webnovel

Persaingan Halaju

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Makhluk ajaib jenis harimau kumbang yang paling berkuasa mungkin 'Harimau Kumbang Elektrobolt' iaitu makhluk ajaib unsur kilat tahap Dewa. Tiada satu pun makhluk tahap Dewa yang boleh menandingi kepantasan pergerakan Harimau Kumbang Elektrobolt.

Akan tetapi, makhluk ajaib jenis harimau kumbang yang paling berahsia, paling misteri ialah 'Harimau Kumbang Awan Hitam', sejenis makhluk ajaib tahap sembilan.

Kemunculan terakhir Harimau Kumbang Awan Hitam ialah lebih seribu tahun lepas. Walaupun telah lama masa berlalu, tidak banyak maklumat yang berjaya dikumpulkan mengenai makhluk ini.

Harimau Kumbang Awan Hitam merupakan makhluk ajaib tahap sembilan yang tersangat pantas. Tidak banyak jalur hitam yang meliputi tubuhnya tetapi keempat-empat kaki makhluk ini berwarna putih bersih. Apabila ia bergerak, Harimau Kumbang Awan Hitam kelihatan seperti berjalan di atas awan. Oleh sebab itulah ia dinamakan Awan Hitam.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo