Linley baring dan berehat sebentar di dalam gua bawah tanah itu. Selepas dia rasa segar sedikit, dia bangkit semula. Berhadapan dengan serangan lebih seratus naga terbang sebentar tadi ialah situasi paling berbahaya yang pernah dilalui Linley. Boleh dikatakan, setiap saat, dia bimbang nyawanya akan melayang. Apabila terselamat daripada malapetaka itu, Linley akhirnya berpeluang untuk berehat sebentar. Namun begitu, di dalam hatinya, dia menyimpan suatu hasrat. Hasrat untuk meningkatkan kuasanya!
Di hadapan naga-naga gergasi itu, dia tidak lebih daripada mainan mereka. Dia langsung tiada kekuatan untuk melawan.
'Bos, tiada jalan keluar di atas. Satu-satunya pilihan kita ialah meneruskan perjalanan ke dalam. Di sebelah kita ada sebuah laluan yang luas.' Bebe menyampaikan maklumat itu kepada Linley sambil melonjak naik ke bahunya.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com