webnovel

Beautiful You [Malay]

Tác giả: Serena27
Thành thị
Đang thực hiện · 48.6K Lượt xem
  • 5 ch
    Nội dung
  • số lượng người đọc
  • NO.200+
    HỖ TRỢ
Tóm tắt

Cinta itu sungguh cantik. Seperti dingin kepingan salju turun kala musim sejuk. Persis dedaunan kering mapple yang gugur pada musim luruh. Atau kembangan bunga semasa musim bunga. Dan hangatnya mentari tatkala musim panas. Tapi, bila kita tidak menghargainya, segalanya akan hilang dibadai angin bayu. Kita dipertemukan di bawah renek-renek hujan yang gugur dari langit lazuardi. Aku terpaut pada setiap nada lagu yang dimelodikan oleh suara serak basahmu. Atas dasar kemanusian, aku terus mencelah dalam kehidupanmu yang kusangka seperti aku juga, yang tidak sempurna. When a successful accountant and a beggar met, how their story will fold?

Thẻ
4 thẻ
Chapter 1Chapter 1

"Pain and rain both folded into one."

****

"Get out from this toxic relationship. Hanna, berapa kali I mau pesan? Kenapa you susah sangat nak dengar cakap I?" Geram rasanya Stephy mahu menasihati Hanna. Mungkin kena pakai cara kasar baru Hanna dengar agaknya. Cappucino latte yang elok terhidang di atas meja kayu mahoni sedikit pun tidak disentuh. Begitu juga dengan sepotong kek red velvet di sebelahnya.

"But, I love him, Stephy. I love him so much. Dah lima tahun kan I dengan Fariz bersama. You tak faham. Dia sorang je yang ada waktu susah senang I." Hanna memperkuat alasannya tidak mahu berpisah dengan tunangnya. Ya, memang dia banyak kali terguris hati dengan Fariz.

Banyak kali juga air matanya tertumpah kerana lelaki itu dan entah kali keberapa dia memaafkan setiap kekhilafan lelaki itu. Di matanya, Fariz tersangat istimewa. Bukan semudah itu untuk dia berhenti menyukai Fariz. Sebab itu, segala perbuatan Fariz yang melukakan hatinya, dia memilih untuk menutup sebelah mata.

"Love? Hahahaha! Did you mean your stupid love? I tak tau la Hanna. Sometimes I feel Fariz is truly loving you but at the same time I feel he only obsessed with you. You tak ingat apa dah jadi masa birthday you bulan lepas?"

Soalan yang dilontarkan Stephy mengetuk kotak memorinya. Masih segar peristiwa buruk itu. Hanya sebab Hanna menerima hadiah rantai berkalungkan loket berbentuk hati dan sebiji kek coklat Secret Recipe daripada Daniel, rakan sepejabatnya, habis mengamuk Fariz. Sanggup terjah si Daniel dan menumbuknya di luar pejabat. Tipulah kalau Hanna tak rasa malu. Semenjak itu, tak ada lelaki di pejabatnya yang mahu menegurnya lagi. Mereka kata takut senasib dengan Daniel.

Hanna mengelamun seketika.

"Jadi, you dah ingat kan? I can see you suffocate with this relationship. Mulut you memang kata tak. Tapi mata you tak pernah menipu. Tired. Disappointed. Setiap kali you ceritakan pasal Fariz, I boleh nampak semua itu." Stephy masih tak berputus asa untuk membuat Hanna tersedar dari cinta bodohnya. Inilah kut yang orang kata cinta itu buta. Lama-lama diri sendiri yang merana. Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik Hanna tinggalkan lelaki seperti Fariz. Obses sangat dengan Hanna.

"Stephy, you cuma nampak buruk Fariz je kan? You tak nampak apa yang dia korbankan untuk I dulu. Kalau dia tak ada waktu tu, mungkin I tak ada dah depan you ni. I takkan lupa semua tu. He always stay by my side during my rough time. When everyone left, he always be there for me."

Hanna tetap dengan pendiriannya. Dia yakin dengan pilihannya. Fariz cuma terlalu sayangkan dirinya. Setiap perbuatan Fariz bersebab. Dia cuma sangat takut kehilangan Hanna. Tapi mereka tak nampak semua itu. Mereka hanya nampak sisi buruknya.

"You ni terhutang budi atau betul-betul sukakan Fariz? You tanya diri you sendiri. Tiap kali I cakap pasal benda ni, you tak habis-habis ungkit pasal pengorbanan dia. That was a long time ago. We live in present. People changed. Same goes with Fariz. He... just changed from the sweetest boyfriend into the most obsessive guardian. Please end your relationship before it's getting worser."

Bidas Stephy sambil mengetuk jari telunjuknya ke permukaan meja. Langsung tak terniat untuk jadi batu pemisah antara Hanna dan Fariz tapi lebih baik pisahkan mereka sebelum semuanya sudah terlambat.

"Kenapa dengan you ni? You la kawan terbaik yang pernah muncul dalam hidup I. Tapi, I kecewa sebab makin lama you macam dah tak sehaluan dengan I. Sokonglah I, Stephy. Kalau tidak, siapa lagi? Banyak benda dalam dunia ni yang boleh I lepaskan tanpa penyesalan. But, not him. Not Fariz, my life saviour."

Nada Hanna mengendur di hujung kata. Kenapa ada batu penghalang antara kebahagian dia dan Fariz? Takdir? Petunjuk yang dia tidak berjodoh?

Stephy menghembuskan nafas panjang. Susahnya nak buat BFFnya ini faham. Sengaja tak nak faham atau apa?

"Suka hati you la Hanna nak kahwin dengan siapa. Kalau you betul-betul yakin yang Fariz lelaki yang paling tepat untuk you habiskan separuh hidup you dengan dia, you boleh teruskan hubungan you. Kalau ada ragu-ragu walau sedikit pun dalam hati you dengan Fariz, fikirlah banyak kali. I tak nak nasib you macam kakak I. Mula-mula je nampak bahagia, tapi ended up stucked in abusive marriage. Perangai bekas abang ipar I sebelum kahwin sama macam Fariz. Sebelum kahwin dah control macam-macam. Suka marah-marah bila ada lelaki yang cuba nak dekat dengan kakak I."

"Jangan samakan kisah hidup I dengan kakak you. Mungkin nampak macam sama, tapi kita tak tahu apa pengakhirannya." Hanna merenung tepat ke anak mata Stephy. Tak sukanya bila Stephy asyik berprasangka buruk.

"Yalah-yalah." Stephy hanya mampu mengiyakan. Parah dah ni cinta mati Hanna terhadap Fariz. Ibarat tembok besar yang teguh dan agak sukar untuk dirobohkan.

Hanna mencedok kek coklat dengan hujung garfu lalu menyuap ke dalam mulut. Manisnya. Tanpa sedar ada kesan tompokan kecil di tepi bibir. Stephy tersenyum kecil.

"Dah besar pun tak reti makan elok-elok ke?" Stephy bergurau. Hanna memberikan jelingan maut.

"Diamlah!" Sisa kek coklat dikesat dengan hujung jari. Bukan dia sorang je yang selalu makan comot. Stephy tu lagilah, kalau makan, berterabur sisa makanan di sekeliling pinggan. Mulut bocor kut.

Telefon pintar Samsung bergetar di permukaan meja. Kedengaran chorus On My Way-Alan Walker menyapa gegendang telinga. Sempat Stephy menjeling mahu melihat siapa gerangan si pemanggil. Namun, muka terus ditarik tatkala melihat nama 'Fariz' terpapar pada skrin telefon Hanna. Huh, kejap lagi kena soal siasat la tu macam biasa.

Panggilan diangkat. Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Fariz. Kadang-kadang penat Hanna mahu menjawab soalan yang sama.

"Kat cafe."

"Kejap lagi Hanna balik. Tak lama pun."

"Tak adalah jauh sangat dari rumah."

Stephy mula menongkat dagu memerhatikan saja Hanna. Tak bosankah asyik diajukan soalan sama tiap-tiap hari? Dia yang mendengarnya pun hampir naik meluat dibuatnya.

"Dengan kawan I la. Mestilah perempuan."

Macam nak tak nak je Hanna membalas.

"Okay, nanti I whatsApp."

Panggilan dihentikan. Stephy angkat kening sebab sekejap sangat sesi soal siasat oleh inspektor tak bertauliah aka Fariz. Kebiasaannya, boleh sampai setengah jam lamanya.

Hanna menghalakan kamera smartphone ke arah Stephy. Sekeping gambar ditangkap.

"Pahal tetiba tangkap gambar I? I cantik sangat ke hari ni?" Stephy mengibas rambut perangnya ke belakang.

"Fariz nak tau dengan siapa I keluar hari ni. So, I ada la bukti yang I keluar dengan you." Laju Hanna menaip pesanan dan terus menghantarnya kepada Fariz. Fariz hanya membalas dengan emoji 'okey'.

"Haih. Bodohnya cinta kan, Hanna? King control, hmm..but the queen still loves him so much." Stephy mengeluh. Penatlah macam ni.

"Dahlah tu. You ni macam dengki sangat dengan tunang I. Bukannya dia buat apa-apa kat you pun kan? Yang bercinta siapa? I kan? Kenapalah yang you pulak melebih terasa? I'm okey with this relationship. So, you should be happy for me for once, my dear Stephanie Lee." Hanna tetap berdegil. Dah dia sangat sayangkan Fariz. Nak buat macam mana. Biarpun satu dunia menghalang, sedikit pun dia tak kisah. Ini kisah hidup dia, bukan mereka. Hanna lebih berhak untuk menentukan apa yang dia mahukan.

"Hanna.." Panggil Stephy lembut. Air mukanya lebih serius daripada tadi.

"Ya... kenapa?" Jawab Hanna dengan nada merajuk.

"You bahagia tak?" Tiba-tiba soalan cepu emas keluar daripada Stephy.

"You nampak I tengah sedih ke sekarang ni?" Sarkastik Hanna membalas. Pelik-pelik ajelah Stephy ni. Tak nampak ke hari-hari dia bahagia?

"Hanna Ayesha binti Abdul Razak.." Kali ini suara Stephy lebih lantang berbanding tadi.

"Buang tebiat ke sebut nama penuh I?" Kerutan terlakar di dahi Hanna saat nama penuhnya diseru.

Stephy memandang sekilas pemandangan di luar cafe. Gerimis hujan datang lagi. Wajahnya kembali teralih ke arah Hanna.

"Janji dengan I yang you akan datang kat I bila ada masalah. Jangan pendam sorang-sorang. Luah je kat I. I don't mind. And promise me you will be happy because you deserve it so much."

Stephy mengeluarkan jari kelengkengnya. Lain macam pula Stephy hari ini. Lebih galau.

"Pahal ni touching semacam?" Hanna naik hairan. Keningnya sebelah terangkat.

"Cepatlah janji dengan I." Stephy memaksa. Jarinya semakin mendekat dengan wajah Hanna. Pantas jarinya dipaut. Kedua ibu jari bergesel.

"Ya I janji la ni."

"I kenal you sebelum Fariz datang dalam hidup you lagi. Sebelum Fariz ada, I sentiasa ada untuk you. But, if only if you and Fariz don't end up together, please come to me. Your best friend will always be there for you 24/7 all time. I could be your shoulder to cry on."

Sejujurnya Hanna sangat tersentuh dengan kata-kata Stephy. Manalah mau cari teman sebaik Stephanie Lee. Perbezaan agama dan adat langsung tidak menjadi penyebab untuk mereka berkawan baik.

Tapi, Hanna bingung. Kenapa Stephy sentimental semacam hari ini? Ini hari istimewakah? Rasanya tak. Hanna cuba mengingati kalau-kalau dia terlupa tentang sesuatu yang amat penting. Hanna mengingat tarikh hari ini. 13 Julai. Ada apa-apa ke dengan tarikh itu? 13 Julai. 13 Julai. Berkali-kali tarikh itu melingkari otak fikirannya. Apa peristiwa penting yang berlaku?

"Hari ni hari apa?" Soal Hanna dalam kebingungan.

Stephy malah berdiam diri. Soalan Hanna dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan. Cuma riak mukanya seperti dalam kerisauan.

Hanna terpandang gerimis di luar cafe. Tadinya yang cuma renyai berubah menjadi lebat. Stephy memandang bagai memberikan satu petunjuk. Hanna dapat menangkap sesuatu yang hampir dia lupakan.Tiap kali hujan turun, memori hitam itu pasti datang menjengah ruang fikiran tanpa diseru.

Oh, patutlah. Itu ke sebab di sebalik kata-kata Stephy? Bagusnya ada yang terlebih risau akan dirinya. Rasa sangat disayangi.

"Stephy, jangan risau. I takkan ulang kesilapan yang sama macam 5 tahun lepas. Waktu itu, I hilang arah. Sekarang, tak." Hanna menyedapkan hati Stephy.

Bulan Julai dan angka 13 berserta langit yang menangis. Kenapa susah sangat bagi Hanna untuk lupa akan kisah itu?

Hanna memerhatikan titisan hujan yang melekap pada dinding kaca cafe.

"Hujan, maaf aku tetap bencimu." Desisnya dalam hati.

****

Berdetak kasut tumit tinggi separas tiga inci menyentuh lantai pusat beli belah. Langkah Hanna dipercepatkan ke arah pintu keluar. Sling bag berona merah cili tergantung elok di bahu kanan. Sesekali tali begnya melorot ke lengan tatkala langkahnya dipercepatkan. Segera dia tarik semula ke atas bahu.

Dia dah lambat. Bukan apa. Fariz ni bukan boleh kalau dia terlambat sedikit. Mulalah nak membebel. Hanna singgah sebentar kat pusat beli belah ni pun hanya semata nak beli Big Apple. Kempunan tiba-tiba. Hari ini dah janji nak pergi ke butik kahwin. Mahu mencuba baju pengantin untuk dipakai masa hari bahagia nanti. Tak sabar Hanna rasa. Dah banyak kali mereka merancang untuk berkahwin namun banyak pancaroba yang muncul. Alasannya, masing-masing belum bersedia dari segi mental dan kewangan.

Sekarang, mereka berdua dah sama-sama bersedia. Hanna sempat mengutuk ayahnya kerana mengenakan hantaran kahwin RM20,000.00. Memang lambatlah mereka kahwin. Kalau rendah lagi, 2 atau 3 tahun lepas mereka sudah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Hujan masih lagi tidak berhenti. Hanna sudah tercegat menunggu di tepi kaki lima. Tiada pun kelibat pacuan empat roda hitam milik Fariz muncul di situ. Argh. Jammed la tu. Tebaknya. Hanna berpeluk tubuh dek kesejukan. Tubuhnya didorong ke belakang sehingga tersandar pada dinding bagi mengelak tempias hujan.

Kuingin engkau menjadi milikku

Aku akan mencintaimu

Menjagamu selama hidupku

Dan aku kan berjanji

Hanya kaulah yang kusayangi

Ku akan setia disini

Menemani

Korus lagu Ku Ingin Kamu dendangan asal kumpulan Romance menusuk corong telinga. Suaranya serak basah diiringi petikan gitar. Gemersik alunannya sayup kedengaran walaupun nyanyian diselangi dengan bunyi hujan. Hanna tercari-cari dari manakah datangnya nyanyian itu. Baru dia perasan lebih kurang 3 meter dari tempat dia berdiri, kelihatan seorang pengemis tersandar pada dinding sambil memetik gitar. Mereka yang lalu lalang sempat memasukkan wang kertas dan syiling ke dalam tin kosong yang sudah berkarat.

Hanna mengorak langkah perlahan ke arah pengemis itu. Namun, lagunya sudah sampai ke rangkap yang terakhir. Alah. Hanna mahu mendengar lagi lagu itu. Dia mendekatkan jaraknya dengan pengemis itu. Bila diamati, memang tak terurus langsung pengemis itu. Rambutnya panjang separas bahu dan berjambang penuh. T-shirt hitamnya pula sudah terkoyak di bahagian bahu.

Hanna menyeluk not RM10 daripada pursenya lalu disumbat ke dalam tin.

"Nyanyilah lagi." Kata Hanna sambil mencangkung di hadapan pengemis itu.

Mata sayu si pengemis merenung tepat ke anak mata Hanna. Di hadapannya seorang wanita yang tidak dikenali tersenyum mungil. Senyumannya tidak dibalas. Hanna pula setia menunggu untuk dia mendendangkan semula lagu tadi. Pengemis itu langsung tidak bersuara.

Not RM10 diseluk lagi. Big Apple juga diletakkan di tepi si pengemis.

"Nyanyilah lagi lagu tadi, wahai hamba Allah yang bersuara emas." Pinta Hanna disulami dengan pujian.

Si pengemis merenung lagi wanita di hadapannya.

"Aku takkan ulang lagu yang sama untuk hari ini." Pengemis itu bersuara. Gitarnya dipetik. Kali ini bukan lagu yang tadi. Lagu Dealova. Belum sempat dia menggerakkan bibir, Hanna laju mencantas.

"Tapi saya nak lagu tadi. Yang baru je tadi awak nyanyi." Hanna berkeras. Geram pula pengemis ni semacam kerek dengan dia.

"Kenapa mesti lagu tu lagi? Aku dah cakap yang dalam sehari aku takkan ulang lagu yang sama." Si pengemis kembali memetik gitar. Benganglah juga dengan perempuan di hadapannya. Dia bukannya radio boleh suka-suka meminta lagu.

"Sebab tu lagu favourite saya."

"Maaf sebab kau bukan orang favourite aku untuk aku nyanyikan lagu favourite kau." Kata pengemis dengan penuh bisa. Tergamam Hanna dibuatnya. Pertama kali dia bertemu dengan pengemis perangai macam ni. Hanna memeluk bungkusan Big Apple semula. Tak jadilah dia mahu sedekahkan makanannya yang sedap ini kepada pengemis itu.

"Big Apple ni aku punya balik."

Pengemis itu tersengih sendiri. Kisah pula dia. Tapi perangai perempuan ini seperti budak kecil yang sedang merajuk dek kerana keinginannya tak dapat dipenuhi.

"Tapi, ingat ye. Awak hutang saya satu lagu. Bila saya jumpa awak balik, awak mesti nyanyikan lagu tu." Hanna mengeluarkan jari telunjuk sebagai amaran.

"Tak mungkinlah kau akan jumpa aku lagi. Aku sama macam pengemis-pengemis lain. Hanya orang asing yang datang dan pergi di hadapan kau." Pengemis itu cuba menidakkan. Betul apa. Dia orang asing bagi perempuan di hadapannya. Dan perempuan itu juga asing bagi dirinya. Tak ada sebab pun untuk mereka bertemu kembali. Andainya mereka berjumpa lagi pun itu tak lebih seperti si pejalan kaki yang tanpa sengaja memberi belas kasihan terhadap si pengemis. Hanya sekadar itu.

"Masih terlalu awal untuk awak meneka. Kita mana tahu apa yang akan terjadi pada hari esok. Mana tahu.."

Bunyi hon panjang memberhentikan percakapan Hanna. Beberapa kali hon ditekan. Sangat bingit. Pelanggan yang baru keluar dari pusat beli belah rasa terganggu. Hanna nampak wajah berang Fariz di sebalik cermin kereta.

Fariz keluar dari kereta sambil memegang sekaki payung. Pintu kereta dihempas kuat. Langkahnya terburu-buru menuju ke arah pengemis itu. Tin kosong yang berisi wang hasil ihsan orang yang lalu lalang disepak sehingga isinya bertaburan di atas lantai. Hanna terpempan dengan perbuatan Fariz. Wajah si pengemis pula tampak tenang. Senyuman sinis dikoyak.

