webnovel

Bab 22

"Burrr!!!! Sejuknya! Burrr!!! Sejuk!" menggigil tubuh lepas keluar dari bilik air. Mandi time subuh memang azablah. Sejuknya tak terkata. Air tu pula disambung dari saluran air perigi. Sejuk gila! Nak rasa? Meh datang sini.

Aku terus berlalu ke bilik untuk menukar baju. Almari pakaian dibuka. Baju kurung! Baju kurung! Baju kurung! Keluhku.

"Kak, apesal tak siap lagi ni? Orang dah nak pergi dah ni." Tegur Yana bila melihat kakaknya masih tercegat depan almari dengan baju tidur yang sama di badan. Yana sedang menempek bedak Johnson Baby pada muka.

"Kalau akak tak pergi boleh?" aku membuat muka comel.

Yana menggeleng. "Jangan nak mengada-ngada. Tembak kang hilang kepala." Ugutnya.

Uiks, expert dah budak-budak zaman sekarang ni. Bukan main lagi nak tembak kakak sendiri. Tak sayang nyawa ke? Nak sangat hidup dalam penjara?

"Berani kau nak tembak akak? Akak benam kepala kau dalam perigi baru tau. Biar menggelupur lemas! Tak pun akak sumbatkan kau dalam reban ayam opah, biar kau jadi ayam. Baru namanya anak ayam!" balasku tidak mengalah.

Yana tergelak sakan. Adoilah! Pagi-pagi dah buat lawak akak aku ni. Nasib baik tak makan lagi, kalau tak muntah hijau sebab banyak gelak. Puncanya dari lawak kakak sendiri!

"Dah la. Akak pakai aje la baju kurung tu. Apa susah? Baru nampak cun. Kan dah nak tunang. Kenalah biasakan diri dengan baju kurung. Nanti Abang Farhan tengok confirm cair." usik Yana sambil menggesel tubuhnya dengan tubuhku.

Aku membuat aksi geli. "Eh! Kau ni nak ganti kucing miang kat sebelah rumah kita tu ke?" sindirku.

Yana ketawa mengekek-kekek. Aku yang tak tahan tengok Yana ketawa terus tergelak. Dah sama-sama gelak pagi-pagi buta ni.

"Yana! Maira! Kenapa gelak-gelak tu? Dah siap ke belum tu? Nak gerak dah ni. Cepat!" jerit mama diluar.

Kami menekup mulut. Alamak! Terkuat pula suara tadi. Mesti mama pelik. Anak-anak berubah jadi pontianak mengilai! Azan pun belum lagi. Syaitan berkeliaran.

Aku tanpa banyak cakap terus menyambar sepasang baju kurung lalu disarung pada badan. Yana telah siap dengan telekung. Kainnya pula dimasuk dalam beg untuk dipakai dalam surau nanti. Aku mengenakan tudung putih di kepala sebelum menyembur minyak wangi di badan. Semerbak bau strawberi dalam bilik ni! Yana menyakatku lagi. Aku menjelirkan lidah. Jeles la tu!

Pintu rumah dikunci abah sebelum sama-sama bergerak ke Surau As-Syakirin yang terletak di sebelah dewan serbaguna kampung ini. Angin subuh menampar lembut pada wajah membuatkan aku kesejukan biarpun sudah ditutupi dengan telekung. Tangan berasa sejuk di sebalik telekung putih bersulam benang hijau bercorak bunga kecil di bahagian bawah.

"Akak kenapa?" soal Yana.

"Sejuk." Balasku pendek. Yana tidak bertanya lagi. Masing-masing diam. Sedang berjalan, terasa lain sangat dengan selipar yang kupakai. Langkah dihentikan. Segera aku menundukkan kepala.

"Alamak! Masak macam ni. Dah nak putus la pulak." Gumamku sambil menelek selipar Roxy di kaki. Tampak tali selipar akan putus tak lama lagi. Ni pergi je dah jadi macam ni. Kalau balik kang aku rasa putus terus. Surau dengan rumah opah jauh la pulak. Apesal aku boleh tak perasan selipar ni nak tanggal? Omelku.

