respon,entah aku pun tidak perasan sejak bila aku memanggilnya dengan panggilan awak,mungkin kerana aku lupa yang dia juga majikan ku.

"okey,now tell me,Moklong cakap apa dekat awak,I know dia memang kasar sikit,tapi saya nak dengar dari awak," ujar Zafrel lembut seakan memujuk

"tak payah lah nak tahu,Encik Zaf bukan kisah pun " jawabku perlahan,

Tidak sekasar.tadi,kali ini,aku sedikit lembut,mungkin sudah mula untuk memaafkan dia.

"alahai,comel! Ceritalah,saya dengar," ujarnya lembut lalu menghadiahkan senyuman yang mendamaikan.

"erm..dia salahkan mama sebab saya tak pandai masak,saya tahu yang saya memang teruk dalam hal memasak,but,bukan salah mama." ujarku perlahan.

"dia cakap macam tu? Haih,moklong-moklong,kasar sangat tu,erm,saya minta maaf tau bagi pihak dia,dia memang macam tu."ujar Zafrel perlahan.

"so,now,tell me,awak borak apa dengan Amir?" soalnya sambil mengecilkan mata.

Eh,dia ni,.. Tah habis lagi ke fasal Amir? Kata nak minta maaf tapi,tanya balik,haishhh..

"nothing dia just pujuk saya fasal moklong and cerita tentang awak and ops!!" aduii kau ni Saira,macam mana kau boleh nak bagitahu yang Amir cerita fasal Zafrel dengan Yusrina.

"saya dengan siapa? Yusrina?" soal Zafrel sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Dia tahu? Yang aku dengan Amir borak fasal Yusrina? Hurmm tak boleh lupaka ex tunang ke? Alah Saira yang kau peduli sangat kenapa,kau suka dia ke?

"erm,macam mana Encik Zaf tahu?" soalku lalu memandang ke arah wajah putih kemerahan milik Zafrel.

"suami awak ni kan hebat,semua yang awak fikir saya tahu lah." ujar Zafrel

Ceh,semua tahu konon,kalau kau tahu semuanya,tak ada lah kau marah aku tadi,kata hatiku.

"apa yang Amir cerita fasal Reen?" soal Zafrel lalu menongkat dagu sambil matanya merenung mataku,mencari kejujuran mungkin.

Reen? Nama manja ke tu? Haishh hati,boleh tak kau duduk diam-diam jangan bercakap dah!! Tak tenteram hidup aku.

"uii! Pikir gapo?" satu lagi cuitan singgah di hidungku.

eh-eh,tersedarku dari lamunan ku sebentar tadi.

"erm tak ada apa pun,but kenapa Encik Zaf putus dengan dia?"soalku kepada Zafrel.

"nanti awak tahu,eh,dah redup ni,jom keluar" katanya sambil mengenyit sebelah matanya.

Haish!! Entah kenapa aku akan tersenyum setiap kali Zafrel kenyit mata,dia kelihatan manis bila melakukan perkara itu,

***

Wahh! Sungguh menyegarkan apabila kaki menyentuh air masin negeri serambi Makkah ini,sudah lama rasanya aku tak datang ke pantai dek kerana sibuk mencari harta dunia,

"Awak..."panggil Zafrel lembut.

"why?" soalku.

"turunkanlah kaki seluar tu biar lah basah,dah rasa berat ni," jawabnya sambil tersengih.

"apa yang berat?" soalku pelik,tidak pula aku melihat Zafrel membawa apa-apa barang,kecuali sepasang selipar miliknya.

"dosalah,sekarang ni saya tau yang kena tanggu,cepat turunkan," arahnya sambil tersenyum.

Dosa? Aku tersenyum memikirkan aku lelaki di sisi aku ini sangat cakna tentang tanggungjawab dia tapi aku? Masih mencari titik mula untuk menerima semua ini.

"haish,lambat lah Puan Saira ni,meh sini bia abe Zaf tulong buatkan." kata-kata Zafrel mematikan lamunan ku,aku liha dia sudah pun ada di bawah lalu menurun kaki seluar yang aku lipat hingga atas buku lalu.

Jujur aku tersentuh apabila ada seorang lelaki mengambil berat tentang auratku.Semasa aku bersama Rafiq,tak pernah sekali pun dia mengambil berat tentang auratku.

"haish Encik Zaf ni,suka hati je pegang kaki saya!" kataku lalu menarik kaki menjauhi tangan Zafrel.

"bukan kaki je tau saya boleh pegang suka hati,..tapi....." kata Zafrel sambil matanya merenung aku dari atas sampai bawah.

"apa maksud Encik Zaf ha? Kenapa pandang macam tu?!" ucap ku memandang tajam Zafrel,

"what? Salah ke pandang isteri?" katanya lalu mengukir segaris senyuman manis.

"dah,jom,kita makan." ajak Zafrel.

"makan?" soalku.

"yela,makan petang,dekat sini banyak seafood celup tepung tau petang-petang,ada sotong,udang,ikan,macam-macam lah,kenapa tak nak ke? Ke nak saya makan awak?"kata Zafrel lalu mula ketawa.

Haish,mamat ni aku sekeh nanti apa pun tak dapat.suka benar dia melihat aku cuak.

***

Kami memilih meja yang menghadap pantai,sungguh menenangkan,rasa marahku kepada Zafrel sudah beransur reda,mungkin kerana layanan dia yang tenang membuatkan hatiku mudah memaafkan dia.

"family awak sampai esok kan?" soal Zafrel sambil memasukkan seekor udang kedalam mulut.

"aah,flight da orang tengah hari,"jawabku ringkas,tak sabar aku hendak bertemu dengan keluargaku,walaupu baru dua hari tak berjumpa,tapi sungguh aku rindukan mereka.

"okey,nanti kita ambik family awak dekat airport ye,malam ni rest cukup,esok ada tahlil dekat rumah mek," ujar Zafrel.

"tahlil? Alah masak lagi? Encik Zaf macam mana ni?" soalku resah,aduh,pastinya moklong ada juga esok,tak sanggup rasanya nak mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya,.

"ermm,aahkan,erm macam ni,awak reti je kan macam mana nak sediakan bahan masak?" soal Zafrel yang cuba beriak positif.

" erm tak," jawabku sambil tersengih..

Mungkin orang akan merasakan aku seorang yang pemalas,tapi memang aku tidak suka dalam masak memasak,aku lebih gemar mengikut papa pergi memancing atau menunggang kuda,berbeza dengan Salina yang suka mengikut mama menyertai kelas-kelas memasak atau membuat kek.

"haish, awak ni Puan Saira..,tak apa,malam nanti kita praktis," ujar Zafrel sambil mengenyitkan mata.

"praktis? Macam mana?" soalku,apa lah yang difikirkan oleh Zafrel ni,boleh pakai ke idea dia? Hurmm

"adalah,dah-dah cepat makan,nanti tak nak makan,takut hidup balik udang ni,"kata Zafrel lalu menyuakan aku seekor udang goreng celup tepung.

"ceyh,kalau dia hidup Encik Zaf tangkap lah balik" balasku sambil menjuihkan bibir,

Aku menghirup air kelapa muda yang aku baru sampai.baru sahaja bibirku melepaskan straw,buah kelapaku ditarik Zafrel.aku yang terkejut,memandang ke arah Zafrel yang sedang menyedut air kelapa miliku,

"kenapa Encik Zaf minum air saya!!ey!!" kataku protes.

"air saya tak sampai lagi,lagi pun tadi rasa macam nak tercekik,awak ni,dengan saya pun berkira." ujar Zafrel sambil memuncungkan mulut seperti itik.

