webnovel

bab19

   Aku melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Syazril,

Mataku meliar mencari kelibat seseorang yang aku tak mahu temui .siapa lagi kalau bukan mrB. keluar sahaja dari kamar mandi tadi,dia sudah tiada di dalam bilik.sempatlah juga aku menarik nafas lega.

" akak cari siapa tu? " tanya Syazril sambil matanya tertancap pada skrin televisyen.

"mana ada cari siapa," jawabku ringkas.

"yeke? Akak cari abang long eh?" soal Syazril sambil tersenyum nakal.

"ish mana ada" jawabku.

Melihat senyuman Syazril membuatkan aku teringat akan kejadian yang belaku tadi,haih,makin gila mamat tu,luah hati ku.

"kak lyn mana?" soalku pada Syazril,

"ada dekat taman,tengah borak dengan anak-anak Pak Teh,abang long pun ada tu.Syaz malas nak join,akak faham-faham lah,anak-anak Pak Teh tu gedik tak boleh bawa bincang." kata Syazril sambil membuat muka ala-ala pondan.

Pak Teh merupakan abang kepada papa.anak-anaknya semuanya perempuan,dan Pak Teh dan Mak Teh sangat manjakan anak-anak mereka,oleh sebab itu sifat mereka sedikit mengada.Syazril memang kurang gemar dengan sifat mereka, oleh sebab itulah dia tidak mahu bergaul dengan mereka.

"akak pergilah,sebab tadi abang long cakap,kalau akak turun,cakap dia dekat taman,dia tunggu akak lah kut" kata Syazril.

"malas lah,akak nak pergi dapur lah,lapar.." jawabku lalu bangun dari sofa.

"akak ni,tak elok tau.." kata Syazril sambil memandangku.

Aku menjulingkan mata ke atas sambil meletakkan tangan di bahu.malas lah nak layan budak ni,ada je nak menyakat.

Saat aku hendak menuju ke dapur,aku melintasi pintu kaca yang menghubungkan ke taman,

Dapat aku lihat Zafrel sedang berbual mesra dengan  sepupu-sepupuku,

Tak dinafikan memang Zafrel mudah benar mesra dengan ahli keluarga aku,.

Baru sahaja hendak melangkah ke dapur,

"Saira!! Sini lah,lepak sama-sama" laung Salina.

Alahai,malasnnya..

"pergilah,teman suami kamu tu,dia baru lagi dalam keluarga kita ni."

Aku menoleh ke belakang.

"papaa...Saira bukan tak nak teman,tapi Saira lapar lah pa,bagi Saira makan dulu lah," kataku sambil membuat muka comel,

"lah,ajak lah suami kamu tu makan sekali,haih kamu tu dah besar,tak kan lah itu pun papa nak ajar,nanti papa dah tak ada dia lah tempat kamu bergantung" kata papa sambil senyum.

Aku terkedu,entah, terasa hati ini bagai direntap apabila mendengar kata-kata papa,"nanti bila papa dah tak ada" aku masih tak bersedia untuk itu,yaallah kau panjangkan lah usia dan hayat papa ku,rintih ku di dalam hati,.

Dengan berat aku melangkah ke taman,menuju ke arah mereka.

"hai Saira! Tahniah tau," sapa sepupulu Maya.

"thanks maya," kataku sambil tersenyum.

"Ra,duduklah," ajak Salina.

"come sayang,duduk sebelah I" celah Zafrel tiba-tiba.

Bulat mataku apabila telingaku menangkap perkataan sayang yang keluar dari mulut Zafrel.

"haa,Saira pergi lah duduk,kau tunggu apa lagi," cuit Salina.

Aku dengan malas melangkah kearah Zafrel,Entah macam mana,kaki ku tersepak salah satu kaki kerusi.

Aku hilang pertimbangan.

Mataku sudah ku pejam rapat.Bila-bila sahaja badan aku akan menyembah bumi,

Pap!

Tidak,aku tidak jatuh di atas tanah,tapi macam atas riba!.

Aku membuka mata perlahan-lahan,

Zafrel?!!! What?!! Aku jatuh atas dia and depan sepupu-sepupu aku? Erghh malunya!!!

Aku berada diatas riba dan perlukan Zafrel.

"cakap lah yang sebenarnya awak nak duduk atas riba saya,tapi boleh tahan berat awak ni kan" bisik Zafrel perlahan ditelingaku.

Cepat-cepat aku bangun dari riba Zafrel,namun masih sempat memberi jelingan maut kepada Zafrel.

"amboi Saira,ngam-ngam eh you jatuh atas husband you." kata Marsha,

"entah sweet lah,kita tak macam tu kan biy" usik Salina.

"dah-dah,bukan sengaja ok" jawabku dengan nada tegas.

"really?"tanya Zafrel.

"awak..." kata ku sambil menahan amarah.

"hahah comel lah you all ni,but memang ber awak saya je ke? I mean,yelah,macam panggilan special?" soal Maya.

Belum sempat aku hendak menjawab Zafrel terlebih dahulu.

"no lah,Saira ni,dia tak nak ada panggilan special sebelum kahwin,sebab tu kalau I panggil dia sayang dia marah,but now,boleh dah kan?"tanyanya sambil menjongketkan  sebelah kening lalu mengeyitkan mata.

Aku mengalihkan pandanganku,malas hendak mengambil isu tentang ayatnya tadi.

***

Setelah makan malam,aku terus masuk ke dalam bilik,untuk menunaikan solat isyak,baru sahaja aku menguak pintu bilik,kelihatan Zafrel baru sahaja keluar dari kamar mandi,dgn keadaan rambut yang sedikit basah,menandakan dia baru selesai berwuduk.

"awak nak solat ke?" tanya Zafrel

"aah" jawabku ringkas.

"saya tunggu awak,kita solat sama-sama" katanya sambil menghadiahkan segaris senyuman.

Entah,hadir satu perasaan bahagia dalam hati aku,mungkin ini lah yang dirasai oleh para isteri apabila suaminya ingin mengimamkan solatya.

"okey" kataku lalu masuk kamar mandi untuk berwuduk.

Usai menunaikan solat isyak berjemaah,aku pun duduk di atas katil.

"kejap-kejap,dia nak tidur mana? Alah,tak kan nak tidur sekatil kut,tak nak!!" jerit ku di dalam hati.

'uii! Buat apa tu?" tanya Zafrel sambil mencuit hujung hidung ku.

Cuitan itu membuatkan aku tersedar dari lamunan.

"ha?! Erm..Encik Zaf nak  tidur mana?" soalku teragak-agak.

"tidur sini lah..sebelah awak?" katanya sambil menepuk tilam.

"haa!! Mana boleh,Encik Zaf sedarkan kita macam mana!" kataku tegas

"kalau saya cakap saya ubah fikiran" jawabnya sambil mengukir senyuman nakal.

"Encik Zaf!! Keluar lah!!" aku menghalaunya sambil menolak badannya.

"hahaha,awak ni..kalut lah,saya tak tidur sini lah malam ni,saya balik hotel, umi minta tolong untuk persiapan esok." katanya lalu bangun dan mencapai beg sandangnya.

Zafrel menghulurkan tangan kanannya kepadaku.

"herm?" soalku,

Dia nak suruh aku salam dia ke? Haish betul ke dia ni?

Aku dengan teragak-agak menyambut huluran itu,

"bye isteri!" katanya lalu menggosok kepalaku yang masih bertelekung.

BERSAMBUNG....

P/s:hai semua!! Maaf lah bab kali ni sendu sikit,harap pembaca enjoy,next bab sis akan publish cepat skit,ad yg nk request apa2 tak,enjoy reading semua!! Jangan lupa vote,komen and share!!

Chương tiếp theo