"Orang jalan pandang depan. Bukan pandang tar. Perangai macam nilah yang boleh menjadi punca kemalangan jalan raya." Sindiran pedas cukup membuatkan aku kenal gerangan siapa yang bercakap. Pantas wajah diangkat memandang ke arahnya yang berada dua langkah di belakang.

"Kalau tak tahu jangan nak menuduh melulu." Bidasku geram.

"Aku tak tuduh tapi bercakap mengikut keadaan yang sebenar. Contohnya macam situasi sekarang. Disebabkan kau asyik menunduk dan posisi kau sekarang berada di tengah-tengah jalan tanpa menoleh kiri dan kanan bakal mencetuskan sesuatu contohnya... kemalangan." Terang Farhan bersahaja. Tangan kiri disimpan dalam poket seluar hitam. Baju Melayu hijau muda yang dipakai membuatkan Farhan nampak hensem. Oh tidak! Kau memang patut beli speck Mai. Desis hatiku.

Aku memandang jalan sebelum mengangkat kepala pandang kiri dan kanan. Haah la! Aku kat tengah jalan raya. Macam mana aku boleh tak nampak? Uish, kalau ada kereta tadi agaknya aku sudah disembahyangkan kat surau sekarang.

"Kenapa? Anak hilang?" perlinya lagi.

Aku menjeling tajam. Kurang asam betul! Sempat lagi perli aku. Anak hilang? Kahwin pun belum nak kata anak.

"Sibuklah kau!"

Aku terus berjalan meninggalkan dirinya di belakang. Lantak kaulah nak bebel ke nak apa ke kat belakang. Yang penting aku gerak dulu! Tak sanggup dekat dengan dia woo. Jantung berdebar je! Langkah terpaksa diperlahankan agar tali selipar tak terputus. Ya Allah, janganlah selipar ni putus lagi.

Farhan membuntutiku dari belakang. Dia terlambat untuk bergerak bersama-sama dengan mama dan papa, Aina serta Fareez kerana 'tuntutan alam' yang perlu dibereskan. Nasib baik dia sempat keluar dari rumah opah, jikalau tidak pasti dia dikunci dalam rumah itu.

'Itulah Han. Makan semalam tak hingat dunia. Sedap sangat agaknya lauk yang opah masak tu. Sekarang memang padan muka. Pagi-pagi buta dah kena bereskan 'hajat' lepas tu bertekak dengan minah senget ni,' kutuk hatinya.

Melihatkan gadis di hadapannya membuatkan dia simpati. Keluhan dilepaskan sebelum melajukan langkah ke sebelah Humairah.

"Tanggalkan selipar tu," arah Farhan.

Aku yang sedang berusaha untuk sampai ke surau terkejut. Huh! Nasib baik tak ada sakit jantung. Yang dia apehal tiba-tiba berdiri sebelah aku?

"Jangan dekat-dekat boleh tak?" bengangku. Aku cuba menjauhkan diri darinya tapi Farhan mendekatiku. Aku hairan. Apa mamat ni nak? Farhan buat muka selamba.

"Tanggalkan selipar tu." Ucapnya lagi.

Aku mengerutkan dahi. "Apesal pulak? Hey, dengar sini ea! Walaupun selipar aku ni tinggal nyawa-nyawa ikan, tapi ia masih boleh digunakan tau!" yakinku.

Serentak itu tali selipar Roxy terputus. Aku terlopong. Tali terputus? Berlubang seliparku di bahagian tengah. My lovely Roxy?? Oh noooooooo.....!!!!!!

Farhan di sebelah tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh. "Masih boleh digunakan lagi ke cik adik?" perlinya.

Aku menggigit bibir. Malu! Kurang asam betul mamat ni. Sempat lagi perli. Tulah Mai. Kau confident sangat. Kan dah tercabut terus! Depan mamat berlagak pulak tu. Getus hatiku. Huwaaaggghhhhh! Malu yang amat sangat!

Melihatkan gadis itu tidak menjawab pertanyaannya membuatkan Farhan masih mahu mengusik, "Aik? Dah tak ada suara nak cakap? Selipar putus terus jadi bisu?"

