"Bro Keempat tidak mati?" Amat terkejut, terkeluar kata-kata itu daripada mulut Linley. Namun, cepat-cepat dia tersedar. "Betulkah kamu kata Reynolds tidak mati?"
Ketika ini, jantung Linley berdegup dengan amat kencang. Terkejut, gembira, risau, tak percaya, teruja, takut, semuanya bercampur-baur. Ketika ini juga, apa yang Linley mampu lakukan hanyalah merenung dengan sepenuh pengharapan pada pegawai tentera Empayar Rohault yang ada di depannya itu.
Sambil memegang lehernya, Hugh berkata dalam ketakutan, "Benar. Dia tidak mati. Dia benar-benar tidak mati."
"Hugh, bukankah semasa kamu membuat laporan, kamu ada memaklumkan ketua kanan yang kamu telah tangkap sudah mati?" Chastre, komander pasukan yang berhampiran bertanya kehairanan.
Membohongi pakar tahap Dewa ternyata tindakan yang kurang bijak. Chastre menyangka Hugh mungkin berbohong kerana terlalu takut untuk berterus-terang.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com