"Fariz! Kenapa dengan you ni?!" Naik suara Hanna dalam kemarahan. Luahan Hanna langsung tidak diendahkan.

"Tak padan pengemis busuk, ada hati nak mengurat perempuan aku!" Melenting suara Fariz memarahi si pengemis. Boleh pulak orang macam dia nak mendekati perempuan secantik Hanna. Secebis zarah pun langsung tak layak.

"Perasan. Perempuan kau yang datang ke arah aku." Pengemis itu membidas. Dia menyandarkan tubuh ke dinding. Dalam hati, habis dia menyumpah dengan perbuatan biadap lelaki itu.

Hanna tidak berkata apa-apa. Langkah dihayun mendekati wang yang bertaburan. Tin kosong berkarat itu digapai. Satu persatu wang kertas dimasukkan semula ke dalam tin. Begitu juga dengan duit syiling. Pengemis itu hanya memerhatikan Hanna.

"Hanna! Stop it! Kenapa you nak kotorkan tangan you? Jom balik dengan I!" Terkejut Fariz melihat Hanna yang tanpa segan mengutip kembali duit yang bertaburan.

"Hanna! Dengar tak ni?"

Laungan Fariz masih tidak diendahkan. Hanna memasamkan mukanya. Tin berkarat itu kembali sarat dengan wang. Berdenting bunyi duit syiling yang memenuhi segenap ruang. Hanna meletakkan tin berkarat di sebelah si pengemis.

"Siapapun awak, saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf." Hanna merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya tanda maaf. Si pengemis dapat melihat anak matanya berair.

Hanna bangun dan laju melangkah menuju ke arah kereta membiarkan dirinya kebasahan. Fariz tidak sempat memayungi Hanna. Lantas dia juga ikut masuk ke dalam kereta. Hanna diam tidak berkutik. Fariz di sebelah pula cuba memujuk. Namun, usahanya gagal. Hanna masih membatu. Wajahnya tampak tersangat kecewa dengan perbuatan Fariz. Fariz menekan pedal minyak. Keretanya menderu laju membelah jalan. Hanna memalingkan wajah dari Fariz membiarkan dia tenggelam sendiri dengan segala kata maafnya.

Kereta diperlahankan kelajuannya dan terhenti di tepi jalan. Susah mahu berbicara dengan Hanna sambil memandu. Jadi tidak fokus.

"Hanna, I'm so sorry okey?"

"Hanna.."

"You patut minta maaf kat pengemis tadi. Bukan dengan I." Hanna tidak berpuas hati. Pantang betul dia melihat golongan seperti itu dilayan sebegitu rupa. Mana belas kasihan Fariz?

"You sendiri tahu kan yang I sangat sangat sayangkan you." Sebenarnya Fariz sedar yang setiap perbuatannya salah. Tetapi, makin lama dia takut Hanna tinggalkan dia. Dia takut kalau ada lelaki yang cuba mendekati Hanna. Dia sangat cemburu. Sebab Hanna miliknya seorang saja.

"If you really love me, treat me as your lover, not something that you owned. Kali ini I mungkin boleh maafkan you. Tapi I tak dapat nak janji pada lain kali. Mungkin lain kali hati I dah beku untuk memaafkan. Kalau saat itu betul-betul berlaku, maknanya hati dan perasaan I untuk you dah mati." Dah lama Hanna ingin meluahkan apa yang dia rasakan selama ini. Selama 5 tahun perhubungan mereka, tak pernah sekali pun dia berkata sejujur ini.

"Did I hurted you, Hanna?"

"Yes and everytime you hurted me, I still acted that I'm okay in front of you. Like nothing happened. I sanggup minta maaf bagi pihak you. Sepanjang lima tahun, pernah tak I tinggalkan you? Kadang I rasa you tak percayakan I. Sekarang, berhenti la anggap yang macam I akan tinggalkan you. Stop with your insecurity."

"I cuma takut kehilangan you. I takut akan ada lelaki lain yang lebih baik dari I muncul dalam hidup you. I nak jadi lelaki yang terbaik untuk you. Cuma I sorang. Faham tak, Hanna?" Fariz pun tidak sedar bila dia bersikap sebegini. Oh, lepas berjumpa dengan ayah Hanna. Dia direndahkan tanpa pengetahuan Hanna. Lagipun, Hanna cukup sempurna. Ramai jejaka yang terkejarkan Hanna. Dibanding dia yang miliki paras rupa biasa-biasa saja.

"Dah lima tahun. Takkan you masih tak percayakan I?"

Fariz tidak tahu membalas apa. Serabutnya.

****

Si pengemis memegang tin berkarat itu. Sesekali dia menggoncangkan tin tersebut. Hari ini rezekinya agak banyak. Dia tak akan lupa dengan perempuan tadi. Langsung tak pandang hina dengan gelandangan sepertinya. Salah tak kalau dia ingin bertemu lagi dengan perempuan itu tadi? Akan dia hadiahkan sebuah lagu untuknya sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga.

Jemari menyentuh tali gitar. Mengingat setiap bait lirik Dealova. Tanpa sedar seorang budak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah memasukkan beberapa keping duit syiling ke dalam tin besi. Si pengemis mengangkat wajah. Terus dia berubah riak.

"Abang Syah!" Jerit budak itu.

"Abang Syah kan?" Dia bagaikan tidak percaya.

Lantas si pengemis mencapai tin tersebut bersama gitar lalu membuka langkah seribu. Walau dia tahu budak itu mengejarnya dan melaung namanya dari jauh, dia buat tak endah. Hinggalah dia hilang jejak, langkahnya terhenti. Tercungap-cungap dia mencari udara.

"Macam mana dia boleh jumpa aku?"

Walaupun tiga tahun sudah berlalu, dia masih kenal dengan wajah itu. Dulunya kelihatan budak mentah tapi yang ini nampak sedikit matang. Kemunculannya mengingatkan kembali tentang masa lalu. Memori hitam di bawah hujan yang sangat sukar untuk dipadamkan.

Bạn cũng có thể thích

S.H.E

Kehidupan seorang anak yatim yang kehilangan keluarganya sejak kecil lagi bukanlah suatu yang mudah. Dia terpaksa menagih kasih daripada keluarga mak ciknya yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Terpaksa belajar apa itu peritnya kehidupan dan mengenal realiti hidup yang tidak pernah dia tempuhi selama ini. Hidup yang ibu bapanya berikan merupakan satu kehidupan yang sempurna, sempurna dari segi kasih sayang dan sempurna dari semua segi keperluan. Kini, sempurna itu tidak lagi wujud dalam hidupnya. Sempurna itu hanya ada di dalam cerita dongeng yang selalu papanya ceritakan dahulu. Kehadiran seorang lelaki membuatkannya menaruh harapan kembali. Mungkin deritanya akan berakhir tidak lama lagi, mungkin hidupnya akan menjadi sempurna semula. Lelaki yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya itu mungkin lelaki yang akan membawakan kesempurnaan itu datang kembali. Namun, benar kata pepatah panas tidak akan berterusan hingga ke petang. Sekali lagi, kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya diragut oleh sepupunya sendiri. Membuatkan dia semakin jauh terjatuh dan akhirnya tidak lagi mahu menaruh harapan kepada kesempurnaan. Dia berserah kepada takdir yang membimbingnya. Takdir hidupnya bersama lelaki yang tidak mengenal erti kasih dan sayang, lelaki yang menganggap hidup adalah satu permainan. Sheena Heather Edward - Sempurna itu tidak pernah wujud dalam hidup manusia. Sempurna hanya wujud dalam hidup syaitan bertopengkan manusia. Mike Jacob - Jangan menaruh harapan untuk dibahagiakan oleh orang lain kerana setiap orang terlalu sibuk untuk membahagiakan diri sendiri. Adam Daniel - Hidup ditentukan oleh pilihan manusia dan cinta tidak menjanjikan kebahagiaan kerana cinta tanpa wang membawa kepada derita selamanya.

TheWhiteButterfly · Thành thị
Không đủ số lượng người đọc
15 Chs