webnovel

Sejak Lima Tahun Lalu

SEAWAL jam 8.00 pagi, kota raya sudah sibuk dengan penduduk kota raya yang sudah memulakan kerja mereka.

Jalan raya menjadi sesak dengan kehadiran kereta-kereta. Sesekali terdengar bunyi hon kereta dibunyikan.

Ashley segera turun menuju ke ruang makan untuk bersarapan. Dia memandang ke arah jam dinding dan melihat jam menunjukkan jam 8.00 pagi. Dia memandang ke sekeliling dan tidak melihat Raquel di mana-mana.

Mr. Adham sudah tentunya sudah pergi seawal jam 6 ke pejabat. Takut pula nanti lambat sebab jalan raya sesak.

Momy keluar dari dapur dengan membawa seteko minuman. "Selamat pagi, Elley. Sedia untuk pergi ke kolej?"

"Mana Raquel, Momy? Kenapa dia tiada di sini?" tanya Ashley, mengambil tempat duduk di meja makan.

Momy menuangkan teh ke dalam cawan. "Raquel masih belum turun lagi. Kamu makan dulu. Nanti Momy panggil dia."

"Tak perlu, Momy. Saya sudah ada di sini!" kata Raquel yang tiba-tiba masuk ke ruang makan itu. Dia sedang membawa sebuah beg di tangannya. Dia kelam kabut mahu duduk dan terus menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

Momy menggeleng melihat sikap Raquel itu. Raquel sudah tinggal lama bersama dengan keluarga Ashley, jadi dia juga turut memanggil Momy sebagai panggilan, 'Momy'. Momy pula tidak kisah Raquel memanggilnya dengan panggilan itu.

Ashley yang juga sedang makan nasi goreng itu hanya menggeleng dengan sikap Raquel. "Itulah kau lambat bangun. Lagipun, kau yang nak sangat ikut saya masuk kolej. Kau kan boleh masuk tahun depan. Kenapa nak ikut tahun ni juga?" kata Ashley pula.

Raquel hanya menjungkitkan bahunya. "Dah tuah saya dapat tawaran masuk kolej yang sama dengan kau. Saya pergi sajalah. Takkan nak tolak macam tu saja."

"Habis tu, kau suka dengan kursus diploma yang kau ambil tu?" tanya Ashley.

Raquel mengangguk. "Diploma dalam seni reka grafik berkomputer tu taklah terlalu buruk, Ash."

Ashley tidak menjawab lagi malah dia menikmati pula sarapannya.

Hari ini ialah hari di mana Ashley dan Raquel akan masuk ke kolej bersama-sama dan mereka akan mendaftar pada jam 9.00 nanti. Ashley mengambil diploma dalam pengurusan perniagaan supaya nanti dia boleh menolong bisnes keluarganya.

"Pendaftaran kan mula jam 9... Kenapa kau nak pergi awal-awal? Sekarang kan baru jam 8," kata Raquel.

"Jalan raya akan sesak nanti, Raquel. Kita tidak boleh terlambat datang nanti kita lambat untuk mendaftar. Lagipun, banyak orang dari daerah lain akan datang," jawab Ashley.

"Saya yang pandu kereta, Ashley. Kalau saya yang bawa kereta, kita tidak akan lambat punya," balas Raquel pula. Dia meminum teh yang dituang oleh Momy tadi.

"Saya tidak kisah. Kita kena sampai awal juga," kata Ashley.

Raquel merungut dalam hati. Dia tahu Ashley ini jenis yang suka datang awal kalau nak pergi ke sesuatu tempat. Malahan, Raquel sering dimarahi oleh Ashley kerana sering lambat. Tidak kiralah kalau mereka berjanji untuk pergi bermain tenis di gelanggang di kawasan perumahan mereka atau untuk berjalan-jalan di luar.

Sejak tinggal bersama dengan keluarga Ashley, Raquel sudah biasa dengan perangai Ashley. Jadi kalau Ashley membebel pun, Raquel sudah kebal dengan leteran wanita itu.

Setelah mereka siap, mereka segera menuju ke garaj. Sempat lagi mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Momy.

"Kau sudah periksa semua? Kertas-kertas yang diperlukan? Kad pengenalan kau ada bawa?" tanya Ashley sambil memasang tali pinggang keledar.

Raquel mengeluh kecil sambil memegang stereng kereta. "Iya, Ash... Saya dah sediakan semua. Saya sudah check selama sepuluh kali semalam supaya saya tidak tertinggal apa-apa."

Ashley mengangguk tanda puas hati. "Okay, good. Now, let's go. Kalau jalan raya sesak, lambat pula nanti!"

Raquel menghidupkan enjin kereta lalu mereka bergerak meninggalkan kawasan rumah.

