webnovel

bab4

Hari ini genaplah seminggu aku bekerja di syarikat guaman ini.Oleh sebab syarikat ini besar,kes yang aku kendalikan baru satu, iaitu kes seorang isteri yang menuntut fasakh keatas suaminya yang tidak bekerja dan tidak memberi mereka nafkah yang sepatutnya,manakala dia yang harus menampung keluarga selama 4 tahun.

Inilah tugas aku selaku peguam yang mengedalikan kes-kes penceraian.Kes-kes ini juga memberikan aku gambaran bahawa alam perkahwinan bukan hanya memerlukan cinta,tapi juga tanggujawab, bile sebut isu kahwin,teringat janji aku kepada papa yang berjanji akan bawa bakal suami aku pada hari ahad ini bertemu papa,

"haih,mana aku nak cari kekasih segera ni," detak hatiku sambil menghela nafas berat.

"amboi,saira termenung ingat dekat kekasih hati ke tu?" usik kak nita.

"banyak lah akak ingat kekasih hati,kekasih pun tak ada." jawabku dengan nada hampa.

"aik cantik macam ni tak kan tak ada kekasih,eh susah-susah pergi pikat mr B la,dia pun single tu" usik kak nita sambil ketawa.

"hergh akak,tak ada orang lain ke,baik saya pikat En Sufian pada pikat mamat biadab tu" gurau ku..

"ehem-ehem ,saya dengar ada orang nak pikat saya, betul ke," tanya En Suf yang tiba-tiba muncul.

"eh En Suf bila sampai?" tanya aku dan kak nita yang sama-sama terkejut di pantry.

"saya dah lama dah sampai,sampai ke hati saira." ujar En Suf sambil ketawa kecil.

"Eyh En Suf ni nak try aku ke?" detak hatiku.

"haih seronok la macam ni,kerja tak settle lagi tapi sibuk pikat boss,baik aku ambik Kak Sal cleaner jadi lawyer kat sini,dia lagi rajin even gaji dia lagi kecil" tiba-tiba ada suara sumbang mencelah,

Siapa lagi kalau bukan Mr biadab tu,aku yang tersedar keberadaan mamat biadab tu cepat bangun menuju ke singki untuk membersihkan mug yang aku gunakan.

"Lah,nak pergi mana pula tu celupar girl? " perli En Zaf

"pergi buat kerja la En Zaf ,nanti cakap saya goda En Suf pula." jawabku dengan nada sindiran

"ooo,awak tahu,awak ada kerja,ingat awak tahu menggoda je" bidas Zafrel pedas.

Aku yang sudah mula panas cepat-cepat keluar pantry bersama Kak nita.

"wah! Berani juga saira bidas bos." puji kak nita.

"dah lah kak nita,tak payah la cakap fasal mamat biadab tu,saya tak suka lah." pintaku,agar kak nita berhenti borak fasal mamat biadab tu.

"erm kak nita, suami Puan Saerah tu dah jawab surat yang kita hantar?" tanyaku soal client aku tempoh hari.

"belum ,saira,". Jawab kak nita ringkas

"ok,kalau dia tak bagi respon apa-apa,sampai tarikh yang kita letak,kita bawa kepada mahkamah la."

"ok ,noted". Jawab kak nita

Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam,aku masih di pejabat,kerana memikirkan soal calon menantu papa,hari ini sudah hari jumaat, kalau ikutkan, aku hanya tinggal sehari sahaja lagi untuk mencari kekasih segera,memang mustahil,tapi,kalau aku tak dapat cari calon suami,Salina dan Ikmal Syarif tak akan dapat kahwin,aku faham benar dengan sifat papa,dia tak akan berubah fikiran.

"oii buat apa kat sini?!" sergah seseorang.

"apocot! Tengah cari bakal suami nak bawa kat papa ahad ni!" latah ku.

"Haish kau ni saira,kalau tak melatah tak boleh ke!" marahku pada diri sendiri.

"eyh,En Zaf,kenapa tak ketuk pintu?" tanyaku,

"perlu ke? Satu bangunan ni saya punya,so,suka hati saya lah" jawabnya dengan bongkak.

"ok lah En Zaf saya nak balik dulu" pamitku.

"wait! Tadi you cakap fasal calon menantu?" tanya Zafrel Amran

"erm,En Zaf abaikan jelah apa yang Encik dengar tu,tak penting pun." elakku.

"so,saya balik dulu ye,"pamitku sekali lagi.

"herm,reti pun nak balik,ingat nak tidur sini".sindir Zafrel Amran.

Aku yang sudah penat,malas nak melayan peramgai gila mamat itu.

Sesampai sahaja aku dirumah,salina sedang sibuk memilih baju yang hendak dia pakai untuk ahad malam.

"Saira! Lambat kau balik? Pergi dating eh" tanya saira sambil ketawa

"aah dating." jawabku ringkas, malas hendak melayan adik aku ini,walhal boyfriend pun tak ada ,ada hati nak dating kata hati ku.

"uish,kau ni,sampai hari ni aku tak tahu siapa calon kau,lepas Kau break dengan Rafiq hari tu,kau tak ada dah share apa-apa dengan aku" kata salina dengan nada sentap,

"nanti kau tahu juga". Kataku,walhal aku sendiri tidak tahu siapa kekasih aku, aku takut hendak berterus terang dengan salina,takut dia kecewa,kerana dia dan syarif sudah lama bercinta,sejak dari mrsm lagi.

Kalau aku,tak ada calon,pasti papa tidak benarkan mereka kahwin,aku sendiri tidak faham kenapa pendirian papa sangat teguh dalam soal ini

"herm,dengan aku pun kau nak berahsia,aku ni kembar kau tau" rungut salina.

"jangan la merajuk adik bucuk mashomm ku,aku ada sebab kenapa aku rahsiakan" pujuk ku sambil tersenyum

"eyh aku mandi dulu tau daa!" kata ku sambil keluar dari bilik salina.

Usai sahaja aku membersihkan diri dan solat isyak,aku mencari kelibat salina di biliknya ,namun tidak kelihatan. Aku pun turun kebawah

Dan ternampak dia sedang ralik memilih dress yang hendak dipakai,

Haih, dari atas sampai ke bawah duk belek baju, kata hati ku

"amboi! Tak sudah lagi pilih baju?" sergah aku.

"haih aku confuse la nak pakai mana satu,tadi masa beli,semua nampak cantik,sekarang macam tak lah pula." rungut salina.

"kau memamg macam tu lah setiap kali shopping apa-apa,tadi keluar dengan syarif ke?" soalku pada salina,

"aah syarif ambik half day hari ni,papa pun bagi aku cuti tiga hari sampai ahad ni," cerita salina

"amboi untung lah cik kak oi,kerja ngan papa sendiri,aku ni,dapat bos pun biadab" kataku dengan nada cemburu.

"tulah,papa offer bukak syarikat sendiri jual mahal,nak berdikari lah bagai". Perli saira sambil ketawa.

"ouh perli aku eh! Haa rasakan kuasa geletek bertubi- tubi!" jeritku sambil menggeletek badan salina.

Dalam keriuhan gelak tawa kami adik beradik tiba-tiba terdengar loceng rumah berbunyi dan terdengar seseorang memberi salam.

"siapa datang malam-malam ni?dah pukul 11 malam ni,syarif kot?"Soalku pada salina

"entah lah,eh,tapi bukan syarif la, dia ada lawan futsal malam ni,lagi pun mana pernah dia datang lewat macam ni" jawab salina sambil muka berkerut.

"jap,biar aku keluar," kata salina sambil mula bangun dari sofa.

"hati-hati" pesanku risau juga fikirkan adik kembarku ini.

Beberapa saat kemudian dia masuk ke dalam rumah dan berkata,

" saira ada laki handsome nak jumpa kau tu,tu eh bakal abang ipar hehe" tanya salina dengan muka nakal.

"lelaki handsome? Siapa?" detak hatiku

Aku pun dengan hanya memakai baju tidur satin berlengan panjang mencapai tuala bagi menutupi rambut panjangku

Keluar sahaja dari rumah,aku melihat susuk tubuh seorang lelaki yang memakai t-shirt berlengan pendek berwarna biru gelap, lelaki ini macam selalu kulihat,

Aku pun berdehem ,lalu lelaki itu menoleh.

"hah?! En Zaf?! What are you doing here?" tanyaku dalam keadaan terkejut dan penuh tanda tanya.

BERSAMBUNG....

Enjoy reading guys🤗🤗😊

P/s: apa agak2 yang zafrel nak sampai datang rumah saira? Nntkn di bab strusnya,maybe sis update esk, segala kekurangn sis mohon maaf,and jgn lpe vote,comment and share🤗🤗😊 jaga diri and kesihatan ye semua🙂🙂

Chương tiếp theo