webnovel

This Girl Is Really Hopeless (2)

Setelah jauh dari kawasan tadi, Eden terus berhenti secara tiba-tiba sehingga membuatkan Ashley terlanggar belakang Eden.

Ashley asyik menunduk masa berjalan, sampai dia tidak perasan yang Eden sudah berhenti.

Bila dahi Ashley berlaga dengan belakang Eden yang tegap itu, Ashley terus berhenti dan dia memegang dahinya.

Ashley mengangkat mukanya memandang ke arah Eden.

Eden memusingkan badan dia ke arah Ashley. "Kau ni bodoh kah apa?" tanya Eden tiba-tiba.

Berkerut dahi Ashley mendengar pertanyaan itu. Ashley sama sekali tidak menyangka pertanyaan itu akan disoal oleh Eden.

Eden mengeluh bila melihat wajah blur Ashley. Saya tanya boleh pula dia buat muka blur? Dia memang bodoh kah apa?? Kenapa dia ni tidak boleh fikir.. Mia dan kawan dia tu kan pembuli, kenapa Ashley nak lawan dorang juga time dia luka macam ni...

Hissshhh, saya pun tidak boleh berhenti daripada nak tolong dia. This girl is really hopeless!

"Tak apalah... Jom lah ke dewan latihan. Nanti yang lain cari pula," kata Eden. 

Eden bersedia untuk berpaling ke belakang lagi namun suara Ashley menghentikan gerak-geri Eden. 

"Eden, beg saya.. Saya boleh bawa beg saya sendiri!" kata Ashley. 

Eden memandang beg Ashley yang masih dia pegang. Eden mengeluh kecil lagi dan dia terus menyerahkan beg itu kepada Ashley. 

"Thanks.." 

Mereka berdua pun meneruskan langkah mereka. 

Ashley melirik ke arah Eden yang berjalan dua langkah di depan Ashley. Kalau tengok-tengok Eden ni, dia pun jenis yang coldstone juga... Dia tidak suka layan perempuan dan lebih mementingkan pelajaran dan sukan. Saya tidak pernah nampak Eden bercakap dengan mana-mana perempuan sebelum ini... 

Agaknya, Eden ni ada girlfriend dari sekolah lain mungkin... 

"Hei, Eden, Ashley!!!"

Eden dan Ashley berhenti melangkah dan mereka memandang ke belakang. Mereka melihat Jeremy sedang berlari anak menuju ke arah mereka.

Eden hanya memandang Jeremy dengan sebelah kening terangkat. Dia memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Jeremy... Kau sudah siap?" tanya Eden pula.

Jeremy berhenti tepat di depan Ashley dan Eden. Mendengar soalan Eden, Jeremy hanya tersengih sambil menggaru belakang kepala dia. "Sudah, jangan risau.."

"Ooohh... Ingat kau masih nak melekat dengan peminat-peminat gila kau tu," kata Eden pula.

Ashley terlopong terus sambil dia memandang ke arah Jeremy. Memang Ashley tau kalau Jeremy ini popular di kalangan perempuan tapi bila dia dengar Jeremy masih layan peminat dia, Ashley tidak boleh berhenti tapi tetap kagum dengan Jeremy.

Jeremy memandang wajah kagum Ashley. Jeremy tersenyum dengan wajah gadis itu lalu Jeremy mengusap rambut Ashley. "Jangan tengok saya begitu, assistant... Macam lah kau tidak biasa dengan saya yang banyak peminat ni," kata Jeremy pula.

Ashley menepis tangan Jeremy. "Jangan kacau rambut saya. Nanti rosak." 

Jeremy sekadar ketawa mendengarnya. 

"Anyway, are you okay, Ashley?? Saya nampak kau kena kacau dengan Mia tadi," kata Jeremy. 

Ashley memandang Jeremy pula. Jeremy nampak saya bergaduh dengan Mia dan Kristy?? "Oh, saya okey. Jangan risau..." balas Ashley. 