Seperti yang disangkakan, kesesakan jalan raya membuatkan mereka mengambil masa yang agak lama untuk sampai di kolej. Bila mereka tiba di kawasan kolej, jam menunjukkan 8.30 pagi. Masih ada 30 minit lagi masa untuk mereka berehat sebelum pendaftaran.

Ashley dan Raquel merancang untuk berehat di dekat kafe di kolej itu. Kafe itu tidak terlalu jauh dari tempat pendaftaran dan hanya ada beberapa orang saja yang duduk di kafe itu.

Raquel meletakkan begnya ke atas meja dan memandang Ashley yang sedang memeriksa fail. "Ash, kau tunggu sini, okey. Saya nak cari tandas!"

Begitu saja, Raquel terus menghilang. Ashley hanya sempat mengangkat kepalanya sebelum Raquel betul-betul hilang di sebalik dinding bangunan. "Raquel ni tahu kah jalan pergi ke tandas??"

Ashley tidak ambil kisah sebelum dia memandang ke fail dia lagi. Telefon Raquel yang ada di dalam beg berbunyi, menandakan ada panggilan yang masuk.

Ashley terus mengeluarkan telefon itu dari dalam beg dan memeriksa nama pemanggil. Kening Ashley terangkat sedikit bila melihat nama pemanggil. Ted? Kenapa Ted suka betul call Raquel dan bukannya call saya?

Ashley menerima panggilan itu. "Hello?"

"Ash?? Oh... Korang sudah ada di kolej kah?"

Kening Ashley terangkat lagi. Dia bingung dengan soalan Ted. "Apa maksud kau, kami sudah sampai di kolej? Apa kaitan dengan kau pula kalau kami sudah sampai di kolej?" soal Ashley.

"Saya daftar di kolej yang sama dengan koranglah... Korang dah sampai atau belum? Saya dah sampai ni. Korang di mana?"

Ashley memandang ke arah kawasan pendaftaran dan melihat ada seorang lelaki yang tinggi sedang bercakap di telefon. Ashley tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas kerana lelaki itu membelakang dengan Ashley.

Ashley tersenyum kecil melihat lelaki itu. Walaupun dia tidak nampak wajah lelaki itu, dia tahu siapa lelaki itu. "Kami pun sudah ada di sini. Pusing ke belakang... Kalau kau nampak saya melambai, datanglah ke sini!"

Lelaki itu terus menoleh ke belakang. Melihat itu, Ashley terus mengangkat tangannya untuk melambai ke arah lelaki itu.

Ted melihat Ashley melambai. Dia tersenyum lebar. Sebelum dia berjalan ke arah Ashley, dia menamatkan panggilan dan memasukkan telefon itu ke poket seluarnya.

Ashley menyimpan telefon itu kembali ke beg Raquel.

"Ashley, lama tak jumpa!" teriak Ted. Sebaik saja dia berdiri di depan Ashley, lelaki tinggi itu terus memeluk Ashley.

Hampir sesak nafasnya bila Ted memeluknya dengan sangat erat. "Ya, dah lama kita tak jumpa. Kau yang janji nak datang tapi sampai lima tahun pun muka kau belum muncul-muncul," kata Ashley.

Ted terus meleraikan pelukan mereka dan duduk di depan Ashley. "Sorry lah, saya memang nak datang ke sini tapi saya sering dihalang oleh keluarga saya. Baru tahun ni saya dapat datang, itupun sebab alasan saya, saya dapat tawaran di sini."

"Kau mesti berdepan dengan leteran keluarga kau untuk belajar di sini, kan? Yalah, mana ada orang tua yang mahu anak dia belajar jauh-jauh. Lagipun, di Singapura tu kan okey... Kenapa kau nak datang jauh-jauh ke sini?" kata Ashley pula.

Dia menatap wajah Ted yang sudah lima tahun tidak dilihat. Nampaknya, wajah Ted sudah banyak berubah. Malah dia juga sudah menjadi semakin meninggi. Tinggi dia mungkin ada di sekitar 1.8 m.

Ted juga berubah menjadi seorang lelaki yang lebih matang dan tampan. Kalau perempuan tengok dia, mesti ramai yang jatuh hati.

"Memanglah saya terpaksa berdepan dengan leteran dorang. Saya hampir kena hantar ke tempat nenek saya di Australia, okey... Gara-gara tidak mahu saya datang ke sini. Tapi akhirnya, saya dapat juga yakinkan dorang yang saya akan baik-baik saja di sini," kata Ted. Dia tersenyum kecil.

"Oh, mana Raquel? Saya tidak nampak dia pun."

"Dia ke tandas kejap." Ashley terus memeriksa fail yang masih dia pegang. Tepat pada masa itu, Raquel sudah tiba di sana. Melihat Ted di depan Ashley, dia tersengih gembira.

