webnovel

kekasih misteri

" itu kak long cuba tanya sendiri along lah.. man bab perasaan ni.. man tak berani nak cakap.. kalau man cakap tak.. nanti kak long cakap man back up along.. so.. tanya sendirilah.." ikman memberi jawapan selamat. soal hati perasaan ni dia tak berani sebab dia sendiri pun tidak tahu kenyataan sebenar. apa yang ada dalam hati ikran.

cempaka mengangguk. dia menyandarkan tubuhnya di sofa. berfikir sejenak. apa lagi yang perlu ditanyanya?

" along tak pernah siasat ke tentang hal ni semua? tentang punca kematian nirina dan al hafiz?? kenapa semua macam kebetulan sangat?" cempaka menyatakan kemusykilannya. nun jauh di sudut hati dia dapat merasakan hal ini sangat rumit. seperti ada sesuatu yang tidak seleaai lagi.

jefri memandang dayana. kadang-kadang otak cempaka ni bijak juga.

" along masih siasat.. tetapi kita masih tak cukup klu.."ikman akui.

cempaka mengangguk kemudian melepas pandang kearah jefri.

" jadi jef dengan yana tahulah tentang benda ni??" tanya cempaka pula terus kepada jefri dan dayana.

kedua-dua nama yang disebut cempaka mengangguk.

" kenapa tak siasat siapa kekasih misteri al hafiz?" tanya cempaka kepada jefri.

" dah siasat. tetapi tak jumpa.." akui jefri. dia memang gagal.

" siapa yang paling rapat dengan nirina saat kuliah?" tanya cempaka lagi.

" mulakan dari sahabat sampai ke musuh nirina.. siapa yang sukakan dia..siapa yang bencikan dia..perempuan mana yang baik dengan al hafiz selain daripada nirina." cempaka memberi idea bernasnya.

" kenapa akak suruh macam tu?" tanya dayana yang mengambil jalan berdiam diri saripada tadi lagi.

cempaka melepas keluhan.

" kenapa rina mati-matian taknak terima al hafiz sedangkan dia sedang mengandung anak al hafiz?cuba jawap soalan ni?" soal cempaka angkuh nadanya.

ikman,jefri dan dayana berpandangan. mereka diam memikir.

" sebab.. mungkin rina taknak sakitkan hati pihak yang lagi satu ataupun dia takut sesuatu terjadi kepada al hafiz.." sendiri tanya sendiri jawaplah gamaknya.

" kalau betul rina sangat-sangat cintakan al hafiz..kenapa dia tidak pertahankan cinta dia kepada al hafiz? dah bersama sampai mengandung.. mesti cinta mereka dah sedalam lautan atlantik..lagi satu.. kenapa rina pilih along? bukan wan.. bukan man.. kenapa along?" cempaka mengeluarkan segala hujah-hujahnya berdasarkan fakta yang diceritakan ikman.

" cuba kaitkan semua ni.. nanti mesti kita akan dapat jawapannya.."

ikman mengangguk. bernas juga hujah cempaka. betul sama sekali. kalau daripada awal mereka berfikir seperti cempaka,mesti kes ni sudah selesai lama dahulu.

jefri terus bangkit. tiba-tiba dia mendapat ilham dan semangat.

" lady boss...sep sikit.." jefri menghulur tangannya minta ditepuk oleh tangan cempaka.

cempaka yang blur menurut.

" ku man.. saya gerak dulu. ada benda saya nak siasat lagi ni.." jefri segera meminta diri. dia ingin menyemak kembali kes kematian nirina dan al hafiz. nampaknya selama ini dia sudah terlepas satu klu paling besar. sahabat. rakan yang rapat dengan nirina dan siapa yang boleh membuat nirina berkorban. itu point-nya.

keesokan harinya, ikman sampai awal di tid holding. lantas dia terus menuju ke pejabat ikran. banyak benda yang ingin dia bincangkan dengan ikran. berkenaan perbualannya dengan cempaka malam kemarin.

ikran yang mendengar mengangguk tanpa menyampuk sepatah pun.

" hmmm.. kak long punya otak memang sangat-sangat bernas." puji ikman setelah menamatkan perbualannya.

