webnovel

Kekacauan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Koridor di hadapan dipenuhi dengan kabus merah jambu yang tebal, membuatkan apa yang ada di situ tersembunyi sepenuhnya.

"Kriuuuk…"

Jubah bumi yang menyaluti tubuh Linley hanyalah menyaluti sebahagian besar tubuhnya. Sekarang ini, bagaimanapun, tangan Linley juga dipenuhi dengan selaput berwarna kuning gelap. Lehernya, malahan wajahnya juga turut dipenuhi lapisan selaput berwarna kuning gelap.

Semua ini sebahagian daripada 'Perisai Pelindung Bergetar'nya.

Satu-satunya kawasan yang terdedah adalah di kawasan matanya.

Bukan Linley sahaja. Selepas menghadapi serangan anak panah itu, semua Tuhan-Tuhan dalam pasukan Linley faham bahawa apabila anak panah padat ditembak, ia merangkumi seluruh kawasan. Tambahan lagi, mereka bergerak terlalu pantas menjadikan ia sukar untuk bertindak.

Oleh itu, satu-satunya cara adalah dengan melindungi keseluruhan tubuh badan.

Kepala, lengan, kaki, dan leher… kesemuanya harus dilindungi!

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo