webnovel

Demi Puak

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Kematian Dewa Tertinggi Sadista tidak menimbulkan kekecohan di dalam Satah Yulan. Orang biasa meneruskan hidup mereka dalam keadaan aman. Hanya para Betara yang berdiri di puncak satah pasti akan sesuatu apabila merasai gelombang tenaga menakutkan yang berasal dari barat…

Sesuatu yang besar sedang berlaku dalam benua Yulan.

Anras mati. Sadista pergi ke barat dan tidak kembali lagi.

Pasukan Betara Sadista Empayar Rohault kini dipimpin oleh anak saudara Sadista, iaitu Danny dan seorang lagi Dewa Penuh bernama 'Nieff' [Ne'fu]. Walau bagaimanapun, tiada cara untuk Danny dan Nieff memastikan kematian Sadista.

Hari ini, mereka berasa tidak keruan.

Sinaran matahari terik menyinari seluruh manor yang sunyi dan terpencil di Empayar Rohault. Di dalam kediaman Danny, seorang lelaki berambut pendek berwarna perak, bertubuh kurus kering dan memakai baju lengan pendek hitam berjalan ke hadapan. "Danny, keluar!"

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo