webnovel

Bab 6

Aku masuk ke surau wanita,manakala Tengku Rayyan pula masuk ke surau lelaki.

Selepas 12 minit,aku keluar dan duduk di atas bangku yang disediakan Sementara menunggu Tengku Rayyan habis solat.Aku buka WhatsApp untuk melihat mesej yang masuk.

- Awak, terima kasih ye tolong saya hari tu.

Mesej daripada Zarif.Kawan sekolah menengah dia dulu.Sampai sekarang kami masih berhubung lagi.

Teringat aku,masa dia nak minta pembantu cef.Kebetulan pula aku free masa tu.Jadi,aku tolonglah dia jadi pembantu cef untuk satu hari je.Sebab hari yang aku jadi pembantu cef tu,ade majlis.Dia tak menang tangan.Tu yang minta pembantu cef tu.

+Tak de apa-apalah.Lagi pun saya tolong awak bukan free.Berbayar kan.Hehehe

-Tak cukup.Saya tambah hati saya,nak tak?

Terbuka luas mata aku.Mamat ni kalau nak bagi pickup line tak agak-agak.

"Ehem,siapa WhatsApp awak tu?Buah hati awak ke?"

Aku pandang Tengku Rayyan.Eh,eh,sempat skodeng pula.

"Haah."

Tengku Rayyan nampak kecewaa.

"Awak clash dengan dia boleh?Demi saya.Saya tunggu awak lama tau.Saya sayang awak lebih dulu dari lelaki itu..."

Yelah tu.Tak percaya aku.Aku ni bukan mudah nak beri kepercayaan pada orang.

"Awak ingat kelakar?"

Suka hati dia je nak putuskan oercintaan orang kalau benarlah aku bercinta.Tak ke kejam namanya tu?Nasib baik hati ini tiada siapa miliki lagi.Disebabkan dia sayang Tengku Zati seperti ibu sendiri,dia turutkan apa yang dikehendaki oleh Tengku Zati.

"Tak,saya serius"

"Tapi saya bercinta dah 2 tahun tau.Saya cintakan lelaki ni.Disebabkan mummy lah saya berkahwin dengan awak.Lagi satu,awak ni dah macam pendatang asing yang cuba menceroboh sempadan hati saya yang dah ditakluk orang"

Sengaja aku mengenakan Tengku Rayyan.Dia tau yang Tengku Rayyan memang dah ade pilihan hati.Walaupun perempuan tu datang cakap diorang dah putus pun,aku tak percaya.Mungkin Tengku Rayyan pun macam aku?

"Okey,saya akan buat pasport cinta dan saya akan masuk sempadan hati awak secara sah"

Ni lagi seorang.Nak pickup line pulak.Hek eleh!

"Dah lah.Tak payah nak buat pickup line dekat sini.Kita pergi beli cepat.Before maghrib,kita kena sampai"

Kami beriringan menuju ke kedai yang ingin dituju.Banyak betu barang yang Tengku Rayyan belikan.Kasut,perfume,jam tangan,tudung,alat solek dan sebagainya.Semua Tengku Rayyan pilihkan.Kecuali perfume.Pendek kata dari hujung rambut sampai hujung kaki sempurna pilihan Tengku Rayyan.Agak nya mesti barang ni akan penuh satu bilik.Setakat nak buat hantaran je.Ini beli barang macam untuk setahun pulak aku rasa.

*************

Hari ni,Wafa sekeluarga datang sini.Terujanya aku.Dah lama aku tak jumpa sepupu-sepupu kesayangan aku.Aku bersiap ala kadar.Aku bukannya reti sangat pasal baju pun.Muka dia pun bukan cantik sangat pun.

Tepat pukul 2.10,aku dah sampai di rumah Tengku Zati.Aku pakirkan kereta dan masuk ke dalam rumah.

"Assalammualaikum"

Mesti Wafa yang akan menyambutku.Lebar-lebar senyumanku.Tak sabar nak jumpa sepupuku .Tapi sangkaanku meleset bila yang munculnya,Tengku Rayyan.Terus mati senyumanku.

"Walaikumsalam. Masuklah.Buat apa tercegat dekat luar?Nak saya dukung ke?"

Cepat-cepat aku masuk ke dalam.

"Mana diorang?"

"Maklong,Wafa dengan mummy semua dekat dapur.Haikal dengan paklong pula dekat tingkat atas"

Aku cepat-cepat berlalu dekat dapur.Rindu dah ni.

"Maklong!!!!"

Jerit ku lantas peluk Maklong.Maklong yang ketika itu sedang mengacau lauk terus melatah.

"Oh mak kau jatuh tergolek masuk periuk!Hesy kamu ni kakak.Buatnya Maklong sakit jantung,tak ke Maklong jalan dulu nanti"

Aku peluk Maklong dari belakang.

"Sorrylah.Akak rindu sangat dengan Maklong.Dah lama tak jumpa"

"Hai Kak.Kita ni takde sape nak peluk,nak rindu ke?Yelah.Kita sedar kita sape"

Kedengaran suara Wafa yang merajuk.Tengku Zati yang tengah mengeluarkan kek hanya tersenyum.

Aku sengih.Segera aku memeluk Wafa yang berada bersebelahan denganku.

"Akak rindulah.Siapa kata akak tak rindu?Akak rindu semua"

Wafa mula tersenyum.Aku leraikan pelukanku dan mengahadap Wafa. Maklong dan Tengku Zati pula sambung buat kerje masing-masing.

"Abang Riz jadi tak nak datang sini?"

Soal Wafa sambil sambung mengelap pinggan.Aku pun turut membantunya.Seketika kemudian aku tersengih.

"Lupalah..."

Wafa dah menggeleng kepala melihat perangai ku yang satu ini.

"Dah tu....buat apa lagi dekat sini?Pergilah call Abang Riz tu.Dia pun dua Kali lima je dengan akak"

"Yelah....nak pergilah ni.Takpe ke akak pergi je ni.Pinggan ni macam mana?"

"Takpelah.kan Wafa ade"

"Yelah....Yelah..."

Aku berlalu menuju ke ruang tamu.Tiba-tiba ade suara orang berdehem.Aku berpaling ke punca suara itu.

Nak terlompat jantung aku tengok orang yang telah berdehem tadi.

"Sejak bila awak ade dekat sini?"

"Sejak awak buat Maklong terperanjat lagi"

"Lah....tak naik lagi ke?Ni tempat orang perempuan.Awak patutnya naik atas,sembang dengan paklong dengan Haikal.Bukan duduk kat sini"

"Saya nak bagi tahu awak something.Tapi,awak ni menonong je jalan.Saya nak cakap pun tak sempat"

Aku pula berdehem.

"Cakaplah cepat.Saya nak call Abang Riz ni.Kalau tak die asyik lupa je.Buatnya die tak datang masa hari menikah karang,tiga hari tiga malam saya merajuk"

Panjang lebar pula aku bercakap ni.Tengku Rayyan pula aku tengok macam tengah tahan dari tersenyum je.

Chương tiếp theo