Aku memalingkan wajah. Benci tau! Sudah sudah la nak kenakan aku! Rasa macam nak tampar je mulut ni. Mulut takde insurans. Me and my big mouth! Sekarang aku nak mogok! Tak nak cakap dengan orang yang dah buat aku malu. Hmmph!

Farhan menyembunyikan senyuman. Rasa nak tergelak pun ada tengok minah senget ni. Hailah... tadi penuh confident dia cakap. Sekarang muka monyok je. Terus bisu! Merajuk ke? Tapi kalau diikutkan minah senget ni jenis hati keras, rock kapak. Mana layan jiwang-jiwang like merajuk kan? Telah Farhan.

Aku terus mengambil selipar dan tali yang terputus dengan tangan. Kemudian aku terus berjalan menghala ke surau yang kurang dari 300 meter di hadapan. Jalan berkaki ayam! Tadi aku cakap Yana anak ayam, sekarang aku pula yang berkaki ayam! Ini yang orang kata makan tuan. Kena balik pada diri sendiri.

Terbit perasaan kasihan dan simpati pada Humairah yang perlahan-lahan berjalan di depan. Farhan, kenapa kau tiba-tiba lembut hati? Bukankah selama ini kau benci dengan Humairah? Tidak ingatkah engkau pada kejadian masa di sekolah dulu? Pelajar itulah yang melemparkan duit padamu? Pelajar itulah yang didenda oleh kau kerana kelewatannya menghadirkan diri di stadium. Dan pelajar itulah yang membuatkan kau terlibat dalam perjanjian ini. hati Farhan berbicara sesama sendiri.

Farhan keliru. Farhan pening. Farhan buntu.

Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang. Pertunangan itu bakal berlangsung esok. Hanya orang-orang terdekat saja yang tahu. Dia tidak mahu perkara ini dihebohkan. Dan dia juga tidak sukakan populariti. Pandangan dilontar pada Humairah yang jauh ke depan bersama selipar putus ditangan. Bersama keluhan dia berlari kepada gadis itu.

Aku terkejut tatkala Farhan berada di sebelah. Mamat ni memang suka buat aku terperanjat la! Aku sepak kang sampai ke bintang kau nanti. Dah lah jauh kena tinggal dengan keluarga. Yana mesti tercari-cari mana aku. Opah mesti susah hati. Tapi surau tu dah nak dekat kan? Tak apalah. Nanti aku cerita pada mereka.

"Pakai sandal aku ni." Farhan menanggalkan sandal ADIDAS miliknya lalu diletak di hadapanku membuatkan aku tergamam. Tak sangka. Terkedu aku seketika. Langkah dihentikan serta merta.

"Kau ni kan me...." pintas Farhan memotong percakapanku.

"Aku dah biasa jalan guna kaki ayam. Kau tu dah ada wudu'. Nanti terpijak apa-apa macam najis kan susah? Kalau terkena kaki boleh juga basuh tapi kalau terkena kain macam mana? Sanggup cuci kain kat surau?" Farhan mula berceramah. Suaranya yang lembut membuatkan hatiku cair. Kenapa? Kenapa pagi ni dia nampak lain?

Aku terpempan. Masih lagi merenung sandal itu dengan perasaan yang bercampur baur. Farhan memalingkan wajah ke tempat lain seraya mengeluh. Tengok tu. Degil! Orang dah bagi tak nak pulak! Jual mahal. Minah senget memang tak lari dengan perkataan degil.

"Pakai!" baruku dengar suara Farhan yang tegas hari ini. Rasa rindu pula dengan suara dia kat sekolah. Haish, nampaknya kau kena check telinga pulak Mai! Dengan perasaan malu, teragak-agak aku menyarungkan kaki pada sandal miliknya. Farhan tersenyum puas.

"Dah jom. Nanti lambat nak solat." Farhan mengajakku ke surau. Aku mengangguk perlahan. Malu nak angkat muka pandang wajah orang sebelah. Sudahnya kami sama-sama memasuki pintu pagar surau As-Syakirin.

Satu persoalan yang muncul dalam benak fikiran. Kenapa dia baik sangat hari ni?

***

Kami sama-sama beransur keluar dari surau setelah selesai tazkirah pagi dari Imam Khalid. Banyak yang aku pelajari hari ini. Tadi Imam Khalid ada menerangkan tentang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Dia kata anak-anak zaman sekarang sudah jauh dari agama. Pergaulan bebas merata-rata. Jangan tengok kat kota raya aje. Kat kawasan kampung pun sudah berlaku. Malah ini bagaikan satu ikutan. Anak-anak muda sekarang sudah lupa tentang solat, lupa baca al-quran, lupa menjaga adab dengan ibu bapa malah orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka mementingakan duniawi dari akhirat. Bayangkanlah, sedangkan ibu bapa yang membesarkannya tidak dihormati bagaimana pula dengan Allah SWT yang menciptanya? Bagaimanakah dengan rasul yang wajib kita turuti segala perintah dan sunnahnya? Selalu saja kita menyebut tentang rukun islam dan rukun iman. Dalam rukun iman kita selalu menyebut percaya kepada Allah dan percaya kepada rasul. Mana hilangnya kepercayaan kita? Kita cakap saja percaya tapi adakah kita laksanakan? Inilah yang dinamakan bukan muslim sejati. Perkataan muslim itu hanya pada kad pengenalan diri tapi bukan hati. Imam Khalid sempat menegaskan sesuatu sebelum kami bersurai.

"Kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Banyak lakukan solat taubat, melazimi zikir, baca al-quran dan amal kebaikan yang lain kerana kita tidak tahu bilakah nyawa kita akan diambil. Orang yang mengatakan dirinya tidak berdosa adalah seseorang yang terlalu banyak dosanya dengan Allah sebenarnya. Jadi perbaiki diri kita dan selami hati kita. Tepuk dada tanya selera. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua."

"Kak, selipar akak mana?" pertanyaan Yana menyedarkan aku dari lamunan. Selipar ADIDAS milik Farhan tersedia di anak tangga. Takkan nak pakai sandal dia lagi kut?

Suara-suara yang dikenali sudah pun kedengaran. Pantas kami memusingkan kepala. Tampak Imam Khalid rancak berbual dengan Farhan. Sesekali mereka ketawa.

"Lama sudah pakcik tak jumpa kamu. Dah besar panjang rupanya. Makin kacak." Imam Khalid ketawa.

Farhan tertunduk malu. "Tak adalah, pakcik. Biasa-biasa aje saya ni."

Imam Khalid ketawa lagi. "Eh! Pakcik ingat dulu masa kecil kamu selalu bersama dengan seorang budak lelaki. Mana dia sekarang?"

"Oh, tu Izuan. Dia akan datang sini hari ni. Nanti bolehlah saya bawa jumpa pakcik nanti."

"Yelah. Jangan lupa. Pakcik tunggu di rumah." Imam Khalid berkata. Dia bersalaman dengan Farhan dan Fareez sebelum bergerak meninggalkan surau. Sempat dia berbalas senyuman dengan kami dua dara.

"Eh, kenapa tak balik lagi?" tegur Fareez ramah.

"Selipar Kak Maira hilang." Yana menjawab bagi pihakku.

"Hah?! Hilang? Macam mana boleh hilang?" Fareez menggaru kepala. Yana mengangkat bahu. Aku membisu. Nak cakap perkara sebenar tapi malulah pulak. Adik dia ada sekali. Nanti lebih-lebih pula adik Farhan ni kang.

"Habis tu macam mana nak balik?" soal Fareez lagi.

Kali ini kami berdua serentak mengangkat bahu. Pecah tawa Fareez. Farhan tersenyum.

"Balik je la. Nak buat macam mana. Dah kena curi." Sengaja aku menyebut perkataan curi bagi mengaburi mata mereka semua. Farhan tersenyum sinis.

"Pakai je la sandal tu. Bukan kena samak pun."

Aku mulai gelisah. Pandangan Yana dan Fareez bersilih ganti buat aku rasa nak terkencing. Janganlah dia orang syak yang bukan-bukan!

