webnovel

Bab 18

'Apahal dia ni duk tenung aku dari tadi? Ada yang tak kena dengan muka akukah? Er…rasa kekok pula kena perhati depan-depan ni…' aku hampir tersedak buat beberapa kali apabila menyedari perbuatan rakan baikku ini sejak tadi.

"Qhalif…" aku bersuara perlahan selari menarik nafas yang terasa makin berat sambil menggagahkan hati untuk mengangkat kepala untuk bertentangan mata dengannya.

"Hmm?"

"Can you stop that?"

"Stop what?" lagaknya yang selamba membuatkan hatiku terasa sedikit bengang dengan reaksinya itu.

"Kenapa kau dari tadi perhatikan aku? Ada apa-apa dimuka akukah? Ataupun ada benda yang kau nak cakapkan dengan aku?" aku mengangkat kening sambil memberikannya pandangan skeptikal.

"Eh? Er…" Qhalif menjadi kaku apabila ditanya sebegitu secara mengejut dan tiba-tiba.

'Dia…perasan? Argh.. mestilah dia perasan, bengong! Kau tenung dia macam nak telan; depan-depan pula tu? How can you be so obviously dumb, Qhalif?' dia memarahi dirinya sendiri dalam hati selari cuba menahan reaksi diwajahnya supaya tak terlihat oleh Zahra yang duduk dihadapannya itu.

"Qhalif? Kau…ada benda yang kau nak cakapkan?"

"Well…?!?!? Ah…actually, yes…" sambil melarikan pandangan dari rakan karib merangkap gadis pujaannya itu, dia cuba menyusun ayat dalam kepala; lantas mendapat akal.

"Kau nak cakap pasal apa?"

"Kalau aku cakap… aku minta supaya kau jangan marah, boleh?" masih kelihatan berhati-hati dengan ayat yang keluar dari mulutnya, Qhalif mengangkat keningnya dengan perasaan ragu-ragu.

"Eh? Kenapa macam… kau tiru ayat aku tadi?" sebaris senyuman sinis terbentuk dibibir Zahra; sambil mengangkat keningnya.

"Zahra." Nada tegas dalam suara Qhalif membuatkan Zahra mematikan niatnya untuk mengusik tadi.

"Okay…aku akan cuba…tapi, aku tak boleh janji."

"That's good enough…."

"So? Apa yang bunyi macam penting sangat tu?"

"Lelaki yang kau jumpa hari tu…"

"Le…la..ki?"

"Qhalif! Baru dua kali kau berjumpa dengan dia, macam mana kau boleh tahu sama adadia tu ada niat jahat dengan aku ataupun tidak?" permintaan Qhalif tadi ternyata agak keterlaluan ditelingaku ketika ini.

"See? Aku dah agak…kau takkan terima kalau aku cakap pasal dia, kan? Dari awal lagi kau memang minat dengan dia, betul tak? Dari cara kau pandang dan respon dengan dia pun, aku boleh tahu; Zahra…"

'Kenapa Qhalif nampak macam sentap sangat ni? Takkanlah dia masih tak puas hati dengan Encik Mikael tu?' fikiranku mulai dipenuhi dengan persoalan yang mungkin menyebabkan lelaki ini bereaksi sebegini.

"Ap… apa kena semua ni dengan cara aku pandang dia, Qhalif?" aku cuba menafsirkan apa yang cuba disampaikan rakanku ini.

"…" Dari menjawab, lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil menundukkan wajahnya.

"Qhalif? Kenapa ni? Cuba kau terus terang dengan aku…please? Kau ada rahsiakan sesuatu dari aku, kan? Aku dapat rasakan dari awal lagi…tolong beritahu aku apa yang mengganggu kau sangat ni…"

"Aku…aku akan beritahu kau…tapi, bukan sekarang…"

"Kenapa?" aku makin keliru dengan ulasan tanpa hujung pangkalnya itu.

"Aku tak boleh jawab soalan tu, Zahra… aku cuma…minta supaya kau percayakan aku saja…atas nama persahabatan kita, boleh?"

"Kenapa ayat kau macam nampak berat sangat ni, Qhal?"

"Please…aku dah buntu dah ni."

'Tak sampai hati pula aku tengok dia macam ni…tapi, aku tak dapat nak nafikan reaksiyang dia beri aku ni buatkan aku makin jadi makin tahu akan benda yang dia nak sorok sangat dengan aku ni…' Aku melepaskan keluhan yang terasa berat selari melayangkan pandangan kepada lelaki yang masih duduk dihadapanku ini dengan perasaan serba salah.

"Seriously aku tak faham langsung dengan apa yang kau cuba cakapkan ni, Qhal…tapi, kalau dengan keputusan aku untuk percayakan kau ni boleh buat kau lebih tenang... aku akan ikut cakap kau dan percayakan kau." Aku sengaja mengangkat kepala sambil memberikannya sebaris senyuman sinis.

"Terima kasih, Zahra…"

'Mungkin aku patut biarkan dulu dan berikan masa pada dia…; aku akan percayakan kau untuk berterus-terang dengan aku nanti, Qhal.' Detik hatiku dengan rasa serba tak kena yang makin menggunung dalam hati.

"So…sekarang ni, aku kena jauhkan diri dari lelaki yang bernama Mikael ni? Sebab…dia ada niat jahat pada aku? Boleh kau beritahu aku niat jahat apa yang kau maksudkan tu?"

"Hah? Er..itu…"

"Memang tak boleh? A hint, maybe? Sekurang-kurangnya aku kena tahu sikit kalau ia babitkan diri aku, kan?"

"…."dari menjawab, aku lihat Qhalif hanya membatu sambil menundukkan wajahnya dariku; reaksi serba salah jelas terpampang diwajahnya kini.

"Haish…yalah…aku takkan paksa kau lagi…dan tunggu sampai kau betul-betul bersedia untuk beritahu aku sendiri nanti, okay?"

"Sorry…" perlahan ayat yang keluar dari mulutnya membuatkan hatiku tercuit sedikit.

'Kasihan pula aku dengan dia ni…nampak sangat dia nak cuba jaga hati aku.'

"Hei, dahlah tu…kita disini sebab nak habiskan cuti, kan? Aku tak nak sebab kan hal aku ni buatkan kau hilang mood untuk enjoy holiday ni…"

"Ya…aku tahulah… jangan risau, aku takkan hilang mood selagi kau ada depan di mata aku." Sebaris senyuman dilayangkan padaku lagi; membuatkan perasaan riau tadi hilang serta merta dari ruang hatiku.

"Amboi, ayat kau… kalau perempuan lain, mesti dah cair; tahu?" dengan spontan aku menjelingnya; memang menjadi kebiasaaanya untuk mengusikku.

"…tapi, bukan kau." Hilang terus senyuman di wajah Zahra tadi mendengarkan ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Degup jantungnya dengan serta-merta jadi laju tanpa sedar.

"?!?!...Ah…Hahaha…Yalah…takkanlah aku nak cair kot? Kau kawan baik akulah…" Tersedar; Zahra tersengih sambil cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya ketika itu.

"…"

'Kan bagus kalau aku tak payah cover dengan kau pasal apa yang aku rasa lagi, Zahra?' sebaris senyuman kelat terbit dibibir lelaki itu selari menundukkan pandangannya kembali ke pinggan sarapannya tadi; pandangan matanya tampak lebih sayu dari tadi.

"Tuanku? Patutkah kita terus berada disini? Bukankah kita sepatutnya mengawal lelaki tu?"

"Shh! Kamu jangan ganggu beta, Tiung! Beta tengah focus ni…"

"Fo…focus? Apa tu?"

"Kamu ni, walaupun kamu lagi muda dari beta, kamu masih berfikiran macam orang zaman kita dulu…cubalah berkembang sikit otak tu… focus tu…bahasa orang inggeris…melayunya…beri perhatian..hah, ya…"

"Ah…ampunkan patik, tuanku… patik memang agak lemah dala bidang-bidang ni…sebab itulah dulu mak patik pernah cakap yang patik ni lembab sikit dari abang-abang patik yang lain…"

"Hmm..patut pun.. tak mengapalah, beta sendiri akan ajarkan kamu apa yang kamu perlu tahu tentang zaman ini supaya kamu tak ketinggalan."

"…tapi, tuanku… apa gunanya semua itu bagi golongan seperti kita? Bukankah…mereka tak boleh nampak kita melainkan kalau kita yang benarkan? ..dan bukankah itu semua sia-sia sahaja?"

"Kamu ni! Cuba jangan spoilt kan mood beta, boleh? Lagipun, kita masih perlu faham zaman ini kerana kita perlu berhubung dengan Zahra dan saudara Qhalif tu! Takkan itu pun kamu masih tak perasan?"

"Se…poilt? Ah, apa sajalah; tuanku. Tapi…kenapa tuanku percayakan sangat dengan lelaki tu? Patik tak nampak apa-apa yang istimewa tentang dirinya."

"Kamu pasti?"

"Maksud…tuanku?"

"Kamu cuba lihat betul-betul pada paras rupa dan susuk tubuh saudara Qhalif itu… tidakkah dia mengingatkan kamu kepada seseorang?"

"Se…seorang?...tapi, siapa?...?!?!" matanya terbeliak apabilaperasan akan sesuatu selari memalingkan wajah kembali kepada lelaki yang berdiri disisinya itu dengan reaksi terkejut.

"Kamu perasan?"

"Tuanku! Tapi, takkanlah itu…"

"Mungkin itu bukan dia…dan mungkin beta hanya salah faham dengan kebetulan ni…tapi, ada kemungkinan juga saudara Qhalif itu adalah salah seorang dari keturunan dia."

"…" Tiung mendiamkan diri sambil perhatiannya kembali kepada Qhalif yang masih kelihatan bersembang dengan Zahra dari tadi.

Chương tiếp theo