Nimitz, dua orang bapa saudara Kalan, Kalan, Rowling, dan Alice tidak berani melabuhkan punggung mereka sebelum tuan rumah ini tiba. Mereka menunggu di ruang tamu dengan sabar.
"Ingat, Kalan. Bila Tuan Linley tiba, cuba sopan sedikit." Nimitz merenung tajam Kalan.
Kalan mengangguk. "Saya tahu, Atuk Ngah."
Hakikatnya, Kalan sangat membenci Linley. Selepas mengetahui sebab dia dibebaskan daripada penjara, amarahnya terhadap Linley semakin membuak-buak!
'Aku lebih rela meringkuk dalam penjara daripada meminta Alice merayu kepada dia!' Amarah menguasai hati Kalan.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com