Zhouge Yu merenung tangan tersebut kemudian,baru dia menyambut huluran gadis itu.Lu Xiang Ling tersenyum.Dia duduk di sebelah Zhouge Yu.
"Saya Zhouge Yu"
Lu Xiang Ling mengangguk.
"Awak duduk di mana?Biar saya hantar awak balik.Lagi pun awak tercedera ni.Mesti ibu bapa awak risau"
Ujarnya dengan penuh kerisauan.Zhouge Yu pula hanya merenung dia sahaja.
"Dekat sini ade rumah tumpangan tak?Saya nak berehat dululah"
Lain ditanya,lain pula yang dijawab.
"Ade...tapi jauhlah.Apa kata awak berehat dulu dekat rumah atuk saya"
Tiba-tiba kelibat Su Liang pula yang muncul.Pedangnya terdapat beberapa titisan darah.Dia memandang ke arah Lu Xiang Ling.
"Ha...memandangkan Abang Su dah ade,saya nak tanya ni"
"Apa yang Xiang Ling nak tanya?"
"Macam ni,boleh tak kalau Tuan Muda Zhouge ni duduk di rumah atuk dulu.Lagi pun dia tercederalah.Saya mana ade bawa ubat.Kalau dibiarkan lama-lama luka tu,keadaan Tuan Muda Zhouge makin teruk"
Su Liang terdiam lama.Kemudian dia merenung Zhouge Yu.
"Baiklah.Kita bawa dia ke rumah Tuk Guru.Mari saya tolong papahkan"
Aku cuba mengangkat Zhouge Yu tetapi di halang oleh Su Liang.Zhouge Yu pula hanya diam daripada tadi.
*******
Sampainya kami di sana,Tuk Guru Lu sudah menunggu.
"Kamu berdua ni pergi mana?Ling'er,kamu merayau ye?"
"Mana ade,atuk.Kami tolong Tuan Muda Zhouge lah"
Mata Tuk Guru Lu merenung Zhouge Yu.Mungkin dia pelik kerana ade pemuda yang tidak dikenali duduk di rumahnya.
"Atuk jangan tengok sahaja.Tolonglah saya ni.Tuan Muda Zhouge tercederalah"
Rungut Lu Xiang Lin.
"Masuk dalam dulu.Letakkan dia di dalam bilik tetamu"
Arah Tuk Guru Lu.Lu Xiang Lin dan Su Liang memapah Zhouge Yu memasuki ke dalam bilik tetamu.
"Abang keluar dulu ye nak tolong Tuk Guru mengambil ubat dan air"
Ujar Su Liang lalu berlalu pergi.Lu Xiang Lin duduk di sebelah Zhouge Yu yang sedang duduk di atas katil tetamu.Lu Xiang Lin membuka ikatan kain yang diikat di bahu tempat Zhouge Yu ditikam.
Tak lama kemudian muncul Tuk Guru Lu dan Su Liang.Di tangan Tuk Guru Lu terdapat sebekas ubat manakala di tangan Su Liang terdapat sebesen air dan baju lelaki yang bersih.
"Lin'er,apa kata kamu keluar dulu.Biar atuk dengan Su Liang yang merawat Tuan Muda Zhouge"
Ujar Tuk Guru Lu.Lu Xiang Lin mengangguk.Dia berlalu keluar.Sebelum itu,sempat lagi dia memandang Zhouge Yu.Dia terkedu apabila yang Zhouge Yu turut memandangnya.Dia keluar dari bilik tetamu cepat-cepat.
"Fuh...Nasib baik atuk dengan Abang Su tak nampak.Kalau tak malu aku sebab pandang anak lelaki orang.Mesti Abang Su mesti gelakkan aku"
******
Sedang Lu Xian Lin menyiram pokok bunga tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu suara garau.Terhenti tangannya dari menyiram bunga.
"Awak tengah buat apa tu?"
Lu Xiang Lin mengurut dada.Rupanya Zhouge Yu.Aku memandangnya.Kemudian sambung menyiram pokok bunga balik.
"Saya tengah minum teh.Awak nak?"
Berkerut muka dia.Tulah,dah tahu orang tengah siram bunga lagi ditanya.
"Tapi awak bukan minum teh pun"
Lu Xiang Lin mengeluh.
"Awak ni memang tak faham ke atau pura-pura tak faham.Saya tengah siram pokoklah.Awak dah nampak pun nak ditanya.Kalau saya bagi awak minum betul-betul karang kecoh pulak.Bagi anak orang air yang dicampur dengan tanah"
Sempat lagi Lu Xiang Lin membebel.Zhouge tersengih.Dia tahu,tapi dia pura-pura tanya.Dia sahaja nak bermesra dengan gadis itu.
"Apa senyum-senyum.Perlilah tu"
"Taklah.Saya tak pernah dengar lagi orang membebel dengan saya"
Lu Xiang Lin mengerutkan dahi.
"Ai....takkan tak pernah kut.Atuk aku hari-hari membebel dekat aku.Takkanlah ibu bapa dia tak pernah membebel kut.Atuk pun kena ikut jejak ibu bapa dia.Lepas ni takdelah atuk selalu membebel"
Ujarnya perlahan tapi dapat didengari oleh Zhouge Yu.Dia ketawa.Hatinya cukup terhibur dengan gadis ini.