Ashley terus membetulkan rambutnya yang masih kusut ditambah lagi dengan kelakuan Jeremy tadi. Dia tidak mau pemain bola keranjang yang lain tau kalau dia kena buli. 

Eden hanya memandang Jeremy melayan Ashley begitu.

"Jom kita gerak ke dewan. Nanti Coach cari kita pula," kata Eden.

Mereka bertiga pun meneruskan langkah mereka pergi ke dewan. Bila mereka sampai di sana, pemain lain sudah pun bersedia dengan uniform latihan mereka.

"Oh, Jeremy dan Eden ada dengan Ashley pula? Macam mana korang boleh ada sama-sama?" tanya Bryend.

"Saya jumpa dia kena bu--"

Belum sempat Eden menghabiskan ayat dia, Ashley sudah memotong lebih dulu. "Saya terserempak dorang masa ke sini. Apa salahnya kali jalan bersama-sama ke sini kan..."

Eden memandang Ashley bila Ashley tidak membiarkan dia menghabiskan ayat dia. Jeremy juga ikut memandang Ashley sebab dia tau apa yang ingin Eden cakap pada yang lain.

Ashley memandang ke arah Eden dan Jeremy pula. "Korang berdua pergilah salin baju cepat... Kalau Coach Dhin sampai karang, korang belum salin baju, habis korang kena marah," kata Ashley pula.

Tanpa banyak cakap, Jeremy dan Eden bergerak ke bilik persalinan.

Ashley pula bergerak ke tempat duduk untuk berehat. Dia mau merehatkan diri dia sekejap. Kepala dia masih berdenyut sebab bergaduh dengan Mia dan Kristy tadi.

Steven mendekati botol air dia yang diletakkan di dekat Ashley. Semasa dia minum air, matanya tidak pernah lepas dari terus memandang Ashley.

Ashley menoleh ke arah Steven bila dia sedar yang Steven sedang memandang ke arah dia.

"Apa!?" tanya Ashley bingung.

"Kau... Kau ada bergaduh dengan sesiapa kah? Kenapa saya nampak kau ni macam kau baru bergaduh dengan orang lain?" tanya Steven.

Ashley terkedu sekejap. Steven boleh tau kalau saya baru saja lepas bergaduh?? Boleh tahan dia ni...

Ashley terus menggelengkan kepalanya dengan cepat. "Mana ada... Saya mana ada bergaduh. Kau nampak saya macam baru lepas bergaduh kah?"

Steven meletakkan balik botol air itu ke bangku. "Yeah, kind of."

Ashley tersenyum kecil. Mana mungkin dia bagi tau yang Mia dan Kristy ada serang dia tadi.. Dia bukanlah jenis perempuan yang mau sangat perhatian Steven dan kawan-kawannya.

Ashley mengeluh dalam hati. Kalaulah Senior yang tanya saya soalan tu...

"Ash, kalau kau ada masalah, you can always tell me, okay? I can help you..." Steven berkata.

Ashley memandang ke arah Steven. Dengan senyuman lebar, dia mengangguk. "Okey, Steven." 

Ashley terharu dengan kebaikan Steven. Steven selalu mengambil berat dengan orang di sekeliling dia dan selalu menolong.

Kenapa lah bukan Senior Kenzie...

Eh, apa yang saya pikir ni?

Tidak lama kemudian, Kenzie pun memanggil semua pemain untuk melakukan pemanasan. 

Ashley hanya memandang mereka saja. Dia tersenyum bila dia melihat Kenzie latihan. 

Lelaki itu sangat gigih untuk berlatih. Mesti dia mau sangat menang pertandingan itu nanti. 

==================

Para pemain berhenti bermain dan berehat sekejap. 

Sementara yang lain berehat dan minum air, Jeremy mendekati Ashley yang sedang duduk sambil memeriksa beberapa helai kertas. 

"Apa kau buat, Ash?" tanya Jeremy, melabuhkan punggung di sebelah Ashley. 

"Saya tengah periksa jadual tournament korang nanti. Coach suruh saya check siapa first opponent korang," jawab Ashley tanpa menoleh ke arah Jeremy. 

Jeremy memandang kertas yang dibelek oleh Ashley lalu dia tersenyum. "Kau tak rasa bosan kah buat ni kerja? Yalah... Kan Coach yang bawa kau masuk.." 

Ashley memandang Jeremy untuk sesaat sebelum dia memandang ke arah kertas yang dia pegang lagi. "Taklah... Saya mana bosan... Saya suka buat kerja ni adalah.... Lagipun saya belum pernah buat kerja begini sebelum ni." 

"Kau tiada ikut mana-mana kelab kah?" tanya Jeremy. 

Ashley menggeleng pula. "Tak ada. Saya ni kaki bangku. Saya mana pandai bersukan. Mellisa tu lainlah... Dia pemain netball... Semua orang suka dia." Sempat lagi Ashley memuji kawan baik dia sendiri. 

"Saya tak suka dia pun..." 

Ashley memandang ke arah Jeremy lagi bila Jeremy berkata begitu. 

"Maksud saya... Saya bukan suka dia macam orang lain suka dia. Tapi saya tidak membenci dia," kata Jeremy pula, membetulkan apa yang Ashley pikir. 

Ashley mengangguk pula. "Ingat kau tidak suka dia. Sebab Mellisa tu bestfriend saya... Saya tidak suka ada orang cakap buruk pasal dia." 

Jeremy sekadar ketawa kecil. "Saya bukannya tidak suka dia yang macam tu." 

Ashley hanya tersenyum sebelum dia melanjutkan lagi kerja dia. Jeremy masih diam di sebelah Ashley sambil memerhati Ashley membuat kerja. 

Charles memerhati Jeremy bersama dengan Ashley dari jauh. Tiba-tiba, Herry menepuk bahu Charles namun Charles langsung tidak menoleh ke arah Herry. 

"Apa yang kau tengok ni, Charles? Saya tepuk bahu kau pun kau tidak sedar. Tengok pun kau tidak mau.." kata Herry. 

"Tengok tu..." Jari telunjuk diacuhkan ke arah Jeremy. 

Herry ikut memandang ke arah Jeremy pula. "Kenapa dengan Jeremy?" 

"Saya rasa peliklah... Sejak bila Jeremy rapat dengan Ashley macam tu?" tanya Charles dengan wajah bingung. 

Herry terus memandang Jeremy dan Ashley. Yalah, saya mana pernah nampak Jeremy rapat dengan Ashley macam ni selama ni... 

"Kenapalah kalau Jeremy rapat dengan Ashley... Mungkin dia saja nak tanya sesuatu pada Ashley. Takkan Jeremy nak buat apa-apa dengan Ashley pula," balas Herry. 

Charles mengeluh. "Yalah kan? Jeremy mana mungkin nak rapat sangat dengan Ashley. He is a playboy. Tak mungkin dia akan melekat hanya pada satu perempuan." 

"Kau nak cakap Jeremy suka dengan Ashley? Hello, bro.... Ashley is surely not Jeremy's type okay? Jeremy punya type itu adalah anak-anak orang kaya... Yang senang dia nak bawa main," kata Herry pula. 

Charles ketawa lagi. "Mana ada saya cakap Ashley tu type Jeremy.. Cuma pelik lah kalau tiba-tiba saja Jeremy nak main-mainkan Ashley..." 

Herry ketawa lagi mendengarnya. "Ada-ada sajalah kau ni, Charles..." 

Sementara itu, Kenzie terdengar apa yang dibualkan oleh Charles dan Herry. Dia hanya melirik ke arah Ashley dan Jeremy yang sedang bercerita itu tapi Kenzie tidak memberi apa-apa reaksi. 

Kenzie hanya memandang sebelum dia memandang ke tempat lain. Apa yang Ashley buat tu bukan hal saya, jadi buat apa saya nak ambil tau..?? 

Chương tiếp theo