webnovel

Bab 11

Pak Neo tergamam melihat taman bunga yang sudah siap disiram, jangankan taman yang terletak di bahagian belakang villa. Semua taman, maksudnya semua taman yang ada di kawasan villa. Dia melirik jam tangannya, baru menunjukkan jam 7.00 pagi. Sheena sudah duduk-duduk bersantai di tepi kolam ikan, jam berapa juga gadis tersebut bangun dari tidur? Pak Neo tertanya-tanta sendiri. Jadi sekarang apa lagi kerja yang boleh dia lakukan? Bunga-bunga sudah disiram, daun-daun kering sudah disapu, ikan-ikan sudah di beri makan. Mahu membersihkan kolam ikan, baru sahaja kemarin dia bersihkan. Mahu bersihkan kolam renang? Juga baru kemarin dia bersihkan. Pak Neo menggaru kepalanya yang tidak gatal. Isteri tuannya ini memang lain macam, kalau boleh semua kerja di dalam dan luar villa dia lakukan.

"Selamat pagi, Pak Neo. Hari ini pak Neo boleh berehat. Saya sudah siapkan semua kerja yang ada. Kalau Pak Neo mahu menanam bunga baru petang nie, jangan lupa beritahu Sheena tau." Ceria wajah Sheena memandang lelaki tua itu.

Pak Neo tersengih kemudian duduk di sebelah gadis tersebut. Pelik rasanya bila dia tidak mempunyai sebarang tugasan di awal pagi. Selalunya, dia paling sibuk ke hulu dan ke hilir menyiapkan pelbagai kerja. Namun, sejak Sheena tinggal di dalam villa dia akan tercari-cari kerja yang perlu dia lakukan.

"Pn.Sheena..."

Sheena menoleh pantas kemudian menggeleng, dia tidak mahu di panggil puan atau cik. Cukuplah sahaja dengan panggilan nama sahaja, lagi selesa.

"Sudah berapa kali saya beritahu Pak Neo, jangan panggil saya Puan atau cik. Panggil sahaja Sheena. Anggap sahaja saya nie anak pak Neo. Bolehkan?" Ujar Sheena sambil tersenyum mesra, cukup-cukuplah dengan panggilan formal tersebut. Rimas pula.

Pak Neo menarik nafas berat, dia bukan tidak mahu mencuba tetapi dia sudah terbiasa untuk memanggil siapa sahaja dengan panggilan formal. Bukan mudah untuk dirinya mahu mengubah kebiasaan yang sudah dia amalkan berpuluh tahun.

Sheena menanti dengan sabar pak Neo memanggilnya dengan nama sahaja tanpa gelaran puan atau cik.

"Sheena, lain kali biar pak Neo sahaja yang buat kerja berat nie semua. Cik...eh, puan...eh, Sheena berehat sahajalah di dalam rumah. Nanti Tuan Mike marah pula, isterinya buat kerja berat." Tergagap-gagap pak Neo cuba untuk membiasakan dirinya. Sheena tersengih puas hati.

Berehat sahaja? Oh, tidak! Dia sudah bosan berehat tanpa melakukan apa-apa selama seminggu ini. Sekarang bila dia menggerakkan tulang empat keratnya barulah dia rasa hidup. Boleh kemurungan dirinya jika malar terperuk di dalam rumah, bangun, makan, tidur, bangun, makan, tidur. Itu bukan gaya hidupnya. Sungguh.

"Bosanlah, Pak Neo. Kalau asyik-asyik di dalam villa sahaja. Saya renung dinding, dinding renung saya. Lama kelamaan rasanya dinding tue sudah boleh bercakap Bahasa Melayu sahaja."

Tergelak Pak Neo mendengarnya, pandai pula isteri tuannya ini buat lawak.

"Itu baru seminggu pak Neo, bayangkan kalau sebulan, setahun dan bertahun-tahun. Silap-silap hari bulan boleh masuk hospital sakit jiwa tau. Nanti tajuk utama surat khabar, 'Isteri CEO MJ corporation, Menantu SKY corporation dan W corporation disahkan kurang siuman'. Malu pak Neo nanti mahu ke mana-mana." Ujar Sheena bersungguh-sungguh. Pak Neo tergelak lagi. Ada-ada sahaja ideanya untuk merasionalkan setiap tindakannya tapi masuk akal jugalah.

"Buatlah aktiviti lain, shopping, pergi melancong dan banyak lagi aktiviti lain." Dia memberikan cadangan.

Sheena diam seketika, aktiviti lain? Sambung belajar? Sheena tersenyum gembira tiba-tiba. Iya, dia sekarang bukan lagi tinggal bersama uncle dan auntie-nya. Mungkinkah akan ada peluang untuk dirinya sambung belajar? Merealisasikan semula impiannya sebelum ini? Oh, dia perlu mengusulkan cadangan ini kepada Mike. Tapi bila? Kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu adalah ketika majlis perkahwinan mereka tempoh hari. Selepas majlis mereka tamat, maka dia tidak lagi terjumpa lelaki itu. Walaupun tinggal sebumbung tapi jangankan bayang-bayang 'suaminya' itu, bayang-bayang kereta dia pun dia tidak nampak. Menurut Pak Neo setiap malam dia balik lewat malam dan bertolak ke pejabat awal pagi. Maknanya dia pulang apabila dia sudah berdengkur di atas katil dan bertolak ke pejabat sewaktu dia masih juga berdengkur di katil. Jadi apa yang perlu dia lakukan? Call? Mesej? Sheena tertawa di dalam hati. Jangan nak bermimpi, nombor telefon Mike pun dia tidak tahu, langsung. Takkan dia mahu bertanya dengan Pak Neo atau Mak Mia? Malulah dia nanti, suami isteri sah tapi nombor telefon pun dia tidak tahu. Okay, batalkan. Biar dia berjaga malam ini untuk menanti lelaki itu balik ke rumah. Set. Oleh itu, dia perlu membuat persediaan iaitu tidur siang supaya dia tidak ketiduran awal malam nanti.

"Pak Neo, saya minta diri dulu. Ada sesuatu yang saya perlu lakukan." Selesai dengan kata-katanya, Sheena bergegas masuk ke dalam villa. Dia perlu membuat laporan untuk menyokong tindakannya mahu menyambung pelajaran. Dia perlu menyusun kata-kata yang paling sesuai dan mudah difahami agar dia mendapat kelulusan serta merta. Pak Neo terpinga-pinga melihat gadis tersebut, tiba-tiba bergegas masuk ke dalam villa seperti ada sesuatu. Dia salah cakap ke? Pak Neo tertanya-tanya sendiri.

Seharian Sheena berada di dalam bilik membaca khasnya, menaip dan menyusun ayat yang paling gramatis dan sesuai. Dia mesti siapkan hari ini juga agar malam nanti dia boleh jalankan rancangannya. Menanti di ruang tamu sehinggalah Mike pulang. Bulan hadapan dia mesti sudah selesai urusan mendaftar di mana-mana kolej. Sheena tersenyum sendiri. Awak boleh lakukannya, Sheena!

********

Jam sudah menunjukkan 10.30 malam. Mata Sheena sudah semakin berat, movie di televisyen tidak dapat menarik perhatiannya. Kononnya siang tadi dia mahu tidur sejam dua jam supaya malam ini dia boleh bertahan tidur lewat tetapi dia gagal. Seharian dia menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada Mike malam ini. Selamat tinggal tidur siang. Sheena membetulkan duduknya, dengan harapan mengantuknya itu akan berkurangan. Namun, sia-sia. Seakan-akan ada sesuatu yang sedang bergayut di kelopak matanya. Berat dan semakin berat. Pak! Dia menampar pipinya sendiri. Kemudian dia segar sebentar dek tamparan tersebut. Pedas. Hanya bertahan beberapa minit, Sheena kembali mengantuk. Terhuyung-hayang duduknya seperti orang mabuk. Sheena, kenapa dengan awak nie? Mengantuk melebih-lebih. Selama ini, boleh sahaja dia bertahan sehingga tengah malam membuat kerja rumah walaupun seharian di ladang. Sekarang, tidak ada kerja yang memenatkan dia lakukan tapi boleh pula mengantuk tahap gaban. Semangat, Sheena! Semangat!

Tup.

Sekali sahaja dia memejamkan matanya dengan alasan mahu merehatkan mata seminit sahaja, dia sudah tidak sedarkan diri. Pengsan. Dia sudah tidak sedarkan diri, lena sungguh dia tertidur di atas sofa di hadapan televisyen. Tepokkkk.

Sheena terkejut dari tidur, dia bangun dengan pantas dari baringnya. Dimanakah saya? Dia melihat sekeliling, okay di dalam biliknya. Eh! Dia memandang sekelilingnya lagi. Benar, dia di dalam biliknya tapi bukan semalam dia di ruang tamu? Oh, sekarang sudah jam berapa? Pantas Sheena mencapai telefon bimbitnya di tepi katil. Jam4.00 pagi. Mike? Dia sudah balik ke?

Bergegas Sheena turun dari katilnya dan berlari anak ke bilik Mike tapi langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik lelaki itu. Betul ke tindakannya ini? Bagaimana kalau Mike penat? Bukankah dia akan menganggu lelaki itu berehat? Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi? Malam nanti? Kalau dia tertidur lagi? Pelbagai persoalan timbul di benaknya. Mahu atau tidak mahu? Dia mundar mandir seketika.

Krittttt.

Pintu bilik Mike terkuak perlahan, terlompat Sheena kerana terkejut. Begitu juga dengan Mike yang hanya bertuala di hadapan pintu. Mereka masing-masing berbalas pandangan, Sheena bingung. Semua kata-kata yang sudah dia susun sejak siang tadi hilang begitu sahaja. Seksi. Dada bidang. Putih melepak. Six packs. Wow. Eh, gatal pula mata! Sheena mengalihkan pandangan matanya kearah lain. Pipinya merona merah. Eh, malu pula! Sheena tersengih-sengih sendiri di dalam hati. Gatallll.

Mike tidak berganjak dari berdirinya, menanti gadis tersebut bersuara. Apa yang mahu dia katakan kepadanya. Sudahlah malam tadi tertidur di ruang tamu. Kalau di atas sofa masih boleh diterima tapi ini di lantai dengan lenanya tanpa sebarang selimut dan bantal. Gelandangan. Sekarang, mundar-mandir di hadapan biliknya. Mesti ada sesuatu yang dia mahukan darinya? Takkanlah. Pantas dia menutup tubuh bahagian atasnya yang terdedah.

Sheena mengangkat keningnya terperanjat dengan tindakan Mike. Eh, kenapa? Dia juga dengan pantas menutup tubuhnya di bahagian atas. Bingung. Kemudian mereka saling berbalas pandangan lagi. Umpama mengatakan 'awak sudah kenapa?'

"Awak buat apa kat depan bilik saya?" Setelah beberapa ketika saling berbalas renungan sahaja, Mike memecahkan keheningan.

Sheena menggaru kepalanya yang tidak gatal, cuba mencari tujuan sebenarnya. Oh, sambung belajar! Iya, dia mahu sambung belajar. Bukan mahu menggatal. Fokus.

"Saya ada sesuatu yang nak beritahu awak." Sheena diam lagi. Mike juga tidak berkata apa-apa, menanti kata-kata seterusnya dari Sheena.

"Saya nak minta kebenaran untuk sambung belajar." Ujar Sheena malu-malu. Manalah tahu, Mike tidak akan membenarkannya atau dia dimarahi tiba-tiba.

"Oh, itu sahaja?" Hanya itu jawapan daripada Mike, Sheena mengangguk. Jadi apa lagi? Takkan dia fikir yang dia mahukan benda lain? Perasan.

"Awak bukan nak ke luar negara ke pergi melancong ke atau shopping?" Sheena mengerutkan dahinya memandang Mike. Serius? Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mahu ke luar negara dengan tujuan melancong, shopping dan yang sama waktu dengannya.

"Tidak. Saya cuma nak sambung belajar." Giliran Mike pula yang sedikit terkejut, jarang sekali ada wanita yang menolak kalau berkaitan  melancong atau shopping free. Amazing.

"Jadi awak tunggu saya di ruang tamu dan mundar mandir di hadapan bilik saya pada jam4.00 pagi hanya untuk beritahu saya yang awak nak sambung belajar?" Mike bertanya lagi meminta kepastian. Sheena mengangguk lagi dengan yakin. Sudah memang itu sahaja tujuannya, nak cakap apa lagikan. Mike berfikir seketika kemudian mengangguk perlahan. Gadis tersebut masih muda, sebelum ini tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran. Sesuai juga kalau dia belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Lagipun, dia bukan ada apa-apa aktiviti di rumah selain daripada menganggu Pak Neo dan Mak Mia. Hinggakan pasangan suami isteri itu bingung apa lagi yang mereka perlu lakukan kerana semua kerja sudah disiapkan oleh Sheena.

"Okay, nanti saya minta Rayner uruskan untuk awak. Just bagi semua details awak sahaja. Termasuklah keputusan SPM. Kalau ada sijil pass dengan saya." Belum sempat Mike menghabiskan ayatnya, Sheena sudah berlari anak ke biliknya dan keluar semula dengan fail di tangan. Pantas.

"Semua sijil-sijil yang berkaitan." Dia menghulurkan fail yang sudah lengkap dia susun siang tadi. Mike memandang fail tersebut seketika kemudian menyambutnya.

"Okay." Ujarnya kemudian menutup pintu biliknya rapat-rapat kembali. Sheena termangu-mangu di hadapan pintu kemudian perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Selesai? Dia sudah boleh tidur dengan lena. Senyuman di wajahnya terukir hingga ke telinga.

Mike membelek isi kandungan fail tersebut sebentar kemudian meletakkannya di atas drawer tepi katil. Sambung study? Dia berfikir seketika dan bersiap kembali untuk ke tempat kerja. Dia perlu sampai awal kerana masih banyak dokumen yang memerlukan revision darinya. Tengah hari nanti dia perlu ke tapak ladangnya lagi, sebelum kerja-kerja pembinaan kandang dimulakan minggu hadapan. Terlalu banyak yang perlu dia selesaikan sehingga tidak mempunyai waktu untuk berada di rumah. Kecuali beberapa jam untuk berehat sekejap dan bersiap kembali untuk hari seterusnya. Kadang dia lupa yang Sheena wujud tapi pandai-pandai dialah mahu mengurus dirinya sendiri. Kemudian terbayang pula keadaan gadis tersebut malam tadi, terkejut juga dia sebenarnya. Sudahlah lampu ruang tamu dipadam, hanya televisyen yang berpasang. Sedang-sedang dia mahu menutup televisyen, terlihat pula Sheena yang sedang lena diulit mimpi di atas lantai. Ingatkan hantu manalah yang berbaring di atas lantai, rupanya isteri kilatnya. Terpaksa dia mengangkatnya ke bilik apabila beberapa kali dia kejutkan tapi tidak bangun-bangun, lena sungguh. Kalau bom dijatuhkan di tepi kepalanya pun belum tentu akan terbangun. Nasib baiklah gadis tersebut tidaklah berat sangat. Mahu dibiarkan tidur di ruang tamu sehingga siang, kesianlah pula. Nanti apa kata Pak Neo dan Mak Mia kalau melihat Sheena terbungkang di ruang tamu sehingga ke pagi. Tidak sudah-sudah dia yang akan dileteri. Lagi teruk kalau Mak Mia akan merepotkan hal tersebut kepada mamanya, bukankah itu mencari nahas sendiri. Kalau dilihat cara layanan mamanya dengan Sheena sewaktu tempoh hari, Sheena lebih disayangi daripada dirinya.

Langkah kaki Mike terhenti seketika apabila lalu di hadapan bilik Sheena. Lampu biliknya sudah dipadam. Maknanya gadis itu sudah tertidur kembali, mungkin terlalu gembira kerana dibenarkan untuk menyambung belajar kembali. Dia tidak kisah, itu hal Sheena. Dia mahu sambung belajar dalam bidang apa pun dia tidak kisah. Hubungan mereka hanya diatas kertas sahaja, tidak lebih daripada itu. Sheena berhak untuk mencari kebahagiaannya sendiri sebagai balasan kepada apa yang dia dapat. Bagaimana pula kalau gadis tersebut bertemu seseorang sewaktu belajar nanti? Mike terdiam seketika. Tidak pula terlintas di fikirannya tentang hal tersebut. Walau bagaimanapun, seperti yang dia katakan tadi. Itu adalah urusan Sheena dan tidak ada kena mengena dengan dirinya. Apa yang paling penting baginya adalah bisnesnya, perlu dikembangkan lagi supaya setanding dengan empayar perniagaan mama dan papanya.

Chương tiếp theo