webnovel

Bab 10

"Tak! Jangan pergi! Aku tak habis cakap lagi! Ada banyak jangan pergi!...?!?!?" suara Qhalif yang tiba-tiba kedengaran dari tepi telingaku mengejutkan aku yang terlena kerana letih menunggu rakanku ini untuk sedar sejak 3 hari yang lalu.

"Qhalif? Qhalif! Kau dah sedar? Alhamdullillah…" lantas aku memegang kedua tangannya dengan senyuman lega terbit secara spontan dibibirku; rakan baikku yang telah sekian lama tak sedarkan diri ini akhirnya membuka matanya walaupun masih kelihatan lemah.

"Eh? Aku di mana ni?" suaranya yang kedengaran serak menarik perhatian rakanku yang lain untuk merapati kami.

"Kita di bilik chalet kau dan Robert, Qhal… dah hampir tiga hari kau tak sedarkan diri lepas hari nikah cik Daniela hari tu; gila risau kitorang, tahu?"

"Qhal! Kau dah bangun?" suara Phoebe dan Robert serentak bergema dibelakangku sebelum Fatin datang menjengahkan kepalanya ke ruangan itu dengan reaksi bimbang.

"Alhamdulillah…awak dah sedar..awak okay?" Fatin kelihatan lega sambil meletakkan tangannya di dada; sebaris senyuman terbit dibibirnya.

"Hah? O..okay…aku haus sikit…"

"Haus? Kejap…nah…" aku mencapai gelas ditepi meja katil itu sebelum menuangkan segelas air untuknya; kubantu dia untuk duduk tegak sebelum menyuapkan cawan air itu ke mulutnya yang kelihatan kering itu.

"Terima kasih…Zahra…"

"Kau lapar? Kau mesti lapar, kan? Biar aku belikan makanan untuk kau, ya?...?!?!"

'..Qhalif?' aku terhenti apabila dia menggenggam tanganku dengan tiba-tiba.

"Ja…jangan tinggalkan aku…." Suaranya yang masih kedengaran lemah membantutkan pergerakkan ku yang baru saja hendak bangun tadi untuk duduk semula menghadapnya.

"Ap…apa yang kau merepek ni, Qhalif? Aku cuma nak belikan kau makanan sahaja… nanti aku baliklah sini…"

"Aku..tak lapar…kau…jangan tinggalkan aku…. Tolong…" nada rayu dalam suaranya yang kedengaran tersekat-sekat itu membuatkan aku makin berat hati untuk bergerak dari situ lantas tunduk sambil mengeluh.

"Mustahil kau tak lapar, Qhalif! Dah tiga hari kau tak jamah apa-apa, kot! Biarlah aku…?!?"

"Tak apa, Zahra…biar aku dan Phoebe yang pergi belikan…kau temankan Qhalif, okay? Lagipun, aku pun nak pergi beli makan malam kita sekali ni…" aku terdiam apabila Fatin meletakkan tangan ke atas bahuku sambil tersenyum; ternyata dia juga bimbangkan keadaan kawan kami itu…mungkin lebih dari yang kami fikirkan.

"O..okay…tak apakah?" aku yang masih berasa teragak-agak untuk membiarkan Fatin menggantikan aku untuk pergi membeli makanan memandangnya dengan perasaan serba salah.

"Tak apalah, Zahra…kau jaga bestfriend kau ni dulu; kasihan dia…"' sarannya lagi selari menjeling ke arah Qhalif yang masih kelihatan memegang tanganku sejak tadi dengan sebaris senyuman.

"Okay, thanks, guys…" aku memberikan mereka sebaris senyuman selari melihat mereka keluar dari ruangan itu sebelum kembali menjeling Qhalif yang kini merenungku dengan wajah pucat.

"Kau ni dah kenapa, Qhal?" aku mulai hilang sabar dengan kelakuannya sejak tadi selari menarik tanganku darinya dengan perasaan tak puas hati.

"Tak…aku cuma…gembira sebab aku dapat jumpa kau semula, Zahra…" sebaris senyuman lemah terukir dibibirnya yang kelihatan merekah; membuatkan aku tak sampai hati untuk terus memarahinya lagi; lantas melepaskan keluhan yang terasa berat, bagai telah mengalah padanya.

"Dah, kau mula merepek lagi…mesti kau dah lapar sangatlah ni…" gadis itu tersengih selari menggelengkan kepalanya.

"Zahra…"

"Kau betul-betul okay, ni Qhal?" sekali lagi pertanyaan itu keluar dari mulutnya dengan perasaan bimbang.

'Zahra, kau tak tahu aku bersyukur sangat sebab dapat tatap wajah kau lagi…bila aku berhadapan dengan makhluk-makhluk pelik tu; yang aku fikirkan, kemungkinan yang aku takkan dapat bertentang mata dengan kau lagi lepas ni dan…aku rasa…aku dah tahu kenapa kau dapat mimpi-mimpi pelik tu selama ni…' pandangannya tadi semakin sayu mengingatkan kejadian yang menimpanya sebelum ini; antara realiti mahupun khayalan, setakat ini dia masih tak mampu untuk putuskan.

"Qhal? Qhalif? Qhalif Aziz!"

"Hah? Ya…"

"Kau rehatlah dulu…mungkin kau masih lemah lagi…nanti, bila yang lain dah balik, aku kejutkan kau untuk makan, okay? Kau baringlah dulu…?!?!"

"Kau…takkan tinggalkan aku, kan?"

"Qhalif…I'm not ging anywhere, buddy…janganlah risau sangat; aku janji aku takkan pergi mana-mana dan akan ada disebelah kau bila kau bangun nanti…sekarang, kau baring dulu…"

"Zahra…"

"Ya? Kan aku kata…aku..?!?!" Zahra sekali lagi terdiam dengan tingkahlaku Qhalif apabila lelaki itu kembali mencapai tangannya lagi.

"Kau masih dapat mimpi-mimpi pelik tu lagi tak?"

"Hmm?...." bagaikan baru tersedar, gadis itu sekali lagi menjawab dengan nada bertanya selari mengalihkan pandangannya kembali kepada Qhalif yang masih kelihatan bagai dibelenggu kerisauan.

"Ada tak?"

"..now that you mention it…sejak kitorang jumpa kau dalam semak belakang rumah cik Daniela tu, aku tak pernah dapat apa-apa alamat ataupun mimpi pelik lagi…aku tak sedar punbenda ni sampai kau sebut tadi, Qhal…" nadanya kedengaran serious dan tanpa sebarang tanda gurauan langsung.

'Apa makna semua ni…apa yang aku dengar tu…semuanya; betul?' fikiran lelaki itu mulai terganggu dengan apa yang telah menimpanya itu membuatkan dia hanya mendiamkan diri.

"…."

"Qhal? Kenapa ni?" Qhalif yang secara tiba-tiba berdiam itu membuatkan Zahra kembali risau akan keadaannya.

"Apa yang jadi pada aku sebenarnya?"

"Hah? Er…Kau….aku pun tak pasti, tapi; kau menghilang bila kau kata nak ambilkan makanan untuk aku tu…jadi, aku dan Robert terus bangun dan cari kau di sekeliling kawasan tu tapi tak jumpa; sampailah…"

"??" ayat yang dibiarkan tergantung membuatkan lelaki itu memandangnya sambil mengangkat kening.

"Aku tergerak hati nak cari kau dekat semak belakang rumah Miss Daniela tu…dan aku jumpa kau disitu dalam keadaan tak sedarkan diri;dengan bantuan Robert, aku dapat bawa kau ke rumah Miss sebelum bawa kau balik ke bilik petang tu juga…lepas tu, hampir tiga hari kau tak sedarkan diri dengan meracau tiap-tiap malam, Qhalif…apa yang sebenarnya terjadi pada kau?"

"…"

"Qhalif?"

"Hah?" Qhalif yang kelihatan bagai sedang mengelamun memikirkan sesuatu hanya tersedar bila Zahra menggenggam tangannya kembali.

"Kau ada benda nak beritahu aku?"

"Er…tak…tak ada apa-apalah…aku tak boleh ingat apa-apa pun pasal hal tiga hari lepas mahupun macam mana aku boleh ada dibelakang semak tu…sorrylah…" Qhalif memegang kepalanya dengan dahi berkerut; kepalanya sengaja di rehatkan di atas bantal dengan masih menghadap gadis itu.

"Kalau macam tu, kau rehatlah dulu…mesti kau penat lagi pasal hal ni…nanti bila kau dah ready, kau storylah pada aku panjang mana pun, aku akan dengar…"

'Aku…aku tak berani nak ceritakan perkara ni lagi pada kau, Zahra…sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang dah aku lalui tu hanya khayalan semata-mata, petunjuk ataupun realiti…' Qhalif kembali berdiam sebelum perlahan-lahan memejamkan matanya; kepalanya masih terasa berat itu sengaja dibenamkan ke bantal empuknya itu selari tangannya masi enggan melepaskan genggaman tangan Zahra sejak dari tadi; bagai takut kalau dilepaskan, tangan itu takkan dapat digapainya lagi selepas ini.

Chương tiếp theo