"Balik dulu. Jom, Yana." Cepat aku menarik tangan Yana lalu berjalan laju meninggalkan jejaka berdua. Kalau duduk situ lama lagi, pasti Farhan akan membongkarkan rahsia. Huwaahhhh! Aku dah la malu dengan kes subuh tadi.

Fareez menghantar mereka dengan pandangan tak mengerti. "Pelik betul dia orang ni."

Farhan ketawa kecil sebelum menyarungkan sandal miliknya yang diberi pinjam pada Humairah awal pagi tadi. Kemudian mereka sama-sama berjalan sebelum terdengar Fareez berleter.

"Dia orang ni kan kalau dah minum air dalam plastik bukan nak buang dalam tong sampah. Suka buang sampah merata-rata. Dia orang tak tahu ke sekarang ni kita tengah lancarkan bumi hijau?" bebelnya sebelum mengutip sampah sarap yang bersepah di pintu pagar surau.

Farhan menggeleng sambil tersenyum. Tangan diseluk dalam poket seluar. Adiknya itu memang jenis pembersih. Matanya cukup anti bila nampak benda bersepah dan banyak sampah terutama dalam rumah dan bilik tidur. Memang berleterlah dia sampai penat! Kalah mama. Mama pun boleh pencen kalau macam tu.

Fareez berjalan ke arah tong sampah berwarna hitam sebelum membuka penutup. Saat dia mahu membuang sampah dalam tong yang berada dalam genggaman tangannya, matanya tertacap pada sesuatu yang amat dikenalinya.

"Eh, ni bukan ke... selipar... Kak Humairah???" Fareez tercengang.

***

PINTU premis Seven Eleven ditolak ke dalam. Tempat yang dituju ialah bahagian air. Tekaknya sudah kehausan bagaikan berpuasa satu hari walhal dia baru saja meneguk air di rumah. Air ini dibeli untuk bawa bekal ke kampung. Selepas ambil dua botol air 100% plus, dia bergerak ke arah tempat menjual makanan ringan. Satu keropok twisties diambil sebelum berjalan ke kaunter pembayaran.

Sedang kakak kaunter itu mengira barangnya, seseorang datang dari arah belakang lalu meletakkan botol air mineral bersebelahan dengan barang miliknya.

"Dik, kira saya punya sekali ya?" kata pemuda itu. Kakak kaunter itu mengangguk lalu meminta dia bersabar.

Budak perempuan itu tersentak. Apa kes main rapat-rapat dengan orang ni? Dah tu tak reti nak bersabar? Main redah je. Ikut queue la! Gelojoh betul! Bebelnya dalam hati.

Pemuda itu baru tersedar badannya begitu rapat dengan gadis di sebelahnya itu. Segera dia menjauhkan diri.

"Sorry, miss." Ujarnya seikhlas hati.

"Hmm," budak perempuan itu bersuara dingin. Wajahnya tidak menoleh langsung kepada jejaka itu. Hanya statik di depan.

Pemuda itu dapat rasakan yang gadis itu seakan dingin dengannya. Dia tidak kisah asalkan dia sudah memohon maaf tadi. Salahnya juga kerana nak cepat sehingga melanggar tubuh orang dan barisan.

"Semua sekali RM5.80, cik." Kata kakak kaunter itu.

Budak perempuan itu segera mengeluarkan purse dari poket seluar. Lantas dia mengeluarkan wang seperti yang dinyatakan. Pemuda di sebelah melihat saja lagak gadis itu. Wajah gadis itu tidak dapat dilihat melalui matanya kerana gadis itu membelakanginya. Namun matanya dapat mengesan sesuatu. Sesuatu yang bisa membuat jantungnya berdegup lebih kencang dari biasa. Sesuatu yang tak terduga! Sepotong gambar yang dipotong empat segi tersisip kemas di dalam purse hitam milik gadis itu ditenung lama. Gambar seorang gadis sedang tersenyum manis sambil membuat peace. Gadis yang cuba dicarinya selama ini setelah hampir lima tahun dan orang itu ada disebelahnya sekarang. Bukan mimpi tapi realiti! Wajah yang membuat tidur malamnya terganggu. Wajah yang dirindui...

"Aliyah?"

Chương tiếp theo