" teruskanlah.. ikut apa yang kak long plan tu.." ikran memberi kebenarannya. mungkin dengan bantuan cempaka,kematian nirina,al hafiz terbela. dendam lama mungkin boleh diselesaikan.

" baliklah long malam ni.. kesian kak long tu.." sebelum berlalu keluar dari pejabat ikran sempat lagi ikman memberi pesanannya.

ikran hanya memandang kosong pintu yang tertutup.

" tuan.. datuk syukut sanggup serahkan 20% sahamnya kepada tuan.." nazim muncul tergesa-gesa. wajahnya tersenyum puas.

" bagus.." ikran ketawa terus di kerusinya. gembira dengan khabar yang disampaikan oleh nazim. tidak sia-sia usahanya siang dan malam.

" tuan.. projek a juga dah jadi milik kita secara rasminya." di waktu yang sama juga muncul pengurus projek yang diarahkan untuk memintas semua projek witty group. tuan azlan.

" baguss..baguss..." ikran terus bangun dari duduknya. kerja keras mereka semakin sampai ke puncaknya.

" boss.. bonus boss..bonus.." ikwan yang tiba-tiba muncul dari arah belakang menepuk bahu nazim dan tuan azlan. dia tersengih memandang ikran.

" baru 80%.. macam mana nak bagi bonus? dalam 1 jam mesyurat..panggil semua ketua jabatan dan ketua projek.." arah ikran kembali duduk. kakinya disilangkan. ada senyum sinis di bibirnya.

ketiga-tiga mereka berlalu dengan wajah sedih. mesyuarat lagi..masing-masing menonong melangkah.

"tuan.. ada panggilan daripada t.s.m jalil untuk tuan." suara kiara di interkom memecah suasana ceria ikran.

" pass.." arah ikran.

serentak dengan itu terus telefonnya berbunyi. dengan malas ikran mengangkat.

" ik.. ini uncle jalil.. uncle betul-betul merayu dengan ik untuk tarik balik apa yang ik buat sekarang ni.." rayu t.s.m jalil terus. tiada salam tiada tanya khabar terus serang.

ikran mengeluh malas.

" uncle tahu ik dengar.. kalau ada salah faham atau benda yang ik tidak puas hati.. ik boleh jumpa uncle.. kita bincang dan selesai cara baik." rayu t.s.m jalil lagi apabila tidak mendapat maklum balas daripada ikran.

" tan sri boleh kembalikan zuriat saya?" tanya ikran sinis.

t.s.m jalil kaget. dia terduduk mendengar pertanyaan ikran.

" hutang nyawa dibayar nyawa tan sri. mujur saya masih ikut undang-undang negara.." bicara ikran lagi setelah t.s.m jalil diam.

" saya mahukan witty group.. tan sri jangan risau.. apabila witty group menjadi sebahagian daripada tid,tan sri boleh bersara. ambil peluang ini untuk didik anak tan sri. ajar dia jadia manusia."

t.s.m jalil menggenggam keras telefon ditelinganya.

" maafkan anak uncle.."

" saya akan maafkan kalau dia ikut sama temankan anak saya yang tidak sempat kenal dunia.." potong ikran sebelum habis t.s.m jalil menghabiskan bicaranya.

" apa yang ik mahu sebagai ganti rugi untuk segala yang terjadi dan kembalikan semula witty group ke asalnya.." t.s.m jalil membuat penawaran untuk ikran lepaskan mereka dari kemelut yang melanda kini.

" nyawa.." sepatah ikran membalas.

t.s.m jalil kembali diam agak lama.

" ik... perkara kita boleh bincang.. selesaikan secara baik.." t.s.m jalil semakin hilang kesabarannya. ingi dia memaki hamun lelaki ini. namun status tinggi lelaki ini tidak mungkin boleh dilawannya. kemarahan ikran bukan boleh diramal.

" tan sri.. kalau ikutkan.. dalam 1 hari tid boleh jatuhkan witty.. fikirkanlah.. renung semua sekali.." pesan ikran sebelum meletak gagang. buang masa sahaja bercakal dengan orang tua yang sudah sepatutnya bersara dan mereput di rumah. ikran merengus.

Chương tiếp theo