"Oh, kau sudah sampai rupanya!" kata Raquel. Dengan cepat, tangannya merangkul leher Ted dan Raquel terus mengusap rambut Ted dengan kasar.

"Hei, jangan... Nanti kau buat rambut saya rosak lagi!" kata Ted. Sebaik saja Raquel melepaskan dia, Ted segera memperbaiki lagi lipatan rambutnya yang rosak gara-gara Raquel.

Raquel ketawa. "Kau dari dulu asyik pentingkan rambut."

"Yalah, kalau tak... Mana ada perempuan yang boleh jatuh hati dengan saya," kata Ted lagi.

Raquel mencebik saja mendengar jawapan Ted manakala Ashley sudah pun ketawa.

Ted terus memandang ke arah Ashley lagi. "Oh, ya... Saya dengar dari Eden... Kalau Kenzie dan Steven juga ada di sini. Dorang belajar di kolej ni."

Kata-kata Ted itu membuatkan wajah Ashley menjadi tegang. Ashley terdiam dan dia tidak tahu hendak berkata apa saat itu.

Fikirannya terasa berputar dan jantungnya seolah-olah berhenti berdegup bila mendengar nama itu. Nama yang sudah lima tahun tidak pernah dia dengar lagi. Sudah lama dia tidak melihat lelaki itu. Lima tahun berlalu dan sekarang, lelaki itu sudah ada di sini?

Tapi kenapa?

Melihat perubahan drastik pada wajah Ashley, Raquel terus menampar belakang kepala Ted dengan kuat. "Bodohlah kau ni!! Kenapa kau sebut nama lelaki tu juga?"

Ted mengusap kepalanya dengan keluhan yang perlahan. Sejak dari dulu, Raquel suka memukul kepala dia, tidak pernah berubah. "Saya cuma nak beritahu dia. Itu saja."

Raquel mencerlungkan matanya ke arah Ted. "Iya, tahu.... Tapi bukan sekarang... Bukan pada Ashley. Kau tak ingatkah apa yang berlaku lima tahun dulu?"

Ted sedar kesalahannya lalu dia terus memandang Ashley yang masih diam di tempatnya. Bukan dia sengaja mahu membuatkan Ashley ingat lagi kejadian lima tahu dulu, tapi dia terlepas cakap. Entah apa yang Ashley sedang fikirkan sekarang, Ted pun tidak tahu.

Aduh, saya lupa... Ashley dan Kenzie kan tidak lagi pernah bercakap lepas kejadian itu. Kenapa saya boleh lupa walaupun sudah lima tahun?

"Ash, kau jangan layan dia ni. Otak dia ni memang bodoh. Kena masuk sekolah menengah lagi dia ni tahu!" kata Raquel pula.

Ashley terus memandang ke arah Ted dan Raquel. Dengan senyuman manis, dia cuba untuk menyakinkan dua orang kawannya itu yang dia baik-baik saja. "Saya okey. Lagipun, perkara itu sudah lama. Buat apa perlu diingatkan..."

"Are you sure you gonna be alright, Ash?" tanya Raquel. Raquel sudah lama tinggal dengan Ashley, tapi selama itulah Raquel tidak pernah mendengar Ashley menyebut nama itu. Raquel tidak pernah melihat Ashley mengungkit lagi tentang kisah lama. Jadi, dia tidak tahu apa yang Ashley rasakan saat ini.

Ashley memandang ke arah Raquel pula. "Saya akan baik-baik saja. Perkara sudah lama, kenapa perlu diingatkan. Saya dah tak kisah pasal perkara lama tu. Yang lama biarlah lama, let's us move on for the better future."

Meskipun Ashley berkata seperti itu, pada hakikatnya, dia juga masih belum dapat melupakan apa yang terjadi lima tahun dahulu. Kerana perkara itu, dia kehilangan satu-satunya sahabat baik. Bukan saja sahabat baik, tapi Ashley juga belajar melupakan orang yang dia sayang.

Lima tahun berlalu, Ashley masih belum melupakan sesiapa. Terkadang, bila bersendirian, memori lama akan terimbas lagi.

Jauh di sudut hatinya, Ashley merasa takut dan gementar. Kalau betul Kenzie ada di sini, jadi apa yang perlu saya lakukan bila saya berjumpa dengan dia nanti? Setelah lima tahun, saya tidak pernah berharap kalau saya akan berjumpa dengan dia lagi... Macam mana pula reaksi Kenzie nanti? Adakah dia masih membenci saya sebab perkara itu? Adakah dia sudah melupakan saya?...

"Oh, pendaftaran sudah dekat. Marilah kita ke meja pendaftaran sekarang. Kalau lambat, nanti kita kena berbaris lagi," kata Ted, melirik ke arah jam tangan berjenama Rolex di tangan kirinya.

"Okey, marilah!" kata Raquel mengambil begnya dan berdiri. Begitu saja, tiga orang sekawan itu berjalan menuju ke meja pendaftaran.

Beberapa minit setelah mereka berlalu, sekumpulan pelajar melintasi kafe untuk menuju ke tempat pendaftaran. Mereka menggunakan kafe sebagai jalan singkat kerana mereka sudah lambat ke meja pendaftaran.

"Sudah ada beberapa orang yang akan jaga meja pendaftaran. Tapi kita masih perlukan beberapa orang untuk jadi guidance pelajar baru ke kelas-kelas," kata seorang perempuan dengan rambut panjang dan keriting. Dia sedang bercakap dengan lelaki tinggi di sebelahnya yang berwajah dingin.

Lelaki itu mengangguk kecil. "Itu saya sudah urus. Sekarang ni, kita kena urus meja pendaftaran dulu. Steven dan yang lain sudah urus kerja yang saya suruh?"

Perempuan berambut keriting itu mengangguk.

"Kenzie, kita masih kurang satu meja untuk pendaftaran bagi bahagian perakaunan. Joshua lupa buat kelmarin," Seorang perempuan di belakang Kenzie pula bercakap.

Kenzie berhenti melangkah dan dia memandang perempuan itu. Perempuan yang bercakap tadi juga ikut berhenti dan hanya menunduk apabila dia melihat renungan dingin dari Kenzie.

"Kenapa Joshua boleh lupa kerja tu? Bukannya saya sudah suruh dia buat awal-awal kelmarin? Di mana Joshua?" tanya Kenzie.

"Joshua disuruh oleh Mr. Roger untuk pergi ke kedai beli barang kelmarin. Joshua lupa buat sebab ada banyak barang yang dia perlu beli," kata seorang pelajar lain pula.

Kenzie mengeluh sambil memegang dahinya. Belum mula pendaftaran tapi sudah ada banyak masalah yang datang. Kenzie menjadi bengang kerana orang-orang yang dia suruh untuk selesaikan perkara itu, tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.

"Tak apa. Angel, nanti beritahu Steven untuk tambah meja yang kurang tu. Yang lain, mari ikut saya. Pendaftaran sudah nak mula tapi banyak masalah pula yang datang." Kenzie terus berjalan keluar dari kafe itu menuju ke sebuah bangunan besar yang kelihatan seperti dewan. Dewan itu akan digunakan sebagai taklimat awal kepada para pelajar baru sebelum mereka dibawa ke kelas masing-masing.

Pelajar yang bernama Angel itu terus bergerak mencari Steven sementara yang lain pula mengikuti Kenzie.

Setelah pendaftaran, seorang lelaki membawa Ashley dan dua orang kawannya itu menuju ke dewan besar untuk taklimat. Oleh kerana mereka ialah antara orang terawal yang datang, dewan itu agak kosong. Yang ada hanyalah para senior yang ditugaskan untuk mengurus pendaftaran itu.

Ashley baru melangkah ke tangga terakhir apabila kertas yang ada di dalam failnya terjatuh. Kertas itu melayang jatuh lagi ke tangga paling bawah. Ashley mengeluh melihat kertas itu terjatuh jauh darinya. Oh God, menyusahkan betullah kertas ni. Saya sudah penat-penat sampai di atas, dia boleh jatuh di bawah sana?

Raquel dan Ted tidak melihat Ashley berhenti kerana mereka berjalan di depan Ashley. Mereka terus berjalan ke depan tanpa memandang ke arah Ashley lagi.

Terpaksalah Ashley berjalan turun kembali untuk mengambil kertas itu. Ketika Ashley menunduk untuk mengambil kertas itu, ada tangan yang sudah pun mengambil kertas itu lebih cepat dari Ashley.

Kertas itu dihulurkan ke depan wajah Ashley. Kerana Ashley menunduk, kertas itu dengan mudah dihulurkan kepadanya.

"Ini kau punya?"

Serentak dengan itu, jantung Ashley terasa berhenti berdegup.

Suara ni...

Ashley mendongak ke atas. Masa terasa menjadi perlahan dan suasana sekelilingnya menjadi kabur bila Ashley melihat wajah orang yang sudah menolongnya.

Saat itu juga, Ashley berharap yang dia boleh pengsan.

Orang yang ada di depannya ialah tidak lain dari orang yang dia ingin hindari sejak lima tahun lalu...

Kenzie...

*Important notice*

Ada yang bab awal, saya ada salah tulis. Sepatutnya tinggi Kenzie semasa sekolah menengah ialah 170cm dan Ashley ialah 158 cm.

Sekarang, dorang sudah besar.

Tinggi Kenzie sekarang; 180 cm.. Siapa yang baca dari awal mesti sedar ni.

Teruskan support Kenzie dan Ashley, okey?

bbeatyybrrcreators' thoughts
Chương tiếp theo