webnovel

Bab 26

"..tapi, kenapa semua ni terjadi pada Zahra?...dan, kenapa sekarang? Sedangkan sebelum ini tak pernah sekalipun dia kena seteruk ni…Cuma setakat mimpi tu saja… kenapa sekarang sampaikan pengsan? Apa sebenarnya yang terjadi pada Zahra? Sekurang-kurangnya, biarlah aku tahu sikit pasal hal ni." Nadanya kedengaran lebih cemas dari biasa.

"…." Dari menjawab, lelaki itu kelihatan mendiamkan diri sambil memikirkan sesuatu.

"Tuanku?" asing dari sifat kebiasaannya, Tiung bersuara walaupun pada mulanya kelihatan agak ragu-ragu.

"Kenapa Tiung?" ternyata kelakuannya menarik perhatian lelaki itu.

"Maafkan hamba, Tuanku…tapi, hamba; pacar yang hina ini berasa lebih baik jikalau kita berterus terang sahaja kepada lelaki ini andai kita ingin berkerja sama dengan dia." Sengaja diperlahankan suaranya selari mendekati telinga lelaki itu dengan nada agak berbisik.

"Maksud kau?"

"Untuk dapatkan kepercayaan yang sepenuhnya dan elakkan dari prasangka; tuanku." Sambungnya; masih menunduk.

"…."

"?!?!" dengan tiba-tiba, lelaki itu berpaling ke arah Tiung dengan reaksi yang agak berbeza dari awalnya.

"Tuanku? Hamba minta maaf…hamba Cuma…?!?!" cuak dengan reaksi lelaki itu secara tiba-tiba, Tiung mula panic.

"Hahaha! Syabas, Tiung!"

"Eh? Tuanku?" sekali lagi Tiung terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba tertawa besar; menarik perhatian Qhalif yang juga pelik dengan kelakuannya.

"Ini kali pertama kau berikan aku akal yang bernas, Tiung! Aku bangga dengan kau!"

"Tuanku…" bagai tersentuh dengan kata-katanya, Tiung sekali lagi menundukkan kepalanya dengan perasaan bercampur baur.

"…" Qhalif yang dari tadi tercongok disitu hanya terdiam menyaksikan adegan itu tanpa sebarang suara.

"Baiklah, Qhalif; sebagaimana yang diusulkan Tiung tadi, beta juga bersependapat dengannya…memandangkan kami ingin kamu bekerjasama dengan kami. Aku akan beritahu kau serba sedikit perihal rahsia ini; tapi , sekadar yang perlu kau tahu saja."

"Itu sudah cukup baik…"

"Sebenarnya…." Lelaki itu menarik nafas panjang sebelum mula menceritakan kisahnya.

"Jadi… Zahra tu…. Keturunan kau dan… Kiambang?" selesai saja lelaki itu mengabiskan kisahnya, Qhalif mulai bersuara dengan nada agak lantang.

"Ya… Tuanku sengaja membiarkan hulubalang Merah untuk membawa Kiambang keluar dari istana itu sebagai langkah melindunginya… dan pastikan dia selamat melahirkan."

"Melin…dungi? …tapi, dari apa?"

"…" Tiung mendiamkan diri sambil tertunduk; tak ada tanda yang dia akan menjawab soalan Qhalif tadi.

"Dari aku…"

"?!?!" secara spontan, Qhalif mengalihkan pandangannya kepada lelaki yang mengaku dirinya raja Siung itu dengan pandangan tak percaya; sambil mata lelaki itu melekap pada Zahra yang kelihatannya masih terlena itu.

Beberapa minit kemudian;

"Qhalif, kita dah sampaikah? Eh?" dengan matanya masih terasa berat, kupaksakan buka juga selari beberapa kali menggesek-gesekkan mataku lagi. Kulihat tempat duduk pemandu kini kosong dan tak ada tanda Qhalif langsung disitu.

'Kemana pula mamat ni pergi? Takkanlah dia tinggalkan aku macam tu saja?' dengan tak semena-mena, aku jadi panic dengan keadaan itu; lantas mula hendak keluar dari situ.

"AH!" terkejut dengan kelibat berwajah hitam legam dengan bermata merah darah yang tiba-tiba menjenguk di cermin pintu sebelah pemandu, meremang bulu romaku dengan pemandangan itu.

'Apa….apa benda tu? Kenapa dia pandang aku? Mana Qhalif?' aku menjadi panic dengan serta-merta selari mataku masih padanya walaupun aku masih berasa takut.

"?!?!" sekali lagi darahku berderau apabil tiba-tiba makhluk itu tersenyum sehingga menampakkan dua batang suing di kiri dan kanan mulutnya.

'Kenapa dia tengok aku macam tu? Qhalif! Tolong aku!'

"?!?!" dengan spontan, aku cuba membuka pintu sebelah ku, tapi ternyata cubaanku sia-sia.

'Terkunci? Kenapa tak boleh buka ni? Bukan sepatutnya kereta ni boleh buka dari dalam? Kenapa?'

"!"

'Eh? Kenapa aku tak ada suara ni? Apa yang jadi sebenarnya ni?'

"!!???!" sekali agi aku mencuba untuk bersuara tapi, langsung tak ada bunyi yang keluar dari peti suaraku; membuatkan aku makin panic dengan keadaan itu, selari masih mencuba untuk membuka pintu itu sambil beberapa kali mengetuk tingkap, meminta tolong dari luar; beberapa kali aku menjeling ke arah kelibat tadi yang masih setia menunggu disitu sejak tadi.

"Tolong! Qhalif, Tolong!"

"Zahra? Wey! Bangun! "

"?!?!?" tanpa berfikir panjang, Zahra terus mendakap Qhalif dengan perasaan takut yang membuak-buak sejak tadi; membuatkan lelaki itu terkedu seketika.

"Z…Zahra, kau kenapa ni?"

"Qhalif, kenapa kau tinggalkan aku? Aku takut…" tanpa bergerak dari posisi tadi, Zahra bersuara lagi dengan nada sedikit bergetar.

"?!?!..Er…sorry…tadi aku tak nak kacu kau tengah tidur…itu yang aku tinggalkan kau."

"Janji dengan aku, kau jangan tinggalkan aku lagi, okay? Aku takut kalau dia datang lagi…"

'Eh? Kenapa dia nampak takut sangat tadi? Kali ni terukkah mimpi dia tu?' sempat lagi Qhalif bermonolog selari cuba mengawal perasaannya sendiri untuk kekal tenang.

"Di…a? kau cakap pasal siapa? Tak ada orang dekat sini, Zahra…."

"Apa maksud kau? Tu…eh?" matanya terbeliak selari tangannya yang tadi menunjuk ke arah pintu pemandu terhenti.

"Aku tak tipu kau, kan? Memang tak ada sesiapapun disitu, Zahra."

"Sumpah, Qhal; aku nampak dia…aku tak tahu siapa atau apa, tapi; aku tahu aku nampak dia…mata dia merah, muka dia hitam…gigi dia…bersiung panjang…lama dia tenung aku, Qhal…aku tak boleh bersuara langsung tadi…aku cuba jerit, tapi…aku macam hilang daya langsung untuk bersuara… pintu kereta pun terkunci..aku takut sangat tadi, Qhal."

"Okay…aku faham…maaf sebab tinggalkan kau tadi; aku janji, lepas ni aku akan sentiasa ada dengan kau, okay? Jangan kau takut lagi.."

"Janji?" lengannya masih dipegang erat Zahra dari tadi; ternyata perasaan takutnya tadi masih ada.

"Ya…aku janji; tapi, kau pun kena selalu berterus terang dengan aku dan dengar pesan aku, boleh?" sebaris senyuman kelat diberikan pada gadis itu cuba untuk menenangkan panic diwajahnya; ternyata percubaannya itu berhasil sedikit apabila dia kini kelihatan lebih tenang dari tadi.

"O..kay."

"Dah, jom aku hantar kau ke bilik…kejap lagi Fatin dan yang lain baliklah tu.."

"Qhal, jangan tinggalkan aku sorang-sorang…"

"Yalah…kita duduk di pantry tu dulu sementara nak tunggu yang lain, okay?"

"Baiklah...; terima kasih."

'Kunci? Bila masa pula aku kunci kereta ni? Lagipun, dari tadi aku ada diluar kereta ni saja…mungkin Zahra hanya mengigau…' detik hati lelaki itu selari menutup pintu kereta sebelum menguncinya.

Chương tiếp theo