Eyy!! Dia ni,aku tahu dia memang sengaja berbuat begitu kerana tak pula aku lihat dia terbatuk atau apa,tiba-tiba aku teringat yang diperkatakan Saira semasa kami remaja,"kalau kita share straw dengan someone kan,maksudnya,kita kiss dengan orang tu" haishhhh Saira cuba kau matang sikit,itu zaman kau belasan tahun boleh lah percaya ni kau dah 28 tahun!!!

" awak kenapa? Marah sangat ke saya minum air awak?" soal Zafrel,

"Encik Zaf minum je lah semua,eh,..tapi tukar straw" jawabku kalut.

"why?awak tengah fikir apa Puan Saira,you look weird!!" ujar Zafrel sangsi.

Sampai sahaja dirumah jam sudah menunjukkan pukul 7malam.Mujurla aku dan Zafrel singgah solat di masjid terlebih dahulu,kalau tidak memang terlepaslah solat asar kami.

Kelihatan rumah mek sungguh ceria malam ini dengan kehadiran sanak saudara yang lain,kata Zafrel sepatutnya hari ini baru kami pergi ke rumah mek namun,dek kerana mamat tu rindu sangat dengan neneknya,jadi Zafrel terus balik ke rumah mek semalam.

"amboi! Pengantin baru,pergi dating ke?" sapa Fira yang sudah pun bertelekung.

Tadi dari luar rumah pun aku lihat ramai kanak-kanak yang sedang beratur untuk mandi,tadi sebelum aku keluar bersama Zafrel mek ada kata yang air dah ada namun,dengan bilangan yang ramai pastinya kedua-dua bilik air akan digunakan.

"horr dating,bakpo mu dengki ke?" jawab Zafrel lalu ketawa.

***

Solat magrib ditunaikan secara berjemaah, hatiku dicuit rasa aneh apabila mendengar laungan azan yang dilafazkan oleh Zafrel saat itu lah aku tersedar bahawa aluna suara ayat suci yang aku dengar di hospital tempoh hari adalah milik Zafrel.lunak dan merdu suaranya,aku yakin Zafrel merupakan lelaki yang digilai gadis-gadis walaupu kadang-kadang peelakuannya menyakitkan hati.

"awak,tunggu saya dekat dapur lepas makan" bisik Zafrel semasa makan malam.

Suasana makan malam tadi sangat lah menyeronokkan kerana aku dapat merasai makan dalam bulatan dan duduk di atas lantai,macam dalam drama melayu! Hehe.

"kenapa? Nak buat apa?" soalku dalam keadaam berbisik juga.

"latihan memasak awak lah" jawab Zafrel.

Hurmm masak?takkan nak memasak malam-malam ni? Hurmm.

Malam ini juga aku tidak nampak,moklong,dia tak tidur sini ke? Tenang lah sikit hidup tidak lah terasa asing sangat.

"bisik gapo gak tu,pengatin baru weh duk soksek soksek dari tadi lagi." usik Mokna,adik kepada ummi.

Semua yang berada di situ turut memandang ke arah kami,ada yang ketawa ada juga yang tersenyum.

"Encik Zaf nak buat apa ni," tanya ku sambil melihat Zafrel sibuk mengisi barang di dalam beg plastik.

"shhh nanti orang dengar lah,saya nak tolong awak laa" ujarnya perlahan.

Sekilas pandang tak ubah seperti kanak-kanak yang sedang curi-curi makan sewaktu bulan Ramadan.

"ehem..." tegur seseorang.

BERSAMBUNG.....

P/s:hai semua!! Korg rasa apa plan Zaf sbnrnya?,cuab teka! sis saja je bg trgntung,hehehe okeyh, next chap,sis tak tahu bile minggu ni ke? Ke next week? Okeyh, kalau ad kekurangan harap dmaafkan ye,jgn lpe,vote,comment and share! Enjoy reading semua!!

2084 words

Chương tiếp theo