webnovel

Kota Wilayah Cerre

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Tanah tandus yang sunyi.

Sepuluh orang pengiring kereta kuda semuanya mati. Darah hitam meleleh dari badan mereka membuatkan pemandangan di situ kelihatan lebih mengerikan. Holmer pula mati dihempap oleh Haeru dengan satu serangan. Jenne dan Keane yang memerhatikan kejadian tersebut dari dalam kereta kuda benar-benar tergamam.

"Abang Ley," panggil Keane dengan cemas. Wajah Jenne juga pucat.

Baru sahaja Linley mahu menjawab, pembantu tua, Lambert yang sedang memandu kereta kuda tiba-tiba menjerit terkejut sewaktu memandang mayat Holmer. "Dia! Dia merupakan pembunuh terkejam di Kota Cerre, Holmer. Si tua aneh yang menggelar dirinya sebagai apotekari."

"Holmer? Atuk Lambert, Atuk bercakap tentang siapa?" Keane memandang Lambert.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo