Apa yang harus dilakukan?
Semua pakar tahap Dewa tertanya-tanya akan soalan itu. Situasi yang berlaku sangat ketara. Gas hitam itu tidak boleh disentuh langsung. Menyentuhnya membawa kematian.
'Eddins sendiri tidak dapat bertahan walaupun untuk seketika. Mungkin aku juga tidak mampu bertahan untuk sesaat.' Linley tahu dengan jelas makhluk suci, 'Ular Ba', merupakan Dewa penuh tahap Betara. Gas yang dihembusnya mengandungi sedikit kuasanya tetapi kuasa Dewa walaupun sedikit… bukanlah sesuatu yang boleh ditangani pakar tahap Dewa.
Tiba-tiba…
Tiga orang serentak mara ke arah pintu masuk ke tingkat dua. Nampaknya, mereka mahu kembali ke tingkat dua.
'Mengalah?' Linley mengerling ke arah mereka.
Mereka ingin kembali ke tingkat dua. Nampaknya, mereka mahu melepaskan peluang ini dan bersedia untuk menunggu di tingkat dua selama sepuluh tahun. Selepas sepuluh tahun, barulah mereka boleh meninggalkan Nekropolis Dewa.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com